The first 200 lines.
Dorothy, awak okey?
Awak okey? Sekarang hampir waktu tengah hari.
Yakah?
Awak nampak kurang sihat.
Tak, saya okey. Saya minta maaf. Saya akan bersiap.
Tak apa. Awak berehat.
Hari ini hari Ahad.
Saya cuma…
Saya bangga dengan awak.
Awak keluar dan lihatlah.
Tiada perkara buruk berlaku.
Akhirnya keadaan semakin baik.
"Katak hijau menari di kolam malam itu,
biri-biri hitam pula menangis di bawah cahaya bulan."
Itu biri-biri hitam, bukan ayah.
Awak rasa ia lucu?
Tolonglah.
Okey.
Ini Sean.
Saya rasa berbesar hati tapi ia bukan masa yang sesuai.
Ya.
Okey.
Baik, awak juga.
Okey. Terima kasih, selamat tinggal.
Tak mengapa.
Sean? Anak awak menangis.
Saya bercakap sebentar saja.
- Dengan siapa? - Ia cuma hal kerja.
Kerja apa?
Siapa "Penerbit Taylor"?
Dia daripada Gourmet Gauntlet.
Mereka mahu awak jadi juri undangan?
Ini hebat.
Apa?
Mereka mahu saya jadi pengacara musim baru. Mereka akan rakam di Philly.
Sean!
Ini hebat!
Awak dah kata tadi.
Awak faham betapa hebatnya ini? Kenapa awak berahsia kebelakangan ini?
Saya tak mahu risaukan awak. Itu…
Kenapa saya mahu risau tentang kejayaan awak?
Saya takkan terima. Untuk keluarga kita.
Awak perlu terima.
Ini berkaitan dengan awak yang dah jadi beragama?
Baguslah, Dorothy.
Leanne?
Leanne!
Terima kasih. Awak dah selamatkan saya.
Awak boleh ambil petunia di tepi pagar?
Awak percaya dia mahu menolaknya?
Sean ada masalah dengan harga diri.
- Dia nampak yakin bagi saya. - Baiknya.
Dia berpura-pura, sayang.
Tak apa, saya selalu mendorong dia.
Sudah siap.
Betul.
Awak buat apa?
Ia perlu diuraikan sedikit atau ia takkan membesar.
Ia sama seperti kita, lebih cantik selepas berusaha.
Menjaga kecantikan, berdiet dan bersenam.
Tentu paderi baru itu meyakinkan dia yang cita-cita bukan mulia.
Paderi baru?
Dia juga tak beritahu awak. Menarik.
Sean ada hubungan sulit.
Dengan Tuhan.
Tak, saya tak tahu itu.
Dia memang mudah terpengaruh.
Saya mengajak dia makan malam esok.
Kita perlu perhatikan musuh kita.
Jangan beritahu dia saya kata begitu.
Ambil.
Ini menyeronokkan. Meluangkan masa bersama, berkongsi rahsia.
Waktu bersama wanita.
Itu nampak berbahaya.
Ia hanya untuk sementara.
Dorothy dah beritahu saya tentang kerja itu. Ia hebat.
Tiada kerja.
Saya takkan terimanya. Ada akibatnya.
Ia berbeza kali ini. Saya akan ada di sini.
Itu sangat baik, Leanne.
Tapi awak akan gagal jika terlalu yakin.
Bunyinya bukan seperti awak.
- Jadi kenapa awak cuba cipta hubungan? - Ia tak dapat tampung kita…
Apa ini, Leanne?
Saya minta maaf.
Percayalah. Ini lebih menakutkan.
Saya harap awak dapat biasakan diri dengannya.
Biasakan diri dengan suami saya yang rahsiakan agamanya?
Saya pilih gereja paling progresif.
Sama saja.
Awak rasa Leanne berkelakuan pelik?
- Leanne sentiasa berkelakuan pelik. - Ya.
Layan Nancy dengan baik semasa dia datang untuk makan malam.
Saya? Saya seorang yang lembut.
Uh-uh, awak garang.
Awak dah terima tawaran itu?
Dorothy, awak boleh lupakannya?
Kenapa dengan awak?
Peluang seperti ini jarang didapati.
