The first 200 lines.
Kita perlu berbincang.
Dah siap, masa untuk pulang.
Terjatuh pula.
Memimpin hala tuju apanya? Saya tak perlu perkara tentang memimpin hala tuju itu.
Sama ada dalam bercinta ataupun politik, saya tak perlukan segala strategi itu.
Apa yang awak cakap ni?
Apapun, saya yang bersalah.
Sepanjang hari ini, saya telah dapat memahaminya.
Saya takkan dapat menang dengan awak. Saya tak mahu menang.
Kelak pun, saya rasa akan begini juga.
Kemarahan awak sudah reda, bukan?
Sebenarnya, saya pun bersalah juga.
Macam mana--
Entahlah.
Awak tak apa-apa?
Mestilah tak. Apa kita patut buat sekarang?
Hei, bukankah kau sudah keluar makan malam?
Bukan. Bukankah kau sepatutnya sudah balik?
Belum lagi. Sebab itulah saya masih ada di sini.
Macam mana ni?
Rupa-rupanya hubungan awak berdua adalah seperti ini ya?
- Yalah, budak. Kami memang ada hubungan seperti itu. - Tidak, sudah tentulah tidak.
Apa kau nak buat tentang itu?
Awak patut menafikannya!
Kita dah tertangkap pun, baik kita mengaku saja.
Mengaku apanya? Kita perlu terus menafikannya.
Untuk memperbodohkan orang di mana sudah terang-terangan kita tertangkap pun ada hadnya.
Betul tu. Lagipun mata saya ini bukan sekadar hiasan saja.
Memandangkan saya sudah ternampak segala-galanya,
apa kata awak berdua teruskan saja?
Saya minta diri dulu.
Awak fikir awak nak ke mana?
Apa awak buat? Tangkap dia dan jahit mulutnya.
Kalau awak cakap begitu, awak betul-betul kedengaran menakutkan. Takutlah budak ini nanti.
Diamlah. Sebelum mulut awak dijahit, jangan haraplah awak dapat melangkah keluar dari sini walau seinci pun.
=Menteri Kesihatan dan Kebajikan serta Menteri Pelancongan telah meletak jawatan.=
=Walaupun telah ada calon-calon bagi mengisi kekosongan ini,=
=namun sesi penghujahan calon tetap akan diadakan. Oleh itu, dijangkakan perbalahan akan berlaku antara parti pemerintah dan parti pembangkang.=
Aduhai, nampaknya terpaksalah lagi saya melupakan cuti hujung minggu dan melepaskan tidur nyenyak
untuk beberapa malam ini disebabkan sesi penghujahan calon.
Itulah.
Saya pun tidak menyukainya.
Walaupun mereka ini bukanlah orang yang sebaik mana,
tapi saya tak suka nak membuka pekung di dada orang.
Sama ada mulutnya perlu dijahit ataupun ditampal,
saya akan menguruskannya. Jadi serahkan hal ini kepada saya.
Saya akan pastikan yang dia takkan sesekali membuka mulutnya.
Kalau ikut gayanya, memang ada kemungkinan dia akan berbuat begitu.
Aku patut menguruskan dia sendiri.
Yang hyeong pernah angau tu disebabkan Wakil Rakyat No, kah?
Saya ingatkan kerana wanita lain.
Apa kau cakap ni?
Apapun, adakah Wartawan An tahu tentang ini?
Hyeong sudah tamatkan hubungan sepenuhnya dengan Wartawan An?
Apa yang kau cakap ni?
Apakah maksud semua itu? Apa?
Mulai sekarang, ini ialah pertarungan hidup dan mati antara 2 orang lelaki.
Ini semua tidak masuk akal.
Saya baru saja mempelajari kendo. Hyeong pula sudah memiliki 4 tahun pengalaman.
Malah menggelar diri sendiri sebagai pakar kendo.
Menggelar diri sendiri?
Kau kata aku menggelar diri sendiri sebagai pakar kendo sedangkan aku ialah johan kejohanan kendo kebangsaan?
Alahai, hyeong faham kan apa maksud saya.
