The first 200 lines.
Lee So-woo bukan bunuh diri. Saya nampak!
Dia telah dibunuh oleh Choi Woo-hyuk!
Apa kau boleh buat tanpa bantuan orang dewasa?
Sebab kenapa Lee So-woo mati kami boleh cari sebabnya!
Walauapa pun, saya akan siasat kes ini.
Saya akan adakan perbicaraan sekolah mengenai kejadian kematian Lee So-woo.
Perbicaraan itu tak boleh berlaku.
Sila sediakan pelan tindakan untuk reaksi.
Kau tak bunuh Lee So Woo. Aku percayakan kau.
Saya mendakwa Choi Woo Hyuk atas tuduhan membunuh Lee So Woo.
Saya akan bongkar apa yang terjadi pada Lee So Woo.
Saksi, defendan menyatakan bahawa anda
dan Lee Seong Min boleh menyokong alibinya.
Semasa waktu kematian Lee So Woo, 25hb Disember pada tengah malam
apa yang sedang anda lakukan, di mana, siapa ada di situ, dan bahan bukti apa yang anda ada?
Sila beritahu seperti mana yang anda ingat.
Aku tak tahu.
Ingatan yang tidak lengkap juga tidak mengapa.
Sila nyatakannya.
Aku tak tahu.
Aku tidak bersamanya pada hari itu.
Choi Woo Hyeok berbohong, alibinya adalah palsu!
Kim Dong Hyeon!
Alibinya adalah palsu. Aku tak bersama dia tapi dipaksa untuk cakap begitu.
Dia arahkan aku untuk tutup mulut dan buat apa yang dia duruh.
Aku tak tahu apa yang mereka buat malam itu. Mereka balik dalam keadaan mabuk.
Apa yang kau buat ni?
Kita ada bersama malam itu. Cakap sajalah yang kita ada bersama.
Tak, kita tak ada bersama.
Kita ada bersama! - Tak!
Budak ni memang...!
Choi Woo Hyuk!
- Jahanam! Choi Woo Hyuk!
Budak sialan! Mari ke sini!
Defendan! Defendan!
Budak gila ni! Kau nampak mampus ke?!
Choi Woo Hyeok! Tolonglah!
Kita akan berehat selama 5 minit. Pihak pembela, sila tenangkan defendan.
Kalau ini terjadi lagi...
Aku memang rasa budak tu terlalu senyap hari ni.
Lebih senang untuk percaya yang anjing dah berhenti berak.
Haish!!
Bagaimana kau berkelakuan macam tu, semua orang boleh tengok.
Tutup mulut kau!
Kau cakap yang kau akan pastikan aku tak bersalah, walau apapun. Kau suruh aku cakap seperti yang kau mahu.
Tapi apa ini semua, bangang? Semuanya akan terbongkar.
- Tunggu. - Apa?
Tunggu. Aku belum sempat cakap apa-apa lagi.
Apa akan jadi kau kau cakap apa-apa?
Aku suruh kau tunggu.
Jika kau tak boleh selesaikan kes ini sendiri,
jadi tunggu. Sampai soal balas aku habis.
Haish!!
Di mana defendan?
Pendakwa - Mana Kim Dong Hyeon?
- Dia tak datang. - Dia dah larikan diri.
Pendakwaraya, sila habiskan perbentangan anda.
Baik.
Bukan sahaja memalsukan alibi, defendan juga memaksa kawan-kawannya untuk berbohong.
Ini menunjukkan defendan mahu menyembunyikan apa aktivitinya pada waktu kejadian itu.
Tambahan lagi, pihak pendakwa ada saksi yang melihat defendan di tempat kejadian dan satu pengakuan.
Ini sahaja pembentangan saya.
Oleh kerana defendan tidak hadir, kita akan tangguhkan soalsiasat terhadap defendan.
Tidak. Saya ada soalan untuk pendakwaraya.
Pendakwaraya Go Seo Yeon.
Apa sebab utama anda mendakwa defendan di atas kematian Lee So Woo?
- Surat pengakuan. -Boleh anda beritahu saya kandungannya?
- Peguambela. - Saya perlukan sedikit masa saja.
Sila beritahu saya apa yang tertulis dalam surat pengakuan itu.
Pengakuan yang menyatakan bahawa saksi ada melihat defendan menolak Lee So Woo.
