The first 200 lines.
Ia perkara terbaik bagi seorang kanak-kanak Liverpool.
Menjadi budak kampung yang menjadi kebanggaan semua orang.
PEMAIN TERBAIK DULU DAN SEKARANG GERRARD - LIVERPOOL FC
Saya mengecapi kejayaan yang tak pernah saya impikan.
Saya alami pengalaman yang saya tak pernah jangkakan.
Saya juga melalui beberapa halangan
dan saya tak sangka yang saya perlu reda dengannya,
tapi agaknya ia memang sebahagian daripada permainan ini.
Kami bukan saja bermain bola sepak.
Tapi berdepan dengan segala yang berkait dengannya.
Saya rasa masanya sudah tiba untuk meninggalkan kelab dan bandar ini,
pergi dan tinggalkan segalanya.
Saya masih cuba memahami apa yang telah berlaku.
Saya cuba mencari jawapan dan puncanya,
dan masih gagal menemuinya.
Perbezaan utama di sini ialah saya boleh melupakan bola sepak.
Saya bukan bermain untuk menjadi terkenal.
Ia sebati dengan diri saya sebelum saya tahu tentang semua ini.
Saya membesar dalam persekitaran yang buat saya bersedia menghadapi tekanan
dan menjadi pemain bola sepak untuk Liverpool dan penyokong saya.
Saya memang dilahirkan untuk bermain bola sepak.
Di Liverpool, bola sepak diminati dengan mendalam.
Sukar untuk kita memujuk orang bercakap tentang topik lain.
KELAB BOLA SEPAK LIVERPOOL
JALAN KEMLYN
Apabila melangkah ke padang,
kami tahu ada 28,000 orang yang menyanyi untuk kami.
Liverpool telah menjaringkan lima gol dan mungkin lebih lagi.
Mangsa serangan mereka ialah pasukan dari selatan, Arsenal.
Mereka memenangi piala yang dianugerahkan kepada juara liga.
Fairclough!
Sejak datang ke Liverpool,
saya kerap mengingatkan pemain kita
yang mereka bertuah dapat bermain untuk anda.
PENGURUS LIVERPOOL 1959-1974
Empat piala Eropah disusun megah di bilik piala Anfield
setelah dimenangi pasukan bola sepak Britain paling berjaya.
"YANG TERBAIK!" ITU RAMALAN PAISLEY
Liverpool ialah juara Eropah! Seronoknya!
Pada Sabtu lepas, Liverpool telah menjadi juara liga,
berikutan jaringan daripada Kenny Dalglish,
yang memastikan kemenangan yang berterusan
walaupun bandar ini menghadapi kesukaran di luar padang.
Ia antara kawasan dengan kadar pengangguran tertinggi di Britain...
PENGURUS LIVERPOOL
...dah saya rasa bola sepak ialah cara untuk menghilangkan perasaan kecewa itu.
Huyton ialah kawasan yang kecil. Ia hanya satu titik dalam peta.
Kami tinggal di kawasan perumahan perbandaran bernama Kawasan Bluebell.
BAPA
Kamu tinggal di tempat di mana kamu perlu berdikari.
Penduduknya seperti baru selesai bekerja dan ia bukan waktu yang seronok.
Tapi itulah cara hidup di sini.
Kami sanggup buat apa saja untuk menonton Liverpool bermain.
Bola sepak sebati dalam jiwa kami.
Merseyside telah menguasai bola sepak Inggeris pada 1980-an.
Liverpool telah enam kali menjadi juara Divisi Pertama.
Mereka kelab yang paling disokong di negara ini,
mereka selalunya kebal,
didorong oleh kemahiran dan juga keazaman.
Jaringan gol yang menakjubkan oleh Dalglish.
Ayah saya tonton semua perlawanan di Wembley, perlawanan akhir, semuanya
dan hampir semua kenalan saya peminat Liverpool.
Kami semua rapat, kami sentiasa melindungi satu sama lain.
IBU
Steven seorang budak yang baik, penyabar dan sering ketawa.
