The first 200 lines.
"Drama ini hanyalah rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa."
Ini tangga yang terakhir.
Awak dah sampai.
Tuanku.
Adakah ini...
...benar-benar tuanku?
Ini memang beta.
Tuanku.
Lega rasanya tuanku dah sembuh.
Awak nampak teruk.
Beta boleh agak apa yang awak dah lalui.
Tuanku.
Kenapa tuanku tinggalkan pesanan...
...dalam kotak pertanyaan Wolseongdang?
Tuanku dah tahu saya Ilwolseong?
Orang yang menghantar pesanan kepada Wolseongdang...
...ialah saya.
Putera Yangmyeong.
"Putera Yangmyeong Lee Yul: Putera Ketiga Raja Seongjo"
Beta dah lama tahu yang awak jalani dua kehidupan...
...dengan nama Ilwolseong.
Semasa upacara pengurungan kira-kira 20 tahun lalu...
...dan selepas upacara panggil hujan...
...awak dah lama tunggu masa untuk membalas dendam.
Beta juga tahu tentang perkara itu sebab penyiasat yang dah mati itu beritahu beta.
Kenapa tuanku biarkan saja sedangkan tuanku dah tahu semua itu?
Dah tiba masanya untuk beta berterus terang.
Selepas ayahanda beta mangkat...
...beta bergelut kerana kemarau panjang yang melanda negara kita.
Ayah awak, Ha Sung Jin.
Beta tak tahu yang ayahanda beta arahkan agar dia dibunuh.
Macam mana saya...
...nak mempercayainya?
Pada hari ayah awak meninggal dunia...
...penyiasat datang dan dia beritahu beta.
Bahawa Ha Sung Jin dah mati.
Serta...
...ia angkara syaitan.
Beta bercakap tentang syaitan yang ada dalam badan awak.
Saya pertaruhkan nyawa saya untuk mengurung syaitan.
Anak saya pula hilang penglihatan untuk turunkan hujan!
Adakah ini balasan yang kami patut terima?
Ayah!
Ayah awak cuba buat syaitan itu tinggalkan badan awak.
Lenyaplah sekarang juga.
Syaitan itu bangkit...
Om mani padme...
...lalu membunuh dia pula sebaliknya.
Tak mungkin. Itu...
Ha Ram.
Anakku.
Keluar...
...daripada badan anak aku.
Tidak.
Selepas hari itu...
...beta batalkan perintah ayahanda dan bawa awak ke istana.
Untuk cari jalan melindungi awak dan orang di sekeliling awak...
...serta mencari jalan untuk mengurung syaitan.
Adakah saya...
Adakah saya dah buat sesuatu...
...yang kejam seperti membunuh ayah saya sendiri?
Itu bukan salah awak.
Tapi kuasa jahat dalam diri awak yang membunuh dia.
Tidak, tuanku. Tak mungkin.
Tak mungkin.
Tuanku berbohong.
Bawa bertenang, Sarjana Ha.
Itu mustahil.
Darah pada baju saya...
...ialah darah ayah saya disebabkan perbuatan penyiasat itu.
Ya.
Seumur hidup awak...
...itulah yang awak percaya.
Awak masih kecil ketika itu dan beta tak sanggup...
...beritahu awak perkara sebenar.
Walaupun itulah hakikat yang sebenarnya.
Ha Ram.
Wahai Samsin.
Tolonglah...
...kami.
Hal ini berlaku kerana karma buruk yang kita tak boleh kembalikan...
...tapi beta akan tebus kesalahan beta terhadap keluarga awak...
...sepanjang hayat beta.
Serta...
...selagi beta hidup...
...beta akan lawan syaitan itu supaya...
...perkara seperti itu tidak berlaku lagi.
Beta berjanji.
Saya juga minta maaf.
Apa yang berlaku terhadap ayah awak...
...bukan salah awak.
"Episod 15: Mencerap Planet-planet"
Tolonglah, jangan. Sepatutnya masih ada masa.
Saya yang Putera Joohyang mahukan.
Aduhai. Apa yang akan berlaku?
Teruknya.
Apa yang akan terjadi kepada mereka?
