The King's Affection

The King's Affection (연모)

Download Malay Subtitle

Release info

연모-The-King's-Affection-E05-NEXT-NF
A Commentary by Hennessey
Netflix - synced for NEXT version

Tags

other
Published on: 2021-10-31
Downloads: 22
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tuanku tak pernah mengikat topi.

Mohon Tuanku jangan bergerak.

Siapa kamu?

Hyun?

Ji-un?

Apa kamu buat di sini?

Tunggu.

Kamu berdua saling mengenali?

Sebenarnya…

Kami bersahabat.

Sahabat baik.

Sahabat?

Bagaimana dengan guru baru Tuanku?

Dia sentiasa mencari jalan mudah dan licik.

Dia lebih suka memberikan alasan dalam pelbagai perkara.

Berkawan dengan dia hanya membuktikan niat seseorang.

Tiada sebab lain lagi.

Apa? Kenapa kamu tak beritahu lebih awal?

Beta langsung tak sedar…

Maafkan patik.

Patik khuatir Tuanku terbeban. Harap Tuanku tak murka.

Tuanku berdua…

bercakap buruk tentang patik?

Orang bersalah saja akan bertanya.

Itu tak benar. Bahkan, patik fikir Tuanku yang berasa begitu.

Apa?

Sudahlah.

Nampaknya kamu tergesa-gesa membeli topi ini.

Topi ini langsung kosong tanpa hiasan.

Nampaknya, topi ini

sesuai untuk orang seperti patik

yang tampak kacak dalam apa jua gaya.

Nanti. Buku itu…

Beta arahkan Guru Yang untuk sudahkan buku itu.

Kenapa ada pada kamu?

Buku ini milik patik.

Mengarut. Serahkan kepada beta.

Kenapa pula sedangkan ia milik patik?

Serahkan sekarang.

Tuanku tak perlu periksa. Ini buku patik.

- Biar beta periksa dulu. - Tak perlu kerana ini buku patik.

- Ini… - Kamu berselindung di belakang Hyun?

- Patik tak berselindung. Ini buku patik. - Tuanku!

Apa? Aduhai!

Patik minta diri dulu.

Tunggu…

Kenapa Tuanku menghilang begitu saja?

Patik sangat khuatir Tuanku menghilang secara mengejut.

Ke mana kamu menghilang sedangkan kamu sepatutnya melindungi baginda?

Tuanku? Patik…

Ampunkan patik, Tuanku.

EPISOD 5

Jarakkan diri kamu.

Mungkin Tuanku akan menghilang sekali lagi.

Kita dah sampai di depan gerbang istana. Beta nak ke mana?

Kita girang dapat luangkan masa bersama Tuanku.

Usah kata begitu. Sudah lama beta tak rasa begitu terhibur.

Tunggu.

Beta fikir ini akan lebih memanfaatkan kamu.

Kamu patut hadiahkan kepada si dia yang berjaya mencuri hati kamu.

Beta pulang.

Tapi…

Tuanku ke mana tadi?

- Sudahlah. - Aduhai.

Puas patik mencari Tuanku.

Tuanku tak dapat bayangkan kerisauan patik.

Diamlah.

Tuanku nampak riang.

Ada sesuatu yang menghiburkan Tuanku ketika di kota?

Usah mengarut.

Kenapa Tuanku?

Kenapa?

Wajah Tuanku kemerahan. Nampaknya, Tuanku demam.

Tidak.

Setelah seharian di luar,

badan beta rasa hangat.

Itu…

Ia perlu dipulangkan semula kepada tuannya esok pagi.

Simpan dengan baik.

Tuanku?

Menjunjung perintah, Tuanku.

Apa yang membuatkan Tuanku leka ketika menunggang kuda

sehingga Tuanku membuat kesilapan?

Maafkan kita.

Kebelakangan ini, perilaku Tuanku kelihatan aneh.

Tuanku cucu patik yang amat berharga.

Sebab itulah Tuanku tak boleh miliki cacat cela.

Tuanku faham?

Faham, datuk.

Maafkan kita. Anakanda masih kekok menunggang kuda.

Bonda tahu.

Tentu anakanda lebih gementar di depan datuk kamu.

Bonda akan minta Hulubalang Yoon untuk bantu kamu.

Walaupun tak setanding mendiang abang kamu,

tapi pastikan tiada siapa dapat bezakan kamu berdua.

Baiklah, Tuanku.

Usah panggil begitu.

