The first 200 lines.
Halo tuan, saya lihat kamu ada masalah!
Adakah kamu tidak ada wang ???
Atau kamu ditinggalkan oleh seorang gadis !?
err .. saya telah berhutang kepada tuhan kerana keputusan peperiksaan saya cemerlang.
Oh benarkah! Tunggu sekejap ya.
Bro, tengok sana, satu lagi kes putus cinta
Kamu kelihatan lebih bagus daripadanya di awal pagi ni
Bagaimana kamu tahu saya ditinggalkan oleh seorang gadis?
Saya sudah biasa dengan kes-kes seperti ini.
Kami melihatnya setiap minggu.
Kami menanggung banyak kerugian daripada gadis spesis ini!
Kamu risau tentang perniagaanmu,
tiada siapa peduli tentang penderitaan kami!
Kenangan ditinggalkan kekasih kamu pernah alaminya?
Dalam kes saya, tidak ada seperti ditinggalkan kekasih!
20 tahun yang lalu, saya telah berkenalan seorang gadis ...
perasaan cinta belum lagi berputik ketika itu,
tapi seorang gadis ni yang ...
telah menjadi isteri saya dan saya akan ingatnya sehingga mati!
tidak perlu dikenang kenangan dulu, hadapinya dengan semangat baru.
Oh! Jadi kisah cinta pertama kamu adalah kisah perkahwinanmu
Yeah! Cerita cinta saya berakhir ketika ia bermula!
Dalam kes saya, di akhir setiap kisah cinta, akan ada orang baru!
seperti tempat duduk di dalam bas!
jika seseorang bangun, ada yang lain yang bersedia untuk duduk!
Tuan, ingin gaya simple atau ingin gaya apa?
Gaya masa kini.
Untuk melupakan masa dulu,
dan mulakan buku yang baru!
Adakah kenangan ditinggalkan kekasih masih menghantuimu?
Saya ingin, seperti dalam filem, berlaku kemalangan ...
...kemudian hilang ingatan dan ingatan saya dapat dipadamkan.
Bangun tuan!
Ada penyelesaian untuk masalah kamu.
Kamu akan merosakkan otak saya !?
Kamu ikut saya, kamu akan tahu nanti!
Jangan risau, marilah.
Saya tak mandi lagi ni. Ok tak?
Mari, mari.
Saya akan bawa orang lama, kamu tunggu di sini!
Bos, ke mana kamu bawa saya ni?
Kejutan tuan! Kamu tunggu di sini. Saya akan bawanya ke mari.
Tuan, tuan, apa yang kamu buat? Tengah buat apa tu.
-Maaf bos. -Takpe, tunggu di sini.
Di kawasan sampah ini, kamu tidak tahu apa yang jatuh dan apa yang ada di dalamnya!
Gambar siapa ni?
Orang yang ingin melupakannya!
Saya tidak faham!
Ah! Jadi kamu membawa harta karunmu ya!?
Ya, letaknya di sini! Ahyoo, ada banyak habuk.
Lelaki tua ini adalah paling senior di kalangan semua sampah di sini!
Apa sahaja barang yang tidak perlu. Semuanya berada di tempat ini.
Saya tiada barang nak buang bos. -Kamukan nak lupakankan kekasihmu, bukan?
Lelaki ini ada minyak khas. Kamu akan diurut olehnya
Kamu akan melupakan segala-galanya, buat selamanya.
Jangan risau, semuanya akan baik! -Bos, kamu berjenaka atau apa!
Lelaki tua! Lakukan terbaik, beri urutan istimewa.
Jumpa saya selepas kamu selesai nanti. selamat tinggal.
Tak mahu.
Saya tidak tahu mengapa saya terpesona melihat itu,
Mata saya seperti melihat permainan video
Saya ingin tahu lebih dekat lagi!
Saya mula membongkok dan merenung
Tiba-tiba, saya melihat wajah budak perempuan itu!
Saya tidak sedar, saya telah diperhatikan oleh semua yang ada dalam kelas.
Saya mahu balik, saya mahu balik.
Benda apa ini?
Subang!
