Release info

Solomon's Perjury E01 161216
A Commentary by ilovemassu
Terjemahan (Eng-Malay) secara manual oleh saya sendiri. Maaf jika ada sebarang kesilapan.

Tags

other
Published on: 2016-12-25
Downloads: 34
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Berdasarkan fakta yang dijelaskan dalam pendakwaan dan jenayah yang disyaki,

Choi Woo-hyuk...

Kami akan mendakwa Choi Woo-hyuk dengan tuduhan membunuh Lee So-woo.

Itu semua hanyalah fantasi!

Pihak pendakwa hanya membuat andaian!

Pendakwaan dibuat berdasarkan pengakuan saksi yang berada di tempat kejadian!

Tertuduh tidak ada sebarang perasaan buruk terhadap Lee So-woo,

tidak cukup untuk mengapa-apakan mangsa.

Pada malam itu...

Boleh anda buktikan alibi tertuduh?

Bantahan!

Pihak pendakwa?

25hb Disember, pada tengah malam...

Dimana dan apa yang tertuduh sedang lakukan?

Siapa saksinya?

Ada rekod yang membuktikan itu semua?

Tolong beritahu apa yang anda ingat.

Aku tak tahu.

Alibinya adalah palsu!

Mereka suruh aku beritahu yang aku ada bersamanya.

Mereka mahu aku berdiam diri dan buat apa yang mereka suruh!

Hei kau!

Lepaskan aku!

(Solomon's Perjury Episod 1)

Apa semua ni?

Mari ke sini, gila!

Mari ke sini!

Ke tepi!

Jangan datang dekat!

Lee So-woo?

Sini, cikgu!

Cepat!

Cepat, dia dah nak mati!

Apa yang kamu berdua buat dalam tu?

Woo-hyuk!

Buka pintu ni!

Choi Woo-hyuk!

Aku akan bunuh dia!

So-woo, tarik nafas!

Tak mengapa, tarik nafas!

Bagus.

Lee So-woo, cakap hai.

Ini En. Han Kyung-moon, ketua Jabatan Perundangan untuk Yayasan Jeong-guk.

Lee So-woo?

Tak mengapa.

Kau boleh keluar dulu.

Baik.

So-woo.

Kenapa kau buat begitu?

Bukan dengan sebarangan pelajar, dia Choi Woo-hyuk!

Kau seorang yang munasabah, kan?

Walau apapun situasinya.

Kejadian ini...

Ia agak serius.

Ayah Woo-hyuk adalah Ketua Komiti Pencegahan Keganasan Sekolah

di Sekolah Tinggi Jeong-guk.

Apabila siasatan bermula,

dia akan pastikan kau akan dapat hukuman yang paling teruk.

Jadi, aku tak akan dapat tolong kau.

En. Han.

Aku tahu apa yang kau maksudkan.

Apa yang bermain dalam kepala kau...

aku tahu semuanya.

Jadi, lebih baik kau berhenti.

Jangan pergi lebih jauh.

Bukan kau sahaja yang akan dapat susah.

Kau perlu fikirkan ibubapa kau juga.

Apa yang sekolah tawarkan pada kau sebelum ni...

Tawaran masih terbuka.

Kami akan cari sekolah lain untuk kau pindah, sekolah yang sebaik...

Sekolah Tinggi Jeong-guk.

Dengan syarat

kau tak akan sebut pasal kejadian ini.

Janji pada aku, dan apa yang terjadi hari ni tidak akan dipanjangkan.

En. Han.

Kau boleh padamkan dokumen dalam komputer.

Dan kau boleh padam apa yang ditulis dalam buku.

Tapi bagaimana kau nak padam memori dalam kepala seseorang?

Kau fikir semuanya akan berakhir jika aku pindah sekolah?

Aku keluar dulu.

Ji-hoon juga tahu?

Adakah dia tahu?

Lee So-woo memang buat begini, whoa!

Dia buat begini juga!

Betul kau nampak mukanya?

Betul dia, Lee So-woo?

Lee So-woo daripada kelas kita? Yang kurus dan pendiam itu?

Ceritakan pada aku. Kenapa mereka bergaduh?

- Itu, aku pun tak tahu. - Dia dah gila!

Kenapa dia cari gaduh dengan Choi Woo-hyuk? Macam mana dia nak datang sekolah lepas ni?

Habislah So-woo.

Budak yang bergaduh dengan Choi Woo-hyuk tahu lepas dipanggil untuk siasatan,

tapi dia akhirnya dituduh sebagai penyerang bukan mangsa, dan terpaksa berhenti sekolah!

Daripada apa yang aku rasa, tak lama lagi So-woo...

- Kali ini pun akan jadi begitu? - Mestilah!

Jika ada sesiapa yang berani beri keterangan menentang Choi Woo-hyuk

orang itu akan menderita sepanjang persekolahannya!

Kasihannya.

Ada sesiapa...

Yang berada di hadapan makmal sains semalam?

Kita perlukan keterangan untuk Komiti Pencegahan Keganasan Sekolah.

