The first 197 lines.
Awak tidur tak semalam?
Bolehkah saya tidur lena selepas saya berjumpa keluarga saya?
Awak tahu, masalahnya?
Awak suruh saya cari punca utamanya.
Tapi saya tak sangka awak tiba-tiba datang ke sini.
Begini,
saya mahu selesaikan kerja rumah seumur hidup saya ini.
Terima kasih kerana ikut saya. Saya hargainya.
Saya juga gembira awak sempat balik ke Korea.
"Saya rindukan awak."
"Saya rindukan awak."
Hei, apa bezanya kedua-dua ayat ini?
Awak kata, "Saya rindukan awak," untuk menggambarkan kerinduan awak
apabila awak belum bertemu dengan orang itu.
Apa?
Begini,
"Saya rindukan awak" adalah pesanan kerinduan yang mendalam,
biasanya diucapkan ketika orang bertemu setelah sekian lama.
Awak betul.
Kalau begitu,
saya hanya perlu berlatih menyebut,
"Saya rindukan awak."
"Saya rindukan awak."
"Saya rindukan awak."
Tapi pertemuan ini mungkin bukan pertemuan yang ceria.
Awak nampaknya menaruh harapan yang tinggi dan itu merisaukan saya.
Saya akan baik-baik saja.
Saya akan terima mak saya seadanya.
Dr. Kang.
[ Woo-yeon. Saya di depan Hotel Hyatt sekarang. ]
Di sini.
Baiklah.
Maaf saya terlambat.
Bagus rasanya kalau awak beritahu saya awal-awal.
Ada apa?
Mesti awak lapar.
Awak nak singgah ke sini?
Ya. Kami selalu makan di asrama.
Begitu rupanya.
Tapi apa pun, awak pasti boleh dilihat bersama saya di sini?
Macam mana kalau ini menyebabkan khabar angin tentang awak tersebar?
Kawan saya pemilik restoran ini. Kita akan selamat di sini.
Kita saja pelanggan mereka di sini.
Begitu rupanya.
Saya tak pasti jika awak akan menyukainya.
Kami tambah sos istimewa yang kami buat sendiri di restoran pada salad.
Awak mungkin sukakannya.
Okey. Terima kasih.
Terima kasih.
Beritahu saya kalau awak perlukan apa-apa.
Baiklah.
Apa?
Apa awak cakap?
Kita pernah berjumpa sebelum ini.
Aduhai. Bila? Di mana?
Di kedai buku lama semasa hujan turun.
Di kedai buku lama semasa hujan turun?
Begitu rupanya. Kedai buku yang sering dikunjungi ayah saya.
Awak ada di kedai buku ketika itu?
Saya rasa ayah saya ada di sini.
Peliknya. Saya tak ingat jumpa awak di sana.
Ada sesuatu yang berlaku antara kita tempoh hari?
Tidak. Tiada apa yang berlaku.
Jadi kenapa awak tak pernah cakap tentang itu sebelum ini?
Saya nak awak kenal saya dulu.
Begitu rupanya.
Makanlah.
Baiklah.
Dia masih tidurkah?
Apa?
Adakah ini Hotel Hyatt?
Boleh awak beritahu saya jika Cik Kang Sun-ju dah mendaftar keluar?
Tak. Saya tak dapat hubungi dia sekarang.
En. Yoon.
Awak nak ke mana?
Telefon awak dimatikan. Ke mana kamu berdua pergi?
Apa?
Mati rupanya. Awak telefon saya?
Saya dah suruh awak balik awal. Awak dah lupakah?
Betul. Maafkan saya.
Jangan menjerit pada Dr. Kang.
Saya pergi jemput dia tanpa memberitahunya.
Kenapa awak buat begitu?
Perlukah saya minta izin awak?
- Apa? - Aduhai.
Tiada apa-apa. Kenapa kamu berdua buat kecoh? Pergilah masuk.
Tiada apa-apa?
En. Yoon.
En. Yoon. Maaf saya terlambat.
Ada hal pentingkah pagi tadi?
Nampaknya awak berdandan untuk pertemuan penting dengan Woo-yeon.
Bukan begitu.
Dia datang jemput saya tanpa memberitahu saya.
Jadi, kami hanya pergi makan. Itu saja.
Tae-in! Awak nak kami buat apa dengan ini?
Yoo-chan.
Apa itu?
Entahlah. Dia nampak lain pagi ini.
Dia tak nak makan atau buang ini. Aduhai.
Saya rasa cubaan bunuh dia gagal.
Aduhai.
[ Dalam tidur kita, otak kita menyelesaikan masalah ]
[ Dalam erti kata lain, tidur adalah waktu untuk fikiran… ]
Dr. Kang Sun-ju?
