The first 200 lines.
Saya percaya permohonan maaf akan dibuat apabila seseorang mempunyai keinginan untuk melakukannya,
dan apabila orang yang akan menerima permohonan maaf itu mempunyai keinginan untuk menerimanya.
Tapi,
saya tiada keinginan sedikit pun untuk memohon maaf kepada wakil rakyat semua.
Apa maksud awak? Apa yang awak cakapkan ni?
Apa maksud awak? Apa yang awak cakapkan ni?
Macam mana awak boleh jadi begini, Gim Su Yeong?
Mengapakah bidang politik kita, tidak kiralah sama ada orang ini ataupun orang itu, walau siapa pun yang memegang kuasa,
keadaannya tetap sama saja?
Semua ini...
disebabkan kesilapan dalam sistem tersebut.
Sistem yang digunakan sememangnya salah sejak awal lagi.
Saya mahu cuba mengubahnya.
Betul!
Macam mana...
aku boleh jadi begini?
Hari ini ialah hari pertama.
Lakukan dengan sebaik-baiknya, No Min Yeong.
Hei!
Hei!
Hanya wakil rakyat yang dibenarkan melepasi kawasan ini.
Saya juga seorang wakil--
Saya juga seorang wakil rakyat.
Saya baru saja dilantik melalui pilihan raya baru-baru ini.
Pemberian rasuah bertujuan supaya akan dipilih semula,
Pemberian rasuah bertujuan supaya akan dipilih semula,
saling mengambil hati antara satu sama lain tanpa menghiraukan pandangan orang ramai,
tidak boleh diamalkan sama sekali.
Menurut saja arahan parti,
demi pilihan raya akan datang dan saling mengampu untuk kepentingan masing-masing
juga tidak sepatutnya diamalkan.
Saya, Gim Su Yeong bersama anda semua,
walaupun kita orang kecil, tapi kita akan memainkan peranan besar dalam mencipta kemajuan.
Sekiranya tiada sesiapa mempunyai bantahan, maka kita bertepuk tangan menandakan kita boleh meneruskannya.
Saya ada bantahan.
Aigoo, awak lagi!
Kenapa awak nak buat begini?
Kita semua hanya mahukan kemajuan.
Kenapa kita perlu berbalah dalam hal ini?
Pihak atasan parti memanggil tuan.
Pihak atasan parti memanggil tuan lagi.
Sila berikan komen.
Adakah puan tak pernah terfikir untuk menebus kesalahan?
Tidakkah puan rasa puan terlalu berkasar?
Adakah puan merancang untuk menarik diri daripada politik?
Sila berikan komen.
Sebagai seorang ahli politik,
apakah pandangan kamu berdua terhadap aku?
Apa dia?
Aku rasa...
aku tiada ciri-ciri yang sepatutnya sebagai seorang ahli politik,
dan aku tak sesuai menceburi bidang politik.
Betulkah begitu?
Apa pandangan kamu berdua?
Bagaimana aku selaku seorang ahli politik?
Bagaimana aku selaku seorang ahli politik?
Seorang ahli politik seharusnya memiliki keghairahan dan sifat penyayang terhadap rakyat...
Seorang ahli politik seharusnya memiliki keghairahan dan sifat penyayang terhadap rakyat...
tapi hyeong,
walaupun hyeong memiliki sifat penyayang itu,
namun hyeong terlalu ghairah dalam menyayangi diri hyeong sendiri.
Jadi bagi saya, hyeong kekurangan keghairahan dan sifat penyayang terhadap rakyat.
Jadi bagi saya, hyeong kekurangan keghairahan dan sifat penyayang terhadap rakyat.
Bidang politik adalah berasaskan perbincangan dan tolak ansur.
Tuan sering mengatakan
perkara yang betul dengan jujur dan terus-terang,
tapi yang menjadi masalah adalah--
Dia mengatakannya dengan cara yang kasar.
Dia mengatakannya dengan cara yang kasar.
Dia selalu mengamuk tak tentu pasal dan merungut macam-macam seorang diri dalam setiap mesyuarat yang diadakan.
Dia selalu mengamuk tak tentu pasal dan merungut macam-macam seorang diri dalam setiap mesyuarat yang diadakan.
Itu kerana dia ada sebab untuk berbuat begitu.
Tidak, dia cuma mengambil kisah tentang dirinya saja.
Sebenarnya saya rasa dia lebih berkebolehan dalam bidang lain selain politik.
Sebenarnya saya rasa dia lebih berkebolehan dalam bidang lain selain politik.
Betul tu!
Semua komen kamu berdua itu agak keterlaluan.
Tapi,
semua yang kamu berdua katakan itu benar.
Kini barulah aku sedar akan semua itu.
Jadi,
sekiranya--
Sekiranya
aku...
cuba memperbetulkan semua ini demi seseorang,
atau melakukan sesuatu yang tak sepatutnya
tanpa sebarang sebab yang munasabah,
katakanlah kata-kata yang kamu berdua hamburkan tadi berulang-ulang kali kepada aku.
katakanlah kata-kata yang kamu berdua hamburkan tadi berulang-ulang kali kepada aku.
Kalau aku kelihatan pelik
ataupun seperti aku sudah gila,
kamu berdua mesti memarahi aku
dan boleh memukul aku
sehinggalah aku sedar tentang hakikat sebenar.
Kamu berdua faham?
Bagus.
=Atas kejadian ganas di Parlimen dan di kelab malam,=
=wakil rakyat GJP--=
Sebab itulah aku cakap mereka patut mengambil peluang ini untuk menyingkirkan dia.
Dia patut berhenti saja daripada politik dan berkahwin.
