The first 200 lines.
Terjemahan sari kata oleh Aman
Pengarah jeling, jadi mari kita teruskan.
Ini tentang ujian kemasukan sekolah tinggi.
Pendengar kami, "Bebiri Tidur" menulis. "Helo, DJ Naoto."
Hai.
"Saya benci belajar untuk ujian kemasukan. Saya rasa macam nak mati."
Itu tak bagus.
"Saya bukan benci belajar, tapi…"
Masamune, tahu jawapannya?
Tak tahu.
Sedapnya snek Riang!
Senba, saya nak tengok.
Tangan awak akan buat buku saya kotor!
Sayang awak tak nikmati keriangan.
- Lantaklah. - "Maaf, saya tahu ia tak penting…"
Kalau dah tahu tak penting, kenapa tulis surat kepada rancangan radio?
Nah keriangan!
Kenapa kentut dalam selimut?
- Busuk gila babi! - Awak teruk!
- Otak saya teruk. - Baunya macam jeruk.
Aduhai…
Apa itu?
Kilang keluli…
SHONEN ZONDAG MINGGUAN 1991
"Saya tiada cita-cita dan saya tak peduli masa depan.
Buat apa berusaha teruk-teruk?
Terasa gelap, sejauh mana pun saya pergi."
Ketika itu, kami tahu.
"Maaf, saya tahu ia tak penting…"
Walaupun tiada sesiapa jelaskan.
Entah kenapa, kami tahu.
Tempat ini
berbeza daripada sebelum ini.
"Saya boleh jadi versi saya yang lebih baik.
Jika masuk sekolah tinggi…"
Masamune, kamu nak keluar?
Cepat, Masamune!
"Saya akan baca satu buku seminggu dan bantu ibu bapa saya.
Saya nak lulus ujian.
Tolonglah saya, wahai dewa!"
Langit merekah!
Hei, itu…
Ada asap dari kilang keluli.
Betulkah itu asap?
Asap menggigit rekahan di langit!
Rekahan
tertutup.
MABOROSHI
Sedia, mula!
Kikuiri Masamune, 14 tahun.
Dia pengsan. Tak sedarkan diri.
Masamune, hei!
Dia buat bunyi pelik.
Masamune, bagaimana?
Saya nampak.
Kikuiri Masamune berambut panjang.
Janganlah!
Sasakura, jangan tiba-tiba bernafsu.
Saya geram tengok Masamune. Dia nampak macam perempuan dari belakang.
Awak lebih tembam dan ada buah dada.
Erotiknya!
Saya tak kisah orang kata saya nampak macam perempuan.
Itu tak bermakna saya suka lelaki.
Saya suka perempuan,
tapi tiada yang khusus.
Tapi…
Masamune, tengok.
Itu Sagami Mutsumi.
Maafkan saya!
Mengancam sungguh.
Belakang lutut…
Mengghairahkan.
Itu terlalu khusus.
Terima kasih atas pujian itu.
Berhenti bercakap macam orang tua.
Minah itu pun tua.
Kikuiri Masamune benci Sagami Mutsumi.
Sesiapa yang belum hantar borang,
siapkan sebelum hujung minggu.
Kikuiri, saya maksudkan awak.
Tapi sia-sia saja.
Ulang tulis benda sama untuk elak perubahan.
Tulislah apa-apa saja.
Mereka tak baca pun.
Itu tak benar.
Mereka marah kerana saya ubah impian saya untuk masa depan.
Apa awak tulis?
Lelaki simpanan Mutsumi.
Tentulah.
Apa kelebihan dia? Dia biasa saja.
Dia nampak macam senang dipengaruhi.
Nah! Sekali lagi!
Sakitlah!
- Tolak lagi! - Saya kata sakit!
Entah kenapa, setiap kali kami melepak,
kami sengaja buat benda-benda yang sukar atau menyakitkan.
- Nak buat lagi? - Apa?
Tak payahlah.
Jadi lagi?
Masamune, cepat.
- Saya dah balik. - Masamune?
Makanan hampir siap.
Selamat pulang.
Pak cik datang?
Daging halia siap.
