The first 200 lines.
Berhampiran kawasan pantai Afrika
Masa lalu
Sementara itu...
di kawasan bandar yang lain
Kita sedang diserang!
D-BO Perubatan
Frank Jurutera
Joe Penembak Hendap
Leftenan, dia cedera parah!
Saya tak boleh lakukan apa-apa.
Saya rasa sudah banyak kali berada dalam situasi begini.
Mereka akan berhenti tak lama lagi.
Saya tak tahu mereka siapa.
Semua perkara ini buat saya semakin keliru.
Sudah banyak kali saya berlawan. Sudah ramai musuh saya hadapi.
Ada kekaburan.
Dia cakap kalau saya pergi, dia takkan terima saya lagi.
Jadi saya pergi.
Mungkin itu suatu kesilapan.
Mereka datang dari mana?
Itulah saya.
Leftenan John Cutter. Renjer.
Kami ditugaskan untuk menyelamatkan keluarga VIP...
dari penjara pengganas di Afrika Barat.
Tapi kami tak tahu yang mereka diketuai...
oleh penjenayah perang yang paling kejam di dunia.
Igor Rodin.
Rodin mengetuai organisasi pengganas multinasional...
yang tenteranya di seluruh dunianya boleh dipanggil pada bila-bila masa.
Renjer Amerika!
Berhenti menembak. Kamu dah dikepung.
Tuan.
Kita dah dikepung.
Kami telah dikepung.
Saya mula ragu-ragu tentang misi ini.
Ada perkara yang tak masuk akal.
Tuan!
Keyes Penembak Mesingan
Apa akan kita lakukan?
Balas tembakan mereka.
Berhati-hati. Jimatkan peluru kamu.
Debo, hubungi orang atasan.
- Keyes. - Tuan!
Kita diberitahu tempat ini pernah jadi kem lombong.
Pasti ada terowong yang boleh bawa kita keluar.
Cepat carikan jalan keluar untuk kita semua!
Baiklah.
Leftenan, Kolonel Anderson ingin cakap dengan awak.
Kolonel.
Saya sangka keadaan di bawah kawalan.
Apa yang berlaku?
Anderson Kolonel
Apa yang berlaku? Saya akan beritahu awak.
Maklumat awak tak berguna.
Ada sepasukan pengganas bersenjata di luar sana.
Cutter, bertenang.
Saya akan bertenang apabila awak berikan QRF.
Saya perlukan serangan udara. Mereka ada perisai.
- Kita akan mati, bukan? - Adam!
Awak takkan mati. Tujuh minit, baiklah.
Berikan mereka koordinat kita.
Baiklah. Ada orang kita di darat yang sedang diserang.
Kami akan pergi ke koordinat baru.
Carter, bawa mereka ke bilik sebelah.
Kita akan keluar dari sini.
Tembak!
Tidak!
Tidak!
Ya, dia dah mati!
Tak guna! Mereka pasti dah minta bantuan.
Keyes, carikan terowong itu.
Saya tak jumpa apa-apa!
Tenangkan diri, Keyes. Lihat bilik lain.
Tuan, saya dah jumpa sesuatu.
Keyes!
- Tuan! - Alamak, Joe.
- Macam mana keadaan awak? - Tak guna.
Okey.
Perlahan-lahan.
Saya akan lihat keadaan mereka.
Bertahan.
Kita perlu keluar dari sini. Ayuh!
Berdiri!
D-bo!
John!
- Ada berapa orang? - Mereka dah mati.
Harris?
Pendulum.
Ini Castle. Kami akan lancarkan serangan.
Tandakan posisi awak.
Ia terlalu berbahaya. Kami masih berada di sini.
Saya ulangi, ia terlalu berbahaya. Kami masih ada di sini.
Baiklah, Pendulum. Jaga diri awak.
Ayuh. Saya akan bantu awak.
Tiga tahun kemudian.
Lokasi: 40 darjah 6' 29" utara, 78 darjah 12' 33" barat
Mari kita pergi. Ayuh.
Rehatlah.
Awak perlukan kekuatan awak hari ini.
Tak guna.
Lama tak jumpa, leftenan.
Ya, tuan.
Tahniah atas kenaikan pangkat awak, jeneral.
Macam mana dengan perniagaan awak?
- Awak nak pergi memburu? - Benar.
- Musim bermula pada Oktober. - Pengganas selalu ada.
Saya dah berhenti, jeneral.
- Ini sesuatu yang berbeza. - Saya telah diberhentikan kerja.
Awak akan jadi askar peribadi. Kami selalu lakukannya.
Awak layak dan masih sihat.
Jeneral, saya dah gagal. Saya tinggalkan pasukan saya.
