Release info

Chak De India 2007 BluRay 720p
A Commentary by ameerul1902
Manual translate. 100% Malay. Please rate.

Tags

BluRay
720p
720
Published on: 2014-08-23
Downloads: 82
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Diterjemahkan oleh ameerul1902

Stadium Olahraga Nasional New Delhi.. Stadium ini dipenuhi penonton.

Hanya tinggal 2 minit sahaja lagi dalam Kejuaraan Dunia Hoki Lelaki..

lndia ketinggalan satu gol dibelakang Pakistan.

Vijay, hantar ke sini!

Kapten pasukan India, Kabir Khan, penyerang tengah terbaik di Asia memimpin pasukannya.

Ayuh! Ayuh!

Penonton begitu saspens.

Dilihat ketegangan pada wajah pegawai-pegawai di situ.

Sama seperti di setiap pertandingan antara lndia dan Pakistan,

pertandingan ini sangat bermakna lebih daripada permainan itu sendiri..

Tinggal satu minit sahaja lagi.

Dan pasukan India perlu lakukan sesuatu dengan segera untuk bertahan.

Bola dikuasai pertahanan Pakistan, Waseem.. Lambungan!

Tetapi dirampas oleh pertahanan India, Uttam Singh.. lndia dalam posisi menyerang!

Dan India mendapat penalti..

Sebuah harapan yang sangat mereka perlukan..

Tapi siapa yang akan mengambil penalti strok ini..

Bola! Bola!

Saini memegang bola, tapi kapten Kabir yang akan melakukan penalti strok ini..

Mungkin ia keputusan yang tepat.

Pemain terbaik India ini adalah harapan terakhir..

Jurulatih, adakah ini pasukan yang sama yang mengalahkan Pakistan tahun lepas?

Tiada komen.

Kau tak rasa yang pasukan kita terlalu mengambil mudah?

Tolong, tolong, tiada komen.

Hei, lihat, itu Kabir! - Kabir!

Dia di sini! - Kabir.. Kabir.. Kabir,

Ada apa-apa yang awak nak katakan tentang kekalahan yang memalukan ini?

Awak percaya tak yang prestasi Pakistan lebih bagus?

Mungkin. - Kenapa awak yang ambil penalti strok itu?

Saya lakukan kesilapan.

Khabar angin mengatakan yang pemain Pakistan itu adalah kawan baik awak..

Awak adalah satu-satunya orang yang mengucapkan tahniah kepada mereka..

Tumpang lalu!

Orang-orang cakap.. ada khabar angin yang mengatakan kau..

atau orang lain dalam pasukan India sengaja mengalah dalam pertandingan ini?

Tumpang lalu!

Adakah awak fikir kita kalah kerana seseorang telah mengkhianat?

Apa! Apa yang awak cakap ni?

Kabir Khan, adakah seseorang telah mengkhianat?

Khianat! Kau memang..

Berani kau..

Kamu tak menghormati pihak media!

Tak menghormati pihak media! Dasar anak.. mari sini.

Kau tak tahu bagaimana cara melayan wartawan!

Celaka -.. pengkhianat

Ke sini!

Anda baru saja menyaksikan seorang kapten yang sangat kecewa..

pasukan yang kalah itu telah menyerang pihak media.

Kemarahannya tidak boleh menyembunyikan fakta bahawa ada..

..ada sesuatu yang berlaku disebaliknya.

Kami ada jawapan.

Tapi sekarang terserah pada kamu untuk memutuskan samada..

Kabir Khan telah mengkhianati negara atau tidak.

Satyavrat Yadav, Stadium Nasional, New Delhi..

Berita dari dunia sukan.

Pakistan menjadi Juara Dunia Hoki yang baru.

setelah mengalahkan India dengan satu gol.

Hari ini ketua Persatuan Hoki mengecam..

..Kabir Khan, dengan menyatakan dia telah membuat kesalahan terhadap negaranya.

