The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Awak tahu kenapa saya datang, Eric?
Ibu bapa awak hubungi saya sebab mereka risaukan awak.
Apa yang berlaku?
Awak boleh percayakan saya. Saya dah tolong budak macam awak.
Ramai lagi budak macam saya?
Sudah tentu.
Hei, biar saya teka…
Awak sedih sebab awak terpaksa tinggalkan rumah lama dan sekolah awak. Betul?
Eric, memang logik awak marah.
Saya pun tak suka berpindah.
Tapi rumah ini sangat cantik.
Tak lama lagi awak akan ada kawan baharu dan keadaan akan kembali normal.
Beritahu saya, kenapa susah awak nak tidur malam?
Saya selalu terjaga.
Siapa kejutkan awak?
Suara.
"Suara"? Ibu bapa awak?
Apa suara ini cakap pada awak?
Adakala mereka minta saya melukis.
Eric, awak dengar mereka sekarang?
Ya.
Apa mereka cakap?
Saya tak boleh beritahu.
Kenapa dengan dia?
Imaginasinya jelas.
Dan suara yang bercakap dengannya?
Anak awak anak pintar yang terpaksa
biasakan diri bermain dan berbual sendiri. Itu saja.
Insomnianya pula?
Sara beritahu saya awak berdua beli dan jual rumah.
Ya, betul. Kita ubah suai.
Ia mungkin disebabkan ketakstabilan berpindah randah.
Itu boleh jadi punca kegelisahan dan masalah tidurnya.
- Masuk akal juga. - Ya.
...kemungkinan hujan.
Awan dan suhu lebih sejuk minggu ini di kawasan lain.
Ada medan yang datang dari Algeciras yang akan membawa hujan
ke selatan Sepanyol.
Tak guna.
Ayah, dengar tak? Over.
Ayah di sini.
Awak kena cakap "over".
Over.
Ayah di sini. Over.
Boleh keluarkan bola saya dari kolam?
Ia jatuh lagi. Over.
Baiklah. Over.
Baguslah awak tunggu, Eric.
Ayah tak suka awak masuk sendirian.
Jika ia jatuh lagi, beritahu ayah. Okey?
- Itu untuk apa? - Ini?
Pernah dengar wabak?
Seperti lalat yang tinggal di pendiang saya?
Saya tak rasa ia cuma di situ. Tapi jangan cakap dengan mak awak.
Mati ayah jika mak tahu usia rumah ini.
Eric!
Eric, masa mandi!
Ayuhlah, si lembab.
Cuba ambil daripada ayah.
Ayuh!
Dia benci awak…
Awak masih belum cuci rambut?
- Sudah. - Ayuh, dongak kepala.
Apa ini?
Eric, awak main dengan kucing? Apa mak cakap?
Usah dekati mereka! Nanti kena penyakit.
- Mak. - Ada apa?
Ada apa?
Betulkah ayah benci saya?
Siapa cakap benda karut itu?
Mak tanya soalan, Eric.
Ayah.
Ayah beritahu awak? Bila?
Melalui walkie .
Jangan tipu mak, Eric.
Ayah sangat sayangkan awak.
Awak pun tahu.
Betul tak?
Ayuh, masa untuk makan malam.
Nombor awak ada dalam kenalan saya dan saya tak tahu…
Awak bersama seorang lelaki.
Germán Domingo ada bersama kita
hari ini kerana beliau ada buku baharu. Tajuknya…
Sounds from The Great Beyond.
Bagaimana nak tahu jika EVP itu betul?
Suara itu datang dari tempat yang penuh kesakitan.
Percayalah, apabila awak dengar EVP sebenar,
awak takkan lupa.
Berapa banyak EVP yang awak dah analisa itu benar?
Tak banyak. Hampir tiada.
Kebanyakannya datang daripada orang.
Suara dari jalanan atau televisyen jiran.
- Dani? - Ya?
Ada awak marah Eric atau cakap sesuatu padanya?
Tak ada. Kenapa?
Tak apalah. Lupakan saja.
...dalam bentuk gelombang. Kita masih belum tahu.
Pakar psikologi dah cakap, sayang. Tak ada apa-apa yang serius.
