The first 200 lines.
(Semua watak, tempat, syarikat dan kejadian...)
Encik Park, di mana bilik Encik Kim?
Okey.
Awak tidak apa-apa?
Kali ini, mereka mungkin akan singkirkan awak, Encik Hwang.
Itu takkan terjadi.
Sekarang...
kita sudah tahu kelemahan terbesar mereka.
Kita yang mengikut arahan mereka.
Mereka pula pihak yang memberi arahan.
Mari kita bersemuka malam ini.
Ada seseorang yang memecahkan ini?
Awak tidak apa-apa?
Saya baik-baik sahaja.
Bagaimana dengan si pelaku itu?
Kami belum dapat menangkapnya.
Awak tidak apa-apa, paderi?
Saya baik-baik sahaja seperti yang awak lihat.
Terima kasih...
kerana menyelamatkan saya.
Awak patut bersyukur kepada Tuhan, bukan saya.
Sudah pasti...
awak yang mendoakan saya.
Oleh kerana itulah awak sentiasa selamat.
Tuhan tidak sukakan orang yang mengambil kesempatan.
Awak sudah sedar, Cik Park.
Awak ada di sini.
Apa yang berlaku pada muka awak?
Saya bergaduh dengan keluarga saya.
Awak patut temankan dia. Saya perlu pergi ke satu tempat.
Ke mana awak mahu pergi?
Awak tidak perlu risau.
Lupakan tentang maklumat peribadi.
Saya bertanya kerana ragu-ragu.
Siapa yang arahkan awak untuk bunuh Wakil Rakyat Park?
- Telefon peguam saya. - Hentikan.
Saya tahu awak pandai berbahasa Korea.
Awak lebih pandai mengeja berbanding saya berdasarkan mesej awak.
Tunggu sekejap.
Oh Tuhan.
- Awak seorang penagih, bukan? - Hei!
Encik, berkenaan penyerang Wakil Rakyat Park.
- Saya rasa dia penagih. - Oleh kerana ia kes penting,
- awak berurusan dengan Encik Lee. - Baiklah, tuan.
Saya perlu tamatkan kerana saya yang mulakan.
Berani awak melawan cakap penguasa?
Keluar!
Ikut saya.
Berani awak.
Apa yang berlaku?
Agak tidak selesa sekarang dalam keadaan gelap, bukan?
Siapa awak?
Kita tidak boleh biarkan orang tahu tentang Rising Moon dan Diabol.
Wakil rakyat pula satu masalah.
Tapi, siapa yang cuba membunuh Peguam Park?
Kami tiada kaitan dengan hal itu.
Saya akan siasat dan uruskan.
Kita tidak dapat singkirkan Wakil Rakyat Park lagi.
Apa yang kita akan lakukan jika dia tersedar?
Apa yang penting bagi kita sekarang adalah untuk pastikan...
tiada siapa yang tahu tentang Rising Moon.
Encik, awak perlu minta orang atasan untuk bantuan.
Minta pada pengarah jika boleh.
- Awak memang teruk. - Encik Hwang.
Awak yang mencadangkan penagih itu daripada Rising Moon.
Saya hanya menurut arahan awak.
Awak...
menyalahkan saya sekarang?
Saya tidak salahkan awak.
Saya cuma beritahu punca sebenar perkara ini terjadi.
Juga...
ia bukan alasan terbaik untuk membunuh seseorang.
Hari ini,
saya mahu berehat sebentar.
- Mari pergi. - Budak itu.
Kenapa awak semua tidak bertatu di sini?
Awak di sini untuk mencari Diabol, Paderi Kim?
"Diabol"? Awak bercakap tentang syaitan itu?
Apa yang awak katakan?
Lelaki yang mempunyai tatu di pergelangan tangannya.
Itu nama kumpulannya.
Mereka pernah bekerja untuk saya...
tapi mereka tinggalkan saya dan tubuhkan kumpulan sendiri.
Jika awak semua dapat kembali ke tempat asal,
awak perlu hidup dengan baik.
Tapi, awak buat semua perkara yang jahat.
Sekurang-kurangnya kami tidak menggunakan dadah.
Mereka menghisap dadah?
- Tidak. - Di mana mereka?
Mereka berada di Rising Moon yang berada di persimpangan Gudam.
Kenapa awak mencari mereka? Mereka buat masalah lagi?
Tiada yang serius. Mereka cuba membunuh wakil rakyat dan peguam.
Mereka memang tidak waras.
Jika begitu, mereka takkan berada di sana.
Mereka mungkin sudah...
Mereka berada di dalam bot?
Tidak. Tidak mungkin mereka berada di dalam bot.
Awak sangat berterus-terang.
Terima kasih.
Berhenti merenung saya.
Detektif Seo, bawa dia ke pusat tahanan.
Kenapa? Dia tidak beri kenyataan yang sewajarnya.
Dia sudah berikan.
Dia cuba bunuh Wakil Rakyat Park kerana dia...
tidak sukakan polisinya berkenaan warga asing.
