Season 1

Release info

Solo Camping For Two S01E16 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Futari Solo Camp - 16
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2025-10-23
Downloads: 14
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Untuk bina tapak perkhemahan saja pun,

kita perlu atasi pelbagai isu undang-undang.

Jika nak membina kabin,

anda perlu memohon lesen perniagaan hotel.

Jika nak menjual alkohol,

anda memerlukan lesen jualan alkohol.

Jika anda nak menyediakan bahan atau makanan,

anda perlu mendapatkan lesen perniagaan restoran

dan memohon kepada jabatan bomba.

Anda tak perlu memohon untuk semuanya

tapi jika anda memahami proses secara am,

lebih mudah untuk mengembangkan idea.

Mari fikirkan jenis tapak perkhemahan untuk dibina.

Pertama, perlu berada di sepanjang sungai.

Saya lebih suka kawasan berbatu dan hulu sungai.

Bagi menikmati sepenuhnya perasaan berkhemah secara solo,

tapak perkhemahan dengan tapak yang ditetapkan adalah ideal.

Bercakap tentang perkara itu, Hoshizaki ada cakap

agak tak menyenangkan jika berada di titik buta pengurus.

Jika begitu,

saya patut letak bangunan pengurusan di tempat dengan pemandangan yang baik.

Serta unggun api.

Walaupun lubang bakar bagus,

saya tak boleh tinggalkan unggun api.

Okey, saya ada idea.

(PEMANDANGAN YANG BAIK, TAPAK PERKHEMAHAN SOLO)

(EMPAT KHEMAH? JEJANTAS, HILIR SUNGAI, ZON A, ZON B)

Sesuatu yang begini.

Apa-apa pun, berfantasi adalah percuma.

Nampaknya

nasihat Hoshizaki sangat berguna.

Memang selalu ada perkara yang kita terlepas pandang.

Jika saya nak bina tapak perkhemahan yang pekhemah baru dan berpengalaman

boleh nikmati sepenuhnya, mungkin saya perlukan lebih banyak pendapat.

Namun, bercakap tentang impian dengan kawan lama agak memalukan.

Apa-apa pun, saya akan cuba.

Apa?

Kenapa?

En. Gen suruh saya

pilih tapak perkhemahan seterusnya.

Jadi?

Ini perkara besar!

En. Gen yang selalunya tentukan lokasi.

Ini kali pertama dia minta saya buat keputusan.

Adakah ini…

Adakah ini apa?

Ujian tamat belajar?

Kenapa awak fikir begitu?

Sebab…

Kami capai persetujuan untuk dia ajar saya sehingga saya boleh berkhemah sendiri.

Tak, saya belum nak tamat belajar.

Awak dungukah?

Dungu?

Ya.

Lelaki yang utamakan perkhemahan kata

dia akan serahkan rancangan perkhemahan kepada awak.

Maknanya dia sangat percayakan awak.

Dia juga anggap awak sebagai pasangan, bukan?

Pasangan?

Yakah?

Berhenti tersengih.

Awak patut cepat cari tapak perkhemahan yang awak nak pergi, bukan?

Betul!

Kamu berdua selalu pergi ke mana?

Gunung, hutan dan tepi sungai.

Kami juga pernah berkhemah di tepi laut.

Julat yang agak luas.

Saya rasa dia nak Shizuku alami pelbagai jenis persekitaran.

Kedengaran menarik.

Sama ada matahari terbit atau terbenam,

pemandangan berubah bergantung pada lokasi.

Sangat indah.

Namun, ini langsung tak romantik.

Shizuku, awak dah terpesong.

Lelaki suka sifat kasar begini.

Apa? Yakah?

Ya, awak mula menyerupai lelaki itu.

Namun, dia jarang serahkan tugas kepada awak.

Apa kata awak pilih tempat yang dia tak biasa pergi?

Apa?

Ada tempat yang En. Gen tak tahukah?

Saya minta awak pilih tempat yang dia takkan pergi walaupun dia tahu.

Sesetengah nerda agak konservatif.

Tempat yang En. Gen tak pergi?

Dah lama tak datang ke sini.

Yamanashi.

Dekat saja, tapi saya jarang melawat.

Tapak perkhemahan apa yang Shizuku pilih agaknya?

(PERHENTIAN BAS MITSUKUNUGI, PENGANGKUTAN YAMANASHI)

Nampaknya agak jauh dari perhentian bas.

Walaupun cuaca semakin sejuk,

berjalan sejauh ini tetap agak memenatkan.

Namun,

saya boleh bertahan dengan memikirkan betapa sedapnya bir pertama itu.

En. Gen!

Awak berpeluh-peluh.

Lebih jauh daripada sangkaan saya.

Maafkan saya. Saya tak periksa betul-betul.

