The first 200 lines.
DESTINED WITH YOU
EPISOD 3
NA-YEON
Helo?
Lama dia tunggu.
Saya tunggu dia bangun.
Okey.
Saya takkan bangun.
Saya mati 30 minit lepas.
Kekasih awak dah mati.
Kenapa awak begitu tenang?
Aduh.
Dah terlambat.
Saya suruh cepat. Awak berlengah-lengah?
Awak dah tak cintakan saya.
Saya kemalangan kereta.
Saya hantar kereta ke bengkel dan naik teksi ke sini.
Sebab itu lambat.
Kenapa datang sini?
Pergilah hospital.
Awak bermati-matian nak jumpa.
Mestilah datang.
Awak dah gilakah?
Jom pergi hospital.
Tiada apa-apa.
Apa yang tiadanya?
Kemalangan kereta. Awak boleh sakit nanti.
Nanti awak cakap sakit belakang supaya tak boleh jauh berbulan madu.
Saya benci betul.
Takkan jadi begitu.
Na-yeon.
Saya tahu ada yang tak kena
ketika awak berhenti kerja dan pindah ke Onju.
Ayah kata awak datang tolong dia dan dia bangga.
Bukan itu sebabnya, betul?
Kawan saya kahwin tak lama lagi.
Dia nak saya tangkap jambak bunga.
Sebab itu saya minum.
Kami berbual siapa patut tangkap jambak bunga saya.
Kenapa perlu hari ini?
Saya ada soalan.
Kita berpisahkah?
Jadi, ini apa?
Kenapa awak perlukan masa?
Ada hal saya mesti uruskan.
Kita boleh uruskan bersama.
Saya perlu buat sendiri.
Boleh awak tunggu?
"Apabila mawar mula mekar di dalam susu,
bakar halaman ini dan campurkannya dengan bahan-bahan tadi."
"Apabila mawar mekar sepenuhnya,
tapis di dalam kain burlap."
"Apabila airnya menjadi jernih…
ia akan jadi air cinta."
"Buat orang yang awak suka minumnya."
BANDAR ONJU
Su-yeong.
- Bantu orang di lobi. - Okey.
MESYUARAT AGUNG ONJEONG-DONG
PENASIHAT POLISI KWON JAE-GYEONG
Buat kerja kamu.
Selamat pagi.
Kebelakangan ini sibuk. Terima kasih atas usaha.
Jemput duduk.
Ya.
- En. Park. - Ya?
Tahniah anak awak masuk universiti.
Terima kasih.
- Belanjalah makan. - Boleh.
- Saya ingat. - Terima kasih.
Aduhai.
Ya, En. Gong.
Awak curi tulangkah?
- Saya ada kerja sekejap. - Datuk bandar dah mengamuk.
Apa?
Cukuplah, balik cepat.
Baik.
Tugas utama Bahagian Perancangan Bandar,
senarai semak dan analisis kes.
Siapa nak bentangkan dulu?
Dia minum atau tak?
BANDAR ONJU
Pergi Onjeong-dong.
- Bakul gantung pecah. - Kenapa pecah?
Mana saya tahu.
Datuk bandar nampak ketika ke sini.
Habislah awak.
- Saya pergi sekarang. - Cepat.
Baru kerja, tapi dah ambil cuti?
Awak kata
tiada sesiapa akan datang untuk rundingan buat masa ini.
Kalau ya pun, cepat sangat.
Saya tak nak minta tolong jika boleh,
tapi saya tiada pilihan.
Alamak.
Awak tak boleh cuti sekarang.
Selamat berunding.
Ada orang gila langgar pembahagi jalan
dan rosakkan bakul gantung sepanjang 50 meter.
Apa saya patut buat?
Jangan buat apa-apa.
Insurans akan bayar.
Kami bekerja keras menggantungnya.
Bukan saja saya, tapi warga senior juga.
Kami bekerja ketika pemandu menyumpah kami sebab halang jalan.
Saya tak boleh biarkan.
