The first 199 lines.
Kalau awak berminat dengan cerita yang ada pengakhiran bahagia,
jadi lebih baik kalau awak tengok cerita lain.
Dalam cerita ini, bukan sahaja tiada pengakhiran bahagia,
malah tiada permulaan bahagia dan sangat sikit kebahagiaan di pertengahannya.
Nama saya Lemony Snicket.
Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menceritakan kisah silam sedih
kanak-kanak Baudelaire sepertimana yang berlaku bertahun-tahun dahulu.
Tapi awak sebagai sorang penonton tidak perlu berada di sini,
dan saya cadangkan semua penonton untuk berundur
dan menonton cerita yang lebih menyenangkan.
Cerita ini akan menjadi mengerikan, melankolik dan penuh dengan bencana,
bencana bermaksud "mengerikan dan melankolik."
Ini adalah kerana tidak banyak situasi menggembirakan berlaku
dalam kehidupan kanak-kanak Baudelaire.
Violet, Klaus dan Sunny merupakan kanak-kanak yang bijak.
Menawan dan pintar, mereka mempunyai rupa yang menyenangkan,
tetapi mereka sangat tidak bernasib baik.
Hampir kesemuanya yang telah berlaku kepada mereka berlaku dengan kencang,
dan ditambah pula dengan nasib malang, kesengsaraan dan putus asa.
Saya minta maaf kerana memberitahu perkara ini...
...tapi begitulah penceritaannya.
Briny Beach, tolong.
Keluarga Baudelaire hidup di dalam rumah yang sangat besar
di tengah-tengah bandar yang sibuk dan kotor,
dan suatu hari, kedua-dua ibubapa secara tiba-tiba meminta anak-anak mereka
untuk menaiki troli usang tanpa mereka berdua ke persisiran pantai.
Saya tertanya-tanya kenapa Mak dan Ayah tak nak datang bersama-sama.
Mungkin mereka tidak suka troli usang ini.
"Usang" ialah perkataan yang bermaksud
"tak stabil" atau "bakal runtuh bila-bila masa sahaja."
Hey, kanak-kanak! Adakah kalian semua tidak pergi ke Festive Fun Fair,
yang ada tunggangan yang riang dan permainanan dan snek?
"Festive" bermaksud "seronok."
Kami tahu maksud "festive".
Terima kasih, tapi ini pagi yang indah untuk pergi ke pantai.
- Ianya kelabu dan berkabus. - Sebab itulah ianya sesuai.
Baiklah.
Bila Briny Beach tengah panas dan disinari matahari, persisiran pantai itu penuh dengan pelancong
tapi ianya mustahil untuk mencari tempat yang bagus untuk menghamparkan kain.
Pada hari yang kelabu dan berkabus, kanak-kanak Baudelaire memiliki hampir keseluruhan pantai tersebut,
jadi mereka boleh bekerja bersama-sama untuk melengkapkan projek dan eksperimen mereka.
- Adakah awak sudah bersedia? - Jom bekerja.
Adakah awak rasa ini boleh jadi bagus seperti peti surat itu?
Saya rasa ini boleh menjadi lebih bagus daripada peti surat itu.
Violet Baudelaire ialah anak sulung keluarga Baudelaire.
Dia berumur 14 tahun, biasa menggunakan tangan kanan,
mempunyai bakat semulajadi untuk mencipta dan membina alat-alat yang aneh.
Saya ada masalah dengan jam atuk.
Boleh awak tunjukkan kepada saya apa masalah spesifiknya?
Lihat? Ia membakar roti,
tapi jarum minitnya terawal lima minit.
Mungkin ada masalah dengan gear.
Kalau betul, agak mengecewakan. Saya buat gear-gear itu sendiri.
Apabila Violet Baudelaire mengikat rambutnya ke atas seperti itu,
ia merupakan tanda yang pasti bahawa takal, tuil dan gear dalam mindanya yang suka mencipta
sedang berfungsi dengan kelajuan maksimum.
Klaus, pada sudut berapakah arus yang diguna pakai?
Sudut arus yang diguna pakai ialah...
Klaus Baudelaire ialah anak kedua dan satu-satunya anak lelaki.
Dia berumur 12 tahun lebih dan memakai kaca mata,
yang membuatkan dirinya kelihatan bijak.
Pastilah, kita masih memerlukan objek yang sesuai.
