The first 200 lines.
Tahanan 478, kau ada pelawat.
Kau kenal aku?
Aku dengar kau seorang saksi...
dalam satu kes yang berlaku 30 tahun lalu.
Aku bukan saksi.
Kau seorang wartawan?
Apa yang kau nak tahu?
Kau datang untuk tanya bagaimana aku bunuh mereka semua?
Ya. Bagaimana kau bunuh mereka semua?
Pertama, aku sumbat mulut mereka.
Kau tak suka mereka buat bising.
Selepas itu?
Aku ikat kaki dan tangan mereka.
Dengan menggunakan stokin wanita.
Kau sudah tahu.
Ia tahan lama dan sangat kenyal.
Aku cekik mereka dengan stokin wanita.
Aku cekik mereka sekali, dua kali dan tiga kali.
Berulang kali.
Mereka mati dengan sekali cekik sahaja.
Betul, mereka dicekik sekali sahaja.
Engkau rupanya.
Siapa yang akan kenal terlebih dahulu?
Dan siapa yang akan tangkap siapa terlebih dahulu?
Wah, aku rasa sangat ingin tahu.
Aku akan beritahu kau cerita menarik.
Cerita menarik?
Kau...
ditahan kerana membunuh 7 orang wanita.
Walaupun kau menafikan tuduhan,
walaupun pendakwaraya tak dapat buktikan kau adalah pembunuh,
kau akan disabitkan sekurangnya dengan 1 atau 2 pembunuhan.
Jadi, hukumannya mungkin 25 tahun?
30 tahun?
Tidak. Kau akan dipenjarakan seumur hidup.
Maksudnya, kau akan dikurung,
sama seperti ketika kau berada di hospital mental.
Kau akan dikurung...
dalam penjara sempit yang berkeluasan 3m².
Dalam bilik sempit itu, kau akan makan,
tidur,
makan, dan kemudian, tidur lagi.
Kau takkan dapat keluar dari bilik itu...
walaupun ketika kau pejamkan mata...
atau apabila kau bermimpi.
Siapa kau?
Untuk jadikan kau seorang manusia,
aku masukkan kau ke hospital mental itu. Kau sepatutnya hidup diam-diam di situ.
Tak mengapa. Tak mangapa.
Kau sudah faham?
Boleh kau bertahan dengan keadaan itu?
Kau melakukan dosa, terima balasannya.
*petikan Bible. maaf kalau tersilap terjemah
Bapa kami,Engkau yang berada di langit. Kudus dengan nama-Mu.*
Kenapa dia sanggup buat begini pada satu-satu anak lelakinya?
Kau takkan dapat keluar dari bilik penjara di mana kau takkan dapat rasai...
cahaya matahari atau angin yang bertiup buat selamanya.
Jangan keluar dari sini sehingga kau mati.
Tolong buka pintu ini.
Tolong buka pintu ini.
Ada sesiapa tak?
Oh, ya!
Kau boleh keluar dari sini bila sudah mati.
Aku tak boleh tinggalkan satu hadiah sahaja.
Permainan perlu adil.
Pembunuh bersiri Jung Ho Young telah membunuh diri di dalam penjara.
Dia telah membunuh diri ketika berada di dalam tahanan...
di Penjara Soojeong, hari ini pada jam 9:20 malam.
Seorang petugas penjara yang sedang membuat rondaan menemuinya...
dan cuba membuat CPR untuk menyelamatkannya.
Dia dihantar ke hospital, tetapi disahkan mati dalam tempoh 30 minit.
Dia tidak meninggalkan sebarang pesanan,
tapi disyaki berada di bawah tekanan yang kuat...
sebelum disoalsiasat oleh pihak pendakwa, telah membuat keputusan membunuh diri.
Pihak polis sedang menyiasat punca kematian.
Apa yang terjadi?
Profesor Shin, kenapa kau datang ke sini?
Kau sudah sihat?
Maaf kerana aku tak dapat datang melawat semasa kau berada di hospital.
Aku lega tengok kau sudah OK.
Apa yang terjadi?
- Kau pasti ini satu bunuh diri? - Ya, dia memang bunuh diri.
Punca kematian adalah kerana kekurangan oksigen dan serangan jantung.
Bagi mendapatkan analisa yang lebih terperinci,
mayat sudah dihantar ke NISI untuk bedahsiasat.
Ada sesuatu terjadi dalam penjara?
Dia tiada sebab untuk bunuh diri.
Dia diletakkan dalam kurungan perseorangan.
Apa yang boleh terjadi di situ?
Aku dengar, dia tidak tinggalkan apa-apa pesanan. Tiada sebarang nota?
Oh, ya. Aku memang mahu telefon.
Siapa Detektif Park Kwang Ho?
Aku orangnya. Kenapa?
Jung Ho Young tinggalkan sepucuk surat untuk kau.
Apa? Surat?
Kenapa dia tinggalkan surat untuk Koperal Park?
Menurut pekerja yang menjumpai dia,
dia memegang surat itu dengan erat di tangannya.
Apa ini?
"Noel"?
"Noel".
Maaf, tunggu sekejap.
Cis.