Boleh anda perjelaskannya lagi?
Kenapa tak suruh saja dia bacakan?
Ini salinan surat pengakuan. Sila bacakan.
Pelajar Kelas 1 Tahun 2 Sekolah Tinggi Jeongguk, Lee So Woo tidak bertindak membunuh diri.
Pada 25hb Disember, 2016, Choi Woo Hyeok, Lee Seong Min,
Kim Dong Hyeon...
Sila teruskan.
Ayat yang lengkap ialah: Pada 25hb Disember, 2016, Lee So Woo telah dibunuh oleh Choi Woo Hyeok, Lee Seong Min, Kim Dong Hyeon di atas bumbung sekolah.
Betul?
Ya.
Jadi, pada waktu kejadian Kim Dong Hyeon berada di tempat lain bersama rakannya yang lain, seperti yang dia nyatakan?
Atau dia sedang membunuh Lee So Woo di atas bumbung sekolah seperti mana dalam surat pengakuan?
Kedua-dua keterangan ini TAK BOLEH wujud dalam satu masa.
Jika pendakwaraya menerima keterangan Kim Dong Hyeon dan mengatakan alibi defendan adalah palsu,
jadi keterangan dalam surat pengakuan juga adalah palsu.
Saya akan tanya sekali lagi.
Pendakwaraya, di mana anda fikir Kim Dong Hyeon berada pada malam itu?
Saya bantah.
Peguambela Han Ji Hoon, kau sedang menyoalsiasat pendakwaraya.
Oleh sebab itu, saya tak akan jawab.
Dan juga...
Pihak pendakwa
menarik balik keterangan Kim Dong Hyeon sebagai bahan bukti.
Soalan yang saya tanya ketika soalsiasat saksi dan kesimpulan bahawa defendan alibi adalah palsu,
kami tarik semuanya balik.
Maafkan saya.
Baiklah.
Solomon's Perjury Episod 6
- Ini lebih menyeronokkan daripada apa yang kita fikir, kan? - Pengakuan itu memang rekaan!
Bukankah Kim Dong Yeon akan dapat masalah besar lepas ni?
Taklah! Bagaimana kita nak percaya kata-kata Kim Dong Yeon?
Hey!! Han Ji Hoon sangat hebat! - Yelah.
Hei, Choi Woo Hyeok mengamuk daripada hari pertama lagi, kan?
Kim Dong Yeon. Lee Ju Ri.
Kim Dong Yeon. Lee Ju Ri.
Ah, cakap siapa yang betul?
Seo Yeon yang buat keputusan untuk percayakan surat pengakuan.
Jadi sekarang, permainan dah TAMAT. Kita perlu gunakan kata-kata Lee Ju Ri.
Perlu guna?
Ya. Oleh sebab kau dah cakap, kita berterus terang sajalah.
Aku tak percayakan kata-kata Lee Ju Ri. Kau percayakan dia?
Kau percaya Choi Woo Hyeok yang bunuh Lee So Woo?
Sejujurnya...aku ikut serta sebab Seo Yeon mahu jadi pendakwaraya.
Aku sendiri tak percayakannya. Tak, aku tak boleh!
Kau macam mana, Seo Yeon?
Pihak pendakwa, bila boleh kita adakan mesyuarat seterusnya?
Apa?
Kenapa?
Hei! Berikan kami masa untuk berehat! REHAT!
Kami sudah habis dikerjakan sebentar tadi. Dan kami baru SAJA mahu bernafas.
Mesyuarat? Mesyuarat apa? Kau nak buat kami semua gila?
Budak yang tak berhati perut itu!
Kenapa kamu marahkan aku?
Hei~! Cik-cik pendakwa~!
Jom raikannya! Apa kita nak makan untuk raikan kemenangan di hari pertama perbicaraan?
- Oh terkejutnya saya! - Kau KELUAR!
Kenapa kau macam tu? Kau lapar?
Apa? Keluar dari sini!
Aku akan makan yang ini.
Aku tengah risau gila dan dia mengejek pula.
Apa lagi?
Suara kau... sejak bila sudah boleh-
Sudah agak lama.
Baguslah.
Jadi tak lama lagi, kau akan balik ke sekolah?
Kau mesti bosan sebab sudah tak ada bahan gosip.
Bagus rasanya dengar kau bercakap begitu, maksudnya kau dah OK.
