Wonderful Nightmare

Wonderful Nightmare (미쓰 와이프)

Download Malay Subtitle

Release info

Wonderful Nightmare 2015 KOREAN WEB-DL 1080p H264-[Mkvking com]
Wonderful Nightmare 2015 KOREAN WEB-DL 720p H264-[Mkvking com]
Wonderful Nightmare 2015 KOREAN WEB-DL 480p H264-[Mkvking com]
A Commentary by Princes_Fieva
https://mkvking.com/wonderful-nightmare-2015/

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
mkv
720p
720
480p
480
Published on: 2021-03-23
Downloads: 28
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ayah saya merupakan seorang kelasi.

Dalam ingatan samar-samar saya,

saya ingat baju seragam putihnya

dan sentuhannya yang hangat.

Ayah tak pulang-pulang dari laut

dan telah dipadamkan daripada ingatan saya.

Sayang, saya amat bersimpati!

Saya tak percaya ini berlaku!

Berasa rindu akan ayah, emak juga pergi tak lama kemudian.

Saya telah ditinggalkan bersendirian.

Kasih adalah...

Tak, kepada wanita, lelaki adalah membahayakan.

Saya harus bergantung kepada diri saya sendiri.

Saya akan berjaya tanpa berharap kepada sesiapa.

Kes serangan seksual baru-baru ini menarik perhatian di media sosial.

Desas-desus mengatakan suspek ialah anak lelaki

kepada CEO sebuah perbadanan besar

dan orang awam mempertikaikan kesahihan kes ini.

Matikannya.

Lelaki-lelaki tak guna itu patut dikembirikan saja.

Apa yang pihak pendakwaan sedang lakukan?

Apa yang pihak pendakwaan sedang lakukan?

Tuan pengerusi, ini Lee Yeon-woo.

Saya?

Saya faham.

Saya akan menguruskannya.

Baik.

Patah balik, ke pejabat pendakwaan.

Itu peguam Lee Yeon-woo!

Cik Lee!

Adakah kamu sudah mengambil alih kes Pembinaan HK?

Kamu sudah bertemu dengan mangsa?

Biar saya jelaskan.

Ini tiada kaitan dengan Pembinaan HK

dan ia belum dilabelkan sebagai sebuah 'kes'.

Bolehkah kamu mengesahkan kamu akan membela anak pengerusi Park?

Bolehkah kamu mengesahkan bahawa ia merupakan percubaan merogol?

Adakah ini akan memberi kesan terhadap rancangan pewarisan HK?

Tiada apa-apa yang tentu lagi.

Sila jangan menulis apa-apa dengan menerka semata-mata.

- Itu saja. - Sila beri penerangan!

Apakah posisi HK?

Puan, saya hanya boleh bayangkan kesusahan yang kamu sedang lalui.

Saya tak memerlukan apa-apa.

Saya akan buat apa-apa saja untuk memenjarakan lelaki tak guna itu!

Ya, memang patut dia dipenjarakan.

Namun HK ialah salah satu daripada 10 perbadanan utama di dunia.

Apabila dia dipindahkan buat sementara ke pejabat luar negara,

tiada sesiapa akan mengingati kes ini.

Namun bagaimana dengan anak perempuan kamu?

Dia perlu melanjutkan pelajaran, kemudian mencari kerja di Korea

dan berkahwin di sini juga.

Namun jika kes ini terbongkar dan identitinya tersebar dalam talian,

apa yang akan berlaku?

Secara jujurnya, ia bukannya rogol.

Kamu tiada keluarga, tiada anak perempuan, betul?

Adakah kamu faham perasaan saya?

Penyelesaian secara aman? Mustahil!

Emak.

Sebentar.

Betul kata dia.

Mari menghentikannya.

Kami akan selesaikan secara aman.

Namun wang penyelesaiannya haruslah banyak.

Dia bijak.

Mari semak butirannya.

Sut yang mahal memang berbeza!

Kamu memang hebat!

Lee Yeon-woo!

Sudah lama tak jumpa.

Saya tertanya-tanya sama ada kamu akan menerima kes ini.

Melihat wajah kamu, kamu sudah mendapat apa yang kamu mahu.

Saya sibuk sedikit, saya akan jumpa kamu nanti.

Tanpa penyokong seperti HK,

bolehkah kamu teruskan begini?

Tak, untuk apa?

Gaji kamu daripada pembayar cukai, tapi saya mendapat retainer.

Itulah logik kapitalisme.

Pemikiran kamu tajam seperti selalu.

Gadis itu sehinggakan cuba membunuh diri.

Begitu juga dengan kamu yang selalu sangat beremosi.

Kerasionalan dan emosi adalah yang membezakan kaya dengan miskin.

Kamu masih tak faham-faham.

Bagaimana janji temu itu? Saya dengar dia muda dan tampan.

Saya tak pergi sebab saya benci orang muda.

Sekali lagi?

Kamu sudah berusia 39 tahun!

Mari bercakap tentang sesuatu yang lebih menyeronokkan.

Apa yang lebih menyeronokkan daripada bercakap pasal lelaki?