Saya nak saman orang itu. Tentu dia mabuk dan memandu.
Bukan sebab mabuk.
Maknanya sebab mengantuk.
Orang yang siuman takkan langgar begitu.
Brek tak berfungsi.
Awak menyebelahi pesalah? Awak peguam Dewan Bandaraya.
Hal kecil pun rakyat saman penjawat awam.
Kenapa kita tak boleh saman?
Mereka penjenayah.
Ikut undang-undang, dia hanya bertanggungjawab atas kerosakan.
Dia buat laporan, syarikat insurans hadir,
polis menyiasat dia
dan dia buktikan ia tak disengajakan.
Jadi dia tak menyalahi Akta Jenayah, Akta Trafik Jalan,
mahupun Kemalangan Trafik Khas.
Bagaimana awak tahu ia disengajakan atau tak?
Dia ada cakapkah yang dia tak sengaja?
Ya.
Dah jumpa dia?
Awak berjumpa dia sekarang.
Apa…
- Jangan kata… - Saya penyebab kemalangan itu.
Kenapa sebenarnya awak buat begitu?
Awak patut tanya keadaan saya dulu.
Awak bimbangkan bakul, bukan saya?
Awak elok saja. Siap hadiri mesyuarat rancangan pembangunan.
Bagaimana awak tahu saya di sana?
Awak tak membantu.
Pergi turun dan mohon cuti.
- Jumpa di parkir dalam sepuluh minit. - Kenapa?
Awak akan ikut saya bercuti.
- Kenapa pula? - Awak janji nak beri satu mantera
dan ambil mantera selebihnya.
Berinya hari ini.
Mengarut betul.
Awak nak saya bercuti selepas rosakkan bakul saya?
Dengar sini. Ini kecemasan.
Saya perlu bersihkan sepah yang awak buat.
Awak seorang sajakah dalam jabatan awak?
- Staf lain boleh bersihkan. - Itu tugas saya.
Saya baca carta.
Tugas orang lain cuma dua atau tiga barisan,
tapi awak sampai tujuh barisan.
Itu tak adil.
Pergi suruh staf lain yang duduk saja untuk pergi kemaskan.
Biar kita hilang sehari.
KAFE ONJU
Tahun ini tentu bukan tahun Hong-jo.
Cintanya ditolak dan esoknya kerja dia musnah.
Dia cuba rampas lelaki kita suka.
Padan muka dia.
Terkejut saya.
Awak ada di situ rupanya.
Awak ada masa nak duduk?
Pergi kemas sepah.
"Aduhai."
"Apa saya cakap tadi
bunyinya macam luahan perasaankah?"
"Ya, bagi saya begitu.
Bukankah?"
Bunyinya sangat menyedihkan, bukan?
Oh, Tuhan.
En. Gong.
- Boleh saya… - Apa, nak cuti?
- Cutilah. - Apa?
Saya tak fikir panjang semalam.
Ambil cuti cara terbaik untuk sembuhkan patah hati.
Telefon dimatikan. Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi.
MA EUN-YEONG
Semua okeykah?
Eun-yeong, awak okey?
Awak boleh balas dengan tanda noktah.
Bagaimana orang terpelajar macam dia
percaya benda tahyul?
Bukannya dia nak bayar saya pun.
Kenapa saya perlu ikut bercuti?
Sebab jika awak dapat teman lelaki, saya puncanya.
Awak tentu percaya tahyul.
Pulangkan.
Orang terpelajar macam awak guna Mantera Cinta?
Pulangkan.
Ambillah jika boleh.
Geletek.
Dapat pun.
Saya tak guna Mantera Cinta.
Muka suratnya hilang.
Bukan begitu.
Saya guna mantera susut berat atau jadi cantik.
Saya ada ingatan fotografik.
Saya ingat semuanya.
Patutkah saya baca buku itu dari awal sampai akhir?
Baiklah. Saya guna Mantera Cinta. Puas hati?
Cepat betul awak.
Bila awak guna?
No comments yet. Be the first to leave one.