Kenapa awak telefon saya pada waktu begini, Woo-yeon?
Saya nak tanya sesuatu.
Boleh awak beritahu bagaimana pada awalnya En. Moon mendengar tentang Dr. Kang?
Selepas Tae-in pengsan,
Profesor Jung memperkenalkan dia kepada En. Moon.
Awak kata kita perlu merahsiakan
bahawa Dr. Kang berada di Korea.
Betul. Kami juga mahu merahsiakan keadaan Tae-in.
Tapi kenapa Dr. Kang mahu keberadaannya di Korea dirahsiakan?
Saya tak pasti. Dia hanya bekerja dengan klien VIP.
Jadi, mungkin dia harus merahsiakannya selagi boleh.
[ Tapi kenapa tiba-tiba saja awak tanya saya soalan itu? Ada sebarang masalah? ]
Tidak. Terima kasih.
Kalau betul dia Kang Sun-ju yang sebenar,
siapa Dr. Kang di sini?
Saya letak sesudu madu ke dalam susu.
Ini akan membantu awak untuk tidur.
Okey. Tinggalkan saja di sana dan keluar.
Saya tak tahu
awak tunggu saya untuk bersarapan dengan makanan yang awak masak.
Saya buat sarapan untuk awak? Saya tak pernah buat begitu.
Maafkan saya.
Usaha untuk membuat susu madu tak sama dengan usaha awak
dalam menyediakan nasi goreng kimchi. Tapi saya harap…
Sekejap.
Nasi goreng kimchi?
Tunggu. Bukan?
Jadi, adakah itu kimchi jeon?
Kimchi jeon?
Begitu rupanya. Itu bukan kimchi.
Ia memang nampak macam kimchi.
- Bubur kimchikah? - Telur hancur!
Macam mana awak boleh fikir…
Macam mana awak boleh kata ia kimchi?
Tak mungkin. Itu telur hancur?
Saya dah agak. Awak masak sarapan untuk saya.
Keluar. Saya sibuk.
Boleh awak masak lagi lain kali?
Saya nak rasa.
Saya sibuk.
Baiklah. Saya akan keluar.
Oh, ya. Sekejap.
Boleh tak awak tutup pintu apabila awak keluar nanti?
Syukurlah dia tidur nyenyak.
Kita patut cuba terbitkan album single kita pada awal tahun depan.
Bila lagu-lagunya akan siap?
Ada tema yang awak fikirkan?
Saya masih berfikir.
Sebenarnya, Eddie buat tawaran untuk bekerja dengannya dalam sebuah projek.
- Eddie. Maksud awak, Eddie Raymond? - Awak seriuskah?
Aduhai. Saya bangun dengar lagu dia pagi ini.
Ga-on, awak dengar lagunya di bilik mandi sepanjang masa.
Saya setuju.
Dia seorang penerbit popular sekarang, jadi, saya dengar lagu-lagunya. Itu saja.
Saya akan fikirkan.
Macam mana keadaan Tae-in kebelakangan ini?
Dia perlu mula buat album barunya tak lama lagi.
Saya cuma mahukan perkembangan terbarunya.
Begitu rupanya.
Dia tak menunjukkan sebarang simptom selepas Konsert Green.
Kebelakangan ini dia tidur dengan lena.
Begitukah? Aduhai.
Bulan yang awak janjikan untuk tinggal bersama mereka hampir berakhir.
Jadi, saya risau.
Dia akan okey selepas awak pergi, bukan?
Betul. Dah hampir sebulan.
Serius. Awak sangat bagus. Awak sangat bagus dalam kerja awak.
Masuklah.
En. Moon.
-Ini dia. - Aduhai. Lihatlah siapa yang datang.
- Awak datang, Nina. - Ya.
Aduhai.
Saya rindukan awak.
- Semuanya berjalan lancar? - Sudah tentu.
Bagus. Awak dah makan?
Awak tak boleh bau kimchi jjigae pada badan saya?
Saya suka makanan Korea.
Saya memakannya sebaik saja mendarat di Korea.
Bagus.
Saya tak tahu awak ada pelawat. Siapa dia?
Dia ialah…
Saya? Saya pengurus baru LUNA. Nama saya Kang Sun-ju.
Ini artis kita, Nina.
Aduhai. Awak tentu ada banyak kerja kalau awak uruskan LUNA.
Tae-in itu cerewet sangat, bukan?
Ya.
Tak. Langsung tak.
Awak patut jaga dia.
Tapi apa pun, mana budak-budak itu?
Mesyuarat kita tamat di sini.
Saya akan beritahu Eddie yang kita pertimbangkan tawaran itu dengan positif.
- Terima kasih kerana luangkan masa. - Terima kasih.
Ikut sini.
No comments yet. Be the first to leave one.