The first 200 lines.
Sub bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==
("Mencari Tahi Bintang di Tengah Gurun".)
(Semua watak, organisasi, tempat, dan peristiwa adalah rekaan.)
- Apa semua ini? - Ini bola golf, betul?
Apa yang sedang berlaku...
Banyak aduan telah dilaporkan,
tapi nampaknya semua itu tidak sampai kepada awak,
jadi saya telah sediakan acara di mana awak boleh alaminya sendiri.
Secara peribadi, awak abaikan aduan...
seorang wanita tua yang tinggal bersendirian,
dan di khalayak ramai,
awak bawa warga tua ke atas pentas untuk cuci kaki mereka.
Adakah itu jenis layanan aktif dungu yang sangat digemari...
oleh Pejabat Daerah Mawon-gu?
(Layanan aktif Ketua Won So Jung, Mencuci Kaki Warga Emas)
(Mawon-gu, tempat tinggal yang bahagia dan hebat)
- Oh, tidak. - Dia sedang buat apa?
Adakah dia sudah hilang akal?
Oh Tuhan!
Oh Tuhan.
(Era Istimewa Mawon, Penduduknya adalah ketua.)
Pukulan tepat.
Sasaran saya yang seterusnya...
adalah awak, ketua.
Oh Tuhan.
Saya beritahu awak bahawa...
ini adalah acara ringkas untuk buat awak alaminya.
(Mawon-gu, tempat tinggal yang bahagia dan hebat)
Saya percaya bahawa awak, Ketua Won,
akan buat keputusan yang bijak.
Saya menantikannya.
Saya sangat ketakutan.
Oh Tuhan...
(Mawon-gu, tempat tinggal yang bahagia dan hebat)
Ketua.
Saya sudah beritahu awak dia adalah...
orang kurang siuman yang paling teruk.
Beberapa hari lepas, dia telah datang ke lapangan golf itu.
Saya sudah nasihatkan dia, tapi...
Jika awak sudah tahu dia akan bawa masalah,
sepatutnya awak laporkan kepada saya!
Walaupun jika saya laporkannya kepada awak,
kita pasti tidak boleh halang penghinaan hari ini.
Cerita tentang...
apa yang telah berlaku hari ini tidak boleh tinggalkan bangunan ini.
Pastikan semua orang tutup mulut mereka.
Baiklah.
Oh Tuhan.
Ketua Won.
Kenapa?
Cik Goo ada di sini.
Jadi begini rupanya pejabat ketua daerah.
Awak, bukan? Awak yang lakukannya.
- Saya buat apa? - Awak tahu saya cakap tentang apa.
Semalam, awak datang kepada saya...
Pukul enam.
Ia sepatutnya berada di situ.
Itu juga di sana.
Apa yang awak mahu?
Baiklah, sebenarnya...
Ada kawan saya yang sedang menghadapi masalah...
dengan sebuah aduan.
Awak sudah lama bekerja di pusat perkhidmatan.
Awak rasa ada apa-apa yang kami boleh lakukan?
Saya telah bekerja di pusat perkhidmatan...
sejak daripada hari pertama saya bekerja.
Sebenarnya ada satu perkara tentang aduan.
Berbanding daripada 100 orang melaporkan aduan,
satu aduan daripada 100 individu adalah jauh lebih berkesan.
Petisyen penduduk...
sering menjadi pencetus kepada perhimpunan atau protes.
Ketua kita...
terpaksa menanggung akibat yang teruk...
kerana mengabaikan protes Sammart.
Semenjak itu, Ketua Won telah berikan lebih perhatian.
Zaman sekarang, jika awak gunakan Internet,
awak boleh laporkan 100 aduan dalam masa yang singkat.
Awak tidak rasa yang Se Ra...
akan pergi dan lakukan seperti apa yang saya cadangkan?
Saya rasa menjelang saat ini,
mereka pasti sedang bincangkannya.
Apa?
Cik Goo.
Awak ada bakat yang sangat mengagumkan...
dalam mengejutkan orang lain.
Berbakat dalam sesuatu perkara memang bagus.
Awak sangat sibuk, jadi saya telah aturkan sebuah acara...
Saya boleh laporkan awak kepada pihak polis sekarang juga.
Jadi saya akan bercakap dengan pantas sebelum awak lakukannya.
Wanita tua itu bukan satu-satunya orang yang telah mengadu tentang...
lapangan golf Jeongeui-dong itu.
Saya telah sambungkan petisyen penduduk itu...
kepada laman web komuniti mereka.
Mari kita lakukannya secara sah dan telus.
Namun begitu, Gong Myung,
jumpa awak esok pada jam enam pagi.
Sekolah Tinggi Jeongeui, institusi, kompleks pangsapuri...
semuanya mengadu tentang lapangan golf itu...
yang beroperasi sehingga lewat malam.
Lampu limpah yang terang serta bunyi bising...
