The first 200 lines.
DATUK NENEK
IBU
PAK CIK GERRY
PAK CIK BRUCE
AYAH
GABBY SAYA
ROWENA PASUKAN ALL STAR
SANTA LAWAN BUNIAN
TRADISI KRISMAS KESAYANGAN CHICAGO
BUKIT KERETA GELONGSOR
KEPADA SANTA CLAUS
LIMA KENANGAN KRISMAS TERHEBAT ROWENA
TAMAN MILLENNIUM
Rowena.
Kamu masih belum tidur? Tetamu datang awal pagi esok.
Tenang, mak. Saya selalu bangun awal pada Hari Krismas.
Semak sungguh. Kamu kata kamu akan berkemas, Rowena.
Betul, tapi saya teruja menanti Hari Krismas.
Mak tak sangka kamu masih menyimpannya.
Saya suka.
Ia ingatkan saya pada Hari Krismas semasa kita menonton The Nutcracker.
Mak tak sangka kamu ingat. Kamu masih kecil.
Saya tertidur separuh tayangan, tapi separuh lagi memberi impak.
Ia hampir masuk senarai saya. Lihatlah.
Okey. "Lima Kenangan Krismas Terhebat Rowena."
"Nombor lima: Pameran Krismas di Seluruh Dunia di muzium."
Kami tangkap gambar kamu dan Gabriella di sana di bawah pokok besar.
- "Nombor empat: Dermaga." - Ingat?
Kita tonton semua persembahan perayaan.
Saya dapat naik roda Ferris. Memang klasik.
"Nombor tiga: perlawanan Hoki Santa lawan Bunian."
Saya dan ayah mahu tontonnya esok.
"Nombor dua: Benda platform besar itu."
Platform gergasi yang terbuka
supaya kita rasa seperti terbang di atas bandar.
Betul. Di puncak bangunan Hancock.
Kamu takut berdiri di atasnya.
Ya, tapi saya lihat Gabby lakukannya dari jarak beberapa kaki.
Riak wajahnya tiada tandingan.
Kenangan Krismas nombor satu saya: Festival Musim Sejuk.
- Sudah tentu. - Sudah tentu.
Boleh kita kunjungi lagi Festival Musim Sejuk esok?
Sayang, kita perlu ubah sedikit rancangan tahun ini.
Ini Krismas pertama kita dengan orang baru.
Maksud mak, Diane dan Louie?
Sayang, mak tahu kamu sangat hargai kenangan itu,
tapi kita boleh cipta kenangan baru.
Krismas bukan sekadar tradisi.
Ia tentang raikan bersama walaupun ada perubahan.
Namun, saya tak mahu apa-apa perubahan.
Mak tahu, sayang, tapi kadang-kadang itu yang terbaik.
Kamu pasti faham kalau kamu kemas bilik sekali sekala.
Okey, padam lampu, jika tak Santa takkan melawat.
Selamat pagi, Chicago!
Hari yang anda nanti-nantikan.
- Betul. Hari Krisma… - Krisma…
Louie, siap kamu nanti!
Dapat pun, budak nakal. Apa yang kamu buat? Bermain di atas?
Ya, saya bermain-main dengan Ro.
- Hei. Selamat Hari Krismas. - Selamat Hari Krismas, ayah.
Kenapa ayah tak kejut saya macam selalu?
Ayah mahu, tapi Louie mahu tolong ayah.
Nampaknya dia berjaya.
Dia betul-betul terjaga.
Betul.
Ayuh, Ro. Mari sapa Diane.
Atas, tepi.
Ya, begitulah!
Tengoklah siapa datang.
Selamat pagi, budak mengantuk.
Rowena, Selamat Hari Krismas.
Ayah kamu kata kamu sertai pasukan bola lisut.
Apa posisi kamu?
- Penjaga gol. - Ro.
Okey. Pemadang dekat.
Ayah, saya dah buat senarai kenangan Krismas kegemaran saya untuk kita ulangi.
Ayah nak buat yang mana satu?
Entahlah, sayang.
Ayah rasa ibu kamu dah rancang untuk kita.
Kita perlu ikut keadaan.
Namun, kita tetap akan tonton perlawanan Santa lawan Bunian, bukan?
Pasti Santa menang tahun ini.
Ayah pun harap begitu selepas kalah beberapa kali.
Walaupun pemain tengah Santa alami kekejangan.
Sekali lagi? Dia patut memanaskan badan.
- Ayah rasa… - Apa itu pemain tengah?
Posisi dalam hoki. Pemain tengah dalam barisan penyerang.
- Boleh kita… - Apa itu kekejangan?
Sesuatu yang kamu tak perlu risau buat jangka masa panjang.
Maafkan ayah, sayang. Apa kamu tanya tadi?
- Ayah rasa Santa masih mampu… - Tali kasut.
Siapa ambil coklat terakhir?
- Sudahlah! - Bukan saya.
Mungkin Santa lapar malam tadi.