Katakan "subang"
Saya juga mahu!
Ini hanya untuk budak perempuan, Vishal!
Tengok reaksimu tu.
Vishal, kamu? Vishal?!!! Vishal?!!!
24 bahagi 6 berapa?
Sudah tentu saya tidak tahu jawapannya. Saya tidak tahu apa itu bahagi.
Berdiri di situ, berpura-pura seperti saya memikirkan jawapannya
Budak perempuan itu menggerakkan tangannya di atas meja, dan kemudian menunjukkan empat jarinya
Saya tertanya-tanya mengapa???
Jari-jarinya sangat bersih dan cantik
Saya melihat jari saya.
Saya dalam keadaan bingung, tiba-tiba.. -4. Bagus Vishal. Jangan takut nak bercakap.
Murid-murid tepuk tangan kepada Vishal.
Saya tidak sedar saya telah menjawab soalan itu!
Vidya? Vidya?!!!
Tidak hadir, cikgu.
Vidya tidak hadir selama beberapa hari.
Tiada siapa tahu apa sebabnya.
Setiap hari guru akan memanggil namanya
dan saya akan menjawab 'tidak hadir' tanpa gagal!
-Vishal? -Tidak hadir cikgu.
Diam, diam.
Vidya? -Tidak hadir cikgu.
Hadir cikgu.
Pada masa itu, saya tidak tahu pasal patah tulang
Saya fikir Vidya telah kehilangan lengannya buat selama-lamanya!
Dia tidak pernah memakai subang pada hari itu!
Vidya, kamu tak boleh tulis, takpe. Nanti tiru nota kawan kamu ya?
Saya berasa sangat sedih kerana Vidya tidak boleh menulis
jika dia tidak menulis, bagaimana dia akan belajar dirumah
Ketika seperti ini, kami sebagai lelaki melakukan perkara yang sukar dipercayai!
Pada hari itu, semua subjek, saya hanya menulis untuk Vidya.
Ma, saya lapar saya nak makan.
Kenapa kamu tidak menulis apa-apa dalam buku ni?
Apa yang kamu buat dalam kelas?
Kamu tetap di situ ... hei Vishal .. Berhenti!
Pengetua memutuskan untuk menghukumku dengan lebih berat.
semua kemarahan dia kepada isterinya dia lemparkan kepadaku!
Saya seolah-olah melakukan kesalahan besar baginya. Jadi saya merelakan saja dia memukulku!
Kamu semua berhenti, tiada ruang lagi untuk ditulis
Tiada ruang kosong, nak tulis kat mana?
Kelas tahun tiga pun berakhir!
Entah bagaimana saya berjaya mendapat tempat kedua dalam kelas
Vidya masih berdiri di pintu pagar.
Untuk kali pertama saya melihatnya dengan pakaian berwarna.
Dia memakai baju dan sumbang berwarna merah jambu.
Dia mendapat tempat pertama dalam kelas.
semua nota yang saya tulis untuknya pastinya telah membantunya.
Saya sembunyikan kad keputusan saya.
Dia memberiku coklat dengan cinta
Ayahku mendapat kenaikan pangkat daripada menjual pembersih vakum kepad menjual akuakultur.
Kami terpaksa berpindah dan juga bertukar sekolah.
Saya tidak pernah melihat Vidya lagi!
Ayah .. berhentikan motor .. berhenti!
Vishal perlahan, jangan berlari!
Mana coklat !?
Saya berumur sepuluh tahun.
Pada usia itu, saya tidak tahu apa maksud cinta.
Bahkan tidak tahu ia berlaku di antara lelaki dan wanita
Jadi apa yang berlaku kepada vidya!
Apakah mungkin untuk mencintai seseorang tanpa perlu mengetahui apa itu cinta?
Tapi selepas mendapat tahu apa itu cinta,
Hidup saya mula berubah.
Mengingatinya, saya mula menyanyi lagu sedih!
Kenapa kamu cakap pasal cinta? Kamu tiada masalah lain dalam hidupmu?
Saya tiada masalah dengan duit. Ibu bapa saya sihat. Saya juga sihat.
