The first 200 lines.
(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)
Dia tahu segala-galanya tentang anak saya, Jun Mo.
Maklumat peribadi dia telah dibocorkan.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Tambahan lagi, dia tak tahu apa yang berlaku kepada Encik An.
Awak burukkan lagi keadaan,
dengan membawa dia ke sini.
Maaf kerana cakap begini.
Tapi petisyen membuang anaknya...
dan mesyuarat tergempar PTA...
berlaku seperti yang awak nak.
- Jangan melampaui batas. - Apa awak cakap?
Kembalikan yayasan ke tempatnya sebelum ini...
adalah agenda terbesar saya sekarang.
Untuk buat begitu, Song Yeo Wool mainkan watak penting.
Kita akan dapat jawapan tak lama lagi.
Sehingga itu, awak kena buat seperti biasa.
Ini kali terakhir saya bermurah hati sebagai seorang pengarah.
Mari lihat jika awak boleh tunaikan janji.
Saya akan pastikan awak bertanggungjawab.
Ini saja.
Saya buat kesimpulan Song Yeo Wool tak tahu apa-apa...
tentang kematian suaminya...
atau pelaburan yang suami dia lakukan.
Dan rasanya dia bukan satu ancaman.
Saya rasa kita tak perlu risaukan dia.
- Benarkah? - Ya.
Jadi, sampai sini saja tugasan awak berikan.
Itu cara awak beritahu awak dah selesai dengan kes ini?
Satu-satunya saya dapat jumpa...
ialah hubungan di antara isteri dan perempuan simpanannya.
Dan...
ada sesuatu...
awak tak sebut langsung semasa saya terima kes ini.
Itu tiada kaitan dengan kes ini.
Oh Tuhan. Tolong jangan buat saya begini.
Awak patutnya berikan apa saja maklumat tentang subjek itu.
Kenapa awak tak bagi?
Melainkan awak hanya nak menyusahkan saya?
Sebab itu awak bocorkan maklumat peribadi...
pelajar kita kepada Song Yeo Wool?
Apa awak cakap ini?
Kalau bukan awak,
bagaimana Song Yeo Wool dapat...
maklumat peribadi Lee Jun Mo?
Manalah saya tahu.
Apa pun, kerja saya dah selesai.
Jadi, dah masanya saya undur diri.
Oh Tuhan.
Awak dah besar sekarang.
Dulu awak hanya samseng yang cuma menyara hidup sebagai detektif...
di belakang lorong Dongdaemun selepas berhenti sukan.
Sekarang awak sangat pandai bercakap.
- Apa awak cakap? - Saya beri tugas. Perhatikan dia.
Kenapa? Awak dah jatuh cinta pada dia?
Atau ada daya tarikan fizikal dengan dia?
Jaga kata-kata awak.
Mungkin awak ingat awak datang sini atas kerelaan sendiri.
Tapi tak jika awak nak tinggalkan tempat ini.
Mesti awak ingat awak hanya perlu bercakap dengan polis...
dan tidur beberapa malam di penjara selepas awak berhenti.
Malangnya.
Tapi selepas kes ini bertukar...
menjadi konspirasi pembunuhan, penipuan, dan ugutan,
awak akan mereput di dalam penjara...
seumur hidup awak.
Awak mengugut saya?
Fikir baik-baik tentang masa depan awak...
kalau awak tak habiskan tugasan yang saya suruh.
Semuanya tamat hanya bila saya cakap tamat.
Kenapa mudah sangat awak mempercayai orang?
Awak seorang peguam.
Awak dah jumpa apa yang awak nak?
Hati-hati dengan orang terdekat di tempat tak dikenali.
(Awak dah jumpa apa yang awak nak? Hati-hati dengan...)
(orang terdekat di tempat yang tak dikenali.)
(Pelajar: Hwang Jae In, Ibu: Hwang Na Yoon)
Yeo Wool.
Hei.
Awak memang perancang hebat.
Bagaimana awak paksa dia berikan jawatan itu?
Itulah.
Na Yoon.
Saya ada soalan untuk awak.
Okey. Apa dia?
Awak...
Tiada apa. Mari pergi.
Oh ya, - Ya?
Bagaimana hubungan awak dengan ibu-ibu yang lain?
Seperti ibu Jun Hee dan ibu Si Woo.
Awak rapat dengan mereka?
Saya pasti saya cuma rapat dengan awak seorang saja.
Dan saya tak selesa keluar bersama ibu yang lain.
Perunding undang-undang? Tiba-tiba saja.
Apa sebenarnya yang berlaku ini?
Itulah.
Situasi apakah ini?
Lagipun, kenapa Ji Sun menukar pendiriannya sekarang?
Apa yang budak-budak sekarang panggil?