Berjanji temu dan berkahwin dengan kekasih kita adalah yang terbaik.

Lelaki adalah tak guna.

Kamu terlalu melampau dengan logik itu.

Cik Lee.

Panggilan daripada Pengerusi Park dari HK.

Selamat datang.

Terima kasih kerana menguruskan masalah anak saya yang bodoh itu.

Tak, saya cuma membuat kerja saya.

Terima kasih kerana mempercepatkan pemindahan saya ke cawangan A.S.

Tiada apa-apalah.

Budi dibalas budi.

Rumah-rumah setinggan ini masih wujud?

Sekarang ia nampak buruk, tapi ia bakal berubah nanti.

Saya merancang untuk membina sebuah kompleks pangsapuri.

Jadi saya mahu meminta pertolongan peribadi daripada kamu.

Sila beritahu saya.

Kami akan memecah tanah dalam 5 tahun.

Saya mahu mempercepatkannya.

Bolehkah ia dipercepatkan?

Kamu kenal saya, itu bukan masalah.

Pemindahan saya ke Amerika telah diluluskan.

Saya sudah beritahu emak.

Saya takkan hidup susah macam emak.

Kenapa tiada lampu jalan di sini?

Cermin mata saya...

Maafkan saya, kenapa saya berada di sini?

Apakah ini?

Boleh saya mendapatkan nama kamu?

Saya Lee Yeon-woo.

Tarikh lahir?

23 Oktober, 1976.

Sila tunggu sebentar ya.

Adakah ini masuk akal?

Bagaimana kamu boleh tak perasan sampai klien sudah masuk syurga?

Saya sudah periksa dua kali...

Cik Kang Su-yoon masih tinggal sebulan penuh lagi!

Adakah ini China?

Kita sedang memproses 50 bilion, bukannya 1.3 bilion!

Ketua!

Apa?

Ada satu lagi roh yang telah salah diproses.

Apa?

Silap identiti dengan Lee Yeon-woo yang lahir pada tahun 1941.

Kemungkinannya salah masukan data.

Bagus sekali.

Memang bagus sekali, bodoh.

Tak guna!

Ia satu keajaiban!

Nadinya sudah kembali!

Jadi dia masih hidup?

Tarikh proses Lee 1976 ialah pada tahun 2054.

Jadi...

seorang wanita yang sepatutnya mati dalam sebulan lagi,

memintas stesen penerimaan dan terlepas ke syurga

dan seorang lagi yang sepatutnya mati pada tahun 2054

telah sampai ke sini dan bukannya seorang nenek.

Apa yang kamu telah buat?!

Aduhai...

Berapa lama masa diambil untuk menukar roh?

Bagi membatalkan pendaftaran Lee 1976

dan meletakkan Lee 1941 ke tempatnya akan mengambil

sekurang-kurangnya seminggu.

Bagaimana dengan Kang yang berada di syurga itu pula?

Itu masalah yang lebih besar.

Dia sepatutnya terlibat dalam kemalangan jalan raya,

tapi terkena sakit jantung pula.

Dia hanya perlu hidup selama sebulan saja, bukan?

Sila duduk.

Ini ialah pusat penerimaan alam baqa.

Dalam erti kata lain,

kami menerima orang-orang mati sebelum hantar mereka ke syurga.

Orang-orang mati? Siapa?

Saya? Tak mungkin.

Kenapa pula?

Kenapa pula saya harus mati pada usia saya begini?

Kamu tak nampak yang saya masih muda?

Ia hanya satu kemalangan kecil!

- Cik Lee. - Mustahil!

Kamu tahukah betapa teguhnya kereta itu?!

Cik Lee!

Kalau begitu lepaskan saya, tolong biarkan saya hidup!

Tak bolehkah? Tolonglah!

Tolong bertenang dan duduk dulu.

Bertenang.

Saya setuju bahawa hayat kamu tamat pada bukan waktunya.

Bolehkah saya beri satu cadangan?

Terdapat sebuah program khas bagi mereka yang rasa teraniaya.

Mereka boleh dihantar semula ke alam kehidupan.

Adakah saya layak?

Oh, terima kasih!

Namun bagi perkara itu berlaku,

kamu harus membantu kami.

Apa yang perlu saya buat?

Tinggal selama sebulan di tempat orang lain.

Ada seseorang di sini yang sampai terlalu awal.

Kamu harus mengambil tempatnya...

untuk sebulannya yang terakhir.

Dalam erti kata lain,

habiskan sebulan hayat yang terakhir untuk orang lain?

Tepat sekali!

Sebaik saja kamu menamatkannya dan kembali ke sini,

kami akan hantar kamu balik, bagaikan ini tak pernah berlaku.

Namun begitu...

saya kelihatan berbeza daripada orang itu.

Kami akan menguruskannya.

Namun kamu tak boleh menolak kehidupannya, membongkarkannya,

atau campur tangan dalam kehidupan kamu sebelum ini.

Apa pendapat kamu?

Kita boleh saling membantu,

atau kamu boleh pergi ke syurga sekarang juga.

Baik, saya akan lakukan.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left