The first 200 lines.
Maaflah.
Sekarang saya tiada kekuatan untuk berdepan dengan awak.
Saya sudah kehabisan tenaga.
Dengan cara awak yang agresif dan terburu-buru seperti itu...
manalah awak tak kehabisan tenaga?
Itulah!
Tapi...
kata-kata awak tadi tak salah.
Apabila awak mengenakan mereka tadi dengan berkata yang mereka tidak sedar diri, mata duitan dan mementingkan kuasa saja,
dan tanpa segan silu mempersendakan kelakuan buruk mereka,
atas keberanian awak itu,
saya dengan sepenuh hati ingin memberi tepukan gemuruh buat awak.
Apa yang awak cakap ni?
Sekarang, saya sedang memuji awak.
Macam mana?
Adakah awak rasa lebih baik?
Adakah awak sudah mendapat tenaga semula?
Tak langsung.
Tak cukup lagikah?
Awak nak saya mengangkat dan melambung awak ke udara?
Kalau awak betul-betul nak buat sesuatu untuk saya,
tolong ketuk kepala saya sekali.
Awak nak saya buat apa?
Ketuk kepala saya pun boleh, telinga saya pun boleh.
Mulut saya pun boleh.
Tak kisahlah di mana-mana pun.
Takkanlah...
awak sudah hilang ketegasan awak, jadi orang yang membosankan dan mula menyesal?
Sudah tentulah.
Selama saya berjalan sehingga sampai ke sini...
sudah beribu-ribu kali saya rasa menyesal.
Tapi,
kenapa dan apa
yang awak kesalkan beribu-ribu kali itu?
Awak masih tak tahu kenapa?
Saya...
hanyalah ahli sebuah parti kecil yang cuma terdiri daripada 2 wakil rakyat.
Kami parti yang tidak mempunyai sebarang kuasa
dan boleh dikatakan sebagai parti bebas.
Kalau bukan kerana FPP membiarkan kami menyertai mereka,
kami langsung takkan dapat berbuat apa-apa.
Selama ini pun kami sudah ditindas oleh GKP. Jadi berapa teruk lagi kami akan dikenakan sekarang?
Selama ini pun kami sudah ditindas oleh GKP. Jadi berapa teruk lagi kami akan dikenakan sekarang?
Secara jujurnya,
mereka ibarat batu besar,
manakala kami pula ibarat telur puyuh.
Begitulah besarnya jurang perbezaan kuasa kami.
Namun untuk mengetuk batu itu...
ia perlu dilakukan apabila benar-benar diperlukan, pada masa yang tepat dan dengan cara yang betul.
Saya tak tahu kenapa saya boleh jadi seperti orang bodoh dan bertindak melulu sebegitu tadi.
Kenapalah saya langsung tak dapat mengawal diri saya dan--
Kenapalah saya langsung tak dapat mengawal diri saya dan--
Hei, awak!
Awak yang meminta saya berbuat begitu, jadi saya cuma menunaikan hasrat awak itu.
Kalau ya pun, awak sepatutnya memberitahu saya terlebih dahulu.
Mari kita pergi minum di mana-mana.
Apa dia?
Dalam keadaan ini, saya rasa awak pasti nak minum-minum.
Kalau pun betul begitu,
kenapa saya nak pergi minum dengan awak?
Kerana sekarang saya sedang berdiri di hadapan awak,
dan awak juga sedang berdiri di hadapan saya.
2 orang yang masing-masing perlu pergi minum sedang berhadapan di antara satu sama lain.
Perlu ada sebab lain lagikah?
Kalau tak nak, sudah.
Jadi? Awak telah kehilangan mereka?
Saya memang telah kehilangan mereka sejak awal.
Apa yang awak berdua bincangkan?
Hari ini beberapa pemimpin parti dan ahli-ahli mereka kelihatan mencurigakan, jadi saya pun mengekori mereka...
tapi mereka telah dapat mengelakkan diri dengan pantas sekali.
Yakah?
