Physical

Physical

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Physical S01 PROPER WEBRip x264-ION10 [Complete]
A Commentary by ShasyaLala
Apple TV Retail.

Tags

webrip
web
x264
BRip
Published on: 2021-12-06
Downloads: 16
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Awak akan dipanggil lima minit lagi.

Awak akan dipanggil lima minit lagi.

Okey.

Awak pasti awak tak mahu apa-apa sebelum kita bermula?

Jus? Buah? Teh? Tak mahu?

Dia dalam perjalanan ke sana.

Awak mahu saya bawakan apa-apa? Awak penghibur utama.

Saya boleh keluar dan dapatkan.

Atau jika awak mahu ke tandas, awak boleh pergi sekarang.

Maaf, awak tak boleh tanggalkan leotard.

Ya. Dia sedang ke sana. Cepat.

Saya cuma mahu pastikan awak selesa.

Saya tak tahu jika jurusolek dah betulkan solekan awak buat kali terakhir.

Okey. Ambil tempat, semua. Mulakan dari awal. Cepat. Ayuh.

Lihatlah awak. Biar betul.

Awak betul-betul fikir awak boleh lakukannya?

Gaya seksi polos pada usia begini?

Awak takkan dapat menipu sesiapa dengan gaya ini.

Sekejap. Adakah itu... Biar betul?

Jerawat besar pada kedutan pipi.

Kedutan dan jerawat.

Awak memang "seksi".

Helo? Semuanya okey? Sayang?

Sekejap.

Baiklah. Awak terlalu lama dalam tandas.

Awak pasti semuanya baik-baik saja?

Saya cakap, sekejap.

Diamlah.

Tak guna.

Putus asa sajalah. Mereka tak tengok muka ketika berasmara.

- Hei. - Maaf.

Jangan risau. Jangan minta maaf. Saya cuma risau akan awak. Itu saja.

Saya okey dan baik-baik saja. Saya cuma sakit perut.

Semua orang dah beredar. Mereka dah balik. Kecuali Simone yang masih ada di sini.

Saya yakin dan pasti yang dia mahu berasmara.

Semua orang dah beredar dan ucap selamat tinggal, tapi dia tak berganjak.

Saya mahu tanya, awak mahu pergi dan lakukannya?

Entahlah.

Tapi awak yang kata awak teringin mencubanya.

Betul. Sebenarnya, saya rasa saya kata saya tak kisah...

- Jika awak dah ubah fikiran... - Tidak. Saya tak ubah fikiran.

- Saya tak ubah fikiran. - Ya, okey. Baiklah.

Awak pasti dia mahu lakukannya?

Ya.

Dia asyik cuba memikat saya sepanjang malam ini. Awak pun nampak.

Lagipun, dia bukan pelajar saya. Dia dari jabatan lain.

Kampus kami sangat jauh.

Jadi, kita tak perlu fikir tentang etika.

Bukankah awak yang mahu buktikan yang awak boleh jadi...

awak tahu, selepas lahirkan anak.

Jika saya salah...

- Tidak. Awak tak salah. - Okey.

Saya cuma tak mahu...

Saya rasa tak seksi. Itu saja. Saya rasa seperti raksasa.

Saya cuma nampak isteri saya yang sangat seksi di depan saya.

Tapi, dengar. Hei. Beginilah.

Saya tak mahu awak lakukan sesuatu yang buat awak rasa tak selesa.

Tapi sayang, awak masih ingat?

Masa lalu.

Kebebasan yang kita dapat. Sangat seronok. Kita berdua tak kisah tentang dunia.

Seronok, bukan? Awak tak mahu rasainya lagi?

- Saya mahu. Tapi sekarang, saya... - Ya.

Gadis di luar itu juga muda.

Oh, Tuhan. Dia tak tahu apa-apa pun.

Kita boleh tunjukkan kepadanya sekarang.

Saya akan pergi bercakap dengan dia.

Ya?

Baiklah.

- Okey. - Ya? Okey.

Oh, Tuhan. Cantiknya dia.

Adakah dia 19 tahun?

Setiap tahun, mereka jadi semakin muda.

Bukan awak. Awak jadi semakin tua dan berjerawat.

Saya mainkan piring hitam. Saya harap awak tak...

Tak mengapa.

Awak miliki lagu klasik yang hebat.

Orang sebaya saya atau zaman sekarang yang tak hargai sesuatu budaya,

mereka tak tahu tentang muzik sebegini.

Dengarlah bunyi gitar itu. Ia sangat...

Seperti bunyi degupan jantung saya.

Hei.

Bertenang.

Sayang.

Jangan takut.

Bertenang.

Oh, Tuhan. Sangat memalukan.

Tidak.

Awak memang terbaik.

Awak selamatkan saya.

Tiada masalah. Saya tak kisah.

Aduhai, Profesor Rubin sangat bertuah.

Awak boleh panggil dia Danny.

Danny.

Tapi, kedengaran agak pelik apabila panggil namanya begitu.

Danny sangat bijak, bukan?

Awak pula sangat hebat dan mendalam

serta sangat cantik.

Jika ibu saya cantik macam awak, saya...

Alamak! Maaf. Saya tak berniat...

Tak mengapa. Saya yakin saya boleh jadi begitu.

Betul katanya. Awak boleh jadi begitu.