Dengar sini. Kalau aku menang,
kau mesti menutup mulut kau selama-lamanya.
Kalau kau menang, kau mesti terus mendiamkan diri.
Baiklah. Nanti dulu.
Menutup mulut dan mendiamkan diri itu bukankah benda yang sama?
Kenapa kau tidak menyerah kalah?
Tahu tak, hyeong sedang melakukan kesilapan sekarang.
Hyeong tak tahukah sesiapa yang menyimpan rahsia, dialah yang paling berkuasa?
Budak ini.
Yalah, yalah. Jahitlah mulut saya ini. Hyeong fikir tangan saya akan duduk diam saja?
Kalau saya menaip beberapa perkataan di telefon pintar saya, seluruh negara ini akan tahu tentangnya.
Baiklah. Kalau begitu apa kata kita menggunakan cara pintar dengan pergi minum?
Saya sibuk.
Aku belanja.
Saya tetap sibuk.
Sibuk betul kau ya?
Sudah tentulah.
Kenapa?
Gelas saya kosong.
Apa?
Saya kata gelas saya kosong.
Hyeong perlu memandu.
Apa kau cakap?
Kalau kita berdua minum arak, siapa yang akan memandu nanti?
Kita boleh memanggil pemandu upahan.
Tak boleh.
Kenapa?
Sebabnya adalah kerana sudah lama saya teringin untuk duduk di tempat duduk belakang kereta sambil hyeong memandu.
Sashimi, sashimi.
Baiklah. Kau makanlah puas-puas.
Tapi kalau selepas aku buat semua ini pun, kau masih tidak dapat mengawal mulut dan tangan kau, maka aku mungkin terpaksa membunuh pula.
Sang Su, kau ialah pemalar dalam hidup aku. Sekali kau menjadi pembolehubah, kau akan mati.
Kenapa hyeong takut sangat orang akan tahu? Macam mana hyeong nak bercinta dengan dia kalau takut orang lain tahu?
Aku tak kisah pun kalau orang lain tahu atau tidak.
Bukan aku... tapi dia yang takut.
Jadi hyeong nak melindungi Wakil Rakyat No?
Wah, Wakil Rakyat No memang hebat kerana dapat mengawal hyeong. Apa hyeong nak buat sekarang?
Aku bukannya dikawal oleh dia!
"Saya takkan dapat menang dengan awak. Saya tak mahu menang."
"Kelak pun, saya rasa akan begini juga."
Memandangkan hyeong dah memegang botol itu, tolonglah tuangkan lagi untuk saya.
Macam mana kau nak berdepan dengan akibatnya nanti apabila semua ini berakhir?
Saya kan seseorang yang suka menikmati saat-saat yang ada sekarang.
Saya perlu menikmatinya selagi boleh.
Tapi, kalau ikutkan... hyeong dengan Wakil Rakyat No bukan setakat bertengkar biasa,
tapi ibarat musuh yang tidak boleh bertemu muka.
Sekiranya perihal awak berdua bercinta terdedah,
saya pasti yang paling terluka ialah awak berdua.
Sebab itulah aku memerlukan senjata.
Kita perlu mencari kelemahan Wakil Rakyat Go dan para pembantunya.
Apabila menghampiri saat-saat genting, hyeong mahu menggunakan semua itu sebagai perisai atau cara untuk menangani mereka?
Kalau kau tahu, buatlah sesuatu.
Tak kisahlah sama ada kes penyelewengan, skandal atau apa saja.
Secara percuma?
Apa ni? Kenapa dia masih belum sampai?
Si Gim Su Yeong tu entah-entah sedang bermulut manis dan memujuk rayu pembantunya itu.
Aku patut menguruskan dia sendiri.
Awak tak apa-apa?
Itu dikira cubaan membunuh. Tahu tak, Gim Su Yeong?
Sebab itulah awak sepatutnya pegang kuat-kuat.
Kenapa awak melepaskan pegangan macam orang bodoh?
- Tergamak awak menyalahkan saya atas apa yang berlaku? - Awak tak cedera, kan?
