The first 162 lines.
TANDAS ROSAK
Itulah caranya untuk dapatkan tandas peribadi.
- Apa kamu tengok? - Jangan beritahu, Cherry.
Kami renung Cole Campbell sampai Phoebe berani untuk ajak dia keluar.
Jangan beritahu dia apa?
Silakan, Max. Ejek saya. Ejek budak sekolah yang jatuh hati.
Saya takkan ejek awak.
- Betulkah? - Saya akan ejek.
"Dia sangat kacak! Saya nak kahwin dengan dia!"
"Rambutnya berbau seperti kek cawan!"
Macam awak tak pernah jatuh hati.
Tak mungkin. Saya takkan berkelakuan begitu hanya sebab seorang…
- Hei, Romeo. Lidah awak terjatuh. - Itu berbeza!
Dia Ratu Kegelapan. Sumber ilham di sisi saya
apabila saya jadi penjahat super!
Pada Hari Halloween. Saya harus pergi.
- Cole akan pergi. Ini peluang awak. - Saya gementar. Apabila gementar,
- saya jadi mulut murai. - Malang sekali, dia datang sekarang.
- Hei, Phoebe. - Hei, Cole. Apa khabar? "Apa khabar?"
Dah basi. Jelas awak sihat. Melainkan awak tak sihat.
Mungkin awak ada terowong karpus, gout atau sindrom kaki resah…
Saya nak tahu jika kita boleh makan yogurt beku bersama nanti.
Awak mahu? Baguslah. Ada satu perkara lagi.
Ibu bapa saya ada peraturan. Mereka nak jumpa ibu bapa kawan saya.
Boleh mereka berjumpa?
Baiklah. Bila?
Aduh. Bagaimana dengan esok?
Selepas makan malam? Kita boleh makan bersama.
Mereka makan malam? Soalan dungu. Dah tentulah.
Keluarga awak suka kruton dalam salad? Ada orang suka.
- Ada orang tak suka. - Baiklah, Phoebe.
Kami perlu ke kelas sekarang.
- Kenapa awak buat begitu? - Awak akan berterima kasih nanti.
Awak juga akan berterima kasih nanti.
SYARIKAT PERPINDAHAN ACE
Apa awak lihat tak sama dengan yang sebenar
Jalani kehidupan kami dengan rahsia Kami di sekitar pasti awak tak sedar
Jalani kehidupan kami seperti orang biasa
Keluarga yang bahagia, itu yang kami cuba jadi
Semakin awak rapat, semakin awak nampak rahsia
Mungkin itu semua disangka realiti Hanya keluarga biasa, cuba menjadi normal
Serta jauhi masalah, hidup dalam dua kehidupan
Guna kuasa turbo!
Kamu takkan jangka apa berlaku hari ini.
Asteroid jatuh ke arah sekolah awak dan awak halang ia seorang diri
- guna kuasa awak? - Kemudian cairkannya
dengan nafas panas awak?
Bukan. Ada lelaki ajak saya keluar.
Membosankan.
Saya setuju, cuma lebih kecewa.
Lelaki? Ayah dan mak kamu bersetuju kamu terlalu muda untuk berpasangan.
- Budak itu Cole Campbell? - Ya!
- Seronoknya! - Saya tahu.
Keluarganya juga nak datang esok untuk makan malam. Pergi dulu!
Tunggu dulu.
Kamu jemput satu keluarga orang biasa ke rumah kita?
Peraturan ayah adalah orang biasa dilarang masuk ke rumah.
Jika tak dipatuhi, rumah ini akan dipenuhi kawan Phoebe
yang berceloteh tentang hal mengarut. "Saya suka lelaki."
"Saya suka menari. Ayuh ke kem kuda."
Awak tak mahu jemput kawan sekolah ke sini? Tiada seorang pun?
Tidak, jika mereka datang, saya tak boleh buat begini.
- Mak. - Hank.
- Max. - Maaf.
Tolonglah, ayah. Ibu bapa Cole cuma nak tahu keluarga saya orang baik-baik.
Baik. Biar mereka datang. Billy boleh lari laju di atas siling
dan Nora tembak dia dengan laser matanya.
Jadi, ayah tak kisah.
Sayang, kita pindah ke Hiddenville untuk jadi keluarga normal.
Maksudnya, kuasa kita mesti dirahsiakan.
- Kamu mesti batalkan makan malam itu. - Ya! Hank memang hebat. Tepuk tinggi.
Bagaimana kita nak ada kehidupan normal jika kita tak boleh jemput orang datang?
Jangan risau. Saya mungkin takkan menangis langsung.
Sebentar. Mungkin kita boleh buat pengecualian kali ini.
- Barb. - Ya, Barb.
Kita berdua ada di sini, Hank. Anak-anak akan berkelakuan baik.