Lebih baik awak ikut perancangan asal, nenek.

Tak mungkin. Maksud saya, mungkin.

Kamu berdua dari generasi yang sama.

Tapi dia undi Reagan.

Kamu pula seperti masih terperangkap dalam tahun 60-an.

Terima kasih.

Tidak. Saya bukan maksudkan terperangkap.

Saya tak suka ganja. Ia buatkan saya jadi bodoh.

- Apa perkataan yang sepatutnya? - Taasub.

Ya. Ya! Tepat sekali.

Kamu sangat taasub dan seperti dalam zaman berbeza.

Sebab itu saya rasa awak sangat hebat, tapi...

Kenapa dia masih bercakap?

Sebab itu jugalah Profesor Rub... maksud saya,

- Danny sangat... - Danny.

- Suka timbulkan masalah? - Tak disukai.

Di jabatan.

Professor Rubin akan dipecat.

Masih ada sekumpulan atau sebahagian daripada kami,

yang masih sukakan dia.

Tapi di jabatan itu, dia tidak lagi diperlukan.

Saya rasa, awak patut beredar sekarang.

Saya mahu ucap selamat malam kepada Profesor Rubin.

Saya akan sampaikan kepada Profesor Rubin.

Okey.

Saya harap awak suka berasmara dengan penganggur.

Hari ini, awak akan makan makanan tak diproses dan menyihatkan.

Selepas hantar anak ke sekolah, awak akan terus pergi ke kelas balet.

Awak perlu habiskan kelas tanpa berehat.

Kemudian, awak akan makan roti leper sayur di kedai bersebelahan,

tak boleh makan kerepek dan air berkarbonat.

Jika awak buat semua itu, selepas makan malam,

awak boleh makan cobbler tanpa aiskrim.

Segelas susu skim pun sedap juga.

Semua itu tak susah dibuat jika ada sedikit disiplin.

Jika awak tak begitu malas, awak tak perlu buat semua ini.

Orang lain tak perlukan pertolongan.

Sheila. Helo.

Tali leher yang mana patut saya pakai?

Untuk mesyuarat dengan pegawai pentadbiran universiti.

Saya rasa awak patut pakai yang berwarna mustard.

Saya suka yang itu. Saya belikan sempena pengebumian bapa saudara awak.

Oh, ya. Si tak guna itu.

Mesyuarat apa?

Mereka panggil saya datang.

Mungkin mereka mahu saya buatkan pembentangan.

Tapi, mereka tahu apa mereka akan dapat apabila pilih saya bekerja, betul?

Saya sayang awak, walau apa pun yang berlaku.

- Awak rasa perkara buruk akan berlaku? - Tidak.

Pengecut. Awak perlu beritahu dia.

Saya rasa, perkara baik akan berlaku.

Ada jawatan kosong sebagai pemangku pengerusi,

dan saya tahu saya dianggap suka timbulkan masalah, tapi...

Awak masih ingat pasangan Logan akan datang makan malam hari ini?

Oh, Tuhan. Malam ini?

Apa patut saya masak? Saya terfikir mahu masak pasta primavera istimewa saya.

Jack banyak mengembara sekarang. Hidangan itu agak membosankan.

Atau saya boleh cuba sediakan tajin Maghribi

yang awak pernah belikan semasa cuti sabatikal.

Kita boleh cuba sesuatu yang menyeronokkan.

Saya tak mahu fikir terlalu serius tentang makanan, okey?

Awak fikirlah.

Sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan tak terlalu rumit.

Boleh?

Awak seorang saja yang fikir terlalu serius tentang makanan,

- si pelik. - Hei, awak ada hutang dengan saya.

- Jangan lupa. - Beritahu dia!

Simone beritahu saya sesuatu malam semalam.

Tentang pekerjaan awak.

Awak mungkin akan dipecat.

Tapi, saya rasa ia perkara baik.

Selama ini, awak tak mahu mengajar sejarah politik. Awak mahu cipta sejarah.

Jadi, mungkin inilah peluang awak

untuk berundur dan lakukan sesuatu.

Jadi ahli politik.

Maaf, saya...

Saya asyik memikirkannya,

dan sebab itu ia kedengaran sangat tersusun.

Sayang, Simone orang yang suka memikat dan bodoh.

Saya mahu pergi kerja.

Semoga berjaya.

PRASEKOLAH SANDY FEET

Hei.

Selamat pagi. Saya cuma melihat ombak. Mahu donat?

Tak mahu. Terima kasih.

Saya beli untuk anak kembar saya, tapi saya habiskannya sebab saya menjijikkan.

Awak tak menjijikkan.

Penipu. Awak asyik tengok

lemak belakang badan yang terkeluar daripada tali baju dalamnya.

Teruknya awak.

Awak mahu ikut saya melihat pusat beli-belah baharu itu?

- Seronok juga. - Jika saya dapat keliling tiga kali,

saya akan masuk ke kafe Giovanni dan beli salah satu espreso di sana.

Jangan terpengaruh.

Dia pandai memujuk. Kita boleh lemas disebabkan dia.

Saya mahu pergi, tapi ada kelas balet.

- Balet. - Lain kalilah.

- Ya. - Selamat pagi.

Marilah nyanyi lagu perhimpunan pagi dengan kami.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left