Saya tidak ambil tahu pasal politik negara.
Jika saya tiada apa-apa untuk risau. Saya akan mula berfikir sama ada saya mati atau hidup.
Jadi?
Jadi, jika saya terus memikirkan perkara yang menyakitkan,
Saya akan tahu saya masih hidup dan bernafas.
Ah! Jadi kenanganku menyeksamu?
Sudah tentu, dan itulah sebabnya saya memikirkan kamu sepanjang masa!
Sekiranya kamu ada kesakitan, kamu boleh merokok dan minum?
Itu membazir duit dan memudaratkan kesihatan!
Apakah guna hidup? Sampai mati pun kamu akan terus mengingatiku!
Tidak Nandini, saya tidak akan memikirkanmu lagi.
Lihat ini, saya sedang diurut untuk melupakanmu buat selamanya!
Kamu tidak menyukaiku?
Walaupun saya tuangkan semuanya ini, kamu tetap tidak akan melupakanku!
Pengajian dalam Master of Business Administration bukan saya berminat pun.
Sebab sebenar saya ke kolej adalah untuk bermain gitar!
Saya menjauhkan diri dari semua gangguan hanya untuk menumpukan pada muzik saja.
Impian saya ingin menjadi bintang rock dan terkenal seluruh dunia
Tidak ada apa berubah di rumah ayahku yang bersara duduk di rumah,
tidak menghentikan aktivitinya menutup mataku dengan kain!
Ibu sentiasa ingin muda dan sentiasa membeli perwarna rambut hitam!
Pada ketika ini, muncul lagi seorang,
adalah kawan baikku.
dia adalah orang yang melibatkanku dalam kisah percintaan!
Shivu satu-satunya orang yang pintar dikampungnya!
ketika dia berada di dalam rahim ibunya,
secara tidak sengaja dia menonton sebuah filem Inggeris di teater
dan penduduk kampung percaya itu alasannya mengapa menjadikannya sangat bijak!
Selepas mendapat ijazahnya, dia bekerja di Universiti Malaya.
Tiba-tiba, pada suatu hari.
Ke tepi... ke tepi ..
adakah dia mula buat drama mati lagi?
atau adakah dia akan mati sungguh kali ini?
Shivu .. mari sini ... mari
ya, cakaplah!
Bandar .... belajar bersungguh-sungguh
Kata terakhirnya untuk Shivu belajar bersungguh-sungguh di bandar.
Jadi ayahnya telah meminjam wang dan menyuruhnya belajar dalam bidang Master of Business Administration .!
Shivu seperti Dewa Rama hari itu.
Seorang lagi adalah anak ahli politik.
Dia menjaga kami.
Dia membayar semua makanan dan hiburan kami!
Dan itulah sebabnya kami berteman dengannya!
Maksud saya menjadi orang suruhannya!
begitu panas hari ini!
ya, ya, terlalu panas, mereka patut memasang pengawa dingin untuk wang yang mereka ambil!
hey vishal, projek ini akan dilakukan dalam seminggu!
vishal, tanpa Raghu, kamu akan gagal tahun ini.
Shivu akan membodek dan saya hanya akan mengangguk setiap masa!
Kehadirannya umpama heroin dalam filem
Tiba-tiba muncul gerakan perlahan
dan muncul angin
Kebisingan kampus tiba-tiba senyap dan hanya muncul dengaran muzik
Saya dengar muzik juga, tapi..
..hanya bila saya melihat Nandini!
Nandini bukan budak hot
Di seluruh kolej saya peminatnya!
Saya tidak tahu kenapa, tapi pada pandangan saya, dia adalah cantik!
seperti budak lelaki lain, saya juga ingin bersentuhan dengan teman wanita di dalam lif
Saya berdoa agar lif segera rosak,
keluar asap dalam lif dan saya ada peluang untuk menyelamatkan nyawanya...
dan menjadi wira di matanya!
jika ini benar berlaku,
bangunan ini mungkin runtuh, tapi tiada apa yang berlaku pun!
Setiap hari Sabtu akan ada malam kebudayaan.
No comments yet. Be the first to leave one.