Release info

Your Highness 2017 1080p WEBRip All Episodes
拜见宫主大人 2017 1080p WEBRip All Episodes
A Commentary by Rahpooyan

Tags

webrip
web
BRip
1080
Published on: 2020-01-28
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 192 lines.

Tuan Istana.

Sayang,

tempoh ini adalah masa paling bahagia dalam hidup saya.

Sayang,

kelak kita akan hidup bahagia setiap hari.

Asalkan kita boleh bersama,

biarpun langit mendung dipenuhi awan gelap,

saya tetap gembira.

-Kemahiran tuan semakin baik. -Jika dibandingkan dengan orang lain?

Boleh dikatakan tiada tandingannya di seluruh dunia.

Istana Ling Jiu bertuah kerana mempunyai tuan.

Siapa? Berani mencerobohi Istana Ling Jiu.

Tunggu sebentar. Saya akan kembali.

Baik.

Apakah tujuan kamu mengunjungi Istana Ling Jiu?

Tuan kami Xu Zhu terkenal dengan sikap belas kasihannya.

Sila beralih jika tiada urusan.

Saya tahu. Saya kejar masa.

Marilah.

Angkuh betul.

Bedebah.

Siapakah kamu?

Kita boleh dikira kenalan lama.

Yakah? Kamu ialah lawan yang...

Tiga.

Cabut, sayang!

Dua.

Satu.

Saya dah semak semua zon luar biasa.

Mengapa masih tak jumpa token sambutan 10 tahun?

Tahniah Wira Qin Zhan, kerana mencipta rekod baru cabaran Istana Ling Jiu.

Hei, perkhidmatan pelanggan.

Apa kenanya dengan pelayan kamu baru-baru ini?

Asyik tersekat.

Kamu asyik mengabaikan pelayan lama, betul tak?

Selamat jalan, wira.

Mahaguru Zhao.

Ini adalah surat perakuan bersama.

Ia boleh bantu perkembangan kamu kelak.

Terima kasih, mahaguru.

Lempeng! Lempeng!

Lempeng yang baru dibakar!

Qin Zhan bunuh sesiapa saja yang dilihatnya.

Apa kata kita tukar permainan lain?

Cis! Tak guna. Kalau saya, saya akan bunuh dia.

Konon! Kamu cuma tahu cakap gah.

Eh, kamu tidak percaya?

Saya berterus-terang dengan kamu.

Yuran tuisyen saya sudah dihabiskan untuk pengisian semula.

Betulkah?

Eh, budak sial!

Kamu potong barisan!

Ayah, belasah dia!

Apa hal? Apa ini?

Berhenti!

Berhenti!

Orang jahat dah datang!

Tak guna betul.

Perjanjian satu dekad, mereka pasti datang.

Orang Kaya

Tumpang tanya, di mana papan kenyataan?

Sakit mata?

Epilepsi?

Apa ini? Eh, sana.

Terima kasih.

Simpanlah untuk jumpa doktor.

Dia mampu tawarkan 10,000 jongkong?

Nilainya lebih 600 RMB.

-Ini betul-betul bos besar. -Ya.

Dia hanya tahap 15. Tak mungkin capai tahap tinggi dalam sehari.

Kalaulah begitu kaya, beli sajalah akaun sedia ada.

Sudahlah.

Jangan pergi. Saya boleh tambah wang.

Apa khabar?

No.1 di Seluruh Pelayan.

Mahu bentuk pasukan?

Eh!

Saya nak tanya kamu, kalau saya hanya mengusik,

apakah perasaan kamu?

Berhenti.

Tergamak kamu bermain-main dengan saya.

Bagus.

Selain daripada si bodoh itu,

sudah sekian lama saya tidak dicabar.

Siapa yang kamu panggil si bodoh?

Kamu hanya orang baru.

Beraninya kamu mencabar No.1 di seluruh pelayan.

Kamu berjaya menarik perhatian saya.

Kamu...

Ini!

Dari mana kamu dapat token ini?

Ini? Susunan Catur Ling Long.

Bagaimana kamu boleh begitu bertuah?

Saya tak jumpa token ini walaupun bersungguh-sungguh mencari!

Apa yang kamu merepek ini?

Jualkan kepada saya.

Saya tak suka, tak jual.

Hormatlah sedikit.

