Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Download Malay Subtitle

Release info

Aku Terima Nikahnya 2012 1080p NF DD2 0 WEB-DL
A Commentary by Predator1
Sync with https://cafeflix.fun/movie/aku-terima-nikahnya/ WEB-DL

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2019-04-07
Downloads: 14
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya pula rasa berdebar.

- Assalamualaikum. - Waalaikumsalam.

Kita mulakan majlis ini, ya?

- Johan bin Mansor. - Saya.

Aku nikahkan kau dengan Nurul Arlisa binti Aziz

dengan mas kahwinnya RM1,000 tunai.

Aku terima nikahnya Nurul Arlisa binti Aziz

dengan mas kahwin RM1,000 tunai.

- Sah? - Sah.

- Alhamdulillah. - Alhamdulillah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, segala puji bagi Tuhan seluruh alam.

Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

serta ke atas keluarga dan para sahabatnya.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat,

dan lindungilah kami daripada azab neraka. Amin.

Baru jadi.

Abang buat apa?

Abang tengok gambar

awak.

Kalau dah ada di depan mata,

kenapa nak tengok gambar lagi?

Tangkaplah saya kalau boleh.

Panasnya.

Abang, jom kita balik.

Tadi abang kata sekejap saja. Ini dah berjam-jam, abang tipu.

Sayang, memancing memerlukan kesabaran. Sekejap saja.

Abang, saya dah tak boleh nak sabar.

Tengok ini, dah terbakar kulit. Jomlah balik.

- Jom kita hidupkan enjin. Okey? - Sekejap saja. Tolonglah.

Panasnya.

Ada banyak ikan!

- Mana? Dapat ikan! - Ini ikan yang besar!

- Ada ikan duri, ikan sembilang. - Boleh balik! Dapat ikan!

Ada ikan siakap, ikan duri.

Sayang!

Lain kali jangan lompat di atas bot, boleh? Bahaya!

Kalau lemas macam mana? Saya tak sanggup kehilangan awak, tahu?

Jadi, tiada lagi memancing dan naik bot.

Kenapa awak ketawa?

Tak ada lagi.

Abang berdoa agar kita sentiasa berdua begini.

Empat, lima, enam, tujuh, lapan. Lapan mata.

Okey, mari tengok apa yang saya ada.

Saya dapat 10, 12, 14, 16.

Perlukah letak perkataan begitu?

Sayang, ini cuma satu perkataan.

Jangan main-main dengan perkataan begitu, boleh?

- Saya tak sukalah. Tukar lain. - Hei, pandang sini.

Wahai isteri abang yang comel dan manis.

Dengar apa yang abang nak cakap.

Sayang tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila.

- Sampai bila-bila? - Sampai bila-bila.

Sampai tua?

Mungkin tak.

- Tak nak sampai tua? - Okey,

- sampai tua. - Okey.

- Janji. - Janji.

Awak boleh bertenang tak?

Saya suruh bersalin di hospital berhampiran rumah, awak tak nak.

Nak hospital yang besar! Mahal!

Awak boleh diam tak?

Boleh tak berhenti membebel? Saya sedang kesakitan!

Kalau bersalin di dalam kereta, nak beri nama anak apa?

Inspira? Viva? Myvi?

Tak naklah!

Abang!

Abang!

Mansor. Rahimah.

- Papa, mama. - Macam mana dengan Johan?

Arlisa,

sabar banyak-banyak, ya, nak?

Doktor kata...

insya-Allah, Johan masih ada peluang.

Cuma kalau dia koma, mungkin ambil masa yang agak panjang.

Ya Allah.

Lisa.

Lisa?

Abang, saya ada di sini.

Abang kena kuat.

Abang dah janji takkan tinggalkan saya.

Abang dah janji.

Arlisa, kau janganlah begini.

Lisa.

Bukankah aku kawan baik kau?

Aku faham apa yang kau rasa sekarang.

Sepanjang sebulan Johan dalam koma, aku tengok kau...

asyik diam saja.

Aku takut kehilangan Abang Johan.

Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa dia.

Ya Allah.

Ya Allah.

Lisa, sabar, ya?

Puan Arlisa, Encik Johan dah sedar.

Jom.

Alhamdulillah.

Papa janji

- nak belikan Johan kereta baharu. - Papa!

