The first 200 lines.
Mak cik! Helo, mak cik!
Saya sudah suruh kakak tunggu. Kenapa datang?
- Kamu ini siapa? - Mak cik sudah lupakah?
Saya Yun Hui. Budak kecil dari Hadurok-ri dulu.
Kamulah budak yang pindah dari Seoul itu!
Ya! Sudah lama kita tak berjumpa!
Muka mak cik masih lagi sama!
Min Ki, awak patut beritahu kakak awak balik ke rumah awak.
Bolehlah kakak datang sapa mak awak.
Mak cik, saya rasa agak dahaga.
Boleh tak jemput saya minum kopi ais?
Boleh!
Masuklah.
Buat apa itu? Marilah masuk.
- Cepatlah masuk. Kenapa ini? - Biar betul!
Cepatlah!
Comelnya.
Kamu ini cantik sungguh.
Tapi siapa...
Ini adik Min Ki.
Mak cik lahirkan dia dengan suami kedua mak cik.
Yakah?
Jadi suami mak cik...
Dia pergi dengan perempuan lain.
Biasalah, kakak pun tahu macam mana biasanya, bukan?
Sudah puas saya cakap yang mak tak ada tuah dengan lelaki,
tapi mak mahu kahwin juga...
Jangan cakap macam itu dengan mak awak.
- Apa pula? - Budak ini.
Mahu pergi mana? Mahu pergi mana itu?
Awak mahu pergi mana ini?
Harap mak cik faham dia, ya?
Tak mengapa. Mak cik faham.
Selama ini, mak cik tak pernah jadi mak yang baik untuk dia.
Tapi dia itu seorang budak yang baik.
Apa gunanya jadi baik? Dia kena berfikiran matang dulu!
Apa khabar, mak?
Sudah lama saya tak ke sini.
Maaf, ya?
Selamat hari jadi. Mak.
Tapi, mak, saya sudah semakin rapat dengan orang-orang kampung itu.
Itu membuat saya sangat gembira.
Oh, ya. Saya mahu beritahu mak sesuatu.
Saya kenal seorang perempuan.
Dia sebiji macam mak.
Luaran dia lembut, tapi dia buat-buat tegas.
Dia betul-betul macam mak.
Lagi satu, dia suka dengar lagu mak.
Dia peminat tegar mak.
Dan...
Bau dia sama macam mak.
Setiap kali saya bersama dia,
saya teringatkan mak.
Mak...
Saya rindukan mak.
Kamu mahu segelas kopi lagi tak?
Cukup, terima kasih! Sudah empat gelas saya minum.
Apalah mak cik ini.
Biar mak cik sediakan makan malam sebelum kamu pergi.
Tak apa. Tak perlu!
Awak sudah ke mana ini?
Lampu sudah rosak. Kenapa tak tukar?
Mari pergi.
Saya pergi, mak.
Makanlah dulu sebelum pergi.
- Tak perlu susah-susah. - Selamat jalan, abang.
- Apa awak buat ini? - Separuh saya punya, bukan?
Beli makanan yang sedap.
Belikan aiskrim untuk mak juga nanti.
Abang pergi dulu.
- Apa awak buat ini? - Tolong beritahu saya.
Kenapa awak tak suka saya?
Rupa sayakah? Saya tak lucukah?
- Duitkah? - Saya cuma tak suka awak.
Tapi itu tak masuk akal!
Sehingga awak beri saya satu alasan yang saya boleh faham dan terima,
saya takkan bergerak dari sini walau seinci pun. Awak faham tak?
Sampai pagi pun saya sanggup tunggu.
Bawa bayam ini ke dalam. Masuk dalam peti sejuk.
Baik.
Baru semalam bayam saya sampai.
Saya beli lagi sebab kamu saja.
- Faham tak? - Saya tahulah.
Jangan berlagak depan saya lagi.
Saya ada satu hal mahu kamu tolong.
Orang yang patut nyanyi malam ini sudah sakit,
jadi tak ada persembahan malam ini.
- Boleh ganti dia tak? - Saya?
Kamu mahu saya nyanyi dengan pakaian macam ini?
Kamu gilakah? Tak masuk akal.
Tak mahu? Jadi ambil balik semua bayam kamu itulah.
Main ugut-ugut pula.
Min Ki, tak sangka pula nyanyian awak boleh tahan juga.
Bukankah saya sudah cakap dulu saya seorang penyanyi.
Sebab awak, kakak dapat jual semua bayam kakak.
Terima kasih .
Biar betul kakak ini!
Kakak tak rasa malukah?
Perempuan jenis apa yang pakai macam ini?
