Dead Poets Society

Dead Poets Society

Download Malay Subtitle

Release info

Dead Poets Society 1989 720p BluRay x264 YIFY
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

BluRay
x264
720p
720
TS
Published on: 2021-09-26
Downloads: 187
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ingat, regangkan bahu awak.

Okey, letak tangan awak di bahu abang awak. Itu dia.

Itu dia. Ya, dan tarik nafas.

Okey, satu lagi.

Sekarang, saya nak ingatkan semula.

Awak akan mengikut mereka berarak,...

...sehingga awak tiba di hadapan pengetua.

Kemudian, dia akan memberi isyarat untuk awak...

...menghidupkan lilin budak-budak yang lain.

Baiklah, semua. Bertenang.

Naikkan panji-panji!

Tradisi

Tradisi

Kehormatan

Disiplin

Kecemerlangan

Tuan-tuan dan puan-puan, para pelajar sekalian.

Cahaya ilmu.

Seratus tahun lalu, pada tahun 1859.

41 orang pelajar lelaki duduk di dalam dewan ini...

...dan ditanya soalan yang sama...

...seperti kalian pada hari ini, pada permulaan setiap semester.

Tuan-tuan, apakah empat tunggak utama?

Tradisi. Kehormatan. Disiplin. Kecemerlangan.

Pada tahun pertama,...

...Akademi Welton hanya mempunyai lima orang graduan.

Tahun lepas, 51 orang pelajar.

Dan lebih daripada 75 peratus daripada mereka,...

...menyambung pelajaran ke universiti Ivy League.

Pencapaian begini,...

...ialah hasil daripada...

...dedikasi mereka terhadap prinsip pembelajaran di sini.

Sebab itulah awak semua menghantar anak-anak ke sini.

Sebab itulah kami adalah...

...sekolah persediaan terbaik di Amerika Syarikat.

Seperti mana yang awak tahu,...

...En. Portius daripada Jabatan Bahasa Inggeris...

...bersara minggu lepas.

Sebentar nanti awak akan berpeluang untuk...

...berjumpa penggantinya, En. John Keating.

Beliau juga adalah bekas pelajar cemerlang akademi ini.

Dan sejak beberapa tahun lalu,...

...beliau mengajar...

...di Sekolah Chester, sekolah yang terkemuka di London.

Richard, awak terlupa beg awak!

Hai, Johnny! Hei, apa khabar?

Jangan risau. Saya ada tahu bilik awak di mana.

Terima kasih kerana menghadirkan diri.

Majlis yang hebat seperti biasa, Dr. Nolan.

Awak dah lama sangat tak datang.

- Helo, Dr. Nolan. - Gembira awak dah kembali.

- Ini anak bongsu kami, Todd. - En. Anderson.

Besar tanggungjawab awak, anak muda.

Abang awak adalah salah seorang pelajar terbaik kami.

Terima kasih.

- Majlis yang meriah. - Terima kasih.

- Gale. - Tom.

- Gembira jumpa awak lagi. - Helo, En. Nolan.

Neil.

Kami berharap awak cemerlang pada tahun ini.

Terima kasih, tuan.

Dia takkan hampakan kita. Betul tak, Neil?

Saya akan buat yang terbaik, tuan.

- Ayuh, nak. - Jangan sedih.

- Okey. Jangan sedih. - Jangan menangis sekarang.

- Saya tak nak ke sini. - Jangan risau, saya sayang awak.

- Biar saya hantar awak. - Jadi budak yang baik.

Belajar betul-betul.

Hei! Saya dengar kita akan jadi teman sebilik.

- Saya Neil Perry. - Saya Todd Anderson.

Kenapa awak tinggalkan Balincrest?

Abang saya belajar di sini dulu.

Jadi awaklah si Anderson itu.

Ini untuk penyakit sinus dia.

Kalau dia tak boleh telan, awak boleh beri dia yang ini.

Dan kalau dia susah bernafas,...

...awak boleh bagi ubat ini.

Baiklah. Ya.

Awak bawa ubat pengewap awak?

Ya, saya letak di bilik saya.

- Apa khabar, Neil? - Hei, Knox.

Neil, belajar bersama malam nanti?

- Ya, sudah tentu. - Macam biasa, ya?

Hei, saya dengar awak bersama dengan budak baru itu.

Dia nampak membosankan. Haha.

Alamak.

Dengar sini, jangan pedulikan Cameron.

Dia memang mulut celupar.

Awak faham maksud saya?

Dengar kata, awak menghadiri sekolah pada musim panas.

Ya. Kimia. Ayah saya suruh.

Macam mana dengan musim panas awak?

Menarik.

Meeks. Pintu.Tutup.

Baik, tuan.

Tuan-tuan, apakah empat tunggak utama?

Persendaan. Ketakutan. Kemerosotan. Ekskremen.