Nampaknya Pelukis Hong takkan datang.
Jalankan hukuman.
Apa?
Guru Choi.
Guru Choi.
Guru Choi. - Aduhai.
Guru Choi.
Tidak! Berhenti!
Berhenti!
Cheon Gi. - Tolong hentikan, tuan putera.
Cheon Gi! Pergi dari sini. Lari.
Awak dah sampai.
Saya tahu awak akan datang kerana keadaan mendesak.
Kenapa tuan putera buat begini?
Lepaskan mereka.
Kenapa awak asyik buat saya marah?
Awak dah bunuh ayah saya.
Berapa ramai lagi orang yang tuan putera nak bunuh?
Ayah awak mati sebab awak melarikan diri.
Jika mereka semua ini mati hari ini, ia juga...
...adalah disebabkan awak.
Tengoklah apa yang berlaku...
...kalau awak melanggar arahan saya.
Tuan putera memang kejam! Tuan putera patut mati.
Tuan putera tak takutkah dengan Tuhan?
Sayalah...
...Tuhan.
Jangan buat begini!
Raja perintahkan agar hentikan semua ini serta-merta!
"An Young Hwe: Penasihat Putera Joohyang"
Aduhai. - Raja?
Tuanku.
Tuanku.
Ayahanda.
Berani kamu buat begini?
Anak tak guna!
Kamu sedar tak jenayah yang kamu buat ini?
Lepaskan tahanan dan kemas tempat ini.
Menjunjung perintah, tuanku.
Putera Joohyang. Datang ke istana dengan segera.
Kamu semua dah dengar perintah itu! Buat seperti yang baginda titahkan!
Baiklah. - Baiklah.
Buka ikatan mereka.
Baiklah. - Baiklah.
Aduhai. - Kita selamat.
Guru Choi. - Cheon Gi.
Cheon Gi. - Guru Choi.
Si Pembuat masalah. - Awak tak apa-apa?
Cheon Gi. Awak tak cedera?
Awak dah makan?
Saya tak apa-apa. Awak hampir mati...
...tapi awak risau saya dah makan atau belum?
Saya memang ditakdirkan untuk hidup lama.
Apa lagi yang kita patut katakan?
Kita semua masih hidup dan bersatu semula.
Kenapa awak datang ke sini?
Dia takkan bunuh kami kalau awak tak datang.
Tak. Saya sangat bersyukur, Si Pembuat Masalah.
Jangan pedulikan apa yang dia cakap. Saya gembira awak datang.
Saya minta maaf. Terima kasih kerana bertahan.
Tak apa. - Cheon Gi.
Saya gembira kamu semua selamat.
Terima kasih. - Terima kasih.
Aduhai.
Terima kasih.
Kami terhutang budi pada awak. - Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih, tuan.
Tidak.
Awak bahayakan nyawa awak dengan datang ke sini. Awak yang selamatkan mereka.
Jadi, Eun O...
Apa yang berlaku pada dia?
Dia cuba larikan diri dari kediaman Putera Joohyang.
Dia tercedera...
...dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Aduhai.
Aduhai.
Oh, Tuhan...
Cheon Gi.
Aduhai.
Aduhai...
"Mae Hyang, Ketua gisaeng Simcheonggak"
Sarjana Ha bercakap dengan raja dan selamatkan Pelukis Hong.
Adakah dia menyebelahi musuhnya?
Adakah dia betul-betul dah berubah fikiran?
Aduhai.
Ayah!
Ayah awak mati sebab awak melarikan diri.
Jika mereka semua ini mati hari ini, ia juga...
...disebabkan awak.
Cheon Gi ayah yang malang.
Kamu dah banyak bersusah payah...
...demi menjaga ayah kamu yang sakit ini.
Ayah, bangunlah.
Ayah, jangan. Jangan buat begini.
Tuan.
Cik Hong. Awak tak boleh tidur?
Tidak.
Ayah saya...
...mati disebabkan saya.
Ayah saya...
...meninggal dunia ketika saya berusia 10 tahun.
Saya ingatkan raja...
No comments yet. Be the first to leave one.