Beritahu saya macam mana keadaan sekarang.
Jadi sekarang, orang yang tahu mengenai hubungan kita
ialah Pembantu Gim Sang Su seorang saja, betul tak?
Sebenarnya, ada seorang lagi.
Pembantu Maeng.
Apa ini?
Siapa yang cakap bahawa kita perlu merahsiakan semua ini daripada pengetahuan kawan-kawan dan kenalan rapat kita?
Tapi macam mana mereka yang rapat dengan awak semuanya tahu mengenainya?
Awak tak perlu risau tentang Pembantu Maeng.
Mana boleh saya tak risau?
Saya masih lagi ketakutan atas kejadian yang berlaku tadi.
Terasa seperti usia saya dah bertambah beberapa tahun.
Mana boleh begitu.
Saya akan memulihkan awak.
Awak fikir ini boleh memulihkannya?
Kan awak kata tenaga awak lemah?
Saya akan berkongsi tenaga saya bersama awak, jadi ambillah ia dan pulih ya?
Awak ni ada-ada saja.
Tangan.
Adakah pakcik bergaduh dengan makcik?
Sebab itukah pakcik sudah jarang datang ke rumah?
Kami bukannya bergaduh.
Pakcik cuma berasa marah.
Disebabkan apa?
Kerana makcik asyik bermain dengan budak yang pakcik tak suka.
Kebudak-budakan betul.
Kan?
Hubungilah makcik.
Apa?
Hubungilah makcik sekarang.
Tapi saya rasa seperti kita berdua sedang melakukan kesalahan.
Seperti pasangan penjenayah.
Keadaan ini takkan berterusan begini saja.
Kita terpaksa berbuat begini sekarang memandangkan parti saya baru saja mula memberikan kepercayaan kepada saya.
Setelah saya menyelesaikan semua itu, saya akan memikirkan jalan keluar untuk kita berdua.
Sehingga itu, kita nikmati sajalah.
Nikmati apa?
Keseronokan bercinta secara rahsia.
Ya, oppa Jun Ha.
Taklah. Nak datang ke rumah?
Saya ada di kawasan berhampiran.
Saya rasa kita akan sampai pada masa yang hampir sama. Saya akan balik sekarang.
Awak nak balik?
Awak nak meninggalkan saya lagi?
Jangan bermain-main lagi. Mari kita pergi cepat.
Aku bukannya bermain-main. Aku benar-benar geram dibuatnya.
Kan saya suruh awak balik? Macam mana kalau ada orang nampak?
Negara kita masih belum cukup selamat untuk seorang wanita berjalan seorang diri pada waktu malam.
Lebih-lebih lagi kawasan perumahan ini yang nampak begitu berbahaya.
Kalau begitu, berjalanlah jauh sikit di belakang saya.
Bo Ri.
Oppa Jun Ha.
Awak berdua pergi bermainkah tanpa saya?
Awak balik lewat.
Makcik, pakcik, berbaiklah semula ya?
Berbaik semula?
Song Bo Ri.
Tengoklah, budak itu memang dah melampau.
Oppa dah jarang datang ke rumah dan asyik tidak datang ke pejabat.
Sebab itulah Bo Ri salah faham.
Saya memang bercadang untuk kembali ke pejabat esok.
Betulkah?
Kan saya dah cakap.
Saya akan terus terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan dasar.
Kita juga perlu bersedia untuk sesi penghujahan itu.
Apa mereka buat tu? Tak habis-habis sejak tadi.
Awak kata saya ada hak untuk membantah, bukan?
Lelaki ini tak boleh.
Kaulah sebenarnya yang ada niat lain pada No Min Yeong.
Aku berbeza dengan kau.
Demi ketenangan hati Min Yeong,
agar dia tidak terluka dan dirosakkan oleh dunia politik, itulah keutamaan aku.
agar dia tidak terluka dan dirosakkan oleh dunia politik, itulah keutamaan aku.
Itulah niat sebenar aku terhadap dia.
Jadi, tutup mulut kau.
No comments yet. Be the first to leave one.