Nampaknya mood kau baik hari ini.
Ya, sebab cuaca sangat baik.
Apa yang buat kau datang di awal pagi begini?
Disebabkan Jung Ho Young bunuh diri secara tiba-tiba,
tiada cara untuk aku tahu apa yang sudah nampak dulu.
Ada kemungkinan dia nampak muka pembunuh.
Ya, betul. Sangat mengecewakan.
Tapi, bagaimana kau tahu Jung Ho Young adalah seorang saksi?
Dia bercakap besar mengenainya?
Tidak.
Jung Ho Young berkeras yang dia adalah pembunuh itu.
Aku bukan saksi.
Orang yang terfikir yang dia adalah seorang saksi...
adalah Kwang Ho.
Koperal Park?
Dia cakap pembunuh sebenar merokok di dalam terowong,
tapi Jung Ho Young tidak pernah merokok seumur hidupnya.
Itulah sebabnya dia tahu Jung Ho Young bukan pembunuh sebenar.
Bagaimana Koperal Park tahu pembunuh sebenar...
merokok di dalam terowong?
Kes itu terjadi 30 tahun lalu.
Itu...
Hanya aku dan detektif itu sahaja yang tahu mengenainya.
Siapa yang akan kenal terlebih dahulu?
Dan siapa yang akan tangkap siapa terlebih dahulu?
Wah, aku rasa sangat ingin tahu.
"Siapa yang akan kenal terlebih dahulu?"
Hai.
Hei, Sun Jae. Aku nak bercakap dengan kau sekejap.
Hei, jahanam!
Hei!
Kau adalah dia?
Detektif 30 tahun lalu?
Bagaimana semua ini boleh terjadi?
Kenapa? Ada perkara yang kau nak cakap?
Tak, tiada apa-apa.
- Aku pergi dulu, Profesor. - OK.
Kau beritahu Profesor Mok yang aku datang dari masa lalu?
Apa?
Dia yang membuat bedahsiasat pada mayat Park Kwang Ho.
Apa yang kau beritahu dia?
Aku cakap yang aku akan beritahu dia kemudian.
Dia percayakan kau?
Kau tak perlu risau pasal dia.
Jom. Kita akan lambat untuk mesyuarat.
Aku ingat dia sudah mati waktu itu.
Apa sebenarnya...
Adakah itu sebabnya Leftenan Kim tak beritahu aku siapa sebenarnya Koperal Park?
Seronok dapat jumpa kau lagi.
Sudah 30 tahun?
Jung Ho Young adalah seorang saksi?
Ya, itu yang aku terlepas pandang.
Sebab itu mangsa adalah dalam golongan yang sama.
Dan kenapa alat yang digunakan juga sama.
Punca sebenar Jung Ho Young obses dengan skirt...
dan menggunakan stokin wanita sebagai alat membunuh...
adalah kerana itu ialah ciri-ciri pembunuhan yang disaksikannya.
Sifat ganas yang terpendam dalam diri Jung Ho Young yang berusia 18 tahun...
mungkin terangsang pada waktu itu.
Aku rasa kejadian pembunuhan itu adalah titik penting dalam hidup Jung Ho Young.
Menyaksikan pembunuhan menyalakan api dalam dirinya?
Dia adalah peniru.
Tekaan kau bahawa ada seorang pembunuh lain...
adalah sangat tepat.
- Tapi ada sesuatu sangat pelik. - Apa?
Dia bukan seorang penjenayah yang akan membunuh diri.
Walaupun dia merancang untuk menamatkan hidupnya,
dia akan melakukannya sebelum ditangkap.
Tapi dia bunuh diri selepas disiasat oleh polis...
selepas mereka tahu yang dia adalah seorang saksi.
Apa sebab dia buat begitu?
Mungkinkah dia ingin bermain-main sehingga akhirnya?
Dia bunuh diri tanpa beritahu kita apa-apa.
Jika itu sebabnya, dia takkan tinggalkan apa-apa.
Tapi dia ada tinggal sekeping nota.
Apa?
Kenapa dia tinggalkan nota?
Dan kenapa tinggalkannya untuk Koperal Park?
Kau fikir kenapa Jung Ho Young bunuh diri?
Entah...
Aku tak pasti tapi aku dengar dari seorang peguam...
yang selalu melawat penjara.
Sesetengah banduan di penjara...
tidak tahan dikurung.
Banduan itu akan merayu kepada peguam mereka...
dan membuat pengakuan untuk keluar dari penjara secepat mungkin.
Sebahagian mereka sanggup mencederakan diri sendiri.
Mungkin dia juga dalam golongan yang sama seperti mereka.
Menurut rekod,
dia pernah dikurung dalam hospital mental.
Saat dia melangkah masuk ke penjara,
dia mungkin teringatkan pengalamannya dulu.
Dia hanya boleh keluar jika dia mati.
Dia tak tahan dikurung.
Itu sebabnya dia akhiri hidupnya dengan tangan sendiri.
Kadangkala, memori boleh melemaskan seseorang.
Perkara seperti ini tak pernah terjadi pada kau, Profesor Shin?
No comments yet. Be the first to leave one.