John, mereka dah mati. Misi kamu di sana sangat sukar.
Awak sangka kami hantar renjer sebab misi itu mudah?
Kami dah ajar kamu semua perkara melainkan cara untuk gagal.
Kami patut ajar kamu perkara itu sejak dulu lagi.
John, itu bukan salah awak.
Jadi siapa yang bersalah? Mereka tanggungjawab saya.
Dengar sini, John.
Joey masih hidup disebabkan awak.
Sebenarnya, saya perlukan bantuan awak.
- Negara awak perlukan awak. - Awak askar yang bagus, jeneral.
Tapi awak jurujual yang teruk.
Okey. Igor Rodin.
Dialah sasarannya.
Igor Rodin dah mati.
- Menurut maklumat itu... - Maklumat itu salah.
- Dia telah ditembak di sana. - John, tolonglah.
Saya perlukan awak untuk membuat pengecaman.
- Jurujual yang teruk? - Ada benda yang tak perlu dijual.
Terima kasih kerana datang. Mari kita pergi jumpa mereka.
- Kamu semua. - Tuan.
- Jeneral! - Jeneral!
Ini, En. Cutter. Seorang kontraktor awam.
Bekas pasukan payung terjun dan pegawai renjer.
En. Cutter pernah jumpa sasaran kita...
jadi dia boleh buat pengecaman.
Ketua, sila terangkan perkara selebihnya.
Baiklah, dengar sini. Ini operasi tindakan tepat.
Tangkap atau bunuh sasaran. Kita akan serang pasukannya.
Kita berada 37 kilometer dari darat.
Di paras 2,100 meter, kita akan berenang ke destinasi.
En. Cutter, saya harap awak tahu menyelam.
Enam minggu di NDSTC.
Baguslah. Ini bukan misi yang mudah.
Orang Albania itu sangat paranoid.
Pasti ada ramai orang di kawasan pelabuhan itu.
Sekurang-kurangnya 12 askar...
dan beberapa bot yang meronda kawasan itu.
- Siapa sasarannya? - Igor Rodin.
Interpol ada fail tentangnya sepanjang 10 halaman.
Tapi sekarang dia semakin hebat.
Kami dapat tahu dia telah membeli sisa toksik...
dari sebuah bes di Eropah Timur.
Bahan buangan senjata.
Dia berjaya dapatkan 300,000 gelen...
bahan paling teruk yang wujud di dunia ini.
Tong-tong toksik itu tak begitu bernilai sekarang.
Tapi kalau mereka ada bom, sebahagian besar planet ini...
takkan boleh didiami lagi selama 200 tahun akan datang.
Itulah fungsi tiga orang saintis ini.
Mereka bertiga dilaporkan hilang.
Jurutera kimia, ahli fizik dan jurutera mekanikal.
Kalau mereka sendirian...
mereka tak mampu bina sebuah bom.
Tapi kalau mereka bekerjasama, mereka pasti boleh lakukannya.
Kita cuma ada enam jam.
Kalau mereka berjaya memasangnya, habislah kita.
Saya nasihatkan kamu supaya biasakan diri...
dengan maklumat dalam log kamu.
Ada soalan?
Saya perlu menghubungi seseorang.
Baiklah, pergi berehat.
John, kita akan berjumpa lagi sebelum misi awak.
Ya, tuan.
- John Cutter. - Ya.
- Leftenan John Cutter. - Itu dulu.
JSOC, ketua misi Afrika tiga tahun lalu.
- Ya, itulah saya. - Pasukan awak terbunuh.
- Lebih kurang. - Saya dengar awak berhenti.
Agak sukar untuk teruskan kerja selepas kejadian begitu, tuan.
Sudah tentu. Ia benar-benar sukar.
Saya tahu FUBAR. Saya tak menilai awak.
- Apa yang awak maksudkan? - Kenapa awak ikut kami?
Duduklah dalam kapal selam ini.
Kami akan hantar video selepas kami membunuh Rodin.
Awak boleh mengesahkannya dari sini.
Jeneral cakap saya perlu berada di sana.
Cuma saya seorang yang tahu rupa Rodin.
Kami nak halang sebuah bom.
Ini bukan waktu untuk balas dendam.
- Awak dah terlambat. - Saya perlu pastikan mereka selamat.
- Awak faham? - Ya, saya faham.
Baguslah.
Dalam masa enam jam, kita akan tiba di Laut Adriatik.
Tanyalah diri awak sendiri. Adakah awak mampu buat?
Kalau awak tak mampu, awak boleh bantu kami.
Jangan pergi.
- Cantiknya keluarga awak. - Terima kasih.
Sangat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal.
Saya Marcus Cooper. Panggil saya Coop.
No comments yet. Be the first to leave one.