- Tolonglah, ayah. - Beginilah…
- Baiklah. - Terima kasih, ayah! Mari sini.
Saya tak kenal ayah lagi.
Budak itu ambil makanan awak.
Ratu Kegelapan berjaya lagi.
LAWATAN KE AKUARIUM
- Maaf. - Tak mengapa.
Saya minat dengan hasil kerja awak. Awak mahu pergi makan?
Terlambat. Saya dah ambil makanan awak.
Jika awak suka, awak pasti suka makanan hari Selasa.
Pheebs, ada hal kecemasan.
Terlupa kata laluan lagi? Hari jadi awak.
Hari ini hari jadi saya?
Tidak, itu kata laluan saya. Baiklah.
Saya buat kajian dalam Internet dan tengok apa yang saya jumpa.
Gambar percutian keluarga Cole?
Itu bukan hotel, tapi rumah mereka.
Itu kolam renang mereka dan itu kuda untuk polo.
Dia beri kuda itu makan duit?
Jika saya jadi awak, saya pasti gementar.
Maksud awak, keluarga saya kurang berkelas untuk keluarga mereka?
Ibu bapa dia di muka depan Berkelas & Kedesaan bulan ini.
Saya mesti balik sekarang.
- Salah lokar! - Terima kasih!
Dua jam sebelum makan malam. Semua sedia?
Kenapa lagi mak nak cantikkan diri?
Jika mak boleh hapuskan bunion ini…
Masa untuk minuman monyet.
Phoebe, cepat bertindak!
Ayah, cepat bertindak!
Minuman monyet ayah!
- Mereka tak buat seluar seperti dulu. - Mereka tak buat awak seperti dulu.
- Siapa mahu snek? - Ya!
Ketulan piza!
- Panas! - Berhenti makan!
Ada masalah?
Ya! Seluar ayah koyak. Mak ada misai dan kamu semua muntah ketulan piza.
- Apa keluarga Cole akan fikir nanti? - Mereka orang biasa.
Tidak, mak. Mereka pakai baju mewah dan ada kuda padi polo.
- Mereka tak minum minuman monyet. - Jadi, siapa kita? Orang selekeh?
Saya cuma nak keluarga Campbell lihat kita juga berkelas seperti mereka
supaya mereka benarkan saya berkawan dengan Cole.
Baik, sayang. Kami tahu malam ini sangat penting pada kamu.
Siapa tahu bila lelaki nak ajak dia keluar lagi?
Jangan risau, Phoebe. Kita akan jayakan jamuan makan malam ini.
Awak akan rosakkan jamuan makan malam ini.
Saya mesti lakukannya. Jika berjaya, peraturan tiada orang biasa dibatalkan
- dan saya tak boleh guna kuasa saya. - Menari?
Bukan, kuasa super saya. Kadangkala menari juga.
Apa rancangan awak? Dr. Colosso boleh membantu.
Dahulu…
Saya tahu. Sebelum ayah saya tukar awak jadi arnab,
awak penjahat terbesar di dunia.
Saya masih besar. Cuma najis saya yang mengecil.
Ini yang akan berlaku.
Seorang pemelihara lebah akan bebaskan sekawan lebah
dan saya letak pil sendawa dalam teh ais, sos yang sangat pedas dalam sup
dan enam ekor kala jengking sebab siapa tak suka kala jengking?
Awak menangis?
Saya bangga dengan awak. Jangan pandang saya.
Semuanya memuaskan hati, puan?
Jelaskan.
Awak kata keluarga ini mewah. Apa yang lebih mewah daripada butler?
Mereka takkan percaya ada butler berusia sepuluh tahun.
Mereka akan percaya selepas jumpa cef berusia lapan tahun.
William, berhenti berbual dengan Cik Puan Phoebe!
Balik ke dapur dan gilap roti!
Susah nak cari pekerja yang baik.
Amaran. Orang biasa menghampiri rumah.
Mak! Ayah! Mereka sampai.
- Kami juga. - Apa yang mak dan ayah pakai?
Kamu kata pakai baju cantik.
Kami pakainya ke sebuah kelab mewah dan dalam sekelip mata,
orang kosongkan lantai menari untuk kami.
- Sebab mereka takut. - Kamu nak kami tukar baju?
Dah terlambat. Mereka dah sampai.
Semua dah sedia?
Ya. Tunggu apa lagi? Jemput mereka masuk.
- Hai, Cole. - Hei, Phoebe.
Ini ibu bapa saya, Gerald dan Fiona Campbell.
Keturunan Campbell dari Park Avenue.
- Helo. - Ini ibu bapa saya.
Hank dan Barb Thunderman.
Keturunan Thunderman dari Marvin Gardens.
Salam sejahtera!
Bagus rasanya dapat berkenalan dengan kamu.
No comments yet. Be the first to leave one.