Saya pasti dia akan lupakannya selepas berkawan di sekolah.
Ada kala dia cakap sesuatu…
Saya tak tahu.
Saya rasa dia marahkan saya.
Saya akan cuba susun dan luangkan masa untuk bersamanya.
Baguslah.
Jangan risau.
Tak guna.
Pagar tak guna.
Bukan sekarang. Biarlah saya tidur. Saya sangat penat.
- Kenapa, sayang? - Tolong!
Bertenang. Tak apa.
Tolong!
Eric, bertenang. Tak apa.
- Tolong! - Kenapa? Tak apa.
Eric?
Kenapa?
- Eric? - Saya tak tahu.
Mari sini.
Tak apa. Semua okey.
Itu cuma mimpi ngeri. Itu saja.
Dani… Tangan awak.
Tak guna.
Rumah ini menjijikkan.
Tak guna.
- Apa awak buat di sini? Apa berlaku? - Dia dibuang sekolah.
- Apa awak buat? - Tiada apa.
Apa maksud "tiada apa"?
Dia keluar kelas, menyorok di dalam almari, dan gigit pengetua yang dekatinya.
Awak fikir itu biasa?
Kenapa buat begitu, geng?
Mulai esok, Dr. Carol akan datang setiap hari.
Doktor dah mati.
- Siapa cakap hal mengarut ini? - Suara itu beritahu saya.
Baik, pergi ke bilik. Siapkan kerja sekolah. Ayuh.
Saya tak boleh uruskan sendirian, Dani.
Maaf. Saya amat bersimpati.
Jika ada apa yang kami boleh buat, cuma…
Saya faham.
Baiklah. Selamat sejahtera.
Apa yang terjadi?
Keretanya terbabas tak lama lepas keluar dari sini.
Bagaimana dia tahu?
- Bagaimana dia tahu? - Mereka beritahu dia di sekolah, agaknya?
Kenapa dengan dia?
Saya tak tahu.
Boleh saya masuk?
- Ini sandwic awak. - Saya tak lapar.
Awak perlu makan sesuatu. Ayuh.
Hei, Eric. Sebelum ayah masuk bilik awak malam tadi…
awak bercakap di walkie , bukan?
Dengan siapa?
Awak.
Saya tak berbual dengan awak.
Ia suara awak.
Ayuh, habiskan sandwic awak.
Saya gilakah, ayah?
Kenapa pula awak gila, anak bujang?
Awak agak keliru sebab…
berpindah dan berserabut. Itu saja.
Saya tak suka rumah ini.
Awak nak rumah yang ada kolam, bukan?
Saya tak nak berenang di sana. Apa kata kita pindah ke tempat lain?
Sehingga ayah dan ibu ubah suai tempat ini, kita tak boleh jual. Jadi…
Ingat berapa banyak kita dapat dengan yang terakhir?
- Kita buat duit. - Betul.
Kita buat duit.
Mak masih marahkan saya?
Nanti mak lupalah. Jangan risau.
Ayuh, makan.
Dani…
Dani.
Pintu pagar ke kolam.
Ada sesiapa di sana?
Ayuh, dah lewat untuk bermain.
Sungguh, lagi?
Eric!
Eric!
Eric!
Eric!
Eric!
Betul awak tak nak ikut saya?
Beberapa hari jauh dari rumah ini akan menenangkan.
Saya perlu selesaikan ubah suai segera.
Kirim salam pada mak ayah awak, ya?
Apa rancangan awak untuk rumah ini?
Entahlah, Sara.
Sekarang, tak ada.
Saya tak boleh tinggal di sini.
Jadi, apa usul awak?
Saya tak pasti jika awak sedar…
kita laburkan semua wang kita di sini… Semuanya, Sara.
Jaga diri.
Ayuh, lari atau kita akan basah.
Saya suka rumah ini!
Hebat, bukan? Hebatnya.
Besarnya!
Ayuh.
- Wah! Besarnya! - Ya, tapi banyak perlu dibaiki.
Boleh kita tinggal di sini?
Ya, buat seketika. Kita tengok saja nanti, okey?
No comments yet. Be the first to leave one.