"Polisi berkenaan warga asing"?
Jadi, dia perlu dihukum di Korea.
Dia penjenayah di Rusia kerana penyalahgunaan dadah.
Kita perlu hantar dia pulang berdasarkan hukuman antarabangsa.
Kita tidak dapat lakukannya, tuan.
Motif pembunuhannya tidak masuk akal.
Ini memang mengarut.
Seo Seung Ah!
Ini arahan daripada penguasa. Cepat uruskan.
Saya pasti ia bukan hanya kes kecurian.
Saya pasti.
Berapa lama masa yang awak mahu?
Angin terus menderu masuk.
Jangan risau dan tunggu sahaja.
Saya juga lakukan semua hiasan dalaman di rumah saya.
Saya akan lakukan dengan sempurna.
Langsir dan kertas dinding saya.
Biarkan sahaja.
Saya cuma mahu nikmati angin malam.
Okey.
Semasa kecil, semua ini tidak bermakna.
Angin ini sangat sejuk...
sehingga mampu membeku hingga membunuh seseorang.
Awak perlu duduk dan berehat.
Okey.
Nampaknya awak sering bersama Paderi Kim akhir-akhir ini.
Apa yang awak cakapkan?
Jika dia bukan paderi, saya sudah menamparnya.
Awak sudah buat keputusan untuk menyokong Paderi Kim?
Apa yang awak cakapkan? Saya tidak menyebelahi dia.
Awak memang tidak boleh lakukan kesilapan kali ini.
Jika ada silap, awak akan mati. Awak tahu, bukan?
Awak memang silap.
Hei, Detektif Seo. Kenapa?
Apa? Betulkah?
Okey, saya akan kembali ke balai polis.
Okey, selamat tinggal. Jumpa lagi.
Awak fikir awak boleh berada di sini sendiri?
- Awak mahu ikut? - Tidak mengapa.
Saya pasti mereka takkan datang lagi.
Saya baik-baik sahaja. Awak boleh pergi.
Okey. Saya mohon maaf kerana terpaksa pergi.
- Selamat tinggal. - Selamat tinggal.
Saya tidak percaya pemanas itu tidak berfungsi.
Penjenayah yang cuba membunuh itu dihantar ke pusat tahanan?
Ya, dia baru sahaja pergi.
Awak buat panggilan ke pelabuhan Incheon?
Ya, tiada bot yang menuju ke Rusia hari ini.
Cuma ada kapal kargo yang menuju ke Vladivostok...
melalui Fukuoka pada pukul 11 malam dari dermaga satu.
Ini dia.
Kita ada kurang dari 40 minit. Kita perlukan satu jam untuk sampai.
Telefon polis di Pelabuhan Incheon dan minta bantuan. Mari pergi.
Ada penahanan kumpulan pendatang tanpa izin di terminal penumpang,
semua polis berada di sana.
Ini sering berlaku. Percaturan masa yang teruk.
Mari lakukan sendiri. Jika cepat, mungkin kita sempat sampai.
Bagaimana kita boleh sampai dalam masa 40 minit?
Saya dan Detektif Seo akan pergi.
Sementara itu, saya mahu awak siasat tentang Rising Moon.
Rising Moon? Kenapa?
Pembunuh Wakil Rakyat Park dan Peguam Park dari kumpulan itu.
Mereka ahli Diabol?
Awak buat saya terkejut.
Oh Tuhan, Jang Ryong.
Gembira bertemu awak.
Apa ini? Sungguh ketinggalan. Awak tidak mengikut perkembangan.
- Apa perkembangan sekarang? - Ini perkembangan terbaru.
Awak tidak tahu tentang ini?
Gembira bertemu awak.
Jang Ryong, saya rasa gembira setiap kali bertemu awak.
Kita perlu keluar minum bersama.
Kita sudah banyak minum petang tadi, awak mahu lagi?
Itu cuma pembuka hidangan.
Ada tempat baru sahaja dibuka di persimpangan berdekatan.
Tidak seronok jika saya minum tanpa awak.
Mari. Mari minum.
Saya rasa awak tidak sihat. Saya pergi sendiri sahaja.
Janganlah tergopoh-gapah.
Saya tidak dapat pergi sekarang. Kita jumpa tengah malam nanti.
Okey. Saya tunggu di balai polis...
dan pergi ke sana pukul 12 malam. Saya jumpa awak nanti.
Awak perlu datang, ya?
Awak yang terbaik.
Nampaknya kami boleh berkawan.
Boleh awak matikannya?
Boleh awak beritahu Anton untuk hantarkan duit sebelum cuti?
Bukan urusan awak.
Dia sering hantarkan duit semasa hujung minggu.
Ikut saya.
Kita akan sampai dalam masa 28 minit.
Inilah sebabnya mereka gelar ini teksi pecut.
Paderi Kim.
Mari pergi.
Kumpulan Diabol.
No comments yet. Be the first to leave one.