The first 200 lines.
Permainan ini sengit. Separuh suku masa keempat,
dua mata, dia mesti dihalang. Carlson selit ke tengah.
Hadang dan pusing, tengoklah, bola dijaringkan.
Hebat. Mudahnya jaringan itu. Hantaran yang cantik...
Separuh suku masa keempat,
dua mata, dia mesti dihalang. Carlson selit ke tengah.
Hadang dan pusing, tengoklah, bola dijaringkan.
Hebat permainannya. Mudahnya jaringan itu.
Hantaran cantik daripada Carlson kepada Carriere.
Awak tahukah yang sabun dalam bilik air dah habis?
Ya. Nanti saya belilah.
Awak nak saya
panggilkan Uber?
-Tak payah. -Lyft?
Saya bawa kereta. Saya dah nak keluar.
Awak perlukan apa-apa?
Cuma ini.
Awak suka bola keranjang?
Ini tugas saya. Saya jurulatih.
Yakah? Di sekolah tinggi?
Secara profesional.
Di Des Moines?
-Iowa Stallions, Liga J. -Liga J?
Jadi, selepas naik pangkat empat lima kali,
bolehlah awak sertai Liga B.
Baguslah.
Sebenarnya, saya sepatutnya latih pasukan NBA.
Kenapa awak tak buat?
Kerana ada banyak permainan politik dan...
Jangan risau, sayang. Tunggu masa saja.
"Sayang?"
Okey.
Hei. Saya seronok tadi.
Saya rasa awak wanita yang hebat.
-Apa? -Tak ada apa-apa.
Awak macam fikir yang saya perlu bantuan. Saya okeylah.
Ini bukan kali pertama saya guna aplikasi.
Begitu rupanya.
Alamak. Awak terasakah?
-Saya cuma nak layan awak dengan baik. -Yakah?
Kenapa awak sinis sangat?
Awak asyik tengok SportsCenter, panggil saya "sayang", tapi saya...
Taklah. Saya ada perlawanan malam ini.
Saya sepatutnya tahu betapa menariknya pertemuan ini
semasa saya nampak awak cuma ada satu buku.
Saya sebenarnya ada banyak buku.
Tapi ia disimpan. Saya tak suka bawa banyak barang.
Tajuknya Bayangkan Kejayaan. Hebat.
Hei. Jangan kutuk bayangan. Ia berkesan.
Awak pernah bayangkan ini?
Tidak. Saya bayangkan awak keluar lebih awal.
-Awak dengar tak? -Wah, bijaknya!
Lari, jangan berhenti! Ayuh!
Bawa ia ke sana!
Awak perlu jaringkannya!
Tukar pemain.
Kenapa penjaring utama kita tak bermain?
Halang dia! Ayuh! Hantar bola!
Baik. Timmy, kepung dia! Cepat. Pertahanan!
Itu kali kedua dia terlepas!
Berapa kali awak nak dia terlepas bola sebelum kita gantikan dia?
Cepat!
-Suruh Derrick gantikan Moran. -Ambil posisi.
Dia tak dengar cakap saya.
Kita nak kalahkah?
Rasanya tak.
Perangkap!
Kenapa dua pemain kita di perimeter?
Mereka hantar bola keluar dengan tiga lawan dua pemain.
Saya nak mereka cari jalan bertahan dalam kedudukan itu.
Ya, mereka tak...
Tukarlah, bodoh!
-Pertahanan! -Marcus.
-Pertahanan! -Duduk.
Pertahanan!
-Pertahanan! -Tukar!
Pertahanan!
Masa rehat!
Okey. Mari kita berkumpul.
Jangan lupa, malam Jumaat ialah Malam Kanak-kanak.
Kita guna hantar bola dari tepi. Hantar kepada Mike, Timmy akan sekat.
Jared jaringkan bola.
-Okey? -Tak okey.
-Apa? -Strategi itu teruk, Phil.
Marcus, ini pasukan saya. Awak pembantu saya.
Saya boleh bantu mereka.
Saya tahu cara mereka bertahan. Saya tonton pagi ini.
Kita masih akan hantar kepada Mike.
Derrick, kami nak awak sekat.
Marcus!
Pergi ke bilik persalinan.
Dan biar awak musnahkan peluang ini? Jangan harap!
-Sudah! -Kita masuk...
Keluar gelanggang. Keluar.
Baiklah.
Baiklah. Mari! Kita perlu menang!
Jalen, kita jarang sorot Liga J dalam rancangan ini.
Mungkin kita patut buat. Ia laluan untuk ke NBA.
Ia disertai ramai pemain pelik yang handal.
Ya. Ada pemain yang lompat tinggi.
Awak ingat Marcus Marakovich? Dia muda dan hebat.
Dia bawa Abilene Christian ke Elite Eight.
