The first 200 lines.
PENAFIAN
Rancangan berikut mengandungi penggambaran bunuh diri.
Budi bicara penonton dinasihatkan.
REVENANT
WATAK, TEMPAT, ORGANISASI DAN PERISTIWA DALAM DRAMA INI REKAAN SEMATA-MATA
PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN DALAM KEADAAN YANG SELAMAT
EPISOD LIMA
Encik Kim?
Encik Kim, awak ada di dalam?
Apa awak buat di sini? Saya cari awak di merata-rata tempat.
Saya rasa ada sesuatu di kampung ini, macam yang awak cakap.
Awak dah jumpa patung jerami itu?
Patung jerami dah tiada. Puan Park dah bakar.
Apa?
Dia menyeru hantu-hantu yang merayau ke kampung ini...
...sebab dia nak jumpa anak dia.
Dia yang seru hantu-hantu itu?
Bagaimana?
Kita perlu siasat...
...kaedah yang dia guna untuk seru hantu-hantu itu.
Jangseung.
Kedua...
Kenapa dengan jangseung?
Jangseung bukan saja bertindak sebagai dewa pelindung bandar.
Mereka juga memainkan peranan penting yang lain.
Jangseung yang terletak di titik kardinal kampung...
JENERAL MERAH SELATAN
...berfungsi sebagai kompas untuk pengembara pada masa itu.
Namun, bukan itu saja.
Jangseung dengan arah ke destinasi utama tertulis padanya...
...berperanan macam papan tanda jalan.
BAEKCHAGOL, TERLETAK KURANG 10 RI DARI PINTU MASUK KE JEPYEONG
LAUT KUNING 30 RI KE BARAT DAN HANYANG 220 RI KE TIMUR LAUT
Pendek kata...
...jangseung macam GPS untuk mereka.
Dia guna jangseung.
Dia bukan buat laluan untuk manusia...
...tapi untuk hantu.
Apa yang awak buat?
Ini bukan muzik sebenar tapi mengandungi...
...keinginan ramai orang yang mengadakan upacara memperingati ketika itu.
Kita dapat lengahkan sedikit masa.
- Tolong pastikan video ini tak berhenti. - Profesor Yeom!
Profesor Yeom, awak nak ke mana?
Pintu masuk yang hantu lalu sepatutnya berada di timur laut.
Kemungkinan besar jangseung di utara, tempat matahari tak bersinar.
BANGSAL
Apa?
JENERAL HITAM DI UTARA
Jeneral Merah di Selatan.
Jeneral Merah di Selatan.
Jeneral Merah di Selatan.
Jeneral Merah di Selatan.
Dia ubah utara menjadi selatan.
Pintu masuk hantu di utara.
Dia halang laluan ke alam selepas mati dan mengurung hantu.
Ayah.
Ini saya, Sanyeong.
Ayah.
Ayah...
...cam saya?
Ini...
...bukan ayah.
Apa...
...maksud ayah?
Bukan ayah?
Saya tak akan biarkan sesiapa cederakan anak saya.
Tolonglah, puan.
- Anak puan dah mati. - Dia belum mati!
Tengok, dia masih hidup!
Puan nak semua penduduk kampung mati?
Saya perlu hentikan semua ini.
Terpulanglah kepada puan.
Maafkan ayah.
Ayah tiada pilihan.
Saya salah.
Tolong benarkan saya...
...bersama anak saya untuk sehari saja.
Tolong ke tepi.
Tolonglah, saya merayu!
Tolong ke tepi.
Jangan.
Bukan begini.
Jangan!
Jangan pergi!
Jangan!
Kenapa ayah kata ayah tiada pilihan?
Maafkan ayah, Sanyeong.
Maafkan ayah.
Ayah?
Ayah?
Ayah.
Ayah?
Ayah.
Masih banyak...
...yang saya nak beritahu.
Masih banyak yang saya tak dapat beritahu ayah.
Ayah.
Banyak yang saya nak tanya ayah!
Ayah!
Awak tak apa-apa?
Sekejap, saya panggil doktor.
Saya jumpa ayah saya.
Apa maksud awak?