Jangan cakap begitu, ayah. Saya bukan budak kecil macam Louie.
- Jaga mulut kamu. - Mak,
kita bergilir-gilir makan coklat terakhir setiap tahun.
Tahun ini giliran saya.
Saya yang makan. Maaf, Rowena. Saya tak tahu tentang tradisi itu.
Tengok tarian saya.
Louie, hebatnya.
Dia cuma pergi satu kelas.
Harapnya kamu minta Santa selimut.
Sebab pasti "sejuk" apabila tak diberi perhatian lagi.
Hai, Gabriella.
Ayah dan mak nampak sihat. Bagaimana Mass tengah malam?
- Mengagumkan. - Bagus.
Diane, seronok dapat temui awak.
Seronok dapat temui awak, Sofia. Awak juga, Hector.
Diane. Saya dah cakap, semua kawan-kawan panggil saya Doc.
- Selamat Hari Krismas, Doc. - Selamat Hari Krismas.
Rowena kesayangan nenek.
Kamu suka baju panas itu? Nenek kait sendiri.
Kami belum buka hadiah, mak.
Namun, terima kasih sebab bocorkannya.
Baiklah.
Tak bernafas dia nanti.
Ro, bagaimana Krismas kamu?
Salah saya. Saya tak patut ajak awak ke restoran dengan sudu kotor itu.
Ro.
Alamak.
Sosej dan telur.
Pak Cik Gerry. Pak Cik Bruce.
Selamat Hari Krismas!
Pak cik bela anjing?
Baguslah, ia terjaga lagi.
Kami ambil Olive dari pusat perlindungan. Kami tak lena tidur.
- Okey. Masuklah. - Hei, nak pegang ia?
- Ya. Aduhai. Comel, bukan? - Ambillah.
Siapa yang datang? Siapa itu? Comelnya.
Nasib baik bukan kucing, jika tak pasti saya bersin.
Hei, saya kenal seorang budak lelaki yang pasti nak jumpa awak.
Pak Cik Gerry?
Bukan ayah. Mak punya.
Ayah beri dia stoking.
Saya suka CD mariachi baru saya.
Itu buku skrap dan kertas.
Mak selalu hadiahkan saya baju.
Kamu tak pernah suka, selalu merungut.
Ya, pada mulanya. Namun, mak paksa saya pakai
dan saya suka sebenarnya.
Itu tradisi kita, mak. Kenapa mak ubah tradisi itu?
Mak tetap beli kamu pakaian.
Mak sangka kamu suka perkara baru.
Ini memang perkara baru, baiklah.
Saya buat biskut.
Sedapnya.
- Ada susu di dalamnya? - Tiada susu.
Saya suka pencuci mulut semasa sarapan. Khususnya biskut.
Ada kubis daun di dalamnya?
Betul. Hebat deria bau kamu.
Biskut saya yang paling laris.
- Saya nak cuba. - Mungkin.
Sayang, jangan buang merata. Kamu akan cederakan orang lain.
Kita buat begini setiap tahun.
Saya dan Gabby buat selerak supaya mak marah dan bersihkannya.
Tak kelakar. Jika kamu cuba buat mak marah,
kamu dah berjaya.
Ya, buka yang ini.
Itu kit mekap pentas.
Ayah kamu kata kamu sertai pementasan.
Semasa gred ketiga.
Saya memang suka mekap.
Biar betul!
Hebatnya. Busur dan…
Sayang, sudahlah. Kamu buat mak penat.
Ini daripada pak cik berdua.
Pak cik harap kamu suka.
Ro, seragam ini digelar judogi .
Ia dipakai oleh judoka sebenar.
Saya pun dapat!
Kembar.
Tengoklah. Saya dah kata, pasti comel.
Okey, dia sangat comel.
Baiklah, sayang. Pasti kamu suka hadiah ini.
Ayah perasan kamu punya dah usang, jadi ayah hadiahkan…
Tablet!
Dengan tombol?
Ia klasik.
Putar tombol itu untuk melukis, kemudian goncang dan…
Seolah-olah tak pernah berlaku.
- Rasanya ada kesilapan. - Ya.
Hebatnya!
Okey, sayang, itu sepatutnya hadiah…
Saya sangat sukakannya!
- Boleh kita main sekarang? - Maafkan ayah, sayang. Kita fikir nanti.
Ambil sarung tangan kamu, kita jumpa di luar.
Itu sarung tangan saya.
Carolina.
Mak dan ayah nak beri sesuatu yang istimewa.
Okey.
Ia dihadiahkan kepada kami.
Ia milik keluarga kita selama beberapa generasi.
Diwariskan kepada mak oleh moyang mak, Lucia,
dari Puerto Rico, yang diwariskan oleh buyutnya, Maribelle.
Mak masih ingat dia hidang arroz con gandules di dalam mangkuk ini.
Terima kasih.
Saya suka.
- Mana telefon saya? - Saya suka.
Air liur anjing.
No comments yet. Be the first to leave one.