Signal

Signal (시그널)

Download Malay Subtitle

Release info

Signal E07 160212 HDTV H265 720p-WITH
A Commentary by cocojae
Selamat menonton :) | Tolong rate jika subtitle ini membantu anda. Tq! | Blog: http://cjsubs.blogspot.com | FB: CJ SUBS

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2016-06-06
Downloads: 68
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Eun.. Eun Ji!

Kan pakcik dah cakap nak balik saja tadi.

Oh wow, sedapnya.

Saya dah anggap pakcik seperti pakcik kandung saya.

Siapa perompak itu?

Tangkap penjenayah itu sebelum Ketua Bahagian kita dipecat.

- Bukan ayah yang lakukannya. - Kita pergi saja dengan senyap.

Baliklah dulu. Kamu percayakan ayah, kan?

Detektif, awak sedang mendengar? Apa sebenarnya yang dah berlaku?

Masa lalu dah berubah disebabkan kejadian rompakan itu.

Eun Ji!

Berlaku kebocoran gas. Kita dah tak ada masa!

Kamu perlu selamatkan salah seorang daripada mereka!

Tempat ini akan meletup!

Tidak.. tidak!

Bergerak dengan pantas. Keadaan bahaya sekarang!

Tidak. Eun Ji!

Tidak!

Keadaan kacau bilau di sini.

- Apa yang dah berlaku? - Kes penculikan.

Bagaimana rasanya melihat anak perempuan awak mati?

Lori. Lori sejuk beku.

Jika dibandingkan dengan 20 tahun yang saya alami, ini terlalu sekejap untuk awak.

Detektif Cha, tidak!

Soo Hyun..

Transmisi itu akan berlaku lagi. Aku perlu cari jawapannya sebelum ia tiba.

Sebenarnya tiada siapa pun di situ. Jadi, awaklah perompak itu?

Apa warna kereta dia yang awak cakap tadi??

Merah. Kenapa?

Saya rasa saya boleh tangkap dia.

Tidak. Saya pasti akan tangkap dia.

Matilah kau kali ini.

Bagaimana kita nak tangkap tikus yang menyorok di dalam rumahnya?

Oh tuhan. Besarnya kereta orang muda ini.

Ia sebesar bilik mandi saya.

Apa yang awak nak?

Di mana kereta yang lain? Bukan yang ini.

Orang kaya tak mungkin hanya ada sebuah kereta saja.

Cuma yang ini saja.

Saya dengar dia ada kereta mewah yang lain. Bukan yang berwarna hitam ini.

Yang berwarna merah.

Berapa kali saya perlu beritahu awak?

Ini satu-satunya kereta dia.

Han Se Kyu seorang yang kaya dan berpengaruh. Mustahil untuk dapatkan waran tangkap.

Tapi, ia juga bermakna dia seperti seekor tikus ketakutan yang tak tahu apa-apa tentang dunia luar.

Jika kita cuit dia sedikit saja, pasti dia akan mencicit lari keluar.

Betul kata awak, Detektif. Awak sedang berlawan dengan seorang amatur.

Tak mungkin dia boleh sembunyikannya dengan baik.

Ia merbahaya jika simpan di rumah, jadi, itu tak mungkin.

Berkemungkinan ia sebuah tempat di mana hanya dia seorang yang ada akses ke sana.

Suatu tempat yang tiada sesiapa boleh masuk melainkan dia.

Tempat yang mudah untuk dia masuk dan keluar.

Dan juga tempat di mana dia boleh simpan barang rompakan itu.

Keretanya.

Saya tak tahu apa-apa.

Saya cuma buat apa yang majikan saya arahkan.

Buka sekarang.

Wow.

Keluar.

Sekarang saya dah ada saksi dan bukti.

Ini dah cukup untuk dapatkan waran tangkap.

Tak kiralah jika dia anak Ketua Pendakwaraya atau tidak, kan?

Han Se Kyu.

Anda ditahan untuk kes rompakan Gaesu-dong.

Anda berhak untuk berdiam diri..

..dan dapatkan khidmat guaman.

Walaupun ada bapa yang arif tentang undang-undang, pasti sukar untuk melepaskan diri.

Cap jari awak ditemui di kesemua barang rompakan itu.

Saya ingin melaporkan tentang kes rompakan yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Pihak polis telah menahan seorang suspek lain untuk kejadian jenayah ini.

Suspek itu merupakan anak kepada seorang Ketua Pendakwaraya.

Dia mempunyai hubungan yang rapat dengan mangsa-mangsa rompakan itu.

Dia mengambil kesempatan di atas hubungan rapat untuk melakukan jenayah itu.

Kes ini telah mengejutkan banyak pihak.

Sejak penangkapan Encik Oh yang tidak bersalah, klien saya Encik Han tak lalu makan.

Dia memang merancang untuk menyerah diri..

..tapi akhirnya ditahan.

Mangsa rompakan mahu dapatkan ganti rugi di atas kes jenayah ini.

Dengan mengambil kira tindakannya itu..

adalah disebabkan perasaan ingin tahu seorang anak muda..

..saya percaya pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang adil.

Mengarut betul.

Kenapa kamu cari mesin espresso di pusat karaoke?

Kenapa pula mereka tak ada mesin espresso?

Diamlah.

Senior tak tahu betapa pentingnya sebuah mesin espresso.

Aduh. Tengoklah ini.

Kita memang patut siasat kes Oh Dae Yang.

Di mana Detektif Cha Soo Hyun?

Detektif Cha Soo Hyun..

Siapa itu?

Siapa..?

Apa khabar?