Luka kamu dalam.

Pergi tukar pakaian kamu.

MENDIANG RAJA PUAN MUDA HAN

Tuanku tak perlu pulangkan.

Jangan diulangi lagi melainkan kamu diarahkan.

Mungkin kamu berpendapat

itu sebahagian daripada adab dan budi pekerti.

Tapi di mata beta, ia tak lebih daripada perbuatan mengampu.

Mengampu, Tuanku?

Itu bukan diri hamba. Kenapa hamba…

Sebab itulah beta melarang!

Inikah hiasan asalnya?

Tuanku yang letak hiasan ini?

Kenapa pula beta ingin buat begitu? Ia memang ada di situ!

Tuanku boleh nafikan saja. Tak perlulah meninggi suara.

Bila pula beta…

Bila pula beta meninggi suara?

Seperkara lagi.

Beta tak menyangka kamu bersahabat dengan Putera Jaeun.

Beta terkejut.

"Enggang sama enggang, pipit sama pipit."

Inilah bukti mereka yang sefahaman boleh bersahabat.

Sudah. Mulakan kuliah segera.

Patik cuba bergurau saja…

Dinginnya.

Sangat dingin.

Apa? Apa maksudnya Paduka Raja Muda mirip seorang wanita?

Kamu sengaja ingin menempah maut?

Bukan begitu.

Maksud hamba, baginda menyerupai

dayang yang hamba temui ketika di hutan.

Apa bezanya?

Tak, ini lebih dahsyat.

Baginda begitu mulia.

Kamu memang menempah maut.

Tak masuk akal, bukan?

Apa yang berlaku?

Apa dah jadi pada tempat ini?

Ayah.

So-eun.

Ayah dengar kamu keluar untuk bertemu Ha-gyeong.

Kamu dah pulang?

Ya.

Ayah tahu apa-apa tentang sebuah tempat yang digelar Samgaebang?

Samgaebang?

Ayah dengar tempat itu telah dirobohkan oleh Penghulu Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tapi kenapa kamu bertanya tentang tempat itu?

Ayah ajar hamba

supaya sentiasa menunaikan janji dalam apa jua keadaan.

Sebenarnya, hamba perlu minta maaf daripada gadis yang bekerja di situ.

Hamba telah berjanji dengan tabib di situ yang hamba akan minta maaf.

Apa maksud kamu?

Ayah, tolonglah supaya hamba dapat tunaikan janji hamba.

Boleh usahakan cara untuk hamba bertemu dengan tabib itu?

Hamba keletihan membaca sepanjang malam.

Tuanku, bahaya!

Aduhai

Siapa penendang bola ini?

Ampunkan patik, Tuanku. Bunuhlah patik.

Itu…

Itu teramat mengagumkan.

Kamu bertindak sepantas kilat.

Kerana kamu, baginda tak cedera.

Benar, Tuanku?

Aduhai.

Melihat bola ini…

mengingatkan patik pada waktu dulu. Tuanku?

Sudikah Tuanku turun padang?

Kamu boleh turun padang sendiri.

Kalau begitu, izinkan patik untuk beriadah sebentar.

Apa kamu masih buat di situ?

Mari.

- Betul. Pergilah bermain. - Pergi!

Pergi sambung.

Aduhai.

"Menurut Zengzi,

sibmoksosi, sibsusoji, gieomho.

Pada kamu terdapat mata sepuluh orang yang memandang,

tangan sepuluh orang yang menuding.

Tentunya ia amat menggerunkan.

Itulah katanya.

Buyunok, deokyunsin.

Harta membawa kesejahteraan kepada keluarga,

kebaikan memperkayakan jiwa.

Gogunjapilseonggiui.

Inilah yang perlu diamalkan oleh orang yang bijaksana."

Apa semua ini?

"Simgwangcheban."

Tuanku terlepas pandang bahagian ini.

SIMGWANGCHEBAN

Kamu berpeluh!

Jauhkan diri kamu.

Tuanku.

"Simgwangcheban.

Kemurahan hati

akan melapangkan minda…"

Boleh kamu berhenti?

Patik khuatir Tuanku kurang selesa.

Siapa suruh kamu bermain bola dengan sida-sida muda?

Tak sangka seorang guru diraja begitu lapang.

Tuanku…

Itu cara untuk melatih kekuatan tubuh dan juga minda.

Mungkin itu di luar kefahaman Tuanku.

More Malay subtitles for The King's Affection

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left