Dan dia memang bijak.
Violet, saya tidak pasti jika saya memahami penulisan Proust ini.
Boleh awak membacakannya kepada saya?
"Kebahagiaan adalah penting untuk badan manusia,
tapi ianya kesedihan yang membina kekuasaan minda."
Mungkin terjemahannya yang bermasalah.
Mungkin ia lebih munasabah dalam bahasa Perancis asalnya.
Sunny, adakah kita mempunyai objek yang sesuai?
Sunny Baudelaire ialah seorang bayi,
perkataan yang bermaksud "seorang kanak-kanak
yang berumur di mana dia bercakap dalam bunyi-bunyi yang boleh difahami,"
jadi kebanyakan orang sukar memahami apa yang dia berkata-kata.
Apa yang Sunny kurang dalam kemahiran bercakap,
dia mempunyai kelebihan dengan saiz dan ketajaman keempat-empat giginya.
Itu tiada cacat cela, Sunny. Terima kasih.
Sebentar ya, Violet, tapi kenapa awak menggunakan tangan kiri?
Saya ingin tahu jika saya boleh baling batu ini
dengan tangan kiri sejauh-jauh saya mampu baling dengan tangan kanan.
Saya bukan berniat untuk mengkritik,
tapi kaedah saintifik yang standard memerlukan sistem yang stabil.
Awak patut menggunakan tangan kanan seperti biasa.
Betul juga, agak munasabah.
Klaus, apakah yang Einstein pernah katakan itu?
"Benda yang paling indah yang kita boleh alami ialah perkara-perkara yang misteri.
Ianya merupakan sumber kesemua seni dan sains yang tulen."
Dan apakah yang James Brown pernah berkata?
"Saya mempunyai sesuatu yang membuatkan saya ingin menjerit."
"Saya mempunyai sesuatu yang memberitahu apakah tujuan kesemuanya."
"Saya sangat nakal!"
Ianya berfungsi.
Saya sudah bersangka ianya akan berjaya.
Ya, penciptaan itu telah berjaya.
Waktu inilah merupakan waktu yang sesuai untuk berundur
dan menganggap pengakhiran cerita ini juga bahagia dan penuh dengan kejayaan.
Saya harap Mak dan Ayah boleh lihat kejayaan kita.
Ianya tidak seperti mereka untuk menghantar kita pergi tanpa mereka secara tiba-tiba.
Sudah pasti, saya harap saya boleh kembali ke masa lampau
dan mengubah sejarah keluarga Baudelaire di saat ini
dan bukan seperti berlakunya permulaan kesengsaraan, kesusahan dan...
kesulitan yang serius yang akan berlaku sebentar lagi.
Ianya kelihatan ngeri hanya kerana semua kabus ini.
Itu Mr. Poe.
Dari bank? Apakah yang dia buat di sini?
- Apa khabar? - Apa khabar?
Baik, terima kasih.
Ianya hari yang indah.
Betul, memang hari yang indah.
Saya mempunyai berita yang buruk untuk kalian semua.
Ibubapa awak semua telah binasa dalam kebakaran yang dahsyat.
Mereka telah binasa dalam kebakaraan yang memusnahkan keseluruhan rumah awak.
Saya sangat sangat bersimpati kerana terpaksa memberitahu kalian mengenai hal ini...
wahai anak-anak tersayang.
"Binasa" maksudnya "terbunuh."
Kami tahu apa maksud "binasa".
Hey.
Saya telah menghabiskan berbulan-bulan mengkaji dan bertahun-tahun menangis pada waktu malam,
untuk mencari punca yang betul kebakaran yang menimpa keluarga Baudelaire.
Tapi... kesemua rakan sekerja saya dan saya telah mengetahui
bahawa bukan jabatan bomba rasmi
dan juga jabatan bomba sukarela sampai tepat pada waktu untuk mematikan kebakaran.
Dan dalam detik-detik yang tidak lama, keseluruhan rumah keluarga Baudelaire
musnah dalam kebakaran itu.
Ianya tidak berguna untuk saya menggambarkan betapa sedihnya Violet, Klaus dan Sunny
selepas berlakunya kejadian itu.
Kalau awak pernah kehilangan seorang yang tersayang bagi awak,
jadi awak pasti mengetahui bagaimana perasaannya.
Dan jika awak tidak pernah merasainya... awak tidak boleh bayangkan perasaannya.