Kami sibuk, cakap apa yang kau nak.
Aku dah cuba ingat apa yang Cho Rong beritahu aku dan tulis secara detail.
Ini adalah keterangan yang lebih detail. Aku... akan beri keterangan sebagai saksi.
Sebagai balasan, aku ada syarat.
- Apa dia? - Sehingga perbicaraan sebenar, rahsiakan yang aku akan beri keterangan.
Aku tak mahu bercakap dengan orang-orang yang tak berguna.
Dan, aku tak mahu naik serentak dengan Choi Woo Hyuk. Jika aku naik, turunkan dia.
- Aku faham. - Satu perkara lagi.
Percayakan aku.
Apa pun pihak lawan cakap mengenai Surat Pengakuan itu, walaupun kau rasa sangsi, percayakan aku.
Itu dipanggil rasa sangsi yang rasional.
Kau masih mahu berlagak dalam situasi sekarang?
Itu satu alasan.
Aku tak percayakan Surat Pengakuan bukan kerana hubungan kita.
Kau dah cakap dengan mulut kau sendiri yang kau tak percayakan surat pengakuan itu.
Kau mahu aku cakap kenapa?
Kau cakap kau tengok perbicaraan. Kim Dong Yeon cakap yang pada 25hb Disember ketika kejadian, dia berada di tempat lain dengan kawannya.
Ketika perbicaraan, kami tak ada pilihan untuk tarik balik keterangan Kim Dong Yeon tapi aku pasti orang lain tahu.
Surat Pengakuan itu salah.
Cho Rong cakap yang masa itu gelap jadi dia tak nampak dengan jelas tapi dia cakap Choi Woo Hyuk ada bersama beberapa orang lain.
Sudah tentulah dia ingat mereka adalah Sang min dan Dong Yeon.
Kau mahu kami percaya cakap kau ini?
Bukan kerana sejak keterangan Dong Yeon, Surat Pengakuan sudah hilang perhatian?
Tutup mulut kau!
Kau adalah orang yang paling tak berguna dan aku tak mahu bercakap dengan kau.
Tak.
Tak, betul cakapnya. Kenapa Surat Pengakuan tak beritahu itu semua daripada awal?
Sebelum Surat Pengakuan itu ditulis, bukankah perlu pastikan siapa yang ada di situ pada malam tu?
Bagaimana aku nak pastikan siapa mereka?
Kau nak aku pergi tanya mereka? Samada mereka ada bersama pada malam dia bunuh Lee So Woo?
Betulkah Cho Rong yang nampak kejadian itu?
Apa?
Betul Cho Rong yang nampak?
Bukan kau, tapi Park Cho Rong yang nampak?
Ya, Park Cho Rong yang nampak sendiri.
Park Cho Rong yang nak tulis Surat Pengakuan, aku hanya tolong saja.
Kau cakap Park Cho Rong adalah orang yang mahu tulis Surat Pengakuan itu?
Ya, itulah apa yang aku cakap.
Lee Joo Ri, jika aku percayakan kau, kau pun perlu percayakan aku.
Aku tak akan beritahu sesiapa, jadi cakap dengan aku. Betul Cho Rong yang...
Ya! Aku yang nampak! Aku yang nampak!
Jika kau macam ni, apa beza kau dengan yang lain?
Bagaimana kau boleh jadi pendakwa sedangkan kau tak percaya cakap aku?
Kenapa kau marah-marah, kau yang berbohong!
Ya, semuanya salah aku.
Aku orang gila yang tahu bagaimana untuk menipu!
Joo Ri!
Lee Joo Ri!
Apa?
Woo Hyuk pergi ke sama? Perbicaraan sekolah itu?
Ya, aku faham.
Budak gila ini!
Hei! Patah balik.
Ya?
Pergi ke sekolah itu sekarang.
Ya.
CEO Choi cakap dia akan lakukan apa saja dengan Choi Woo Hyeok.
Tapi Ketua Han pun...
Bagaimana kau boleh biarkan anak kau sertai perbicaraan itu?
Maksudku, aku percaya yang kau sudah buat sebaik mungkin, Ketua Han.
Aku hanya mahu kau tahu yang aku tak suka kau tak beritahu kami mengenainya.
Maaf.
Aku perlu telefon Pengarah Lee.
No comments yet. Be the first to leave one.