Dia memang pembelot.
Apa pun, apa pandangan awak tentang itu?
Yang penting ialah...
peguam itu seperti ada kelebihan sekarang.
Saya tak tahu sama ada kita patut ambil tindakan atau tak.
Apa yang seronok sangat?
Terima kasih untuk hari ini.
Apa kata makan pagi di hotel saya esok?
Baiklah. Saya setuju.
Jumpa awak nanti.
- Selamat tinggal. - Selamat tinggal.
Ji Sun, saya tak sangka awak suka memutar-belit.
Oh Tuhan. Awak patut beritahu saya terlebih dulu.
Kenapa tiba-tiba awak menyokong Song Yeo Wool?
"Menyokong?" Siapa yang menyokong?
Tak. Awak cakap awak nak halau dia menggunakan kod itu.
Tapi tiba-tiba saja, dia menjadi perunding undang-undang kita.
Tak masuk akal langsung.
Adakah ini kesatuan strategik?
Atau...
dia tahu sesuatu tentang awak?
Apabila seseorang dalam kesempitan,
mereka lakukan benda gila.
Dan saya hanya lakukan sesuatu,
supaya dia tak lakukan benda gila.
Dia pasti jumpa sesuatu tentang Ji Sun.
Oh Tuhan.
Apa masalah perempuan itu?
Seharian dia buat begini?
Sepanjang hari dia duduk dalam bilik. Tak keluar langsung.
Jun Mo.
Buka pintu.
Ibu dah uruskan segalanya.
Jadi, awak tak perlu risau.
Ibu dah beritahu pihak sekolah awak cuti hari ini kerana sakit.
Tapi mulai esok awak kena pergi sekolah. Faham?
Sebagai langkah keselamatan, perhatikan dia semasa saya tiada.
Jun Mo lebih lemah dari yang kita sangka.
Kalau dia lakukan sesuatu lagi...
Saya faham.
Pergilah tidur. Tak selesa berada di luar ini.
Saya tak akan duduk lama.
Awak boleh balik rumah.
Awak dah makan malam?
Saya minta maaf kerana timbulkan masalah pada awak.
Seung Jo.
Saya kena pergi ke suatu tempat.
Ke mana?
Cari sesuatu di Hong Kong untuk saya.
Ambil penerbangan tengah hari esok.
Baiklah.
Selamat malam.
Awak dah selesaikan semuanya dengan pembantu itu?
Jun Mo dah minta maaf dan bersetuju untuk selesaikannya.
Awak bersetuju untuk bayar kerugian fizikal dan psikologi juga?
Dia cakap perkara itu dah selesai.
Jadi...
(Petisyen untuk Membuang Pelajar Berdasarkan Kod Adab)
bagaimana awak nak terangkan ini?
(Petisyen untuk Membuang Pelajar Berdasarkan Kod Adab)
Ibu Jae In bantu saya dapatkan tandatangan. Awak tak tahu?
Tak. Saya tak tahu awak berdua rapat.
Awak ingat awak boleh memperdaya saya dengan sekeping kertas.
Saya tak kisah awak bergosip atau kumpul tandatangan tentang saya.
Tapi awak juga memang suka mengugut orang tak berkuasa?
Begitu cara awak berlagak?
- Apa? - Ibu Jae In bantu awak?
Saya pasti dia tak ada pilihan.
Terserah awak nak percayakan saya atau tak,
tapi nampaknya awak masih tak faham.
Apa akan berlaku kalau awak mudah percayakan seseorang.
Puan.
Awak apa khabar? Awak sihat?
Ya.
Saya semakin baik, terima kasih kepada awak.
Tapi saya nak berhenti di sini.
- Apa? - Berhenti masuk campur urusan saya.
Oh Tuhan.
Kenapa semua orang buat begini pada saya?
Yi Chan.
Ibu ingin beritahu awak sesuatu.
Saya juga ingin beritahu ibu sesuatu.
Ibu cakaplah dulu.
Sebenarnya, ibu kena bekerja semula.
- Di sekolah awak. - Benarkah?
Tapi ibu tak sibuk macam dulu.
Ibu boleh tengok keadaan awak di dalam kelas,
dan kita masih boleh lakukan apa yang kita janjikan.
Ibu. Ibu suka bekerja?
Apa?
Ya, ibu...
Kalau itu yang ibu suka, saya sukakannya juga.
- Benarkah? - Ya.
Terima kasih, sayang.
Tengok? Cantiknya bila ibu tersenyum.
Awak cakap awak nak beritahu saya sesuatu. Apa dia?
Apa? Sebenarnya...
Ibu ada mencari telefon ayah.
Sebenarnya, saya kehilangannya.
Apa?
Bila? Bagaimana?
No comments yet. Be the first to leave one.