Ya. Kemudian dia ditawarkan kerja di Ohio State.
Betul. Tapi dia dipecat kerana marah pemainnya.
Agak lama juga dia bertukar-tukar pasukan.
Kini dia pembantu jurulatih pasukan Iowa Stallions.
Tapi dia tak suka strategi ketuanya
dan tengoklah, dia serang bosnya.
Alamak.
Awak nak saya tutup?
Tak apa. Kuatkan lagi.
Selepas kejadian mengarut itu, masa masih tinggal enam saat
dan pada masa ini, pasukan sepatutnya sokong jurulatih
dan jaringkan bola pada saat akhir!
Alamak! Hancur harapan saya, SVP.
Saya harapkan kesudahan yang indah. Sedihnya.
Tepisan itu bagus, tapi sekarang,
cuma ada berita buruk untuk Iowa Stallions dan Marcus Marakovich.
Tutuplah.
Tengoklah? Saya dah kata strateginya teruk.
MEL SUARA SONNY
Marcus! Awak muncul dalam SportsCenter! Hebatnya.
Bodoh betul.
Awak bodoh.
Relakslah, saya nampak awak tadi.
Kasihan mereka.
Hei, terima kasih!
Alamak.
MARCUS MARAKOVICH BALAI POLIS DES MOINES
Marakovich!
Ayuh! Awak dah diikat jamin.
BALAI POLIS DES MOINES
Saya tak sangka awak yang datang, Phil.
Kita dah lama kawan, Marcus.
Awak tahu meme? Awak dah jadi meme sekarang.
Cucu saya hantar video ini.
Dia kongsi dengan kawan-kawannya.
Tak guna!
Sekurang-kurangnya ia agak kelakar.
Tidak. Ia tak kelakar.
-Ia tidak kelakar. -Baiklah.
Okey. Saya dah buat silap. Maafkan saya.
Bunyinya macam tak ikhlas saja.
Saya ikhlas, saya cuma tak rasa bersalah.
Takkanlah saya patut minta maaf kerana nak menang perlawanan?
Dengan menolak saya?
Saya geram kerana awak tak pernah dengar cakap saya.
Saya dah kata strategi awak itu bodoh.
Kalau awak tak suruh Derrick sekat...
Awak tahu sebab saya tak suruh Derrick buat?
Alih perhatian, atau setidak-tidaknya, gunalah dia sebagai umpan dan...
Neneknya berada di hospital. Dia kena strok.
Okey, tapi dia memang dah tua, bukan?
Itu tak penting, Marcus! Neneknya yang membesarkannya.
Dia susah hati dan tak boleh fokus.
Tapi awak memang tak tahu
kerana awak tak pernah cuba mengenali semua pemain.
Saya kenal mereka.
Saya tahu Jinky tidak boleh ke kiri, Balanko cuma tahu tangkap dan lontar.
Sebagai manusia!
Sebagai insan.
Marcus, awak mahir bola keranjang
lebih daripada mana-mana rakan sepasukan atau pemain saya,
tapi awak kena belajar bina hubungan.
Okey. Baiknya.
Apa? Macam dalam filem Hoosiers
atau patutkah saya balik dan karang ucapan untuk beri semangat?
Awak teruk di kolej dan masih tak berubah.
Sebab itulah kerja awak tak pernah kekal.
Ohio State. Greece. Turkiye.
Masalah di Turkiye melibatkan bahasa.
Awak tendang punggung pemain. Lebam tulang kongkengnya.
Dia tahu bahasa Inggeris. Dia dari Detroit.
Saya faham maksud awak, okey?
Saya akan ambil masa dan cuba bina...
-Tidak. -...hubungan.
-Tidak. Saya akan... -Marcus!
Awak dipecat.
Ini arahan pihak atasan.
Marcus Marah-kovich?
Marakovich.
Saya peguam, Charlie McGurk. Saya akan mewakili awak.
Bagus. Terukkah masalah saya?
Taklah, kalau saya mewakili awak.
Okey? Relakslah.
Saya uruskan 10 kes pandu dalam keadaan mabuk setiap hari.
Kes ini tentu pantas dan harapnya tak menyakitkan hati.
Biar saya uruskan. Kita akan cuba dapatkan denda dan...
-Biar betul! -Apa?
Hakim itu.
Kita dapat Mary Menendez.
"Mary Algojo."
"Mary Algojo?"
Dia hakim paling tegas di sini. Jenis tak bertolak ansur.
Dia juga tak suka pemandu mabuk.
Celaka betul.
Jangan guna perkataan kesat.
Okey? Jangan mencarut di bilik perbicaraan Menendez.
Biar saya yang bercakap, okey?
Kalau awak tak disoal oleh hakim, jangan cakap sepatah pun.
No comments yet. Be the first to leave one.