Saya bekerja dengan Detektif Cha Soo Hyun di Unit Kes Dingin Balai Polis Seoul.

Saya Park Hae Young.

Jadi, kamu ini rakan sekerja Soo Hyun?

Ya.

Okay, masuklah.

Sila masuk.

Kamu duduk dulu di sana ya.

Kamu nak minum kopi atau teh?

- Apa-apa pun boleh. - Duduklah.

Apa?

Tak pernah nampak orang sakit sebelum ini?

Detektif Cha Soo Hyun ambil cuti sakit.

Bukankah kamu ada bersama-sama?

Nanti saya datang balik.

Pergilah ke bilik tugasan malam dan tidur sekejap.

Tengoklah. Sebab inilah kita perlukan sebuah mesin espresso.

Kita patut ambil peluang ini sebagai Unit Kes Dingin.

Marilah beli mesin espresso.

Mari siasat kes Oh Dae Yang.

Batu, kertas, gunting!

Sudah, sudah. Masuk ke bilik.

Pergi main di dalam bilik.

Batu, kertas, gunting!

Batu, kertas, gunting!

Nakal sungguh mereka itu, kan? Aduh..

Bising betul.

Kamu tahu..

..ini kali pertama rakan sekerja Soo Hyun datang melawat.

- Oh, begitu. - Nah, minumlah.

Tapi.. berapa umur kamu?

Kenapa mak sibuk nak tahu pula?

Kamu bersiap-siap nak kemana?

Rakan sekerja sampai datang ke rumah, tentu keadaan sangat sibuk di sana.

- Tak, bukan begitu. - Hei..

Jom pergi.

Hei, kamu kan sedang sakit. Kamu nak pergi ke mana?

Tentu dia datang ke sini kerana ada perkara penting yang dah terjadi.

Ah.. ya.

Ada perkara penting dah berlaku dan kami perlukan Detektif Cha Soo Hyun.

Okay, tapi..

..sebenarnya, berapa umur kamu?

Jom pergi.

Aduh.

Kenapa kamu asyik pandang saya?

Awak tak apa-apa?

Bukankah lebih baik jika awak berehat lebih lama?

Adakah awak nampak seperti saya sedang berehat?

Apa lagi?

Pernah tak awak rasa menyesal?

Jadi polis itu tugas yang merbahaya.

Kenapa dengan kamu hari ini?

Awak berdepan dengan penjenayah setiap hari.

Tak boleh berkahwin dan jalani hidup yang normal..

Saya tak kisah pun. Turunkan saya depan pusat sauna itu.

- Apa? - Buat pusingan di sana dan turunkan saya.

Jangan bermain-main walaupun saya tak datang kerja.

Sediakan strategi siasatan untuk kes yang kamu nak siasat lepas ini.

Han Se Kyu didapati bersalah atas jenayahnya dalam kes rompakan itu.

Tapi, itu merupakan jenayah pertamanya.

Dengan mengambil kira bahawa dia benar-benar menyesal atas tindakannya,

selepas 6 bulan dipenjarakan..

..dia dilepaskan dengan tempoh pengawasan selama 2 tahun.

[Bekas Banduan Yang Menyimpan Dendam Jambatan Hanyoung Membunuh Seorang Eksekutif]

Sia-sia saja semua ini.

Kalaulah aku tahu yang kau akan bunuh orang dan kembali semula ke penjara..

..aku tak akan berusaha untuk bersihkan nama kau.

Lelaki itu.

Dia memang patut dihukum.

Sekarang, aku juga akan terima hukuman aku.

Kau seorang saja yang begini.

Semua dah kembali kepada keadaan asal.

Kenapa kau seorang saja yang masih begini?

Kenapa kau ini bodoh sangat?

Tentu orang-orang jahat itu dah lupakan semuanya.

Mereka akan hidup baik-baik saja selepas ini.

Kenapa? Kenapa kau mesti hidup begini?

Kenapa kau buat semua ini?

Aduh..

Ada seorang banduan bernama Oh Kyung Tae mati di sini.

Di sini.

[Park Sun Woo 31 Mei, 1983 - 18 Februari, 2000]

Batu nisan pun tak ada. Adakah ia memang begini?

Untuk banduan yang tak ada keluarga, ini saja yang kami mampu sediakan.

Walaupun masa lalu dah berubah, masih ada beberapa perkara yang masih sama.

Kerana dunia ini tak adil.

Di mana Ketua?

Aku tak dapat hubungi dia sepanjang hari.

Hei. Mari sini.

Han Se Kyu kata ia cuma perasaan ingin tahu.

Orang gila mana yang rompak 3 rumah hanya kerana perasaan ingin tahu?

Bukan itu saja. Masih ada beberapa barang rompakan belum ditemui.

Pendakwaraya tak siasat dan biarkan saja kes ini.

- Di mana Ketua? - Senyaplah.

Ketua.

Apa yang dah berlaku ini? Adakah ia masuk akal?

Apa yang Ketua sedang buat?

Kita pergi saja ke mana kita disuruh pergi.

Apa semua ini?

Apa salah Ketua sehingga mereka boleh halau pergi tanpa notis?

Senyaplah.

Tak pernah nampak orang dipindahkan sebelum ini?

Han Se Kyu puncanya, kan?

Ada sesuatu tentang dia, kan?

Tak mungkin dia lakukan semua itu hanya kerana perasaan ingin tahu.

Ada sebab lain, kan?

Kamu tahu Jinyang, kan?

Ya, ia kawasan baru yang sedang dibangunkan sekarang ini.

More Malay subtitles for Signal

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left