Dan semua ini adalah terima kasih kepada anda.. rakyat India.

Kita ada dua tetamu istimewa..

Jatuhkan Kabir!

Jadi apa awak fikir? Adakah Kabir Khan mengatur perlawanan itu?

Tak tahulah jika dia yang mengaturnya, tapi kita kalah disebabkan dia.

Dan apa yang awak nak katakan?

Dia perlu digantung.

Dan kamu?

Orang seperti ini harus pindah ke Pakistan pada masa pemisahan.

Jatuhkan Kabir!

Rakyat sangat kecewa dengan prestasi pasukan itu.

Dan Kabir Khan telah menghilang.

Dia tiada di stadium hoki, mahupun Persatuan Sukan di kampus India.

Di mana Kabir Khan?

Jangan pandang belakang, ibu. Mari kita pergi dari sini.

Sukar itu meninggalkan semua ini, Kabir..

Datuk awak mengumpul wang hari demi hari untuk membina rumah ini..

Gaji pertama ayah kamu telah dibelanjakan untuk membuat tingkap itu..

Ibu pertama kali berpijak di rumah ini semasa ibu baru sahaja berkahwin..

Apapun yang terjadi, saya tahu orang-orang ini akan menyokong kita, percayalah.

Tuanku..

PENGKHIANAT

Jangan lihat, anakku.

Kau boleh tutup mata jika kau tak sanggup melihatnya..

Saya nak lihat semuanya.

PENGKHIANAT

Marilah kita pergi anakku!

Warna ketiga dari kewujudanmu, itulah aku.

Papa, papa, saya nak lihat bagaimana rupa seorang pengkhianat.

Sini, lihatlah!

Nadamu adalah irama hidupku..

Hanya sedikit makanan untuk perjalanan mereka..

Kau nak kami diusir dari kejiranan ini?

Tuanku yang agung, kau adalah kebanggaanku..

Tuanku, hidupku adalah milikmu..

Jadi, apa keputusan kamu?

Uttamji, kau selalu membicarakan hal yang sama.

Apa yang kita perlu buat tentang jurulatihnya?

Hei, kenapa tidak awak saja yang jadi jurulatih?

Piala Dunia Hoki Wanita akan berlangsung tiga bulan sahaja lagi.

Pasukan itu tak boleh berlawan tanpa latihan..

Tak kiralah susah mana awak melatihnya, mereka akan kalah juga..

Pasukan hoki wanita India tak pernah meraih sebarang kemenangan..

dan ia tak akan terjadi.

Ia adalah langkah kerajaan.

Kenapa kau taknak menjadi jurulatih?

Pasukan itu akan tersingkir dalam beberapa perlawanan sahaja. Keluar!

Awak dan isteri awak boleh pergi bercuti.

Saya tak faham. Kenapa awak tak ambil serius tentang hoki wanita.

Dan kami pula tak faham kenapa awak ambil serius tentangnya.

Uttamji, wanita India dilahirkan untuk memasak dan mengemas.

Mereka tak boleh lari ke hulu ke hilir dengan skirt singkat.

Bagaiman ahli persatuan boleh kata begitu?

Ia kerana kita berada dalam persatuan..

dan telah menjelajah seluruh dunia, sebab itu kami boleh katakan begitu.

Lihat, awak telah melakukan tugas dan memilih 16 pemain India yang terbaik.

Punjab, Tamil Nadu, Jharkand, Andhra, Railways.

Bahkan awak telah memilih pemain dari Manipur dan Mizoram yang terpencil.

Tapi sekarang di mana awak nak cari jurulatihnya? Dari bulan?

Adakah ini juga kesalahan gadis-gadis itu?

Tak, bukan salah mereka.

Ini adalah kesalahan orang-orang sepertimu yang mengharap banyak dari mereka.

Tiada penganjur.. Tiada penonton.. Tiada siaran TV, mahupun media..

