Release info

Strong Woman Do Bong Soon E01 170224 720p-540p-450p-XViD-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-NEXT-CHAOSrel ms
A Commentary by hyp0
By Mypandasubs (https://mypandasub.wordpress.com/). Next episode can be find in our fb

Tags

720p
720
XviD
Published on: 2017-07-05
Downloads: 50
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terjemahan oleh hyp0

=Episod 1=-

Apa yang sedang berlaku?

- Ah, sakit! - Ah.

Bisingnya!

Ya, ini CEO Ahn dari Syarikat Ainsoft.

=Aku pasti aku dah berikan kau amaran.=

=Dan aku dah suruh kau hapuskan "Albertine Chronicle".=

=Dan aku akan bunuh kau kalau kau tak hapuskannya.=

Kau tahu tak sekarang pukul berapa?

Mengancam aku tak ada masalah, tapi sepatutnya kau bagilah aku tidur!

Benda begini cuma akan menakutkan bila manusia boleh berfikiran waras!

Sakit hati betul!

=Jangan terkejut dengan apa yang akan berlaku selepas ini=

=sebab kaulah puncanya.=

=Aku akan hancurkan Ainsoft, dan kemudian...=

Lelaki jenis apa dia ini?

=Temuduga Gagal=-

Aku dah tahu aku memang tak akan dapat, faham?

=Resume=-

=Pengenalan Diri=-

Menyampah betul.

Nama saya Do Bong Soon.

Saya Do Bong Soon, yang tinggal Dobong-dong, di daerah Dobong-gu.

Saya seorang yang sangat istimewa.

Mungkin aku tak patut tulis benda itu.

=Sejarah Kuasa=-

Aku ada satu rahsia.

Rahsia yang berbeza daripada biasa.

=1992 - Majlis Hari Lahir Pertama Do Bong Soon=-

Aku kuat. Sangat kuat, sebenarnya!

Orang pertama yang mewariskan kuasa rahsia ini kepada wanita dalam keluarga kami

ialah Park Gae Boon, yang dikatakan pernah membunuh beberapa orang lelaki sekaligus

dengan setiap batu yang dilemparkan, semasa Pengepungan Haengju pada zaman Joseon.

=Bong Soon Mewarisi Pakaian Cik Park Gae Boon=-

Dan rahsia terbesar kuasa ini

adalah ianya diwariskan kepada wanita dalam keluarga kami.

Pada tahun 1862, semasa Pemberontakan Petani dan Hamba Jinju.

Salah seorang nenek moyang aku, bernama Ga Wook Bang

menggunakan kekuatan luar biasanya untuk menyokong tentera diraja

dan mengumpul harta buat dirinya.

Bagaimanapun, dengan melakukan ini, kuasa dia hilang dalam satu malam

dan dia menghabiskan tahun-tahun terakhirnya dalam kesepian, dengan penyakit kusta.

Sejak itu, sumpahan menimpa kaum wanita dalam keluarga aku

dan ianya datang bersama harga untuk tindakan mereka

jika mereka tidak menggunakan kuasa mereka untuk kebaikan.

Walau bagaimanapun...

=Sejarah Kuasa=-

Mak aku, Hwang Jin Yi, tidak mengendahkan sumpahan tersebut

dan penggunaan kuasanya yang melampau dan kejahatannya telah merosakkan dirinya.

Dia tidak menghadapi sebarang masalah selepas menggunakan kuasanya

untuk kejayaan negaranya, tetapi...

Tetapi...

Bagi aku duit kau. Bagi sini!

Lompat.

Melutut! Kenapa kau tak melutut?

Ternyata legenda tentang seseorang yang perlu membayar harga

kerana salahguna kuasa mereka itu betul.

Dan ahli gusti Do Chil Gu, yang biasanya agak jahat

dan Hwang Jin Yi, jaguh angkat berat yang tiba-tiba kehilangan kuasanya...

Hei, kenapa dengan muka awak?

- Berhenti! - Hei!

akhirnya menjadi agak panas dan berat pada hari itu

Awak...

Kembar pertama yang dilahirkan ialah seorang puteri kecil.

Anak lelaki masih belum keluar?

Lihatlah, tangan bayi ini dalam keadaan menumbuk!

- Oh! - Apa?

Apa ini?

Dan begitulah aku, Do Bong Soon, menyambut dunia ini.

=Nama saya=-

=Wanita Kuat Do Bong Soon=-

Aku sering mendapati diri aku bermasalah untuk menyembunyikan kuasa aku sendiri.

Aku dah berjuang selama 27 tahun sekarang.

Sebahagian daripada aku kata aku sepatutnya mengabaikan sesuatu seperti itu

manakala sebahagian lagi merindui untuk melakukan apa yang betul.

Aku berjaya menahan diri bila perlu, walaupun ianya satu tindakan pengecut.

=Stesen seterusnya adalah Stesen Dobong.=

=Pintu akan dibuka di sebelah kiri.=

Aku terpaksa menyembunyikan kuasa aku supaya aku tidak menjadi tontonan.

Dalam kes itu, bayaran insurans boleh diberikan kepada anda selepas mereka mati.

Tidak, pelanggan yang dihargai. Itu bukan...

Sejak habis sekolah, aku buat banyak kerja.

Wah, putera! Kamu nampak sangat bertenaga!

Dia perempuan.

Malah aku juga bekerja dalam perladangan.

Satu-satunya orang yang akan berjaya dalam tempoh 10 tahun ialah petani

sebab bila tak ada gas, kenderaan tak akan boleh bergerak!

Apabila itu berlaku, kita akan kembali hidup seperti yang mereka lakukan pada zaman Batu

dan kita perlu bersabar!

