The first 200 lines.
Ketika saya tiba…
dia tiada di sana.
Dia…
menghilang.
Sejak awal lagi dia…
tak wujud.
DISEMBER 1994, SEOUL
Kisah mereka
telah lama bermula di kejiranan yang tampak damai ini.
Walaupun tahun lalu hadiah Krismas yang ditunggu tak kunjung tiba,
mereka tahu silap mereka kerana mengalirkan air mata ketika menguap.
Dah siap.
Mereka percaya pada Santa Klaus.
Ayah mereka.
Selain dirinya, tiada siapa yang memandang rendah padanya,
Namun, dia gagal untuk menyedarinya dan mabuk setiap hari.
Jumlahnya 800 won.
Itu 2,000 won.
Dah ranum, tentu tak sedap.
Saya beli kicap saja.
Ibu mereka.
Walaupun semua jirannya tahu
apa yang dilalui oleh wanita ini,
bagi seorang wanita, ada perkara yang lebih penting daripada maruah.
KEDAI RUNCIT SANGJI
Jangan lari!
Nama saya Kang Da-jeong.
Di situ kata ada makanan percuma.
Roti.
Buku jauh lebih baik daripada roti.
Ia menghilangkan kelaparan jiwa.
Menerusi firman-Nya, kita akan diselamatkan Tuhan.
Nah.
Tak mungkin.
- Da-jeong, ada roti? - Mereka tipu.
Kenapa Santa Klaus tak datang ke rumah kita?
Dia dah datang. Betul, tapi dia meludah…
Tapi tiba-tiba dia sakit perut dan berlari ke tandas.
Dia nak buang air.
Begitu.
Jom.
Kenapa muka awak merah?
Bisinglah! Senyap.
Muka awak sangat merah.
Awak nak cari pasal?
Mak.
Apa maksudnya ikan duyung bertukar menjadi buih?
PUTERI DUYUNG
Seorang puteri jatuh cinta dengan seorang lelaki tak dikenali.
Dia buang keluarganya dan pergi ke dunia lain.
Setelah dia serahkan jiwa raganya
dia akhirnya mati.
Setelah hidup sengsara, dia mati begitu saja.
Saya nak buku lain.
PUTERA GIRANG
Burung itu mengorek mata kiri putera untuk diberikan kepada orang miskin.
Keesokan harinya mata kanannya dikorek dan diberi kepada orang miskin.
Akibat kesejukan, burung itu akhirnya
mati.
PUTERI SALJU
Dia terima epal itu dengan gembira dan tak teragak-agak untuk makan.
Sebab itu dia mati.
Orang kerdil menangis meratapi kematiannya.
PARI-PARI DAN PENEBANG POKOK
Seorang pari-pari gila datang ke tempat orang untuk mandi.
Seorang pencuri mencuri pakaiannya dan sebagai tukaran, mereka berunding.
KUCING HITAM
Seorang kaki botol membunuh isterinya.
Dia rahsiakan jenayahnya dengan menanam isterinya
di dalam dinding.
Mendengar ketibaan polis, kucing hitam itu
mula mengiau di sebalik dinding.
Akhirnya si pembunuh ditangkap.
Begitu.
Budak itu berulang kali membaca kisah Kucing Hitam.
Baginya, itu saja kisah di dunia ini
yang mampu memujuk dirinya.
Tolong berhenti!
Kenapa saya perlu hidup begini?
Kerana awak…
Awak batu penghalang hidup saya!
Siapa halang awak?
Tolong pergi dari sini!
Tak guna.
Apa? Keluar?
Keluar?
- Perempuan tak sedari diri! - Ayah bawa oren!
- Awak halau saya? - Ayah!
- Tolonglah. - Mari sini!
Tak guna. Hei!
Ayah kamu dah balik, tapi kamu langsung tak keluar?
- Jangan… - Tak guna. Keluar!
- Tolonglah. - Hei!
Jangan sentuh anak-anak,
- atau saya akan bunuh awak. - Baiklah.
Daripada hidup sengsara dengan awak,
bunuhlah!
Lebih baik bunuh saja!
Da-jeong.
Si adik belum pandai membaca.
Dengan menggunakan bakat berceritanya,
setiap malam kisah Kucing Hitam dibaca dengan berbeza .
"Satu masa dulu, ada seorang budak.