Saya sendiri tidak pernah melalui situasi seperti ini,
tapi saya boleh bayangkan perasaan awak semua.
Saya merasakan awak ingin melihat sisa-sisa rumah awak,
walaupun ianya... hanya, um...
Semuanya telah musnah.
Saya hanya nak memastikan yang awak semua tidak mempunyai apa-apa...
Kami tidak mempunyai apa-apa.
...yang perlu dirisaukan.
Saya merupakan pegawai bank bagi estet ibubapa kalian,
maksudnya saya akan menguruskan segala perkara berkaitan dengan semua peninggalan mereka.
Apakah peninggalan mereka?
Jaminan kewangan.
Ibubapa kalian telah meninggalkan harta yang banyak,
yang akan menjadi milik awak bila Violet telah cukup umur.
Sehingga itu, awak akan dihantar untuk tinggal bersama dengan penjaga yang sesuai,
seperti yang diputuskan oleh saya dan rakan sekerja saya di Mulctuary Money Management.
Katakan selamat tinggal, anak-anak Baudelaire.
Selamat tinggal.
Sehingga kami mengenal pasti penjaga yang telah ditetapkan,
awak akan tinggal dengan keluarga saya.
Ianya tidaklah teruk sangat, kan?
Saya pasti awak akan menjadi kawan rapat Edgar dan Albert.
- Ianya burung raven. - Ianya burung gagak!
- Ianya burung raven! - Ianya burung gagak!
Ianya ayam. Ayam yang direbus.
Dan kita mempunyai kentang yang direbus dan kacang hijau panjang yang dicelur.
Apakah maksud "dicelur"?
- Ianya bermaksud "direbus". - Tiada siapa yang tanya awak.
Hey, anakku.
Tidak, sayangku, Albert itu betul. Tiada siapa yang tanya kanak-kanak Baudelaire.
Tapi, sayang, tengok!
Sayangku, mungkin bukan di hadapan kanak-kanak sekarang.
Tapi saya ingatkan ia akan menceriakan mereka, kanak-kanak muram.
Saya mengarahkan wartawan penting untuk menulis artikel di muka depan
supaya semua orang akan mengetahui
rumah awak telah musnah dan awak semua anak yatim sekarang.
Muka depan!
Sesetengah orang tunggu sepanjang hidup untuk muka depan.
Dan sayang, tengok... awak pun disebut, juga!
"Kebaikan yang ditunjukkan seorang ahli penting komuniti bank."
Jika bos awak di bank nampak ni, ianya mungkin akan membawa kepada
P-R-O-M-A-T-I-O-N!
- Promation? - Promotion!
- Tidak, itu bukan cara betul untuk mengeja "promotion." - Promotion.
- P-R-O... P-R-R... - P-R-O-M-A-E-O--
- Lihat? Saya dah mengatakan-- - Sayang, P-R-R...
Dengar apa yang saya katakan...
- Minta maaf. - ...sebelum mula bercakap!
- P-R-O-- - Saya tidak rasa... begitu lapar.
Boleh kami pergi ke bilik-bilik kami?
"Bilik-bilik"?
- Selamat malam, Edgar. - Selamat malam, Albert.
- Selamat malam, Albert. - Selamat malam, Edgar.
Dan, selamat malam, tetamu.
Awak mesti rasa sedih, dan awak mesti sangat rindu ibubapa awak.
Ya, betul.
Betul apa?
Cakaplah.
Kami merasa sedih, dan kami sangat merindui ibubapa kami.
Ayat tu akan jadi tajuk yang menarik.
Selamat malam, anak-anak Baudelaire. Ingat, rumah kami ni rumah awak juga.
Tapi jangan sentuh apa-apa.
Macam-mana awak buat?
Buat apa?
Nyalakan kebakaran tu.
Untuk tahun-tahun seterusnya, saya telah menyiasat apa yang berlaku kepada adik-beradik Poe
Seorang mengikut jejak langkah ayahnya dalam dunia perbankan.
Seorang lagi tinggal dalam gua dan bercakap dengan biri-biri.
Setiap seorang fikir seorang lagi mempunyai kehidupan yang lebih indah.
Saya menyesal untuk memberitahu bahawa, nasib kanak-kanak Baudelaire adalah lebih teruk.
No comments yet. Be the first to leave one.