The first 200 lines.
Hei, tunggu! Mari berbincang.
Kita boleh berbincang!
Cukup. Awak mungkin akan membunuh dia.
- Boleh saya bunuh saja dia? - Sakitlah.
Saya rasa awak yang akan mati.
Tolong benarkan saya hidup. Tolonglah!
Saya akan berikan awak duit.
- Jangan bergerak! - Tolong lepaskan saya.
- Saya tak boleh sasarkannya. - Tolong lepaskan saya.
Siapa awak?
Awak berjanji awak akan berikan apartmen pada kami.
- Apa? - Saya sudah bakar tempat itu...
dan bunuh orang.
Berikan saya apartmen itu.
Apartmen itu.
Berikan apartmen saya.
Apa yang awak mengarut ini?
Berikan apartmen saya!
Apa awak buat ini? Pergi periksa pengerusi sekarang!
Bangun.
Apa yang berlaku?
Jangan melebih-lebih.
Tiada apa yang rosak, kecuali ligamen awak tertarik.
Hei.
- Apa yang berlaku? - Roh pada Do Hak Sung...
tiba-tiba merasuk awak,
dan kemudian awak menyerang dia.
Terima kasih kepada awak, semuanya sudah tamat.
Begitu.
Jadi, ada beberapa roh jahat merasuk orang.
Saya sudah agak.
Tidak mungkin tiada roh tak tenang pada dia...
selepas apa yang dia telah lakukan.
Awak berjanji awak akan berikan apartmen kepada kami.
- Apa? - Saya sudah bakar tempat itu...
dan bunuh orang.
Berikan saya apartmen itu.
Apartmen.
Tapi, bagaimana awak ditangkap oleh mereka?
Kalaulah mereka tak serang saya dari belakang, pasti saya...
Kalau mahu keluarkan pisau awak, jangan berani.
Awak yang akan dicederakan dengan pisau itu.
Kisah saya sama seperti awak.
Saya ingatkan awak hebat,
tapi awak agak cuai.
Tunggu, bila difikirkan semula,
sudah dua kali saya menyelamatkan nyawa awak.
Saya rasa, ucapan terima kasih tak mencukupi untuk ini.
Bukankah awak kena belikan sut cantik kepada saya?
Awak kena berhenti bekerja sebagai ahli psikik.
Awak memecat saya kerana tak mahu membeli sut itu?
Bukannya mahal pun.
Awak kena berhenti sebelum tercedera kerana mendampingi saya.
Lagipun, kontrak kita akan tamat tak lama lagi.
Saya tak akan jual rumah sehingga saya bantu ibu saya pergi.
Dan benda begini mungkin akan berlaku lagi.
Jadi...
kenapa awak belum dapat menghantar ibu awak pergi?
Saya ingat awak cakap, ianya sukar...
kerana roh dia istimewa.
Memang susah untuk menghalau roh penghalau hantu.
Sehingga sekarang, saya ingatkan hanya perlu mencari psikik yang kuat.
Tapi saya betul-betul tak tahu sekarang.
Dia seorang yang bagaimana?
Maksud saya ibu awak, Cik Hong.
Dia seorang yang cantik,
hebat dan baik.
Sebab itu dia mati.
Dia terlalu baik.
Dia mati kerana dia terlalu baik?
Apa maksud awak?
- Klien terakhir dia... - Tolong saya.
Pencetus kebakaran yang membunuh tujuh orang.
Dia mati kerana membantu seseorang...
yang tak layak dibantu.
Saya tak akan maafkan mereka.
Mungkin betul cakap Kim Tae Jin.
Dia selalu nampak hantu berdekatan Hartanah Daebak.
Kenapa dengan awak ini?
Saya minta maaf,
- tapi... - Diam! Pergi dapatkan...
maklumat semua orang di Hartanah Daebak!
Jangan tinggalkan walau seorang!
Baik, tuan.
Saya boleh balik rumah sendiri.
Pergilah berehat.
Saya akan pergi.
Cik Joo.
Saya mahu berjumpa Encik Jung.
Kenapa tiba-tiba awak mahu berjumpa dia?
Saya perlu tahu apa sebenarnya berlaku kepada ibu saya...
dan jika saya terlepas apa-apa.
Saya rasa Encik Jung pasti tahu.
Baik, saya akan hubungi dia. Kita boleh pergi berjumpa dia.
Tidak,
saya akan pergi seorang diri.