- Arlisa. - Mama.

Abang. Alhamdulillah.

Abang.

Syukur alhamdulillah, abang dah sedar.

Saya rindu sangat dengan abang.

Abang nak makan? Abang nak minum?

Sayang.

Siapa kau?

Abang, saya Lisa, isteri abang.

Mama.

Abang. Mama?

Abang, saya Lisa.

Mama. Mama, apa ini?

Abang.

Abang, saya Lisa.

Mama?

Abang.

Kecederaan di kepala Encik Johan menyebabkan pembengkakan

dan pendarahan pada bahagian otak.

Kecederaan itu menyebabkan gangguan pada ingatan Encik Johan.

Tapi doktor, dia ingat ibu bapa dia.

Kecuali saya. Saya seorang saja dia tak ingat, doktor.

Puan Arlisa,

keadaan yang dialami oleh Encik Johan

dinamakan sebagai amnesia berpilih.

Daripada perbualan saya dengan Encik Johan,

saya dapati perkara terakhir yang diingati oleh Encik johan

adalah pada parti hari lahirnya yang ke-31.

Yang ke-31?

Tapi ketika itu, dia belum kenal Arlisa lagi.

Doktor, saya tak faham semua ini.

Puan Arlisa, kita ibaratkan otak kita sebagai CD.

Apabila CD itu tercalar,

ia akan tersekat-sekat

dan keadaan itu yang dialami oleh Encik Johan sekarang.

Doktor.

Johan ada peluang untuk sembuh, doktor?

Beri dia sedikit masa.

Papa, mama.

Saya nak minta izin untuk bawa Abang Johan balik.

Arlisa, kenapa perlu nak minta izin?

Memang Arlisa berhak.

Bukankah Johan suami Arlisa? Bawalah dia balik.

Doktor cakap

Johan dah boleh keluar hospital esok.

Sudah beritahu dia?

Saya tak tahu macam mana nak beritahu dia.

Saya sendiri pun dia tak kenal.

Saya takut dia tak nak ikut Lisa balik.

Sebab itu saya nak minta bantuan papa dan mama.

Tentang itu, Lisa tak usah bimbang.

Papa akan cuba bersembang dengan dia nanti.

Cuma, papa dan mama minta satu saja.

Lisa mesti tabah menghadapi ujian Allah ini.

Lisa mesti sentiasa reda dan berdoa kepada Allah SWT.

Kerana Allah saja yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Cantik, bukan?

Inilah rumah kita.

Abang bina rumah ini dua bulan sebelum kita berkahwin.

Mari ke sini.

Abang nak tahu tak kenapa abang pilih tempat ini?

Sebab udaranya yang nyaman,

pemandangannya yang luas

dan keindahan alam semula jadinya.

Yang paling penting sekali,

abang nak kita berdua saja di sini.

Supaya tak ada orang kacau.

Jom.

Tak mengapa.

Mungkin di dalam nanti abang akan ingat.

Jom.

Masuklah.

Abang berehatlah dahulu, abang mesti penat, bukan?

Apa kata sekejap lagi, saya masakkan makanan kegemaran abang?

Abang.

Sudahlah, abang mesti penat. Abang rehat dahulu, ya?

Rehat, okey?

Abang buat apa di situ? Marilah.

Cuba abang tengok apa yang saya masak untuk abang.

Cepatlah.

Penat saya masak. Abang duduk di sini.

Saya dah masak lempeng dengan sambal kegemaran abang.

Sekejap.

Selepas makan, kita makan ubat, okey?

Macam mana awak...

tahu saya suka makan lempeng dengan sambal?

Abang, bukankah saya isteri abang?

Makanlah, nanti sejuk tak sedap pula.

Cepat makan panas-panas.

Sedap, bukan? Sedap tak?

Nak sedikit. Suapkan sedikit.

Itu, cecah sedikit.

Sedapnya.

Pandai isteri abang masak, bukan?

Abang makanlah.

Kenapa abang tak mandi lagi?

Di mana bilik tamu?

Lisa, kau okey?

Aku okey.

Kau dengan Johan macam mana?

Johan...

Dia tak ingat apa-apa lagi.

Satu benda pun dia tak ingat.

Aku Terima Nikahnya subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left