The first 200 lines.
En. Poirot, ini pastri encik.
Ini pula telurnya.
-Poirot! -Poirot!
En. Poirot, tolonglah saya.
Ibu bapa saya meninggal tanpa sebab tahun lepas.
Selepas itu, abang saya pula.
Doktor kami pun tak tahu sebabnya.
Tolonglah. Saya takut saya juga akan mati.
Mereka kata kami disumpah.
Apa yang saya kata?
Saya akan kerat tangan awak kalau awak sentuh dia lagi.
Tumpang lalu.
En. Poirot, kita perlu bincang sekarang.
En. Poirot,
seorang wanita datang.
Dia datang ke Venice atas urusan penting.
Katanya dia kawan encik.
Saya tak ada kawan.
Katanya encik akan kata begitu,
jadi dia bagi benda ini.
Penulis itu.
Helo, adik. Ibu kamu ada di rumah?
Maafkan pengawal saya. Dia cuma ikut arahan.
Cuma pembuat pastri boleh masuk, dua kali sehari.
Dua kali sehari?
-Saya cuma makan epal sampai malam. -Ya.
Saya suka sangat pastri ini.
Oh, coklat sedap lemak manis.
Hercule Poirot telah menyepikan diri.
Mengasingkan diri selepas bersara,
dan cuma makan kek.
Saya puas hidup begini.
Tidak.
Ini kegembiraan, bukan kepuasan.
Penulis saja tahu perbezaannya.
Malah awak pilih Venice sebagai tempat awak bersembunyi.
Kota lama yang kian tenggelam
seperti minda awak yang tak dicabar.
Saya pandai bermain kata-kata.
Saya penulis novel misteri nombor satu dunia.
Dulu.
Novel terlaris, 27 daripada 30 novel.
Tapi tiga novel terakhir saya dikutuk. Pengkritik kata ia novel picisan.
Ariadne Oliver, saya gembira berjumpa awak.
Awak perlu ikut saya.
Kita perlu menyerikan semula hidup awak.
Baiklah.
Awak dengar tak cakap saya? Ia penting.
Awak bukan orang pertama yang cuba goda saya dengan kes menarik.
Ini bukan kes. Ia lebih anggun daripada itu.
Awak betul-betul dah memencilkan diri. Awak tahukah hari ini hari apa?
Apa makna "anggun"?
Selamat Hari Halloween! Ya!
Orang Amerika import muzik bingit dan coklat tak sedap,
tapi kami juga bawa balik Halloween.
Ada parti kanak-kanak malam ini.
Hai, anak-anak! Orang Amerika ucap, "Selamat Hari Halloween!"
Hei! Selamat Hari Halloween! Ayuh!
Poirot, saya jumpa sesuatu. Seseorang.
Saya tak dapat jelaskannya.
Saya dah lihat dari semua sudut, tapi saya masih tak faham.
Awak tentu ada muslihat.
"Cik Reynolds yang Sesat."
Dia boleh seru roh orang mati. Menurut akhbar...
"Joyce Reynolds yang baru dibebaskan dari penjara
"ialah wanita terakhir yang dipenjarakan
"bawah Akta Sihir 1735."
Saya dah jumpa jutaan orang yang mengaku psikik, tapi semuanya penipu.
Tapi dia berbeza.
Mengagumkan.
Percayalah, semasa upacara seru rohnya,
banyak perkara aneh berlaku.
Itu muslihat saja.
Setahu saya, saya orang terpintar, tapi saya pun bingung.
Jadi, saya cari orang kedua terpintar.
Detektif Poirot perlu selesaikan misteri ini
sebelum saya juga mula mempercayainya.
Bantu saya ungkai rahsianya.
Ikut saya ke majlis Halloween itu.
Selepas itu, kita sertai sesi seru roh.
-Anak-anak, ada parti Halloween. -Awak nak bawa dia keluar?
Selamat bergembira. Jangan takut pula.
Itu dia.
Palazo Lacrime dei Giovani.
Di Venice, kami kata...
"Semua rumah berhantu
"atau disumpah."
Kamu semua dah bersedia?
Ya!
Suatu masa dahulu,
palazo ini rumah anak yatim.
Doktor dan jururawat jaga anak-anak itu.
Sehinggalah wabak melanda.
Wabak menakutkan
dan perasaan takut buat orang bertindak jahat.