Ayah saya ada di sana.
Dia muncul sebagai hantu yang merayau?
Awak pasti itu dia?
Dia kata, "Bukan ayah."
Dia minta maaf dan kata dia tiada pilihan.
Kemudian dia hilang.
Sanyeong!
Tunggu sekejap. Hanya seorang penjaga pada satu masa.
Saya penjaga dia. Saya mak dia.
Biar saya sahkan...
- Sanyeong! - Puan dah sampai.
Kenapa dengan awak?
Kenapa awak asyik terlibat dengan Sanyeong?
Tekanan darah dan kadar nadinya normal.
Namun, puan patut buat pemeriksaan menyeluruh di hospital besar...
Kenapa awak ambil berat tentang anak saya?
Sama ada dia buat pemeriksaan atau tidak, saya akan uruskan.
Jangan hubungi Sanyeong lagi.
Sanyeong.
Cukuplah, mak.
Apa yang berlaku kepada awak? Kenapa awak jadi begini?
Saya nak keluar hospital.
Kenapa dengan awak? Awak marah mak?
Awak tahu betapa risaunya mak apabila dengar awak...
Apa lagi yang mak tipu?
Mak kata ayah dah mati sedangkan dia masih hidup.
Mak juga rahsiakan kampung mak?
- Sudahlah. - Apa yang berlaku di sini?
Kenapa mak suruh saya tinggalkan tempat ini?
Mak kata sudah.
ANGGARAN TARIKH BERSALIN
25 Februari...
...pada tahun saya berusia lima tahun.
Apa maksud hari itu?
Ada tertulis "jangkaan tarikh bersalin".
Apa yang berlaku hari itu?
HOSPITAL UMUM BYUNGCHEON
Tarikh itu tarikh bersalin adik awak...
...yang mati di sini.
Tarikh lahir adik awak yang mati di sini.
TAHUN 2002
Kita akan dapat anak kedua dalam masa dua bulan lagi.
Awak rasa kita akan dapat anak lelaki atau perempuan?
Saya harap anak perempuan, sama macam Sanyeong.
Namun, saya rasa...
...mungkin anak lelaki sebab pergerakannya berbeza...
...berbanding ketika saya hamilkan Sanyeong.
Anak kedua akan mati.
Saya akan bunuh anak itu.
Sayang?
Sanyeong.
Mari sini. Bertenang.
Tiada apa-apa.
KAMPUNG BAEKCHEGOL
Mak!
- Aduhai. - Mak.
Apa kamu buat di sini?
- Kamu datang sendiri? - Ya.
Tentu kamu penat.
Aduhai.
Apa? Awak nak bersalin di sini?
Saya rasa selesa dengan mak.
Macam mana dengan Sanyeong?
Saya nak bawa dia tapi mak mentua tak benarkan.
Saya akan ambil dia selepas saya sembuh.
Kamu kata kamu tak suka kampung dan berkahwin dengan lelaki dari Seoul.
Kemudian kamu berhenti melawat mak selepas melahirkan Sanyeong.
Kenapa tiba-tiba berkelakuan begini?
Gangmo benarkan?
Apa dia?
Apa dia?
Beritahu mak.
Entahlah.
Mak, saya sangat takut.
Kenapa?
- Entahlah. Saya sangat takut, mak. - Anak mak, bertenang.
Mungkin kamu salah dengar.
- Mak rasa begitu? - Tentulah.
Takkanlah seorang ayah boleh cakap begitu tentang anak dia?
Kamu kata dia sayang Sanyeong.
Betul juga.
Berehatlah.
- Baik, mak pun patut tidur. - Baiklah.
Tidurlah.
Anak kedua mesti mati.
Anak kedua mesti mati.
Anak kedua mesti mati.
Tidak!
Kamu perlu makan sesuatu untuk pulihkan semula tenaga.
Memang malang bayi itu mati tapi kamu perlu hidup.
Kamu tak nak fikir tentang Sanyeong?
Ayuh, sesuap saja.
Betul cakap kamu.
Gangmo datang hari itu.
Gangmo?
Mak pasti...
No comments yet. Be the first to leave one.