The first 200 lines.
Awak kurung saya dalam bilik simpanan yang gelap...
dan tidak beri saya makanan.
Awak tahu betapa saya ketakutan?
"Bagaimana jika dia lupakan saya dan tinggalkan saya di sini?"
Dan, fikiran saya kosong kerana saya kelaparan.
Saya sangat takut kerana fikir saya mungkin mati.
Ketika itu saya menjadi klaustrofobik.
Ketika itu, saya baru sahaja bersekolah di tahun kelima.
Saya berumur 12 tahun.
Lupakannya.
Lagi pula, kita bukan saudara kandung.
Awak lupa?
Awak pukul dan marah saya ketika saya muda...
kerana saya selalu buang air kecil atas katil.
Awak tidak membantu saya belajar, dan suruh saya buat kerja rumah.
Dan, awak selalu melayan dia dengan lebih baik berbanding saya.
Awaklah orangnya...
yang merosakkan hidup saya.
Awak selalu gunakan saya untuk lepaskan kemarahan.
Saya tidak boleh berikan hati saya.
Walaupun saya ada 12 hati.
Seperti yang awak tahu, Poong Sang ada kanser hati.
Nasib baik, dia boleh hidup jika dapat pemindahan.
Tapi, dia tiada banyak masa.
Saya minta awak semua berkumpul...
kerana kita satu keluarga.
Hanya keluarga dia sahaja...
yang boleh selamatkan nyawanya. Tiada siapa...
boleh jadi kuat bersendirian. Kita mesti saling menyokong.
Kita boleh lihat kekuatan keluarga itu...
- ketika ada krisis. - Berterus-terang sahaja.
Sekarang, Hwa Sang dan saya lulus sebagai padanan kepada Poong Sang.
Adakah ini ujian? Kenapa perlu lulus?
Jika kita bersama-sama berikan hati pada dia,
- kita boleh selamatkannya. - Hati bukan kek beras.
Awak tidak boleh memotongnya.
- Awak boleh buat sendiri. - Jika boleh buat sendiri,
- saya sudah buat. - Dia tidak kata apa-apa...
kepada tiga orang dungu ini.
Dia hanya beritahu Jeong Sang yang bijak pandai.
Ini bermakna kita bukan adik beradik kepadanya.
- Berani dia minta dari kami? - Dia tidak beritahu saya.
- Saya dapat tahu sendiri. - Jadi, awak...
boleh jaga dia seorang diri.
Bukannya saya tidak mahu menyerahkan hati saya.
Saya marah.
Marah kerana hingga kini, awak pandang rendah pada saya.
Awak mesti fikir saya hanyalah gurauan...
hingga awak menipu saya dan buat saya diuji.
Saya haiwan? Awak sepatutnya beritahu saya, awak tidak guna!
Kenapa awak anggap badan saya seolah-olah ia milik awak?
Saya faham, Hwa Sang.
Saya juga akan rasa marah. Tapi,
kita tiada masa untuk bergaduh tentang ini.
Hwa Sang, selamatkan abang awak.
Ada keluarga lain...
yang mahu menderma tapi tidak boleh lakukannya.
Awak bukan keluarga kandung. Jangan masuk campur.
Jika awak tidak boleh lakukannya,
- jadi Jin Sang... - Saya pasti...
akan tawarkan diri jika dia tidak kurung saya di hospital mental.
Berani dia pilih saya...
sebagai penderma utama tanpa bertanya pada saya?
Dia hantar awak ke hospital mental untuk membantu awak.
Awak hanya tumpukan untuk membunuh lelaki itu.
Awak masih ada banyak hutang, tapi awak tidak sedar diri.
Dia tiada pilihan.
Saya tidak boleh buat awak faham.
Kita boleh bercakap tentang perkara itu nanti.
Fokus untuk selamatkan dia terlebih dahulu.
Dia juga buat perkara yang baik.
Jangan tumpukan kepada perkara buruk.
Awak harus berfikir tentang dia yang berusaha besarkan awak semua.
Walaupun selepas dia dapat tahu tentang kanser ini,
dia tidak dapat beritahu apa-apa...
dan menanggungnya seorang diri.
Saya yang meminta awak untuk hati awak.
Awak sepatutnya meminta untuk saya menyelamatkan dia.
Tergamak awak cuba beri saya rasuah?
Seolah-olah saya bukan adik beradik kandung awak.
Saya takut awak akan menolak.
Tapi, kita tetap jadi rapat dan berkongsi perasaan.
Awak masih tidak sedarkan diri.
Saya tarik semula semua kata-kata saya ketika itu.
Janganlah bergaduh tentang nyawa dia.
Sama ada awak, Jin Sang, buat pemeriksaan...
atau kita dermakan hati kita. Kita perlu buat keputusan sekarang.
Saya tidak mahu. Saya tidak pernah dapat manfaat,
dan dia selalu pandang rendah pada saya.