Keputusan Mahkamah Perlembagaan tadi...
menunjukkan bahawa sekalipun kita menggunakan tipu helah, kita hanya perlu berjaya melakukannya untuk melepaskan diri.
Inilah salah satu contoh ketidakadilan.
Ya, Hui Seon.
Ya, Wartawan An.
Saya tidak tahu tentang itu.
Ya, semua itu cuma desas-desus.
Ada apa-apa berlaku, kah?
Ada sesuatu berlaku lagi, kah?
Bukan seperti yang awak berdua fikirkan.
Adakah kita nak tuang minuman sendiri atau awak nak saya tuangkan untuk awak?
Kita tuang sendiri.
Macam mana dengan gelas pula? Nak sentuhkan gelas kita atau tidak?
Boleh juga.
Kenapa? Apa halnya?
Saya sedang tertanya-tanya kenapa saya boleh berada di sini?
Puas saya berfikir untuk mencari jawapannya.
Sekarang, saya sedang tersadai di sebuah pulau yang terpencil,
tapi ada seorang lagi di situ selain saya.
Tapi orang itu ialah awak daripada banyak-banyak orang.
Saya pun fikir begitu juga.
Jadi kita tiada pilihan lain selain untuk bercakap antara satu sama lain.
Malangnya, manusia ialah makhluk yang perlu bercakap antara satu sama lain.
Malangnya begitulah.
Jadi disebabkan kita perlu bercakap, saya mahu bertanyakan sesuatu kepada awak.
Mengapakah awak nak hidup seperti ini?
Dengan hidup seperti ini,
membuatkan orang di sana sini naik marah, adakah orang lain mengambil tahu tentang itu?
Adakah rakyat mengambil tahu tentang itu?
Tak kisahlah sama ada mereka mengambil tahu atau tidak.
Kerana ini ialah kerja saya.
Saya bekerja keras untuk menjalankan tanggungjawab saya itu,
dan berusaha untuk terus mengikuti jalan yang saya pilih itu...
tapi apakah hasilnya? Karut betul.
Sejujurnya, setiap manusia bersikap tamak...
dan mereka mahu usaha mereka diiktiraf oleh orang lain.
Kalau tumbuh-tumbuhan pun akan tumbuh dengan cantik dan subur kalau kita selalu menunjukkan kasih sayang kepadanya.
Tapi apa yang kita dapat setiap hari hanyalah penghinaan tanpa henti.
Tak bolehkah mereka kata yang kita telah lakukan dengan baik dan dipuji atas segala kerja keras kita, jadi barulah--
Nampaknya saya pun sama juga kerana asyik naik marah saja setiap hari.
Saya juga tak buat apa-apa dengan baik.
Aigoo, pening betul.
Saya dah tak tahu apa yang sedang saya katakan sekarang.
Kalau begitu berhenti saja.
Macam awak?
Macam saya.
Kenapa?
Anggaplah yang saya tak mahu berada di tahap yang sama dengan awak.
Awak pula? Macam mana awak boleh jadi begini?
Maksud awak bagaimana saya boleh menceburi politik?
Sepanjang hayat saya...
itulah keputusan yang paling tidak rasional, samar-samar dan bodoh.
Boleh dikatakan itulah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan.
Awak tahu yang kita berdua ada satu persetujuan, bukan?
Kalau saya pergi, awak akan mengejar saya.
Saya berada dalam kawalan awak.
Semasa pilihan raya, saya pernah ternampak awak.
Boleh tolong berhenti sekejap?
Tetapi...
ada sesuatu yang lebih penting daripada itu.
Saya mahu bertanya kepada anda semua.
Mengapakah bidang politik kita
tidak kiralah sama ada orang ini ataupun orang itu, walau siapa pun yang memegang kuasa,
keadaannya tetap sama saja?
Kenapakah semuanya seolah-olah kembali ke belakang?
Semua ini disebabkan kesilapan dalam sistem tersebut.
Sistem yang digunakan sememangnya salah sejak awal lagi.
Saya mahu cuba mengubahnya.
