Release info

너의 밤이 되어줄게 Let Me Be Your Knight E06 211212-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 6 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime : 01:02:50. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : For video download link check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync well since I use

Tags

other
Published on: 2021-12-12
Downloads: 16
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ga-on, saya akan turunkan awak di depan bangunan agensi.

Awak patut berjumpa dengan En. Moon sebelum awak balik.

Baiklah.

[ Saya pasti Woo Ga-on sangat teruk dalam kehidupan sebenar. ]

Jadi, awak rasa tak sihat. Teruk sangatkah?

Maafkan saya.

Awak tak perlu minta maaf pada saya.

Awak patut minta maaf kepada lelaki itu dan para peminatnya.

Apa nama dia? No Sang-hoon?

Baiklah. Mari kita muat naik surat permohonan maaf bertulis.

Tulis saja yang awak rasa bersalah pada Bluemoon dan peminat mereka.

Saya takkan tulis.

Apa?

Saya boleh minta maaf pada peminat mereka,

tapi bukan kepada No Sang-hoon.

Awak tak boleh tujukan surat permohonan maaf hanya kepada peminat mereka

dan sisihkan dia.

Baca komen di Internet.

Semua orang kata mereka bersimpati kepada No Sang-hoon.

Dengar sini. Awak menjadikan

kumpulan baru Jang Chun-sin tumpuan utama.

Lelaki jahat itu. Aduhai, dia amat menyakitkan hati.

Saya akan buat apa saja kalau ada cara lain.

Tapi saya takkan minta maaf.

Ga-on.

Kenapa dengan awak?

Awak dan No Sang-hoon bersekolah di sekolah yang sama.

Ada sesuatu yang berlaku di antara kamu berdua?

Itu saja?

Ga-on.

Semua orang mengkritik LUNA disebabkan awak.

Sepatutnya awak meminta maaf demi kumpulan awak.

Kalau begitu,

saya akan tinggalkan kumpulan ini.

- Apa awak cakap? - Kalau saya pergi,

orang takkan mengkritik LUNA.

Apa awak cakap? Hei!

Ga-on! Hei!

Ga-on!

Hei. Apa En. Moon cakap?

Saya perlu bersiaran langsung nanti. Awak nak cakap sesuatu?

Beritahu yang awak tak sihat. Saya akan menjamin kenyataan awak.

Macam mana?

Awak patut lakukannya tanpa saya.

Jadi, awak takkan buat apa-apa untuk selesaikan masalah ini?

Nantilah. Pergilah berbincang dengan En. Moon.

Ada apa?

Cakap sajalah. Apa keputusan awak?

Hei, Ga-on!

Hei, Ga-on! Awak…

Apa ini? Kenapa awak kemas barang?

Saya nak pergi.

Hei, ini saya punya. Kenapa awak ambil? Awak tak boleh ambil.

Hei. Saya beli ini di Milan. Ia edisi terhad. Awak tak boleh ambil!

Saya kata tak boleh! Awak tak boleh ambil ini!

Ga-on!

Woo Ga-on!

Awak betul-betul nak pergi? Apa yang awak buat?

- Apa yang berlaku? - Tae-in, tadi…

Saya nak tinggalkan LUNA.

Apa yang awak buat?

Awak dengar apa saya cakap. Saya akan tinggalkan LUNA.

Saya dah beritahu En. Moon.

Hei. Ga-on.

Hei, Ga-on. Apa kata awak duduk?

Mari kita berbincang. Tolonglah.

Ada sesuatu yang berlaku?

Ya, tapi dia tak boleh tinggalkan kumpulan ini disebabkan itu.

Ga-on. Janganlah dramatik sangat!

Beritahu saya kenapa awak buat begini.

Saya cuma…

Saya mahu keluar dari kumpulan ini.

Awak maksudkannya?

Ya.

Baiklah. Pergi.

- Hei, Tae-in! - Tae-in!

Awak nak ke mana?

Dia nak tinggalkan kumpulan ini. Jadi, lepaskan dia.

Tae-in. Awak seriuskah?

Biar saya pergi. Saya akan kejar dia.

Ga-on!

Ga-on.

Apa yang berlaku?

Saya tahu awak tak maksudkan apa yang awak cakap tadi.

Saya pasti En. Yoon juga tak mahu awak pergi.

Awak pun kenal dia macam mana.

Dia hanya cakap begitu kerana egonya. Mari kita masuk ke dalam semula.

Kalau awak malu untuk masuk semula sekarang,

awak mahu bersiar-siar di sekitar kawasan kejiranan ini?

Dr. Kang.

Saya cuma nak minta dua perkara saja.

Tolong jaga Marimo dengan baik.

Tolong…

Tolonglah bantu Tae-in untuk sembuh.

Ga-on. Tunggu…

Dia tak seperti ini.

En. Moon juga asyik menelefon kita.

Yoo-chan, awak bersamanya sepanjang masa.

Ada apa-apa yang luar biasa?

Entahlah. Ini sukar buat saya. Kenapa awak tanya saya?

Kamu semua, jangan risau tentang dia. Dia sendiri yang nak pergi.

Ada beribu-ribu orang yang mahu menyertai kumpulan kita.

Dia yang nak tinggalkan kumpulan ini. Kita tak perlukan dia.

- Hei, Tae-in. - Kenapa awak cakap begitu?

Bolehkah mereka menggantikan Ga-on?

Ini melibatkan kumpulan kami. Awak tak berhak masuk campur.