Tidak.

Kamu yang paksa saya.

Kamu nak buat apa?

Tahniah Yu Chen kerana menewaskan No.1 di seluruh pelayan.

Puas hatimu?

Kamu masih berhati perut nampaknya.

Benarkah kamu No.1 di seluruh pelayan?

Kamu nampak sendiri tadi.

Lekas. Jualkan token itu kepada saya.

Bawa saya tingkatkan tahap dan saya akan beri kepadamu.

Setuju.

Panggil bos.

Baik, bos, silakan.

Kejap. Siapa nama kamu?

Panggillah saya Xiao Qin, bos. Silakan.

Di mana ini?

Tugas Pengutus Liao Besar. Kamu boleh capai tahap 30 dulu.

Baiklah. Bagaimana seterusnya?

Saya dah tak sabar-sabar.

Tak perlu susah-payah. Saya boleh bereskan.

Siapa yang beri kamu keyakinan ini?

Pantasnya saya meningkat 14 tahap.

Siapa kamu? Tergamak kamu...

Bagaimana? Puas hati?

Ya.

Token.

Hebat! Dapat akhirnya!

Kalau begitu saya...

Apa kata...

saya bawa kamu ke tempat-tempat yang seronok?

Baik.

Kamu boleh buka mata sekarang.

Di mana ini? Cantiknya!

Lautan Bunga Wang Chuan. Kamu tak pernah datang ke sini?

Tahap saya terlalu rendah. Tiada yang sudi bermain dengan saya.

Saya juga.

Kamu hebat. Tiada sesiapa yang nak ikut kamu?

Ada sekarang.

Kamu.

Saya nak lihat di bawah, boleh tak?

Baik, bos. Dengar cakapmu.

Kacak juga kalau lihat dengan teliti.

Dia nak buat apa? Jangan-jangan dia nak cium saya?

Alamak! Terpusing lebih tanpa disedari.

Bos, cuba teka bunga apakah ini?

Saya tiada hati untuk saksikan pemandangan.

-Kenapa? -Lihatlah.

Cantik bunga-bunga ini. Ada rama-rama.

Ya, saya paling suka tempat ini.

Saya nak bina sebuah rumah di sini pada masa depan.

Tunggu sebentar.

Perjanjian satu dekad pada pukul 8. Masih ada masa.

Ayuh, masih sempat.

Mengapa kamu begitu terdesak tentang token itu?

Oh, saya dan beberapa rakan karib telah berjanji...

untuk berjumpa 10 tahun kemudian, iaitu hari ini.

Saya mahu tukar pakej hadiah paling mewah dengan token ini...

untuk beri kejutan kepada mereka.

Tak sangka kamu begitu mementingkan persahabatan.

Oh, sudah tentu.

Tidak disangka nama baik saya...

Berhenti mengarut. Kongsikan kuasa kamu dengan segera.

Berapa lama masa yang diperlukan?

Kira-kira 3 jam.

Tenaga dalaman dia agak kuat.

Lambatnya.

Qin Zhan, saya dah datang untuk janji temu satu dekad kita.

Si bodoh ini!

Terima kasih untuk token ini.

Saya ada urusan penting sekarang.

Saya minta diri dulu.

Eh, Xiao Qin.

Bolehkah saya cari kamu esok?

Kamu seriuskah?

Tak apalah.

Baiklah, jumpa esok.

Bintang Beralih Tanpa Kesan dan Air Mengalir Tanpa Kesan.

Kedua-duanya senjata keluaran Keluarga Mu Rong.

Ini ialah pedang yang saya biasa gunakan,

Da Yan Tian Xuan.

Saya hadiahkannya kepada kamu.

Mengapa pula?

Saya telah rosakkan pedang kamu awal tadi.

Beberapa pedang ini ialah pampasan untuk kamu.

Jumpa esok.

Selamat ulang tahun ke-10 Astaka Ting Chao.

Mari kita minum.

Mari, biar mabuk.

Minum.

Tiba-tiba saya teringat sesuatu.

Apa kata kita buat satu perjanjian 10 tahun?

Tak kira di mana kita 10 tahun kelak, kita jumpa semula di sini.

Baiklah! Ayuh!

Tiada sesiapa yang akan datang.

Your Highness (拜见宫主大人) subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left