The first 200 lines.
Rundingan damai dah berakhir sekarang.
Selepas kegagalan delegasi di persidangan keamanan,
kita cuma ada satu pilihan.
Perang.
Ingat saat ini.
Nama kamu akan diingati dalam sejarah Payan
sebagai wanita dan lelaki yang berjuang bersama ratu mereka
untuk membawa Paya ke era baru dan dirahmati.
Dia menipu. Seseorang perlu menghalangnya.
Bukan sekarang.
Lord Harlan, semua wakil dah tandatangan?
Ya.
Tali semua wakil dah ditambah.
Jadi, semua rakyat beta,
kita sedang berperang sekarang.
Pastikan kapten kamu lapor diri kepada jeneral pemburu ahli sihir beta
untuk diberikan tugas segera.
Ada satu lagi isu perlu dibangkitkan kepada semua ahli majlis.
Puteri Maghra, awak sentiasa nak cakap sesuatu, bukan? Apa pula sekarang?
Tentang pemburu ahli sihir.
Kenapa dengan mereka?
Mereka takkan berjuang untuk awak.
Pemburu ahli sihir saya ikut arahan saya, seperti sepanjang pemerintahan sebelumnya.
Mereka tentera saya.
Tidak.
Mereka tentera saya.
Tamacti Jun?
Saya gembira tuanku masih ingat saya.
Awak masih hidup! Syukurlah, Dewa Api.
Awak tak tahu apa beta hadapi.
Jika tuanku nak menipu, pastikan kebenaran ditanam bersama si mati.
- Penipuan? - Tuanku yang musnahkan Kanzua.
Dia tipu!
Tangkap lelaki itu.
Beta cakap tangkap dia!
Mereka tak berkhidmat untuk tuanku lagi.
- Tak! - Tak!
Tak!
Tak!
Tuanku yang bunuh rakyat sendiri…
bunuh keluarga mereka.
Keluarga saya.
Tuanku yang cuba bunuh saya.
Ia tuduhan yang serius, jeneral.
Ia bukan tuduhan. Ia kebenaran.
Sama seperti awak, Kapten Gosset,
saya juga setia kepada keluarga diraja sepanjang hayat saya.
Tapi ratu ini…
wanita ini…
benda ini
sememangnya keji.
Dia asyik menipu!
Maghra, beritahu mereka yang dia menipu.
Dia bercakap benar.
Awak khianati orang sendiri buat kali terakhir.
Ahli majlis ini perlu buat keputusan.
Perang tak boleh dielakkan sekarang.
Tapi adakah kita akan dipimpin pembunuh penipu ini…
atau kita berjuang untuk ratu sebenar…
Maghra?
Jadi ini rampasan kuasa?
Beta faham.
Ketika bangsa kita hadapi saat genting,
adik saya memilih berdusta dan menipu untuk merebut takhta.
Tapi dia lupa tentera beta lebih ramai berbanding beberapa pemburu ahli sihir.
Kapten Gosset, tangkap pengkhianat.
Ya…
Tidak.
Tentera Pennsa menyokong Ratu Maghra.
Dia bukan ratu kamu!
Mari bersetuju untuk tak sependapat, okey?
Saya boleh mengesahkan dakwaan dibuat oleh Tamacti Jun adalah benar.
Saya ada saksi dari Kanzua yang akan beritahu kamu
punca kemusnahkan bandar itu adalah disebabkan ratu.
Ratu atau bukan,
pengkhianatan dan pembunuhan akan dihukum dengan kematian.
Sekejap. Beta layak dibicarakan.
Tuanku sendiri isytiharkan perang yang tuanku terdesak mahukan.
Dengan membuat tali deklarasi perang,
tuanku memindahkan kuasa daripada ahli majlis…
kepada para jeneral.
Awak dah fikirkannya dengan teliti.
Saya luangkan masa berfikir tentangnya.
Terima kasih atas khidmat tuanku.
Tunggu!
Dia hamil.
Sibeth gugur selepas kami tiba di Pennsa.
Ini kandungan baru.
Masih membentuk.
Saya dapat rasa kehadirannya.
Anak itu tak patut dibunuh disebabkan dosa ibunya.
Kematiannya boleh ditangguhkan. Toad.
Dah dua kali kamu gagal bunuh beta, Tamacti Jun.
- Bawa dia keluar dari sini. - Ramalannya kekal sama!
Dewa Api masih bersama beta.
Anak ini tiba tepat pada masanya untuk selamatkan ibunya.
Setialah kepada ratu, semua!
Sentiasa peka sehingga ratu kamu kembali memegang takhta.
Semua pengkhianat akan diseksa hidup-hidup.
Kurung dia di kamar dengan kawalan pengawal.
Biarkan dia dalam istana adalah tak bijak.
Ia bangunan paling berkubu dalam seluruh kawasan Pennsa.
Diam.
Kamu dengar?
Woodvale dah kalah.
Kita kalahkan Woodvale tanpa kematian melibatkan Trivantian.
Disebabkan penglihatan awak, kita sampai beberapa hari awal dari jangkaan mereka.
Masih berjaya menghantar isyarat.
Pennsa tahu kita dalam perjalanan.
Ia takkan buat mereka bersedia sepenuhnya untuk berdepan batalion ini.
Apabila ahli majlis dengar kemenangan pantas kita…
akhirnya mereka akan meratifikasikan strategi saya.