Apa kamu akan lakukan dengan kekuatan kamu, Bong Soon?

Kamu kena bekerja dalam bahagian perladangan!

Perladangan! Kamu tahu betapa hebatnya seorang peladang itu?

Semasa Bong Ki memasuki sekolah perubatan

pakcik aku buat banyak wang dengan menjadi petani organik.

Mak aku tutup kedai kacangnya dan berkata yang kami kena jadi petani

dan hantar aku ke rumah pakcik aku, sebagai utusan khas.

Nenek! Sana!

Dan itu, punca aku gagal jadi petani organik.

Dan aku berjaya menjumpai pekerjaan yang sangat sesuai dengan aku.

Aku terpaksa menyimpan rahsia aku dalam kehidupan sebenar

tapi aku dapat menjalani kehidupan yang berbeza di sini.

Impian aku adalah untuk mencipta permainan di mana akulah watak utama.

Oh ya!

Perkara utama dalam permainan RPG

adalah untuk mencipta kandungannya supaya pengguna akan suka untuk terus bermain.

dan sebab itulah kenapa "Albertine Chronicle" berjaya.

Kamu kena pastikan pengguna sentiasa berada dalam dunia baru

yang menjadi satu luahan emosi buat mereka.

Kamu tak boleh beri mereka peluang untuk rasa bosan.

CEO syarikat itu cuma bekerja sekali seminggu.

Lebihan "kerjanya" adalah menikmati kehidupannya.

Kamu tak cemburu dengan kehidupan dia?

Berusahalah, pelajar-pelajar saya!

Hei!

Berhenti di sana!

Hei!

Berhenti di sana!

Matilah kau!

Tak guna!

Aku perlukan pengawal peribadi.

Carikan aku seorang dengan segera.

Pada suatu hari, perkara yang aku selalu takuti akhirnya berlaku.

Hei, encik!

Tak ada sesiapa di sini?

Orang jenis apa yang letak lori mereka begini?

- Kenapa ini... - Apa itu?

Awak pemandu lori ini?

Tidak, dia sedang makan sekarang.

Macam mana dia boleh halang laluan begini?

Kenapa, awak...

Awak tidak boleh lalu sini.

Awak tak boleh buat begitu! Jalan ini bukan awak punya!

Hei, encik. Pergi sekarang, semasa saya masih lagi baik.

Kalau awak terus melalak macam anjing, awak mungin akan dipukul macam anjing.

Apa yang awak buat?

Oh tidak, telefon saya!

Kenapa, awak... Saya beri awak peluang, tapi awak bazirkannya!

- Saya akan pukul awak macam anjing! - Oh tuhan...

Apa? Apa?

Cepat ke sini. Mari!

Helo? Ya, saya nak buat laporan.

Ianya di Dobong-dong...

Apa?

Apa awak buat? Bagi balik!

Kenapalah perempuan asyik ambil gambar makanan?

Oh? Itu teman lelaki awak?

Kenapa awak tengok telefon bimbit orang lain? Bagi balik!

Awak tak takut ke, perempuan? Berani awak nak laporkan kami?

Mesti awak nak mati!

Adakah awak rakyat yang berhemah?

Kenapa, awak... kalau begitu saya penjahat berhemah.

Tapi awak yang pukul seorang lelaki tua yang lemah!

Awak dia ke? Awak yang dipukul ke?

Aigoo...

Awak nampak macam budak yang menyusahkan.

Tak guna!

Skrin pecah!

Bayar ganti rugi telefon saya, encik.

Saya masih ada kontrak tiga tahun, tapi sekarang baru tiga bulan!

Ini kali terakhir saya minta pada awak.

Bayar ganti rugi telefon saya.

Macam mana seorang pelajar wanita boleh tak ada rasa takut?

Awak nak saya koyak-koyakkan awak dan gantung awak di ampaian rumah awak?

- Budak ini... - Apa yang berlaku?

Awak tak layak langsung untuk saya pukul.

- Jangan pukul saya! - Apa yang polis lakukan?

Sebab itulah aku tak pedulikan polis.

Jangan pukul saya!

Oh tidak.

Macam mana gadis kecil seperti awak boleh fikir nak lawan saya?

Hei, berhenti jeling saya.

Saya dah suruh awak berhenti, tak guna!

Jangan jeling.

Ya, helo? Saya di Dobong-dong kawasan yang sedang dibina semula.

Saya rasa awak kena hantar kereta polis dan kereta sepasukan polis.

Ada ramai orang di sini.

Seorang wanita dan seorang lelaki tua diancam.

Walaupun aku tak boleh guna kuasa luar biasa aku lagi

dan walaupun satu badan aku akan diserang penyakit

aku tak akan biarkan lelaki tak guna ini begitu saja.

Apa yang polis sedang lakukan sekarang ini?

- Wah! - Wah!

- Senior! - Senior!

Budak ini...

Wah.

Tak guna!

Apa yang berlaku? Apa yang berlaku? Tuan!

Bayar ganti rugi telefon saya, encik!

Awak siapa?

Jangan!

Kalau awak ahli masyarakat yang bertanggungjawab, awak tahu

yang ada banyak benda penting dalam telefon bimbit seseorang.

- Lari! - Saya tak akan boleh gunakannya kalau begini...

- Lari! - Awak faham, kan?

Dia gila!

Awak mesti dah hilang akal!

Oh tuhan! Tangan saya! Patah!

- Jangan lipat! Jangan! - Oh tidak!

Jadi kenapa awak kena buat begitu?

More Malay subtitles for Strong Woman Do Bong Soon (Strong Girl Bong soon / Himssenyeoja Dobongsoon / 힘쎈여자 도봉순)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left