The first 200 lines.
Adakah kamu semua masih ingat nama Tentera Reben Merah?
Di bawah kepemimpinan Komander Merah, tentera jahat ini merancang menguasai dunia
tapi dimusnahkan oleh seorang budak lelaki bernama Son Goku.
Pada masa itu, ilmuwan cerdik Dr. Gero,
yang sedang menbangunkan senjata khusus yang disebut 'Android', berjaya bertahan.
Sementara itu, anak yatim piatu Komander Red Magenta meneruskan wasiat ayahnya.
Menggunakan dana besar daripada syarikat hadapan,
Red Pharmaceuticals, dalam diam-diam dia menunggu kebangkitan tentera.
Waktu berlalu.
Dr. Gero terus membangunkan androidnya secara rahsia
dan dia juga mengubah dirinya menjadi Android.
Namun dia sekali lagi dikalahkan oleh Goku dan rakan-rakan
dan akhirnya dibunuh oleh ciptaannya sendiri, Android #17.
Sejurus selepas itu,
Goku dan rakan. Berhadapan dengan Cell, senjata hidup yang ampuh
dan akhirnya berjaya mengalahkannya setelah melalui perjuangan yang sukar.
Sementara Magenta hampir menyerah pada kebangkitan Tentera Reben Merah
setelah banyak kekalahan
dia cukup bertuah menemukan cucu Dr. Gero yang lebih cerdik, Dr. Hedo.
Terima kasih kepada genius Hedo,
hasrat membara Magenta untuk balas dendam berkobar sekali lagi.
Diterjemahkan oleh KADUK 09/12/2022 Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak
Jadi ini cucu Dr. Gero?
Dr. Hedo, umur 24.
Adakah dia seorang profesor, atau seorang doktor medik?
Dia memegang kedua-dua kelayakan.
Tengoklah ini.
"Persembahan Carmine"
Adakah awak yang membuat ini?
Betul.
Ayahnya adalah anak bungsu dari mendiang isteri Dr. Gero.
Ketika Hedo masih di sekolah rendah,
dia kehilangan kedua orang tuanya dalam sebuah kemalangan.
Masa Hedo masih kecil, dia menggunakan harta kedua orang tuanya untuk hidup bersendirian.
Dia sangat cerdik untuk mendapatkan gelaran doktor pada usia 14 tahun.
Namun, keperibadiannya yang pelik menghalangnya
untuk menyesuaikan diri di makmal mana pun
jadi dia menggunakan sedikit sisa hartanya untuk meneruskan penelitiannya sendiri.
Ia sesuai dengan tujuan kita.
Ayuh segera kita cari dia.
Bawakan saya teh!
Segera.
Harap tunggu tiga bulan.
Tehnya?
Bukan itu,
Dr. Hedo, sekarang ni menjalani hukuman di penjara.
Silakan.
Dia di penjara? Untuk apa?
Nampaknya dia mencuri tiga mayat dari bilik mayat dan menukarnya
menjadi Android biasa
kemudian mendapatkan duit dengan meminta mereka bekerja di kedai serba ada.
Saya tidak tahu adakah dia cerdik atau bodoh. Bagaimanapun...
Nampaknya dia mewarisi bakat Dr. Gero untuk teknologi Android.
Oh ya,
kita memerlukan bakatnya untuk menghidupkan kembali Tentera Reben Merah!
PANAS!
Penyiasat - Penyelidik!
Beg Tahi!
Adakah awak Dr. Hedo? Saya sudah menunggu awak.
Izinkan saya untuk memperkenalkan diri, saya adalah...
Awak presiden Red Pharmaceuticals, kan?
Oi!
Macam mana awak tahu siapa saya?
Saya telah melihat ke dalam diri awak.
Melihat ke dalam diri saya?
Awak ada di tempat duduk pemandu.
Awak memerhatikan saya masa saya keluar di halaman latihan penjara kan?
Saya rasa itu mencurigakan, jadi saya menyuruh orang mengikuti awak.
Macam mana boleh?
Hachi-Maru, ke sini!
Dia ejen cyborg saya. Saya membuatnya dengan mengubah suai jadi lebah.
Dia mengikuti awak ke bilik presiden di Red Pharmaceuticals
dan melihat awak melaporkan saya.
Hebat betul.
Namun begitu, saya yakin awak tidak tahu alasan kami menyiasat awak.
Saya boleh menekanya.
Percakapan awak agak sukar untuk difahami
tapi saya berjaya mendengar awak mengatakan Tentera Reben Merah .
Yah…
Bagaimanapun, izinkan kami memberi awak tumpangan.
Kami tahu semua makanan kesukaan awak.
- Ke tepi sedikit. - Baik.
-Kencangkan tali pinggang keledar awak. - Baik.
Bagaimana keadaan di penjara?
Adakah narapidana lain memilih awak?
Beberapa dari mereka melakukannya, pada awalnya.
Tapi mereka semua mati secara misteri!
Saya… saya faham.
Sungguh memalukan apa yang berlaku kepada datuk awak, Dr. Gero.
Terus terang, saya tidak peduli.
Saya masih budak lagi masa itu. Saya tak ingat macam mana dia meninggal.
Dan saya sendiri tak pernah bertemu dengannya.
Namun, sungguh kebetulan
semangat awak untuk kajian Android sama besarnya dengan datuk awak.
Buat kajian Android terakhir ya?
Menakjubkan! Itulah yang saya kejar.
Kemunduran besar jika kehilangan orang cerdik seperti itu.
Setelah ayah saya Red meninggal, saya membiayai kajiannya.
Saya mula faham.
Sekarang ilmuwan Dr. Gero sudah tiada
jadi awak ingin menggantikannya dengan Dr. Hedo yang super genius.
Ye betul, Macam mana? Nak tak awak membantu?