Maksud awak gunakan tentera yang boleh melihat?
Jeneral, tolonglah, ahli majlis tak boleh tahu tentang saya.
Saya takkan dedahkan tentang awak sehingga semuanya selamat.
Wren, awak seperti anak saya.
Saya akan melindungi awak. Saya janji.
Tentera Trivantian sampai ke Woodvale lebih pantas daripada dijangka.
Dalam keadaan sekarang, mereka akan sampai di Pennsa dalam lima atau enam hari.
Bagaimana tentera mereka boleh bergerak pantas?
Mereka ada tentera yang boleh melihat membimbing tentera mereka.
Tentera Trivantian takkan biarkan orang yang boleh melihat selamat.
Komander jeneral merekrut dan melatih mereka secara rahsia.
Jika tentera Trivantian sampai ke Pennsa, kita akan kalah.
Setuju. Greenhill Gap. Kubu itu masih aktif?
Sudah tentu. Perkubuan lengkap, 20 tentera.
Kita akan tingkatkan pertahanan di sini.
Tidak. Greenhill Gap tak jauh dari Pennsa. Ia terlalu dekat.
Ia satu-satunya tempat kita boleh menguasai tanah tinggi.
Beri kita peluang.
Ada apa-apa maklumat tentang jumlah mereka?
Mereka sangat komited di barat.
Pengintip kita jangkakan 250 orang. Tentera kecil dengan standard Trivantian.
Lebih ramai daripada tentera kita.
Beta nak semua tentera yang ada dan bekalkan senjata pada Paya
di Greenhill Gap dalam masa dua hari.
Kapten Gosset, sediakan tentera awak.
Kita bertolak esok apabila Dewa Api muncul.
Tak. Fikir, Maghra.
Jika mereka memang ada tentera yang boleh melihat, kita lebih bermasalah.
Kamu juga akan ada tentera yang boleh melihat.
- Tidak. - Kami akan sertai.
Kamu bukan tentera.
Tak, kami anak-anak ratu. Ini juga peperangan kami.
Betul cakap ayah kamu. Kamu dan adik kamu tak terlatih.
Kamu tak boleh jangkakan kamu boleh berlawan hanya sebab boleh melihat.
- Saya tak nak masuk campur keluarga... - Jadi jangan masuk campur.
Tapi seperti awak asyik cakap, kita berdepan tentera lebih berkuasa.
Kita perlukan setiap kelebihan yang kita boleh dapat dalam peperangan ini.
Penglihatan tak beri kelebihan di medan membunuh.
Seperti yang saya belajar daripada pengalaman dengan anak-anak sendiri,
selalunya penglihatan mereka mengkhianati mereka.
Tentera yang boleh melihat ini akan beri keyakinan palsu pada tentera Edo.
Kita tak nak perkara sama berlaku kepada tentera kita.
Edo telah membentuk sistem untuk menggunakan mereka.
Saya dah melihatnya sendiri.
Ayah memang pahlawan hebat…
tapi kebenarannya ada perkara yang kami boleh buat tapi ayah tak boleh buat.
Ia perkara sama Jerlamarel cakap sebelum ayah buat dia jadi buta.
Ayah tak boleh melindungi kami daripada perjuangan ini.
Ia bukan perjuangan.
Ini pembunuhan, dan anak-anak ayah tak boleh terlibat!
- Saya akan terlibat. - Saya akan terlibat.
Maghra.
- Tak boleh hantar mereka berperang. - Saya tak boleh halang mereka.
Awak cakap awak jadi ratu untuk melindungi mereka. Ini yang awak buat?
Awak rasa mudah untuk saya lepaskan mereka?
Percayalah, saya hanya nak kurung mereka.
Kurunglah mereka. Kita akan paksa mereka tak libatkan diri.
Haniwa dan Kofun dah dewasa.
Mereka orang dewasa yang ada pendapat dan idea sendiri.
Sebelum ini
seluruh dunia kita hanya ada kita berempat.
Kita tak pernah perlukan semua ini.
Semasa kita semua terpisah,
awak pasti terfikir yang awak takkan dapat keluarga awak semula.
Awak dah dapat mereka semula sekarang.
Mari bawa anak-anak kita.
Mari jadi keluarga semula. Ini bukan perjuangan kita.
Tolong jangan cakap begitu.
Ia perang yang dimulakan kakak awak!
Tak. Kita semua dah buat pilihan yang membawa kita kepada hari ini.
Perang sedang menanti kita dan kita perlu menghadapinya.
Awak bercakap tentang perang seperti pernah terlibat dengannya.
Awak tak tahu awak hantar anak-anak kita untuk apa.
- Saya tak hantar mereka... - Awak bertanggungjawab!
Saya buat apa saja yang boleh untuk mengelak daripada perang ini.
Tapi sekarang saya tiada pilihan selain daripada menanginya.
Awak tak boleh menang.
Awak nak ke mana?
Saya nak berperang. Dengan seluruh ahli keluarga awak.
Awak nak kira?
Awak tak pernah bayar kurang sebelum ini.
Awak pula tak pernah mengecewakan.
Selepas saya terima bayaran, kontrak dipersetuju.
Cakaplah awak faham.
Kita memang sentiasa perlu buat begini?
Cakaplah awak faham.
Saya faham.
Kontrak tak boleh dibatalkan. Cakap awak faham.
No comments yet. Be the first to leave one.