Saya akan menghapuskan sistem tersebut,
dan membentuk satu sistem baru.
Jabatan politik yang jujur, jabatan pendakwaraya yang jujur dan juga--
Tak bolehkah puan-puan rendahkan suara sedikit?
Jabatan politik yang jujur, jabatan pendakwaraya yang jujur dan juga sistem yang jujur. Itulah janji saya!
Awak kelihatan seperti sedang berkempen untuk jawatan presiden daripada pilihanraya biasa.
Ketawalah sesuka hati awak.
Adakah semua itu satu pembohongan?
Kata-kata awak untuk menghapuskan sistem sekarang dan membentuk satu sistem baru.
Adakah semua itu cuma satu pembohongan?
Hidup ini tak semestinya akan berjalan sepertimana yang telah kita rancangkan,
saya rasa awak sudah cukup dewasa dan bijak untuk tahu tentang itu.
Awak ada cita-cita dan impian yang besar,
tapi ia tidak berjalan sepertimana yang awak mahukan.
Awak tidak sepatutnya mengulangi kata-kata saya dalam cara yang seperti itu, No Min Yeong.
Jadi macam mana dengan awak?
Adakah hidup awak sentiasa berjalan sepertimana yang awak telah rancangkan?
Adakah hidup awak sentiasa berjalan sepertimana yang awak telah rancangkan?
Tidak.
Hidup saya sering terpesong daripada apa yang saya rancangkan.
Tapi saya tak rasa ia seteruk saya.
Hidup yang saya rancangkan...
tidak pernah merangkumi sesuatu seperti menjadi umpan untuk satu rancangan licik ataupun dihentak di kepala dengan alat pemadam api oleh seorang wanita.
Pendek kata,
awak telah menjadi pembolehubah terbesar dalam hidup saya.
Begitu rupanya.
Awak--
Maafkan saya.
Cuma, tiba-tiba saya terasa yang kita berdua amat kasihan.
Awak jenis yang akan menangis?
Mabuk kemudian menangis, itulah yang paling teruk. Saya tak boleh tahan dengan itu!
Ya... saya memang begitu.
Saya jenis orang yang awak tak boleh tahan itu.
Setiap kali saya minum alkohol, air mata saya akan mengalir seolah-olah ada kebocoran di mata saya.
Awak dah mabuk?
Rasanyalah.
Macam mana...
awak boleh tiba-tiba mabuk tanpa ada sebarang tanda-tanda dulu?
awak boleh tiba-tiba mabuk tanpa ada sebarang tanda-tanda dulu?
Entahlah.
Kalau mereka memanggil diri mereka ahli politik, mereka patut buat seperti ahli politik.
Setiap kali bertemu, mereka cuma akan berkelahi antara satu sama lain.
Namun apabila tiba waktu di mana mereka saling memerlukan,
mereka akan berkelakuan seperti kawan baik yang sanggup melakukan apa saja.
Kawan baik kononnya.
Hei, awak tak faham bahasa Korea, bukan?
Tak, saya tak faham.
Betul, mestilah awak tak faham.
Kedudukan sebagai wakil rakyat ini bukanlah sesuatu yang tetap.
Tempoh 4 penggal itu terasa pendek seolah-olah seperti jangka hayat lalat saja.
Tapi, awak betul-betul tak faham bahasa Korea?
Saya betul-betul tak faham.
Yalah... semuanya sudah busuk.
Itulah masalahnya dengan sistem politik Korea Selatan.
Siapa pula tu? Aduhai.
Hei, boleh tolong ambilkan telefon bimbit saya?
Macam mana awak boleh faham setiap apa yang saya cakap?
Ya, Wartawan An. Ada apa awak telefon saya?
- Awak lapang untuk bercakap sekarang? - Sudah tentulah saya lapang untuk bercakap sekarang.
Kalau tak pun, saya tetap akan bercakap juga kerana awak yang menghubungi saya.
Oh ya, adakah Pengerusi An, bukan, adakah ayah awak sihat?
No comments yet. Be the first to leave one.