Namun pemandangan di sini sangat cantik.

Pemandangan?

Akhirnya kami jauh dari kesibukan bandar.

Seronokkah melihat bandar dari sini?

Jangan rosakkan suasana.

Saya akan pasang khemah di situ.

Okey.

Saya perlu cari peluang untuk menebusnya.

En. Gen!

Ya?

Otot perut!

Kenapa awak panggil saya?

Saya fikir

awak mungkin nak berehat.

Saya nak buat snek. Awak nak sertai saya?

Baiklah, jika awak berkeras.

Dah tentu!

Takkan ambil masa lama. Sekejap.

Saya tak sengaja nampak otot perut En. Gen.

Saya tahu dia mungkin bersenam

tapi bukankah dia terlalu berotot?

Jantung saya berdebar-debar.

Apa-apa pun, saya perlu fokus memasak.

Dah siap!

Snek yang ringkas.

Prosciutto pic yang menyegarkan dibuat dengan pic Yamanashi yang terkenal.

Saya pernah dengar tentang prosciutto dan tembikai.

Namun, dengan pic…

Mari cuba.

- Sedapnya! - Sedapnya!

Adakah ini yang dikatakan kombinasi yang sempurna?

Keseimbangan rasa masin dan manis adalah sempurna.

Sesuai untuk badan yang penat. Sedap.

Terima kasih!

Saya rasa sangat segar.

Awak pasti penat berjalan, bukan?

Jaraknya lebih jauh daripada jangkaan. Saya minta maaf.

Sukar untuk pilih tapak perkhemahan.

Salahkah saya pilih tapak perkhemahan

berdasarkan tempat yang saya nak pergi?

Menarik juga.

Namun, awak mungkin akan hadapi halangan yang tak dijangka.

Terutamanya bagi pekhemah kembara seperti kita.

Sebab kita pekhemah kembara?

Ya.

Lebih 80 peratus pekhemah memandu ke tapak perkhemahan.

Sebanyak itu?

Jadi, kebanyakan tapak perkhemahan disediakan untuk kereta.

Tak boleh buat apa-apa.

Jika begitu,

bagaimana awak pilih tapak perkhemahan?

Apabila difikirkan semula,

kita belum bincang tentang perkara itu.

Baiklah.

Saya akan ajar awak cara Kinokura memilih tapak perkhemahan.

Dengar baik-baik panduan ini.

Panduan?

Memilih tapak perkhemahan kedengaran mudah, tapi sebenarnya agak terperinci.

Permulaan dan matlamat utama perkhemahan.

Keterlaluan begitu?

Lagipun, berkhemah ialah hobi yang memerlukan penginapan semalaman.

Ambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk menikmatinya.

Dengan kata lain, hobi yang mewah.

Sebab itulah semua orang perlu fikir begini.

"Saya nak nikmati dua hari ini.

Saya nak pergi ke tapak perkhemahan yang berbaloi dilawati."

Betul.

Saya tak tahu

ada banyak tapak perkhemahan sehingga saya cari!

Betul. Ada 2,000 tapak perkhemahan di Jepun.

Lebih 400 di daerah Kanto saja.

Hanya dengan mendengar jumlah itu,

awak boleh nampak kesukaran untuk memilih tapak perkhemahan terbaik?

Namun apa tapak perkhemahan terbaik?

Betulkah ada tapak perkhemahan yang semua orang suka?

Jawapannya tak.

Tempat begitu tak wujud di dunia ini.

Apa?

Tapak perkhemahan ialah tempat kita hidup bersama alam semula jadi.

Jadi, tiada tapak perkhemahan dengan rupa bumi yang sama.

Malah tapak perkemahan ialah dunia identiti tersendiri.

Setiap pemilik tapak perkhemahan ada prinsip masing-masing.

Gaya mereka unik.

Prinsip.

Seperti En. Gen suka sungai

dan fikir api terus adalah romantik?

Betul.

Namun prinsip awak berbeza daripada saya, bukan?

Dalam erti kata lain,

pilihan pekhemah juga berbeza.

Tiada tempat yang semua orang rasa baik atau buruk.

Kita cuma perlu cari tapak perkhemahan yang sesuai dengan kita.

Saya nak awak ingat perkara itu sebagai premis utama.

Ya.

Walaupun begitu,

saya masih tak tahu cara mencari tapak perkhemahan yang saya suka.

Pada zaman ini, cara terbaik untuk mencari tapak perkhemahan

adalah dengan alat ini.

Telefon bimbit?

Alat yang paling hampir dengan ketamadunan yang kita ada pada zaman moden.

Kenapa tak gunakannya?

Ini Gaya Kinokura.

More Malay subtitles for Solo Camping for Two

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left