Saya tahu saya tiada hak untuk masuk campur,

tapi saya terpaksa.

Walaupun apabila pekerja pejabat

menghantar surat peletakan jawatan, bos mereka tidak segera menerimanya.

"Kenapa? Boleh awak pertimbangkan semula?"

Mereka sekurang-kurangnya berpura-pura menghalang pekerja daripada berhenti.

Awak satu-satunya ahli LUNA?

Awak yang tentukan segalanya? Adakah awak sepenting itu?

Dr. Kang. Tolong hentikan. Awak pun tak berapa sihat sekarang.

Dia yang nak pergi.

Kalau dia tak bagus, dia boleh berlatih.

Kalau dia buat masalah, dia boleh memperbaikinya.

Tapi saya tak boleh paksa dia untuk berada di sini.

Awak nampak murung hari ini.

[ Seseorang patut nikmati apa yang mereka tak boleh hindari. ]

Tapi apa yang awak patut buat apabila awak tidak menikmatinya?

Sebenarnya, yang sebaliknya adalah lebih benar kebelakangan ini.

Apa yang awak tak boleh nikmati sepatutnya dielakkan.

Kadangkala, menghindarinya boleh menjadi jawapannya.

Begitu rupanya.

Terima kasih.

Tak mungkin. Dia berhenti disebabkan apa yang saya cakap?

[ Saya cuma… Saya mahu keluar dari kumpulan ini. ]

Ya.

En. Yoon, saya nak masuk.

Saya tak rasa Ga-on pergi sebab dia mahu keluar dari kumpulan ini.

Saya rasa ada sesuatu yang tak kena.

Saya tak nak cakap tentang itu lagi.

Sebenarnya, saya rasa Ga-on jumpa saya untuk dapatkan kaunseling.

Saya rasa dia tak beritahu kita kesemuanya.

Jadi, kita patut cari dia sekarang dan dengar cerita dari pihaknya…

Tolonglah. Saya cakap sudah!

Awak di sini sebagai doktor saya, bukan jurucakap Ga-on.

Kalau begitu, biar saya beritahu seperkara lagi sebagai jurucakap dia.

Kenapa awak menyanyi secara berkumpulan?

Kalau awak nak tentukan semua perkara, bernyanyilah sendiri.

Hei!

Kamu semua ada di sini.

En. Moon dah naik gila.

Dia mahu mencari Ga-on dan cuba memujuknya.

Tapi dia tak jawab telefon.

Saya telefon ibu bapa Ga-on juga, tapi mereka pun tak angkat telefon.

Jadi, saya akan ke rumahnya sekarang.

Biar saya yang pergi.

Saya akan pujuk dia dan bawa dia pulang.

- Saya pun nak ikut. - Saya juga.

Kenapa kamu semua nak pujuk dia?

Apa kamu nak buat dengan orang yang mahu tinggalkan LUNA?

Awak tak risau tentang dia?

Awak betul-betul tak rasa apa-apa? Itukah sebabnya?

Awak dah lupakah yang dia mahu tinggalkan LUNA semalam?

Jangan bawa dia kembali.

Woo-yeon. Awak nak ke mana?

Dr. Kang.

Saya nak pergi ke rumah Ga-on.

Yakah? Boleh saya ikut awak?

Tak. Awak perlu berehat lagi. Awak masih sakit.

Saya tak apa-apa. Biar saya ikut awak.

Sebenarnya, ada sesuatu yang mengganggu saya.

Apa dia?

Beberapa hari yang lepas, saya dan Ga-on berbual.

Ga-on tanya apa yang dia patut buat

apabila dia tak dapat berseronok atau perlu mengelak akan sesuatu.

Jadi, awak cakap apa?

Saya suruh dia untuk menghidarinya kalau dia tak boleh menikmatinya.

Saya patut tanya apa yang dia mahu elakkan.

Macam mana kalau ini cara dia untuk mengelakkan diri?

Saya tak patut cakap begitu pada dia.

Tak mungkin. Dia takkan pergi hanya kerana apa yang awak cakap.

Kadangkala kita tak pasti

tentang apa yang tepat dan harus dilakukan di antara dua pilihan.

Ga-on mungkin sedang risaukan sesuatu.

Macam mana kalau dia buat keputusan ini disebabkan apa yang saya beritahu dia?

Walaupun itu yang berlaku,

salah kita lebih besar kerana meletakkan dia di tempat itu.

Jadi, ini bukan salah awak, Dr. Kang.

Mak cik dan pak cik baru pulang dari bercuti.

Jadi, kami tak dapat jawab telefon.

Ga-on menghantar kami bercuti

sempena ulang tahun perkahwinan kami.

Begitu rupanya.

- Ini minumannya. - Terima kasih.

Oh ya, ada apa kamu ke sini, Woo-yeon?

Kebetulan saya ada di kawasan ini.

Saya ingin singgah ke sini sebab saya teringatkan mak cik.

Begitukah?

Kalau begitu, tak apalah. Mak cik risau jika ada masalah.

Tapi, mak cik tak pasti jika kita pernah berjumpa.

Saya? Saya pengurus baharu.

Yakah? Aduhai. Tolong jaga anak mak cik baik-baik.

Dia sangat pemalu. Dia jarang bercakap tentang apa yang dia fikirkan.

Dia cuba selesaikan semuanya sendiri walaupun semasa dia kecil.

Betul. Jangan risau. Saya akan pastikan dia dijaga dengan baik.

Terima kasih.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left