Awak perlu mengambil peluang ini.
Jangan biar anak kita tahu awak takut untuk mencuba.
Mana topi awak?
Mana topi awak? Ya.
Kami comel, bukan?
- Sangat comel. - Awak akan ikut kami.
Ya.
Kita perlu sentiasa berlatih yang kita dah selamat.
Musim bunga dah tiba. Kita boleh lihat tumbuhan hidup semula.
Saya rasa sejuk.
Awak mengarut. Cuaca panas di luar.
Baiklah.
Marilah hirup udara segar.
Saya boleh dengar awak tak menarik nafas.
Leanne.
Tidak.
Kami tahu perbuatan awak. Kami tahu siapa awak.
Awak selamat sekarang. Cuba berkelakuan seperti itu.
- Dia ada di rumah? - Siapa?
Leanne.
Tiada.
Awak boleh periksa?
Tak, saya tak boleh periksa.
Awak menceroboh rumah saya.
- Hei. - Hei.
Awak nampak berbeza. Awak ubah rambut awak?
Ya. Dikeritingkan.
Veera tiada?
- Tiada. - Kenapa?
Entahlah. Saya tak boleh baca fikiran dia.
Ini champagne untuk malam ini.
Paderi itu dah tiba?
Belum tapi saya tak sabar untuk jumpa dia.
Awak cemburu?
Dia mengganggu pengaruh keagamaan awak?
Malam ini tentu seronok.
Saya perlu buat semuanya sendiri.
Awak buat apa?
Saya bukan makan. Saya bersedia untuk makan malam.
Mesej daripada "Penerbit Taylor." Itu mencurigakan.
Awak dan kakak awak mencerobohi privasi saya.
Ya. Ia tak penting.
Awak tak boleh lakukannya.
- Siapa beritahu awak? - Awak rasa siapa?
Dia mahu saya yakinkan awak untuk merebut semua peluang.
Sean. Jangan.
Saya takkan lakukannya!
- Tapi kenapa? - Apa maksud awak, "Kenapa?"
Dia tak ingat kejadian itu.
Ini akan sedarkan dia.
Asas psikologi.
Saya harap kami dapat teruskan hidup.
Ya. "Saya harap saya lebih tinggi dan seorang pemain bola keranjang."
Rahsiakan hal ini, okey?
Mana Dorothy?
KAMERA SATU RUANG LEGAR
KAMERA DUA PINTU HADAPAN
Oh Tuhanku.
KAMERA EMPAT LAMAN BELAKANG
KAMERA ENAM LORONG BELAKANG
Helo.
Helo?
Hai, saya Nancy.
Paderi Sean dari Liberty Unitarian.
Awak tentu Leanne.
Siapa yang beritahu awak?
Sean.
Maaf kerana saya pakai begini.
Saya datang dari gereja dan ia juga sebagai pakaian musim sejuk.
Mereka ada di dapur?
Awak patut tunggu di sini bersama saya.
Okey.
Nancy, bila awak tiba?
Kenapa awak tak panggil kami?
- Awak sibuk. - Tak mengapa. Saya datang awal.
Terima kasih. Awak memang baik.
Nancy. Selamat datang ke rumah kami.
Leanne, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?
Kamu berdua berbual dulu. Kami akan kembali.
Apa yang terjadi?
Apa maksud awak?
Saya dah lihat rakaman kamera keselamatan.
Kenapa awak tak beritahu kami?
- Awak perhatikan saya? - Tak. Ya, kali ini.
Saya tak mahu awak risau.
Kenapa semua orang risau jika saya risau?
Memang patut saya risau.
Saya nampak orang kejar awak dalam rumah kita.
Mereka cederakan awak?
Mereka orang kultus?
Oh Tuhanku.
Ini tak masuk akal.
Mereka tak masuk akal. Sudah berbulan.
Budak gelandangan itu salah seorang daripada mereka?
Bagaimana kalau Jericho bersama awak?
- Ia okey, Dorothy. - Ia tak okey.
Awak tentu terkejut.
Oh Tuhanku, saya paksa awak pergi ke taman…
Awak tentu ketakutan. Kasihan.
Tak.
Saya dah tak takut lagi.
No comments yet. Be the first to leave one.