Dia menyedari ayahnya bukan ayah kandungnya.
Ayah kandungnya ialah jiran sebelah rumahnya.
Akhirnya mereka hidup bahagia."
Tamat.
"Satu masa dulu, ada seorang budak.
Dia menyedari keluarga jirannya adalah keluarganya yang sebenar.
Akhirnya mereka hidup bahagia."
Tamat.
Bacakan cerita lain.
Cerita putera raja.
Awak tahu apa nasib awak jika awak suka
cerita puteri dan putera raja?
Awak akan jadi buih, mati tercucuk jarum
makan epal beracun,
mata dikorek dan baju awak dicuri.
PUTERI DUYUNG
Awak tipu.
Mak yang beritahu saya.
FALSAFAH SASTERA
ESTETIKA SASTERA, PUISI
Menjadi buih bermaksud…
SASTERA, DIALEKTIK SIMBOL
kita boleh cuba sedaya upaya,
tapi di dunia nyata ia cuma sia-sia.
Tiada hadiah yang percuma.
SECEBIS SINAR CINTA DI HATI
Jika diberi kaki, lidah dikerat.
Dalam hidup…
Sedia.
Satu, dua, tiga.
BUAT NATASHA, MI-RAN DARIPADA CHAN
"Aku, Natasha dan Keldai Putih."
Oleh Baek Seok.
"Aku yang miskin
mencintai Natasha yang menawan,
malam ini dihujani salji lebat."
Dalam hidup,
kadangkala kita terpukau dengan sesuatu yang tak dijangka.
MAJLIS TAMAT BELAJAR
Kerana terlalu tertarik dengan pesona dan kilauannya,
kita sanggup buat apa saja untuk milikinya.
Terlalu taasub
hingga sanggup meranapkan diri sendiri.
Akhirnya tiada siapa untuk dipersalahkan
kecuali diri sendiri.
Seperti hidupan kecil dan lemah yang lain,
budak itu menanam impian dan mencari tempat untuk bersandar.
Bezanya, impiannya bukan untuk menjadi seorang puteri,
tapi untuk jadi anak jiran sebelah.
Bukan putera raja yang menunggang kuda yang dinantikannya,
tapi seekor kucing hitam yang mengiau untuknya pada saat dia ketakutan.
Da-jeong, bangun cepat. Pakai baju.
Mak.
- Tapi pak cik sebelah rumah… - Diam.
Budak itu percaya dia melarikan diri jauh dari
usia tujuh tahun yang penuh sengsara.
Namun…
DISEMBER 2020, SEOUL
PUNGJI NURUGOGAE
Ya, saya dalam perjalanan. Saya patut ambil kanan?
Arah saya datang tadi?
EPISOD 1
Okey.
Arah laluan bas?
Saya tahu. Saya cuma nak pastikan saja.
Jangan merepek. Nama saya Kang GPS.
BANGUNAN GUGU TINGKAT 2 DAN 3 UNTUK DISEWA
Awak buta arah.
Awak boleh sesat? Bolehkah awak ke pejabat?
Saya tak sesat.
Saya bersiar-siar melihat kejiranan baru.
Awak serius nak tinggal di sini?
Saya dah tandatangan kontrak.
Kenapa? Awak tak suka?
Saya suka sebab bangunan ini baru.
Sebab saya ingin mulakan hidup baru.
Sebelum ini saya jumpa orang pelik saja.
Cuma orang pelik?
Awak patut bertanding di Olimpik.
Pingat emas magnet sampah.
Janganlah cakap begitu.
Apa?
Kaki botol, kaki perempuan,
kaki tipu, pisau cukur tak berguna.
Semua itu kisah lama.
Semuanya tahun ini.
Perkara yang baik menanti saya di sini.
- Gerak hati saya bagus. - Gerak hati awak selalu salah.
Seronoknya.
Hei, guna payung. Air hujan ini kotor.
Inilah bau permulaan baru!
Saya berada di lokasi pembunuhan di Pungji-dong.
Bangunan ini baru siap diubah suai
dan beberapa penghuni dijangka akan berpindah masuk hari ini.
Memandangkan seluruh bangunan kosong pada waktu kejadian,
polis mengumpul CCTV
dan kotak hitam berdekatan bagi memulakan siasatan.
No comments yet. Be the first to leave one.