Kakak nampak lebih menonjol kalau pakai benda itu!
Saya ada duit di sini. Mahu buat iklankah?
Biarlah. Cara ini yang paling selamat.
Yakah? Manusia ini cenderung untuk cuai.
Kalau kakak menonjol sangat, sebuah motor akan terus lalu dan meragut...
- Kakak! - Tangkap perompak itu!
- Duit kakak! - Itu tak pentinglah sekarang!
- Kakak tak apa-apakah? - Apa pula tak penting?
Apa kakak patut buat sekarang? Macam mana ini...
Tengoklah! Kenapa kakak degil sangat?
- Mari! - Apa kita patut buat sekarang?
Duit saya!
Duit saya kena ragut! Duit saya!
Duit saya!
Cepatlah lapor pada polis!
Boleh tak kakak diam?
"Duit saya! Duit saya!" Penting sangatkah sekarang?
Kakak kena pergi hospital sekarang!
Oh, tuhan.
Dia ini kejamlah.
Kalaulah saya, saya akan rasa terharu dan terima cinta orang itu.
Su Yeon!
Su Yeon!
Su Yeon!
Ke mana pula dia sudah pergi ini?
Perempuan apa yang tak takut keluar pada waktu malam macam ini?
Apa itu?
Su Yeon?
Apa awak buat tengah malam ini?
Kenapa awak korek tanaman orang lain pula ini?
Saya sebenarnya... Sebenarnya...
Jangan cakap awak sedang curi ubi keledek orang lain?
Ya!
Tapi awak boleh minta ubi keledek ini.
Kenapa awak mencuri pula?
Sebab saya rasa seronok!
Dan saya memang sangat suka ubi keledek sebenarnya!
Itu apa pula?
Itu gogal nampak malam, bukan?
Jangan-jangan awak takkan tertangkap dengan lampu itu, ya?
Ya.
Awak memang ada alat yang canggih.
Gogal nampak malam pun ada?
Awak boleh tak simpan rahsia ini?
Tapi saya ada satu syarat.
Tolong beritahu saya kenapa awak tak suka saya.
Sebab saya cuma...
Tiba-tiba sangat awak cakap. Kita baru saja berkenalan.
Nama awak saya pun tak tahu lagi sebenarnya.
Jadi bukannya awak tak sukakan saya, bukan?
Betul tak? Awak belum menolak saya lagi, bukan?
Bukan?
Ya, betul. Betullah itu.
Jadi awak akan simpan rahsia ini, bukan?
Awak jangan risau.
Saya ini bukan lelaki jenis yang mulut tempayan.
Terima kasih.
Jadi selamat malam, ya?
Su Yeon!
Ya?
Awak lupa ambil ubi keledek awak.
Ya.
Kena ragut? Sebab itu kaki kakak macam itukah?
- Apa doktor cakap? - Cuma terseliuh sedikit.
Kaki dia akan sembuh dua tiga hari lagi.
Tiba-tiba saja kaki lagi satu terseliuh.
Sekarang kakak langsung tak boleh jalan.
Kakak okey tak?
Duit saya!
Cepatlah lapor pada polis!
Boleh tak kakak diam?
"Duit saya! Duit saya!" Penting sangatkah sekarang?
Kakak kena pergi hospital sekarang!
- Kakak? - Kakak letih sangat.
Kakak mahu tidur.
Kakak ini memanglah.
Mesti dulu dia "headbanging" lebih hebat daripada saya.
Terkejutlah saya.
- Perut kakak. - Apa?
Perut kakak sakit!
Mungkin minum banyak sangat kopi ais tadi.
Henti.
Kakak ini menyusahkan betul!
- Tahanlah sekejap! - Tak boleh tahan!
- Betul-betul sudah mahu keluar ini. - Sekejap.
- Sudah mahu keluar. - Sekejap.
Keluar cepat!
- Mari. Tahan sekejap. - Sudah mahu keluar.
Awak masuklah dulu.
Kakak sudah tak boleh tahan.
Kakak cakap apa ini? Bilik air di dalam itu saja!
Alamak, betul-betul mahu keluar ini.
- Cepat, Min Ki. - Ke tepi! Naik belakang saya!
Min Ki! Turunkan kakak!
Mahu keluar! Cepat, Min Ki!
- Cepat! - Cari tandas cepat!
Jangan lepas sekarang! Saya akan bunuh kakak!
- Saya akan bunuh kakak! - Cepat! Di mana?
Macam mana ini? Pintu kuncilah!
Tak guna! Macam mana ini?
- Min Ki! - Mahu pakai beg plastik tak?
No comments yet. Be the first to leave one.