Awak boleh mendapatkan dana kajian dan semua peralatan yang awak inginkan.
Saya akan membayar awak 300 juta per Android!
Hmm… saya tidak begitu pasti.
Kenapa pulak?
Walaupun bukan pengetahuan umum,
Red Pharmaceuticals adalah penutup Tentera Reben Merah.
Dari situlah semua duit nya berasal kan?
Masa saya masih kecil,
orang tua saya membenci datuk kerana dipengaruhi oleh Tentera Reben Merah.
Wow, saya tidak pernah menyangka awak tahu begitu banyak.
Selain itu, saya peminat superhero yang kuat dan hebat.
Jika Tentera Reben Merah masih mengejar menguasai dunia seperti di masa lalu
yang membuat mereka jadi musuh semula jadi superhero kan?
awak lelaki yang menarik.
Walau pun mungkin tengok macam menguasai dunia
tujuan saya yang sebenarnya adalah
untuk membersihkan dunia dari individu yang berbahaya atau pemberontak
untuk membangun masyarakat yang jujur dan dunia yang damai.
Dalam maksud tertentu, saya berpihak pada keadilan.
Dengan kata lain...
awak ingin menggunakan kekuatan untuk menciptakan dunia ideal awak?
Ye, Saya tak kisah tentang kuasa.
saya hanya tertarik pada kajian.
Jika awak tak tertarik,
bagaimana kalau saya membayar awak satu milion per Android?
Nampaknya itu tawaran yang tak boleh saya tolak.
Mungkin.
saya rasa saya takda pilihan Kalau macam tu.
Memang, ini demi keselamatan awak.
Sebagai catatan, saya tak setuju kerana awak menahan saya di bawah ancaman senjata.
saya telah menyuntik kulit saya dengan ubat khusus yang membuatnya tahan melawan tembakan.
Dan selain…
Sengatan racun Hachi-Maru sangat mematikan!
Malah untuk Android,
beberapa bahagian tubuh mereka masih manusia, saya ragu mereka boleh bertahan dari satu sengatan.
Satu-satunya alasan saya setuju
adalah kerana saya menyukai gagasan dan mendapat dana besar untuk membangun Android terbaik dalam sejarah!
Jelas sekali saya tidak berminat dengan cita-cita Presiden Magenta.
faham?
Baik!
Jadi, siapa musuh terbesar yang awak fikirkan?
Dia dari kumpulan yang mengalahkan Cell.
Adakah maksud awak Tuan Satan?
Tidak, bukan.
Dia bergabung dengan mereka, tetapi menurut kajian kami
mereka adalah masyarakat rahsia yang menakutkan
yang pemimpin sejatinya adalah Bulma dari Capsule Corporation.
Capsule Corporationl? Syarikat terkaya di dunia?
saya belum pernah mendengar satu pun khabar buruk tentang mereka.
Tidak dinafikan lagi.
Banyak saksi telah melihat humanoid terbang keluar masuk dari Capsule Corporation HQ.
Kajian kami menunjukkan bahawa ini kemungkinan besar adalah makhluk asing.
makhluk asing?
Betul. fikirkan tentang itu!
Adakah awak betul berfikir mereka boleh menciptakan sistem Kapsul revolusioner
atau pesawat luar angkasa mereka tanpa bantuan teknologi makhluk asing?
makhluk asing ini merancang menggunakan Capsule Corporation
untuk mengambil alih Bumi!
Itu cerita yang sukar dipercaya.
Saya dah agak awak akan cakap itu.
Tapi lihat ini. Ia diambil beberapa tahun yang lalu.
Pernahkah awak membayangkan ada makhluk seperti itu?
Mereka makhluk asing!
makhluk asing telah bertempur satu sama lain di sini di Bumi.
Kemungkinan besar untuk tentukan siapa yang berhak menuntut Bumi sebagai wilayah mereka.
Nampaknya waktu itulah organisasi Bulma pertama kali ditubuhkan.
Tapi, kenapa Bulma dan anak buahnya tak mengambil alih Bumi dengan paksa?
Jelas mereka mahu menggunakan penduduk bumi sebagai tenaga kerja.
Setelah mereka membuat Bumi menjadi syurga untuk diri mereka sendiri
mereka akan memusnahkan kita penduduk bumi dan memanggil rakan makhluk asing mereka.
Cell adalah mahakarya datuk awak.
Dia menghantar Cell untuk melawan balik
Capsule Corporation dan rancangan mereka untuk menambah kekayaan dunia untuk diri mereka sendiri
dengan bantuan organisasi makhluk asing rahsia mereka.
Tetapi malangnya, dia mati dalam percubaan itu.
Malah Android #17 dan #18 mengkhianati pencipta mereka dan bergabung dengan musuh.
Mereka seperti musuh yang sukar untuk dikalahkan.
Memang pun. Organisasi mereka malah
termasuk Majin Buu yang menakutkan dan Raja Iblis Piccolo.
Adakah Dr. Bulma yang terkenal itu pun makhluk asing juga?
Yang paling disayangi.
Nampaknya, yang kita perlukan adalah beberapa pahlawan.
Betul.
Boleh tak awak membuat Android yang cukup kuat untuk mengalahkan mereka?
Permintaan yang bodoh.
saya ada tujuan baru sekarang,
Untuk membangun Android paling kuat di alam semesta!
hebat kan?
Ya..Ya…
Baik!
Kembalinya Tentera Reben Merah sudah hampir!
Aduh!
Awak okay ke?
Takda masalah!
Baiklah, cukup untuk hari ini.
Ini!
Awak melakukannya dengan baik.
Awak memiliki kemampuan yang lebih baik daripada Gohan, maksud saya daripada ayah awak.
No comments yet. Be the first to leave one.