Mereka segala-galanya bagi kami. Kami tak mahu mereka disakiti.
Jadi kami sentiasa memerhatikan mereka.
kami bertuah kerana kami tak perlu keluar mencari mereka,
Mereka hanya mahu bermain bola sepak.
Dia bermain untuk pasukan junior pada satu hari Sabtu.
Mereka menang 27-0 dan dia menjaringkan 12 gol.
Ia sangat mudah baginya.
Mereka kata dia berbakat.
Dia dilahirkan dengan bakat itu.
Dulu saya selalu pergi minum di pub tempatan,
dan kawan saya yang juga pengurus pasukan bola pernah kata,
"Dia akan jadi pemain yang berjaya. Awak sedar, bukan?"
Saya jawab, "Mana awak tahu, tiada benda yang pasti."
Dia, "Saya berani jamin, Steven akan jadi pemain yang berjaya."
Dia berusia lapan tahun semasa dia pergi ke Liverpool.
Ini tempat latihan Liverpool.
Seperti Fort Knox, apa yang ada di sini tak terkira jumlahnya.
Ia pasukan paling berjaya di England daripada generasi yang lalu,
sehingga hari ini.
JURULATIH LFC
Dia sangat kecil dan kurus.
Dia ada di merata padang sepanjang perlawanan.
Dia melepasi seorang atau dua pemain seolah-olah mereka tiada di situ.
Ia buat saya terpegun.
Di Liverpool, kemenangan ialah sesuatu yang amat penting
dan dia suka bersaing.
Dia pandang kita dan dengar cakap kita sepanjang masa.
Apabila kita melihatnya, kita akan rasa, "Ya, dia memang ada peluang."
Saya suka bermain bola sepak dan menyokong pasukan Liverpool.
Ia seronok bagi saya.
Mereka akan meneraju kelab ini.
Mereka ialah Steven Gerrard, Phil Thompson, Kevin Hallin...
Mereka dah tahu yang saya ada potensi sejak saya lapan atau sembilan tahun,
saya langsung tak tahu.
Mungkin saya terperangkap dalam dunia sendiri, entahlah.
Saya amat menyukainya dan tak sabar bermain.
Liverpool akan bermain di peringkat separuh akhir dengan keputusan yang baik
dan mereka berasa yakin.
Orang kata ini musim yang hebat, namun, ia masih belum berakhir.
Pada hari itu, saya hubungi ayah saya untuk berjumpa dengannya di pub.
Tiba-tiba saja, ia muncul di TV.
Saya terfikir, "Sesuatu dah berlaku."
Saya tonton lagi dan terasa, "Ya Tuhan.
Entah apa masalahnya, tapi ia nampak dahsyat."
AMBULANS
Steven cuma budak sembilan tahun dan dia sangat sedih.
Ada orang yang terbunuh di sini.
Ia malapetaka paling dahsyat dalam sejarah sukan di British
ketika perlawanan separuh akhir piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest.
Jumlah kematian sekarang ialah 94 orang.
Sebanyak 24 mangsa telah dikenal pasti dan antaranya ialah budak sepuluh tahun.
Ibu Paul kejutkan kami pada jam tujuh pagi keesokan harinya
dan beritahu kami yang sepupu Steven, Jon-Paul,
telah mati di Hillsborough.
SEPUPU
Ia antara hari paling menyedihkan dalam hidup kami.
Pada usia itu, kita masih muda dan tak memahaminya.
Saya ingat lagi saya turun ke bawah
dan banyak bunga dan skarf digantung di tempat duduk Kop.
TEMPAT DUDUK KOP
Perlawanan bola sepak ditangguhkan.
Fokus utama kini ialah manusia, keluarga mereka,
perasaan dan mereka yang berkabung.
Dia tanya soalan seperti, "Mak, apa yang berlaku kepada Jon-Paul?
Bagaimanakah dia mati?"
Ia amat menyedihkan.
Semua orang ada kenalan yang terkorban di Hillsborough.