Dan, saya juga dapat parut melecur di dada saya!
Sanggup awak suruh saya jalani pembedahan?
Apakah kaitan hal ini dengan parut itu?
Awak tidak guna.
- Oh Tuhan! - Hentikannya.
Berbincanglah.
Bagaimana saya mahu pukul dia begitu?
Tolong hentikannya!
Tolong selamatkan dia.
Saya merayu kepada awak.
Hei.
Membazirnya.
Saya tidak boleh buat apa-apa...
tentang makanan yang awak telah belanja saya makan,
jadi ambil ini, perempuan tidak guna.
Tolong hentikannya!
Jadi, tolong cari Wae Sang untuk kami.
Awak jangan berani sentuh dia!
Dia takkan bersetuju dengan ini.
Dia dibawa ke rumah anak yatim.
Dia selalu kencing malam...
dan menangis selepas alami mimpi buruk.
Pada hari dia dihantar ke sana, dia telah larikan diri, sambil menangis.
Dia baru berusia enam tahun.
Awak nampak tangan Poong Sang?
Awak semua nampak?
Saya,
berkahwin dengan dia disebabkan oleh tangannya.
Tangan itu bercakap untuk dia...
tentang semua kesusahan yang dia lalui...
dan juga sekuat mana dia bekerja.
Tangan dia tidak bermaksud apa-apa kepada awak semua?
Disebabkan kesan minyak yang hitam,
dia tidak boleh tunjuk tangan dia kepada orang lain.
Anak perempuannya juga memarahi dia disebabkan itu.
Dia korbankan hidup dia untuk awak semua.
Awak cuma cakap tentang...
perasaan sakit hati awak terhadap dia.
Tapi, ketika awak berusia 12 tahun,
dia cuma berusia 17 tahun.
Dan, dia baru berusia 18 tahun ketika dia besarkan Wae Sang.
Apa yang awak harapkan dari seorang budak?
Apa yang buat awak semua rasa kecewa?
Sudah tentu, dia tidak boleh besarkan awak semua...
seperti ibu bapa yang lain.
Awak jurucakap dia?
Awak cuma mahukan hati kami!
Awak semua terlalu kasar.
Sejujurnya,
jika tidak disebabkan oleh adik beradik dia,
dia pasti takkan jatuh sakit.
Awak berdua adalah yang paling teruk!
Awak orang yang seksa dia.
Awak selalu berleter kepada dia.
Dia jatuh sakit disebabkan awak, bukannya kami!
Awak sahaja yang derma kepada dia jika begitu.
Awak semua sudah hilang akal.
Selamatkan dia.
Beri hati awak kepada dia sekarang juga!
Dia korbankan semuanya untuk awak.
Walaupun awak tidak maksudkannya,
awak tidak boleh cakap yang awak akan derma?
Awak semua sepatutnya bertengkar tentang siapa yang akan derma.
Bagaimana awak semua boleh buat begini?
Awak semua sangat jahat.
Saya tahu awak semua cuma penuh dengan alasan.
Jika betul awak memang mahu dermakannya,
awak pasti akan dermakannya.
Awak cuma tidak mahu berikannya.
Awak semua juga mungkin telah cipta alasan palsu.
Hei,
jaga mulut awak.
Dia pasti akan ada anak yang ramai,
pergi bercuti di luar negara,
dan jalani hidup yang bagus.
Dia banyak berkorban untuk awak semua,
tapi kenapa awak semua buat begini?
Jangan bertengkar disebabkan saya.
Saya takkan terima hati awak semua.
Saya tidak mahu.
Saya akan jaga urusan saya,
jadi jangan risau.
Awak patut pergi.
Jin Sang. Hwa Sang.
Awak juga patut pergi.
Kita cakap lagi kemudian, Boon Sil.
Sampai hati mereka?
Wae Sang langsung tidak jawab panggilan telefon.
Kenapa adik-beradik awak semua jadi seperti itu?
Awak yakin...
yang mereka semua adik-beradik awak yang berharga?
Awak cakap mereka akan buat apa sahaja untuk awak.
Dari sekolah menengah sehingga sekarang,
awak berkorban selama 30 tahun untuk mereka.
ini yang awak dapat sebagai balasan?
Orang cakap awak tidak perlu besarkan anak orang lain.
Awak sudah lebih banyak berkorban...
berbanding dengan ibu bapa awak.
Dan, ini apa yang awak dapat?
Apa masalahnya, Poong Sang?
Kenapa awak perlu hidup begitu?
Apa yang awak sedang buat?
Saya mengantuk.
Awak boleh tidur dalam keadaan begini?
Ya,
saya boleh.
Boleh awak pergi?
Mereka hanya cakap tentang apa yang mereka lalui.
Mereka salahkan awak atas segalanya.
Mereka kata awak marah, pukul dan buat mereka kelaparan.
Kenapa mereka hanya ingat tentang perkara itu?
No comments yet. Be the first to leave one.