Tidakkah tayangan ini tak elok untuk budak-budak?
Kisah seram buat kehidupan sebenar kurang seram.
Tak lama kemudian, anak-anak itu sedar mereka bersendirian.
Terkurung dan dibiarkan mati...
kelaparan, memanggil-manggil dan mencakar.
Ada orang kata anak-anak itu masih ada di dalam palazo ini
dan mahu kanak-kanak lain sertai mereka.
Jadi, kamu perlu berhati-hati
kerana mereka mahu balas dendam terhadap doktor dan jururawat
yang biar mereka mati di sini.
Hati-hati dengan tanda Dendam Anak-anak.
Di sini tak ada doktor, bukan?
Tak ada.
Jururawat?
-Tak ada. -Betulkah?
Jadi, bolehlah kita bergembira!
Berhenti! Jangan lari.
Leopold.
Leopold.
Parti sedang berlangsung dan kamu masih baca buku.
Kamu tak mahukah bermain dengan budak-budak lain?
Permainan benda remeh.
Kita patut baca kisah seram pada Hari Halloween.
Betul tak, Cik Olga?
Setidak-tidaknya, makanlah kek.
Itu untuk anak yatim.
Saya nak jenguk ayah.
Dia pun tak suka berparti.
Rahib datang.
Cik Oliver, baguslah cik dapat datang. Cik penulis kegemaran saya.
Kisah misteri cik meyakinkan saya yang perbuatan jahat tak berbaloi.
Malangnya, kehidupan sebenar tak sekemas cereka misteri.
Ya. Selamat malam.
Kamu tak apa-apa?
Tingginya.
Saya faham. Tempat ini gelap, bukan?
Itu tuan rumah?
-Ini rumah saya. -Dia soprano bernama Rowena Drake.
Hidupnya penuh glamor.
Tapi dia tinggal di sini.
Ke mana perginya semua wangnya?
Semua penghuni rumah ini pernah menjadi mangsa tragedi.
Itulah yang orang kata.
Dendam Anak-anak.
Orang nampak bayang budak di dinding, kemudian, kemalangan menimpa.
Seperti anaknya setahun yang lalu.
Dialah yang kita akan jumpa malam ini.
Gadis dari alam kubur.
Saya tak percaya benda sebegitu.
Kita tengoklah nanti.
Sayang, kamu pasti tak apa-apa.
Cik Rowena, ia bocor lagi.
Ayah?
Ayah tak apa-apa?
Ayah perlukan pil?
Tidak.
Minuman punch?
Kita boleh balik, kalau ayah nak.
Tak apa.
Ayah janji dengan Rowena untuk tunggu.
Baguslah.
Saya pun tak sabar menunggu upacara seru roh.
Cik menggembirakan kanak-kanak itu.
Termasuklah orang dewasa.
En. Poirot nak main gigit buah epal? Ia nampak seronok.
Saya tak minat.
Saya gembira.
Dah lama rumah ini tak dipenuhi gelak ketawa.
Palazo ini memang mengagumkan.
Encik ambillah.
Saya tak mampu membaikinya dan tak tahan melihatnya.
Tiada sesiapa sanggup membelinya selepas...
Ya Tuhan, tolonglah, tidak!
Maafkan saya.
Saya ingat wajah-wajah ini akan mengurangkan kesedihannya.
Pn. Rowena?
Ya?
Tetamu dah sampai.
Aduhai, saya gementar sebenarnya.
Cik percayakan psikik?
Saya percaya disebabkan rumah ini.
Ada suara di sini.
Bisikan.
Tangisan.
Anak perempuan saya tak tidur malam kerana berbual.
Saya ingat dengan anak patungnya.
Anak perempuan saya...
hanya untuk mendengar suaranya.
Walaupun sepatah kata.
Saya sanggup serah segalanya kepada Cik Reynolds.
Yang ini sangat sedih.
Cik Reynolds.
Semuanya dah sedia di ruang tamu.
Seperti yang pembantu cik minta.
Bisingnya rumah awak.
Budak-budak itu akan pergi sebelum kita bermula.
Ramainya...
di merata tempat.
Kenangan buruk.
Bilik anak awak di tingkat tiga.
Bagaimana awak...
Boleh kita buat di sana?
Sudah tentu.
Ariadne Oliver.
Seteru saya.
No comments yet. Be the first to leave one.