Tak ada halia pun. Ia cuma daging bawang putih.
Nampak sama, jadi samalah.
Ya, betul kata Misato.
Tokimune, kalau awak nak datang, beritahu saya lebih awal.
Saya cuma masak dua cawan nasi.
Tak apa, asalkan dapat minum.
Saya nak tahu semuanya!
"Saya nak tahu semuanya"?
Oh, ya!
Ayah! Ayah lupa tutup air di laman lagi.
Aduhai!
Lelaki keluarga ini tak boleh diharap.
BORANG PEMANTAUAN DIRI
Kikuiri Masamune…
Pak cik sepatutnya elak minum arak dan hisap rokok, bukan?
Pekerja dewa mana boleh buat begitu.
Kilang keluli itu beroperasi sendiri.
Kami cuma pura-pura bekerja.
Kami ada perhimpunan pagi dan buat pemeriksaan.
Mungkin periksa arah asap. Itu saja.
Kamu melukis tadi?
Nak lukis ilustrasi untuk laporan bulanan kilang?
Tak nak. Pak cik beria-ia sangat. Saya rasa tak selesa.
Budak tak perlu risau tentang…
Saya bukan budak.
Saya mungkin takkan jadi dewasa.
Itu kali kedua hari ini.
Ia semakin kerap.
Tak baik! Kasihan Sonobe!
- Apa jadi? - Kasutnya hilang pagi tadi.
Apa?
Budak lelaki yang curi, bukan?
- Karut. - Hei!
- Jangan duduk atas meja Hara! - Apa?
- Kasihan awak. Jangan sedih, ya? - Biar saya kentutkan.
- Keji! - Keji!
Maaf, awak pergi dulu.
Okey.
Memang dia.
Tak senonoh.
Pulangkan.
Ia milik saya.
SAGAMI MUTSUMI
Nasib baik!
Kasut ini besar sangat.
SONOBE YUKO
Sonobe?
Sonobe yang mulakan.
Sonobe yang curi kasut saya dulu.
Saya pakai dia punya kerana kasut saya hilang.
Saya tak fahamlah.
Jadi kamu saling curi kasut?
Ia seperti permainan pengsan kamu.
Sebab bosan, bukan?
Awak nak saya tunjuk sesuatu yang akan hilangkan kebosanan?
Di bandar ini, tanda ada di merata tempat.
SELAMAT DATANG KE MIFUSE
Tanda-tanda hidup makhluk tak bernyawa.
MESIN SNEK MIFUSE
Hei, tunggu!
Kami tak boleh ke mana-mana.
Semuanya bermula
pada malam letupan itu berlaku.
Hasil tinjauan dah siap.
Terowong itu tak boleh dilalui kerana tanah runtuh.
Kita tak boleh guna jalan laut disebabkan arus.
Mari kita dengar berkenaan hal ini daripada Sagami Mamoru,
pekerja Kilang Keluli Mifuse.
Keluarganya menjaga Tokong Mifuse selama beberapa generasi.
Terima kasih, datuk bandar.
Dia ayah Sagami Mutsumi, bukan?
Apa?
En. Akimune, saya nak naik sekarang.
Silakan.
En. Sagami, cepatlah.
Saya…
Sejak zaman Revolusi Perindustrian,
penduduk Mifuse,
hidup bergantung pada logam yang kita peroleh dari Gunung Kanzari.
Tapi, tolong pertimbangkan.
Tokong Mifuse memuja gunung itu.
Dalam erti kata lain, bandar ini mengikis dewa selama ini.
Ya, saya percaya kita kini
dapat pembalasan dewa-dewa!
- Saya tak faham. - Kita dapat apa?
Siapa dia?
Awak tak kenal?
Anak Sagami terkenal dengan keanehannya.
Bahagianya kejahilan!
Kilang yang anda lihat sekarang bukan kilang yang sama!
Selepas letupan itu, ia dah berubah!
Ia telah berubah jadi mesin dewa, Mesin Suci!
Mesin Suci ini memerangkap kita di Mifuse!
Ini gila!
Apa nak buat kalau orang dewasa tangkap?
No comments yet. Be the first to leave one.