Baiklah. Baguslah begitu. Teruskanlah.
Mereka fikir mereka semua siapa?
Berani mereka semua menuding jari terhadap anak saudara aku!
Aku dah ingat wajah kamu semua.
Kalau aku jumpa kamu semua di tengah jalan,
aku akan kerjakan kamu semua cukup-cukup dan--
=Mari kita mendengar kenyataan rasmi yang dibuat oleh Wakil Rakyat Mun Bong Sik dari GKP.=
=Betapa angkuh dan biadabnya kelakuan yang ditunjukkan oleh dia.=
=GKP takkan sesekali bertolak ansur lagi terhadap perlakuan sebegini.=
=Maka berhubung hal ini, Wakil Rakyat No Min Yeong yang tidak tahu malu itu--=
Mungkinkah perempuan itu sedang menangis disebabkan hal ini?
Akhirnya awak pulang juga, No Min Yeong.
Kenapa awak berada di sini?
Nampaknya awak tak apa-apa.
Saya bertanya, kenapa awak berada di sini, Gim Su Yeong?
Disebabkan awak telah menimbulkan masalah tadi,
saya terfikir mungkin awak akan menyalahkan diri sendiri dan sedang menangis.
Tapi nampaknya awak langsung tak apa-apa, malah masih boleh berlagak seperti biasa.
Baguslah.
Saya bertanya kenapa awak berada di sini?
Ini kali ketiga saya bertanya.
Jangan-jangan...
awak datang kerana awak risau akan saya?
Taklah!
Saya datang kerana saya risau akan diri saya.
Awak risau akan diri awak,
jadi awak datang ke rumah saya?
Ya!
Kalau awak risau akan diri awak,
awak boleh melakukannya di rumah awak sendiri.
Kenapa awak perlu datang ke rumah saya pula?
Awak ni memang pelik.
Ya, tepat sekali kata-kata awak itu.
Saya...
memang menjadi agak pelik sedikit kebelakangan ini.
memang menjadi agak pelik sedikit kebelakangan ini.
Awak memang seorang yang pelik pun.
Adakah saya...
pada pandangan awak,
seorang yang sentiasa berkelakuan pelik?
Apa?
Apakah pandangan awak terhadap saya, No Min Yeong?
Seonbae!
Kenapa awak kelihatan seperti tak mengalu-alukan kedatangan saya?
Kenapa awak kelihatan seperti tak mengalu-alukan kedatangan saya?
Jelas sangatkah, Wartawan An?
Saya tak dapat menyembunyikan perasaan saya apabila berjumpa dengan wartawan yang berat sebelah.
Wartawan juga manusia biasa.
Dalam keadaan ini, saya mungkin kelihatan seperti berat sebelah--
Sebab itulah kerjaya sebagai wartawan adalah sukar dan patut dibanggakan
kerana mereka perlu sentiasa adil walau dalam keadaan apa sekalipun.
Atau sekurang-kurangnya cuba untuk tidak berat sebelah.
Tapi sekarang banyak orang yang menjadi wartawan tanpa mengetahui semua itu.
Saya pergi dulu.
Seonbae, awak tahu tak?
Apa dia, Wartawan An?
Saya memberitahu awak hal ini bukan sebagai Wartawan An tapi sebagai An Hui Seon.
Saya mahu memastikan perasaan seseorang.
Dalam erti kata lain,
saya mahu mengetahui isi hatinya.
Walaupun saya dapat merasakannya tapi saya tak dapat memastikannya.
Jadi awak nak tahu macam manakah caranya untuk memastikan apakah isi hatinya?
Ya.
- Tanyalah dia. - Apa?
Tanyakan terus pada orang itu.
Maksud awak, tanya dia secara bersemuka?
Bukankah itu kemahiran awak?
Pelik betul.
Apakah niat awak bertanyakan tentang itu?
Tiada niat apa-apa.
Saya cuma bertanya.
Apa pandangan saya terhadap awak?
Saya tak fikir apa-apa tentang awak.
Tak fikir apa-apa?
- Ya, tidak. - Kenapa?
Awak tanya kenapa?
Kerana saya tak pernah terfikir untuk ambil kisah tentang awak sejak dari mula.
Tapi,
mana mungkin begitu?
Sekurang-kurangnya,
awak patut rasa bersalah terhadap saya atas kejadian alat pemadam api itu.
Ataupun bersimpati kerana malangnya saya ialah salah seorang ahli GKP.
Betul tu, saya memang fikir begitu tentang awak.
Jadi, kenapa awak bertanyakan semua ini?
Awak takkan dapat mendengar kata-kata yang baik tentang diri awak.
Kalau begitu, macam mana pula dengan awak?
Adakah awak fikir yang baik-baik tentang saya? Sudah tentulah tidak.
Saya pernah terfikir yang awak seorang yang ganas, angkuh,
suka menimbulkan kekecohan dan terlalu bersemangat dalam politik sehingga membuat orang lain terbeban.
Sekarang pun saya masih fikir begitu.
- Tetapi-- - Tetapi?
Lupakan sajalah. Lupakannya.
Jadi bermakna awak datang ke sini untuk bertengkar dengan saya?
Tidak, saya datang ke sini untuk memastikan sesuatu.
Yalah, nak memastikan apa?
Untuk memastikan sama ada sekarang ini saya gila atau tidak.
Minda saya sedang ligat memikirkan jawapannya. Sekarang, saya sedang menguji diri saya tentang itu.
Kalau begitu, biar saya beritahu awak jawapannya.
Awak memang gila.
Ataupun awak sedang mabuk?
No comments yet. Be the first to leave one.