The first 192 lines.
Ziteng
Awak tidak apa-apa, Ziteng?
Jangan risau.
Saya akan pastikan awak selamat.
Ziteng,
kita akan berjumpa dengan Ratu Merak tidak lama lagi.
Bertahan.
Beta telah banyak melihat
kelahiran dan kematian makhluk hidup
sejak pemisahan antara langit dan bumi.
Nyawa
tiada nilai bagi beta.
Perkara yang beta hendakkan
adalah lebih berharga daripada nyawa.
Apa-apa saja
yang Ratu Merak hendakkan,
patik akan dapatkannya.
Patik merayu
supaya tuanku selamatkan nyawanya.
Tuanku, tolong selamatkan dia.
Sun Wukong telah diusir oleh Tang Sanzang
kerana telah banyak kali melakukan dosa membunuh di Gunung Pawana Hitam.
Liuer,
awak juga ialah Batu Tampal Langit seperti Sun Wukong.
Awak boleh berpura-pura menjadi dia.
Jika awak benar-benar hendak selamatkan dia,
awak mesti berhenti mengingati dia
dan beri perhatian untuk merampas Tongkat Timah.
Pahlawan magis dihantar
dan bala bencana diturunkan.
Tidak akan ada Liuer
di dalam dunia ini
mulai sekarang.
Berhenti di situ.
Tongkat Timah itu sangat penting.
Adakah Sun Wukong akan lepaskan awak?
Sun Wukong tak bererti apa-apa bagi saya.
Saya ada ramai saudara di Balai Rawatan Syaitan.
Kenapa saya perlu takut kepada dia?
Liuer.
Tidak lama lagi, sami jelek itu akan sampai di puncak Gunung Suci.
Ini saja peluang awak untuk selamatkan kami.
Wukong.
Awak bermimpi burukkah?
Tuan Guru.
Terkejut saya.
Bolehkah awak berhenti buat saya terkejut?
Saya merayu.
Amitabha.
Tidak.
Wukong.
Awak tak dapat tidur lena
sejak kembali ke sini dua hari lepas.
Adakah awak masih berdendam
kerana saya halau awak balik
ke Gunung Bunga dan Buah?
Tuan Guru.
Awak fikir terlalu banyak.
Sudah berapa kali Tuan Guru buang Wukong
sejak kita memulakan pengembaraan ini.
Setiap kali
dia pun pulang beberapa hari selepas itu.
Tolong berhenti.
Baru beberapa hari saya tak pukul awak.
Awak nak kena pukul lagi?
Saya halau awak
kerana tiada pilihan.
Jika awak dengar nasihat saya
dan menahan diri daripada membunuh orang tak bersalah,
saya tak perlu buang awak.
Tujuan pengembaraan ini adalah
untuk mencari kitab
dan mengambil Tongkat Timah ke puncak Gunung Suci.
Selepas itu, syaitan itu akan dijelmakan semula
dan nafsu membunuh mereka akan lenyap.
Semua makhluk pun akan terselamat.
Tuan Guru.
Jangan runsing tentang itu buat masa sekarang.
Kampung Yangjia tidak jauh dari sini.
Bagaimana kalau kita minta sedekah di sana?
Idea yang bernas. Setuju!
Baik.
Wujing.
Tuan Guru.
Ayuh.
Jom pergi.
Tuan Guru.
Giliran siapa hari ini untuk minta sedekah?
Giliran Tuan Guru.
Saya...
Para dermawan.
Para dermawan.
Izinkan saya...
Aduh!
Alamak.
Lain kali tengok dahulu.
Awak dari mana?
Gelaran rahib saya ialah Xuan Zang.
Saya dari daerah Timur Tang.
Adakah awak Tang Seng?
Ya, saya.
Wahai semua!
Mari sini.
Ini ialah rahib dari daerah Timur Tang.
Cepat datang.
Saya tak sangka bahawa rahib boleh begitu muda
dan sangat kacak.
Kampung Yangjia terletak di tempat yang terpencil
dan terasing daripada dunia luar.
Kami rasa agak kekok
apabila melihat orang asing.
Tuan Rahib yang mulia.
Saya menyinggung hati tuan sebentar tadi.
Maafkan saya.
Tak mengapa.
Jangan cakap seperti itu.
Kami berempat hanya kelaparan.
sebab kami datang
dari jauh.
Bolehkah awak dan
penduduk kampung yang baik hati
beri kami makanan?
Awak datang tepat pada waktunya.
Hari ini ialah hari ke-15 bulan kelapan.
Kampung Yangjia akan meraikan
Pesta Pertengahan Musim Luruh.
Terima kasih banyak-banyak.
Biar betul.
Bukankah itu bulan lepas?
Abang
yang berbulu lebat.
Izinkan saya untuk terangkan.
Saya ialah Ketua Kampung Yanjia.
Jika saya kata hari ini hari ke-15 bulan kelapan,
maka ia adalah sebegitu.
Ketua kampung begitu ikhlas.
Apa kata kita terima tawarannya?
Baiklah jika begitu.
Sila makan.
Bajie.
Kenapa awak tak makan?
Kenapa dengan Kampung Yangjia ini?
Semua makanannya berkisarkan sendi khinzir,
telinga khinzir
atau muka khinzir.
Mereka sengaja susahkan saya saja.
Bajie.
Tak mengapa.
Makan saja.
Wukong.
Kenapa mereka memandang saya dengan aneh?
Apa kata
kita tinggalkan tempat ini?
Di sini tentu ada syaitan.
Jika kita tidak bongkarkan dalang di sebalik semua ini,
kita tetap akan dapat banyak masalah
biarpun kita dapat keluar dari kampung ini.
Wahai semua, mari berkumpul.
Penuhkan mangkuk kalian
dan kita doakan kepada rahib yang dihormati ini.
Tuangkan arak.
Kapak siapa yang jatuh ke tanah?
Sekarang kita tahu perangai dia yang sebenar.
Wukong.
Tuan rahib Tang yang dihormati.
Saya tak berniat nak bunuh awak,
tapi awak perlu serahkan Tongkat Timah itu kepada kami.
Jika tidak,
setiap orang kampung
akan dibunuh oleh syaitan.
Kasihanilah kami.
Adakah awak akan maafkan saya atas apa yang saya lakukan?
Serang!
Saya dah tak boleh tahan!
Teruskan.
Bajie.
Bajie.
Wujing.
Tuan guru, lari!
Bajie.
Tuan guru.
Bajie.
Ziteng.
Apa yang awak buat di sini?
Saya mesti
dapatkan Tongkat Timah.
Tuan Guru.
Pertunjukan yang hebat,
si syaitan.
Angin saya baik hari ini.
Berambus sebelum saya ubah fikiran.
Tuan Guru.
No comments yet. Be the first to leave one.