Saya biasa duduk di Kop sudah hampir 28 tahun,
tapi saya suruh dia lontarkan topi dan skarf saya di sana
kerana kami takkan lagi pergi ke sana.
Kita seperti telah jatuh dari basikal.
Sesetengah daripada kita mungkin takkan lagi berjalan dan menunggang basikal.
Yang lain pula tak sabar untuk kembali bermain kerana amat menyukainya.
John Williams ialah ahli sosiologi dan dia juga berada di Hillsborough
dan menyaksikan kejadian itu bersama Robin Taylor.
Bagi ramai orang, ia mengesahkan yang bola sepak
menyatukan penduduk bandar ini
dan membantu kami untuk berbual dan berkongsi perasaan.
Tapi kelab itu huru-hara.
Tinggal satu minit saja lagi.
Jelas sekali, McMahon faham mesej yang dapat dilihat di Kop.
Semasa perlawanan akhir musim itu menentang Arsenal,
kami kalah teruk.
DIVISI PERTAMA LIVERPOOL LAWAN ARSENAL 26 MEI 1989
Thomas meluru di tengah padang!
Thomas! Bebas untuk menjaringkan gol!
Thomas! Menjaringkan gol!
Kemuncak mengejutkan sebelum bermulanya musim liga.
Kini dalam masa kecederaan, pemain Liverpool tidak bersemangat...
Segalanya berubah selepas kejadian Hillsborough.
ARSENAL MENANG DIVISI PERTAMA 1988/9
Jelas di wajah semua orang yang ia ada kaitan dengan Kelab Bola Sepak Liverpool.
Mereka nampak seperti sudah bosan.
Ia amat sukar ditonton, ia sangat teruk.
Saya berada di baris hadapan selama 20 tahun.
Ia cuma hasil...
KENNY LETAK JAWATAN
...penglibatan aktif selama 20 tahun dalam sukan bola sepak
pada tahap yang amat berjaya
yang membuatkan seseorang hilang sabar.
Hillsborough telah menghasilkan perubahan mendadak itu.
Ia mengubah stadium.
Mengubah cara pemasaran dan promosi permainan ini.
Sky Television mula terlibat dan melaburkan wang dalam sukan bola sepak,
dan bola sepak akan benar-benar berubah.
Bola sepak telah berubah sepanjang 1990-an dan wang menjadi semakin penting.
Satu kelab yang menjadi perintis perubahan ini di luar dan di dalam padang
ialah Manchester United.
Tanda paling penting yang menunjukkan perubahan situasi ini
adalah apabila kami gagal memenangi gelaran liga.
Kami menjadi lemah.
Steve Bruce menjulang Piala Liga Premier
bagi pihak Manchester United
pada kali ketiga mereka memenanginya dalam empat musim.
Ia permulaan era yang berbeza bagi Liverpool.
Era yang berbeza.
Walaupun semasa pasukan Liverpool melalui proses transformasi,
harapan dan sokongan sentiasa ada
setiap kali mereka bermain.
Main sekali lagi!
Kami perlukan harapan itu semula.
Seterusnya.
Ada seorang budak yang tak pernah putus asa.
Dia menaikkan semangat saya setiap kali saya melatihnya.
Steve Heighway datang ke rumah
dan mula bercakap tentang Steven kepada saya dan ayahnya.
Dia kata, "Dia cemerlang di padang. Kami mahu membimbingnya."
Itulah kata-katanya, "Kami mahu membimbingnya."
Dia kata, "Jangan paksa dia kerana dia mungkin memberontak.
Pastikan awak sentiasa ada di sisinya dan dia akan buat pilihan yang betul."
Saya tak pernah lupa kata-katanya itu.
Steven dan bola sepak menjadi fokus hidup saya.
Saya takkan terlepas semua permainannya.
Saya akan menontonnya bermain.
Saya beritahu dia, "Awak berbakat, tapi awak perlu menggunakan bakat itu.
No comments yet. Be the first to leave one.