Selamat tinggal.
Jadi, dia ialah CEO.
Dia mungkin tak masuk penjara,
tapi ada tujuh dakwaan terhadap dia sebelum ini.
Percubaan menipu...
dan memeras ugut.
Orang mempunyai minat sama, sentiasa bersama.
Mereka ialah pasangan penipu.
Siapa perempuan cantik ini?
Terkejut saya.
Tiada apa.
Jangan menipu.
Jelas sekali awak menyalah gunakan kuasa...
melakukan pemeriksaan latar belakang pada orang yang awak minati.
Jangan mengarut.
Tidak masuk akal.
Saya akan sambung kerja.
Kenapa awak bunuh mereka?
Saya tak mahu mereka menjadi beban.
Jelas, bukan?
Ji A akan mencari awak.
Tolong jangan benarkan dia menyiasat kes...
20 tahun lepas.
Baiklah.
Perempuan itu tak ragu-ragu...
membunuh anaknya sendiri...
kerana sikap mementingkan dirinya.
Sudah lama tak berjumpa.
Saya hampir tak mengenali awak.
Saya tahu.
Saya mahu membaca kes fail 20 tahun lepas...
bersama gambar-gambarnya.
Awak masih seorang yang terus berterus-terang.
Tapi disebabkan ibu awak bukan mangsa...
dan mati kerana serangan jantung,
fail dia telah dihapuskan.
Tapi kenapa awak menyiasat sesuatu...
yang berlaku 20 tahun lepas?
Baru-baru ini saya teringat benda baru pada malam itu.
Awak orang pertama sampai di lokasi itu, bukan?
Ya.
Boleh beritahu saya semua benda yang awak ingat?
Saya tak pasti.
Perkara itu sudah lama berlaku.
Tiada apa yang pelik.
Saya cuma nampak dua orang dewasa...
dan dua kanak-kanak terbaring tak sedarkan diri.
Nampak seperti hartanah yang lain.
Saya minta maaf kerana tak banyak membantu.
Hartanah yang pakar dalam rumah berhantu?
Betul.
Dan, Oh In Bum dan Heo Ji Chul ialah penipu...
yang menipu tentang roh.
Mereka menipu tentang roh?
Saya sudah agak.
Berani mereka mempermainkan saya?
Tuan, nampaknya Oh In Bum...
ialah anak saudara Oh Sung Sik.
Tukang bakar di Kampung Yongnam 20 tahun lepas.
"Oh Sung Sik"?
Dan tempat terakhir yang dia pergi...
sebelum dia mati ialah...
Hartanah Daebak.
Apa?
Saya benar-benar ingat tiada siapa di situ.
Saya beritahu perkara sebenar! Perkara sebenar!
Roh itu merasuk anak saudara saya!
Saya serius!
In Bum!
In Bum!
Saya yang patut mati.
Tolong hubungi polis.
Saya cakap, hubungi polis!
Saya tak perlukan duit...
atau apartmen itu.
Akhirnya awak sedarkan diri?
Tuan.
Awak tak sabar mahu beritahu semua orang, bukan?
Awak juga minta mereka hubungi polis.
Kenapa? Untuk laporkan saya?
Tidak, tuan.
Saya tak akan beritahu awak yang mengarahkannya.
Saya akan beritahu saya yang lakukannya...
dan menerima hukuman.
Adakah seseorang memujuk awak berbuat begini?
Kalau awak mengugut saya...
mereka akan berikan duit lagi?
Mengugut awak? Tidak sama sekali.
- Tidak? - Saya tak beritahu sesiapa pun.
Tolong percayakan saya!
Saya cuma tak sanggup menanggung rasa bersalah.
Saya sudah bunuh ramai orang.
Oh Tuhan. Hati saya terlalu lembut.
Tulis sama seperti itu.
(Saya yang menyebabkan Kebakaran di Kampung Yongnam pada 15 November.)
Itu pengakuan bertulis mendakwa awak yang melakukannya.
Saya kena ada sebab untuk percayakan awak.
Kalau awak tulis,
saya akan berikan apartmen itu.
Benarkah?
Baiklah. Saya akan tulis sekarang.
(Saya yang menyebabkan Kebakaran di Kampung Yongnam pada 15 November.)
KBS2 E13 'Sell Your Haunted House' -♥ Ruo Xi ♥- Synced with Subcake Android
Terima kasih, tuan.
No comments yet. Be the first to leave one.