Ada orang nampak pergaduhan antara Lee So-woo dan Choi Woo-hyuk?

OK.

Ketua Kelas?

Pergi ke Bilik Guru dan ambil kerja sekolah.

OK.

Ini dia.

Tarikh akhir untuk hantar kerja sekolah ini ialah hari Selasa.

Baik.

Tapi Seo-yeon...

Kau betul-betul tak nampak?

Pergaduhan antara So-woo dan Woo-hyuk?

Aku bukan nak beri tekanan pada kau,

tapi kerana tiada orang yang mahu beri keterangan.

Ya.

Saya tak nampak.

OK. Pergilah.

Kau pun sama macam mereka semua.

Choi Woo-hyuk dan Lee So-woo? Memang tak sangka!

Kenapa mereka bergaduh?

Jika tiada orang tahan Woo-hyuk, So-woo mungkin dah mati! Hahaha

So-woo akan dipindahkan? Atau tak?

Mestilah pindah!

Dia bergaduh dengan diktator ganas Sekolah Tinggi Jeong-guk!

Dia patut salahkan keluarganya yang tak berpengaruh.

Kenapa kau tak beri keterangan di mesyuarat Komiti nanti?

Kaulah pergi.

Oh, hei!

Apa kau cakap?

Komiti Pencegahan Keganasan Sekolah akan bersidang hari ini?

Ya, tiba-tiba ianya dipercepatkan.

Biasanya akan ambil masa sekurangnya 2~3 minggu untuk mereka siasat dahulu.

- Kenapa 3 hari? - Kau fikir apa sebabnya?

Ayah Choi Woo-hyuk memang hebat!

Memang pun!

Hari ini mungkin hari terakhir kita jumpa budak bodoh, si Lee So-woo itu!

Aku pun rasa begitu.

Jom.

Sejuklah, jom masuk.

- Hai! Bagaimana semua orang hari ni? - Selamat datang!

- Silakan masuk! Bagus dapat jumpa kau. - Apa khabar?

Baik. Bagus.

Semua sudah ada di sini...

- Kita akan mulakan! - Ya, silakan.

Saya akan mulakan Persidangan Komiti Pencegahan Keganasan Sekolah.

Isu kali ini ialah...

Pergaduhan yang berlaku pada 9hb Disember di dalam sebuah makmal di sekolah ini.

Lee So-woo menyerang secara fizikal, rakan sekelasnya, Choi Woo-hyuk.

Mangsa di masukkan ke hospital, dan tidak dapat hadir hari ini.

Kita sudah menerima keterangannya, jadi kita akan teruskannya.

Pelajar yang tertuduh, sila masuk.

Pelajar yang tertuduh, sila masuk!

Lee So-woo!

So-woo, bukankah kau sepatutnya...

Apa yang berlaku? Dia tak akan datang ke sekolah lagi?

Keputusan Komiti sudah keluar?

Akan dipindahkan?

Jadi, mana dia nak pergi?

Pengetua!

Lee So-woo sudah kosongkan lokernya!

Apa dia buat tu?

Kau betul-betul ada masalah mental!

- Dia dah gila! - Dia buat begitu pada kita?

Saya pergi sekolah dulu!

Aku nak bercerai! Sain borang ini sekarang!

Diamlah. Kenapa kau begini pagi-pagi begini?

Kau suruh aku diam?

Kenapa tak suruh aku mati sahaja?

Kau fikir kenapa aku sering sakit-sakit? Kerana siapa?!

Jangan salahkan orang lain!

Joon-young sedang bersiap nak ke sekolah.

Aku sakit kerana dia, Bae Joon-young! Aku sudah tak tahan lagi!

Saya pergi sekolah dulu.

Lee So-woo...

Bae Joon-young!

Ya...

Kami masih menyiasat situasi dan akan beritahu ibubapa.

Ya, kami sedang berhati-hati terhadap para pelajar juga.

Ya, betul kata encik.

Tapi kami ada polisi dan prosedur untuk diikuti.

Kami akan pastikan para pelajar tidak akan bimbang.

Pen. Pengetua, ini pihak akhbar...

Letak telefon sajalah!

Maaf, kami tiada komen.

Bagaimana teruk jagaan keselamatan sampai pelajar boleh datang waktu malam dan terjun?

Macam mana pintu bumbung boleh terbuka?

Apa kau buat sepanjang waktu pagi, sampaikan seorang pelajar boleh terjumpa mayat?

- Aku sedang buang sampah... - Tak perlu beri alasan!

Maafkan aku.

Kalau kau buat kerja kau betul-betul, semua ini tak akan terjadi!

Bagaimana kau nak bertanggungjawab sekarang?

Aku tanya kau, bagaimana?

Cakaplah sesuatu!

Maafkan aku.

Aku tak faham!

Tak perlu cakap banyak.

Kosongkan meja kau.

- Tapi itu... - Sekarang!

Tolong fikirkan keadaan aku, mana aku nak cari kerja lain?

Tolong kasihankan aku!

More Malay subtitles for Solomon's Perjury

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left