Dan sekarang jurulatih mana yang sanggup karier mereka dirosakkan?

Ada tak? Tiada pun.

Ada seorang ini.

Siapa?

Kabir.

Siapa?

Kabir Khan.

Kabir Khan, seorang yang..

Ya, itulah dia.

Sejak bila dia berminat untuk menceburi sukan hoki wanita?

Sedangkan dia telah meninggalkan hoki lelaki beberapa tahun dulu.

Tiada siapa melihatnya dalam masa 6-7 tahun.

Kamu boleh tengok dia sekarang.

Di mana?

Di luar. Di kaunter pendaftaran sana.

Jangan serang gol pihak lawan tetapi serang fikiran mereka.

Secara automatiknya ia akan gol.

Tuan - Hmm?

Kamu dipanggil masuk.

Tuan - Kabir.

Sudah berapa tahun..

Tujuh tahun, tiga bulan.. sepuluh, sebelas, dua belas, tiga belas..

7 tahun, 3 bulan, 14 hari.

Apa yang kamu buat selama ini?

Saya mempersiapkan diri saya untuk perjumpaan ini.

Dia nak jadi jurulatih untuk Pasukan Hoki Wanita India.

Kamu bukan kanak-kanak lagi encik Kabir Khan.

Kamu tahu kan, dalam negara ini,

pasukan wanita diwujudkan untuk formaliti, bukannya realiti.

Reputasi kamu sememangnya..

Dan kamu mahu tebus kesalahan dengan menjadi jurulatih.

Pasukan yang tak sesuai untuk bersaing dengan sekolah tinggi Eropah.

Ini adalah pasukan yang saya mahukan.

Saya tak faham..

Saya tak fikir yang awak boleh.

Jadi adakah saya diterima?

Dalam hal ini, awak tiada jurulatih yang lain.

Saya lakukan apa yang termampu,

tapi awak perlu fikirkan tentangnya.

Sudah.

Kabir, ini bukan pasukan. lni adalah kubur.

Awak mahu dikebumikan ke dalamnya?

Pasukan ini tak akan dapat jurulatih yang lebih bagus dari kamu.

Tapi cuba fikirkan tentang diri kamu.

Saya fikirkan tentang diri saya.

Kamu dah berubah. Kamu banyak berubah.

Saya tak berubah pun.

Kamu tahu, kita kalah perlawanan itu bukan disebabkan kamu.

Kamu telah lakukan sebaik mungkin untuk menewaskan Pakistan.

Tapi mereka telah mengecewakan saya, pasukan saya, negara saya.. dan keluarga saya.

Semua orang buat kesilapan.

Semua orang?

Kabir, kenapa kamu kembali?

Untuk bantu pasukan ini menjuarai Piala Dunia.

Walaupun mustahil..

Ia adalah sesuatu yang harus diselesaikan.

Bilakah 16 pemain awak akan sampai?

Mereka sepatutnya sampai di sini pagi esok dari negeri masing-masing.

Negeri.. tiada yang berubah.

Ada negeri dulu, ada negeri sekarang..

Ini dia..

Puan, nampaknya sekali lagi..

persatuan itu berikan semua tugas ini kepada kita.

Jadi inilah yang terbaik?

Itulah yang mereka cakap.

Bukankah dia penjaga gol pasukan Railways?

Siapa nama dia?

Vidya.. Vidya Sharma.

Dengar cerita dia dah berkahwin dan berhenti menjadi pemain hoki.

Tapi dia ke sini juga..

100 rupees? Kaki aku! Kau ingat meter ini cuma hiasan?

Meter ini rosak, kau kena bayar aku 100.

Aku bagi kau 100 tamparan! - Apa yang kau cakap ni?

Sesuatu yang kau akan faham! Ambil 50 ini atau kau nak aku pukul dengan stik hoki ini?

Janganlah marah.

Kepala kau akan meletup suatu hari nanti.

More Malay subtitles for Chak De! India

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left