Cuba awak lihat ini.
Ini adalah petisyen penduduk atas talian.
Saya cakap saya akan selesaikannya,
dan ibu bapa semua pelajar telah menyokong saya.
Apa sebenarnya...
yang awak mahukan?
Satu, pampasan kewangan dan bantuan...
untuk mereka yang cedera.
Dua, pertemuan untuk membincangkan tentang lampu...
dan garis panduan pencemaran bunyi.
Tiga, dan ini yang paling penting.
Permohonan maaf ikhlas daripada orang yang bertanggungjawab...
di Pejabat Daerah Mawon-gu.
Orang yang bertanggungjawab?
Baiklah. Saya akan arahkan ketua pusat perkhidmatan...
Tidak.
Awaklah orang yang bertanggungjawab di Pejabat Daerah Mawon-gu.
Ketua yang patut bertanggungjawab ke atas segala-galanya,
bukannya orang suruhan mereka.
Jadi bagaimana semuanya?
Apa?
Dia akan buat pengumuman sebelum tengah hari esok.
Oh Tuhan,
berjalan ke pejabat dia rasa seperti berjalan ke rumah sembelihan.
Awak telah beritahu dia dengan betul?
Awak tidak terlupa dialog awak dan telah merepek?
Adakah awak percayakan otak awak dan menghafal segala-galanya?
Tapi saya juga...
telah tuliskan kesemuanya.
Ada apa-apa cara untuk singkirkan Goo Se Ra?
Oh Tuhan.
Melakukannya semasa penduduk sedang tandatangan petisyen...
akan memakan diri awak.
Jangan bakar rumah awak hanya kerana awak mahu halau pepijat.
Pepijat tidak guna itu.
Saya benar-benar mahu bunuh dia,
walaupun itu bermaksud saya perlu bakar rumah saya.
Baiklah. Saya faham.
Terima kasih.
Awak tahu sesuatu?
Apa pendapat awak tentang hal ini, Encik Kim?
Apa kata jika awak gunakan...
kuasa awak sebagai ketua dan batalkan permit lapangan golf itu?
Itu bukan salah satu daripada tuntutan Goo Se Ra.
Awak rasa pemilik lapangan golf itu tidak akan membantah?
Bagaimana jika awak bertemu dengan pemiliknya dan buat perjanjian...
sebelum awak batalkan permit itu?
Jeongeui-dong sedang bercita-cita untuk menjadi sebuah bandar pintar.
Jadi, jika awak berjanji untuk tetapkan kawasan itu...
sebagai kawasan komersial melalui perancangan bandar,
Saya pasti pemiliknya akan berpuas hati.
Awak tidak akan kehilangan pengundi atau kepercayaan.
Saya percaya ini adalah pilihan terbaik.
Sudah tentu, awak boleh tekankan...
yang awak sedang laksanakan ikrar awak.
Mereka akan nampak kebaikan diri awak.
Saya akan gunakan kuasa saya sebagai ketua...
dan merancang untuk batalkan permit lapangan golf...
di Jeongeui-dong.
Selain itu, saya berjanji akan memberi pampasan...
kepada mangsa dalam bentuk kewangan dan mengikut prinsip.
Saya akan lakukan yang terbaik untuk melihat perkara ini...
dengan lebih teliti.
Saya rasa gembira kerana awak telah sembuh dengan cepat.
Oh Tuhan, awak telah datang sehingga ke sini.
Saya tidak tahu apa yang saya patut katakan.
Saya yakin awak akan rasa lebih baik tidak lama lagi.
- Terima kasih. - Sudah tentu.
- Boleh awak pandang ke sini? - Terima kasih.
Dalam satu, dua, tiga.
Biar saya ambil satu lagi.
Dalam satu, dua, tiga.
Terima kasih.
- Saya akan datang melawat lagi. - Baiklah.
Oh Tuhan, awak layak jadi presiden.
Selamat tinggal.
Hei.
Bawakan bakul buah dan topi keledar itu untuk saya.
- Mari pergi, puan. - Mari pergi.
- Mari kita ambil. - Dia mahu kita bawakannya.
Pegang bahu saya.
Hati-hati.
Selamat tinggal.
Ambil ini.
Saya tidak menolak barang percuma.
Terima kasih.
Ini adalah makan malam pasukan.
Akhirnya ia adalah makan malam pasukan!
Terima kasih.
Terima kasih banyak!
Begini?
Oh Tuhan. Dia boleh timbulkan banyak masalah.
Itu bukan apa yang kita lakukan zaman sekarang.
Awak mengenali saya?
Jika Encik Kim nampak kita, dia akan salah faham.
Adakah saya patut telefon dia?
Hei, itu telefon saya.
Dia tidak menjawab.
Dia tidak jawab panggilan saya walaupun semasa kami bersama.
Mustahil dia akan menjawabnya sekarang kerana kami sudah berpisah.
No comments yet. Be the first to leave one.