Okey. Kumpulan belajar.

Meeks cemerlang dalam Latin. Saya tak gagal dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, kalau nak...

- ...kita ada kumpulan belajar. - Baiklah.

Cameron pun tanya saya. Boleh dia sertai kita?

Apa kelebihan dia? Kaki bodek?

- Dia teman sebilik awak. - Itu bukan salah saya.

Oh, maafkan saya. Nama saya Stephen Meeks.

Oh, ini Todd Anderson.

- Selamat berkenalan. - Selamat berkenalan.

Charlie Dalton.

Knox Overstreet.

Abang Todd ialah Jeffrey Anderson.

Oh, ya. Sudah tentu.

Pelajar terbaik. Pemenang biasiswa National Merit.

Oh, hebatnya.

Selamat datang ke neraka.

Ia agak susah seperti yang diperkatakan,...

...melainkan awak genius seperti Meeks.

Dia suka memuji saya. Sebab itu saya ajar dia Latin.

Dan Bahasa Inggeris. Dan Trigonometri.

Masuk.

Ayah, saya ingat ayah dah balik.

- En. Perry. - Duduklah. Duduk.

Neil, saya baru berbual dengan En. Nolan.

Saya rasa awak ambil terlalu banyak...

...aktiviti kurikulum tambahan semester ini.

Saya memutuskan awak keluar daripada majalah tahunan sekolah.

Tapi saya penolong editor tahun ini.

Maafkan saya, Neil.

Tapi ayah, saya tak boleh.

- Itu tak adil. - Kalian.

Boleh tinggalkan kami sebentar?

Jangan sekali-kali kurang ajar dengan saya depan orang.

- Faham? - Ayah, saya bukannya...

Selepas awak habis belajar perubatan...

...dan boleh berdikari,...

...barulah awak boleh buat apa yang awak nak.

Sementara itu, awak dengar cakap saya.

- Faham? - Ya, tuan. Maafkan saya.

Awak tahu ini semua sangat bermakna bagi mak awak, bukan?

Ya, tuan.

Awak kenal saya, suka sangat sertai pelbagai aktiviti.

Macam itulah anak ayah.

Kalau awak perlukan apa-apa, beritahulah kami.

Ya, tuan.

Kenapa dia tak benarkan awak buat apa yang awak nak?

Ya, Neil. Beritahu saja dia. Bukannya susah sangat.

Oh, senangnya. Macamlah awak semua berani buat begitu?

Bakal peguam dan bakal pegawai bank?

Okey, saya pun tak suka juga.

Jangan ajar saya macam mana nak bercakap dengan ayah saya.

- Kalian pun sama saja. - Baiklah. Oh Tuhan.

- Jadi, apa awak nak buat? - Apa yang saya perlu buat.

Lupakan majalah tahunan sekolah.

Senang saja.

Mereka semua hanya sekumpulan pelajar yang suka mengampu Nolan.

Saya tak peduli. Saya langsung tak peduli.

Jadi, Latin?

- Pukul lapan di bilik saya? - Ya.

Todd, awak boleh sertai kami.

- Ya. Mari. - Terima kasih.

Perlahan sikit!

Perlahan sikit!

Pilih tiga eksperimen daripada senarai projek ini,...

...dan hantar laporan setiap lima minggu.

20 soalan pertama di akhir bab satu perlu dihantar esok.

- Agricolam. - Agricolam.

- Agricola. - Agricola.

- Agricolae. - Agricolae.

- Agricolarum. - Agricolarum.

- Agricolis. - Agricolis.

- Agricolas. - Agricolas.

- Agricolis. - Agricolis.

- Sekali lagi. Agricola. - Agricola.

Kelas Trigonometri memerlukan ketelitian.

Sesiapa yang tidak menghantar kerja rumah...

...akan dipotong satu markah dalam penilaian akhir tahun.

Biar saya ingatkan awak semua, saya tak main-main.

Hei, Spaz.

Kecederaan otak!

Marilah.

Ayuh.

- Mari kita pergi. - Ke mana?

"Oh Captain, my Captain."

Siapa tahu ia petikan daripada mana?

Ada sesiapa tahu?

Tak tahu langsung?

Ia daripada puisi Walt Whitman. Tentang En. Abraham Lincoln.

Dalam kelas ini, awak boleh panggil saya En. Keating,...

...atau jika awak lebih berani,...

"Oh Captain, my Captain."

Biar saya jelaskan beberapa khabar angin sebelum terlambat.

Ya, saya juga belajar di sini dan berjaya.

Dan, tidak. Pada waktu itu,...

...saya tidaklah sepandai sekarang.

Saya seorang budak kecil yang agak lembab.

Saya akan ke pantai,...

...dan orang akan membaling buku Bryon di muka saya.

Sekarang,...

...En. Pitts?

Itu nama yang agak pelik.

En. Pitts, mana awak?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left