The first 141 lines.
Maklumat ini percuma.
Saya ketua Penjarah.
Ya!
Masa untuk ramalan cuaca!
Saya dah cakap sejak minggu lepas.
Akhirnya ribut besar akan tiba!
Ribut Sampah akan tiba!
- Penting untuk kita lihat laporan cuaca. - Tunggu sehingga ribut reda.
Dengan itu, kita boleh bersedia
untuk ribut yang paling besar.
Pembersih ditangkap!
Tak guna! Kita tak sempat!
Mereka makan dan lari?
Di mana dia?
Di mana Amo?
Hei, Penjarah.
Kamu datang untuk tangkap Rudo lagi? Namun saya minta maaf.
Kali ini, ada barang percuma.
Barang percuma? Kita barang percuma?
Semua orang suka barang percuma.
Yakah? Baguslah kalau begitu!
Kamu tak boleh baca situasi?
Jadi? Apa rancangannya?
Kita nak bermain untuk hadiah apa?
Tentu awak risau kerana Pembersih terlalu santai, Rudo.
Namun awak silap.
Orang di Permukaan sentiasa berjaga-jaga.
Sebab itulah mereka tak tinggalkan awak.
Sebab itulah mereka ada di sini sekarang.
Semuanya termasuk dalam jangkaan.
Sampah!
Banjir sampah!
Saya tak boleh bergerak!
Apa?
Panik hanya akan buat kita ditelan sampah ini.
Semua orang dihanyutkan, kita tak boleh buat apa-apa!
Berpautlah pada sesuatu!
Alamak, susahlah begini.
Jalannya bercabang dua.
Biar betul?
Hei, kamu semua!
Pastikan kamu terus hidup!
Saya akan bunuh semua Penjarah itu…
Tak guna!
Ke mana awak hantar…
"Ke mana awak hantar mereka?"
Awak tak perlu tahu.
Mereka sendiri yang ikut kita.
Namun saya tak suka pembaziran.
Rudo kawanku.
Kami akan bermain dengan barang-barang percuma itu.
Sementara itu, berbaiklah dengan bos.
Amo.
Amo?
Apa itu?
Adakah itu punca kemarahan awak?
Saya cuma datang untuk berkongsi kemarahan itu.
Nama saya…
Zodyl Typhon.
Apa kata kita jatuhkan Sfera bersama-sama?
Jatuhkan…
Sfera…
Tadi visi kita bertindih, bukan?
Jangan salah faham.
Saya tak pernah nampak Sfera, jadi saya tak tahu rupanya.
Yang penting bukan "apa" yang dijatuhkan.
Namun apa yang akan berlaku kepadanya.
Rudo.
Awak baru saja terbayang, bukan?
Bukan tentang orang yang awak sayang.
Namun tentang apa yang akan berlaku kepada sasaran kemarahan awak.
Jangan…
Jangan cuba ubah topik!
Saya yang sedang tanya soalan!
Saya tanya di mana pemilik kasut itu,
ke mana awak hantar Pembersih, dan apa yang awak buat kepada mereka!
Awak yang tukar topik, Rudo.
Saya dah jawab dengan cara saya.
Giliran awak pula.
Selepas awak jawab, giliran saya pula.
Bukankah itu yang dipanggil perbualan?
Saya tak suka pembaziran.
Jadi jangan bazirkan kata-kata awak.
Dengar.
Tak guna.
Kenapa dengan dia ini?
Kenapa bercakap dengan dia sangat sukar?
Kesukarannya berbeza daripada Amo ketika kami baru jumpa dia.
Tak seperti Amo yang tak boleh dibawa berbincang,
dia…
menyekat saya dengan kata-katanya!
Saya belum isi semula sampah
sejak kami balik dari gurun.
Namun kalau terpaksa, saya boleh…
Awak risau sangatkah?
Tentang Pembersih dan si Amo itu.
Beritahu saya.
Kenapa awak menyertai Pembersih?
Untuk balik ke Sfera.
Saya menyertai Pembersih untuk mencari jalan balik.
Awak betul-betul fikir mereka akan tolong awak?
"Pergi ke Sfera" tak termasuk dalam skop kerja Pembersih.
Mereka cuma bersama awak
kerana ia menyenangkan mereka.
Jangan kata…
awak puas hati dengan keadaan sekarang.
Permainan kawan olok-olok ini
bukan matlamat akhir awak, bukan?
Sampah masuk ke dalam mulut saya.
Dalam baju pun ada.
Teruknya.
Apa-apa pun, mana semua orang?
Apa tempat ini?
Hei, ada sesiapa di sini?
Hei!
Miau, miau, miau, miau…
Ketakutan macam anak kucing yang sesat.
Tak comel langsung.
Tiba-tiba saja awak kutuk saya. Jahatnya awak.
Apa ini?
Mungkinkah kamu pisahkan kami semua
supaya kamu boleh lawan kami satu lawan satu?
Nampaknya Penjarah lebih serius daripada yang saya sangka.
Ya, betul.
Sangat serius.
Sebab kalau kami tak siapkan misi ini dengan serius…
Kali ini,
saya pasti akan dimarahi dengan teruk.
Jabber.
Lama tak jumpa, En. Sikap Keji.
Gembiranya saya.
Kali ini,
awak akan belasah saya cukup-cukup.
Sebaik saja Jabber muncul di depan saya,
saya dah tak peduli tentang niat mereka.
Hanya satu perkara yang terlintas di fikiran saya.
Bunuh dia…
atau saya akan dibunuh!
Gluk, gluk, brr, brr.
Apa bunyi itu?
Apa sebenarnya bunyi itu?
No comments yet. Be the first to leave one.