The first 200 lines.
Abang awak datang, tandatangan penafian badan, dan selamatkan awak.
Dia berjanji, mereka boleh ambil buah pinggang, hati, dan mata,
jika dia tidak bayar mereka.
Jika awak dijual ke sebuah pulau di suatu tempat,
saya pasti awak takkan hidup sekarang.
Awak juga tandatangan penafian badan awak untuk si tidak guna itu.
Apa yang awak buat untuk saya?
Tiada apa-apa, bukan?
Saya takkan cari awak lagi.
Jadi, awak juga, jangan cari saya!
Awak patut hantar Wae Sang ke rumah anak yatim.
Mereka akan hantar dia ke sekolah dan jaga dia dengan baik.
Dan, hantar Hwa Sang ke rumah lain.
Itu sahaja cara awak boleh hidup. Bagaimana awak mahu jaga empat adik?
Hwa Sang, mari sini. Ikut saya.
Poong Sang, saya tidak mahu pergi.
Saya takkan lepaskan dia.
Hwa Sang lebih besar, jadi dia akan disukai oleh keluarga lain.
Jeong Sang seorang yang lemah.
Awak sepatutnya ambil Jeong Sang.
Dia gadis yang bijak, jadi dia akan baik sahaja di mana-mana.
Saya perlu menjaga Hwa Sang sendiri.
Tidak, saya mahu hidup dengan awak.
Poong Sang, saya akan jadi seorang budak yang baik,
dan saya takkan makan banyak.
- Jangan hantar saya. - Saya takkan buat begitu.
Tidak mungkin.
Poong Sang.
- Boon Sil! - Oh Tuhan.
Awak terkejutkan saya.
Saya dengar awak akan dermakan dia hati awak.
Apa pilihan yang saya ada?
Orang yang ada hati harus berikannya kepada dia.
Awak semua tiada.
Jangan jadi sarkastik. Awak buat saya sedih.
Awak tidak boleh lakukannya.
Maksud saya, awak ada Joong Yi,
dan awak juga perlu jaga Poong Sang.
- Saya buat keputusan. - Batalkannya.
Jangan jadi keras kepala dan dengar kata saya.
Saya tidak mahu hidup dengan rasa bersalah kepada awak.
Bukan hanya saya. Poong Sang takkan terima.
Jangan cakap apa-apa kepada dia.
Jika awak beritahu dia...
Awak faham, bukan?
Tidak guna.
Hei.
Apa yang awak lakukan?
Bagaimana awak boleh minta hati Boon Sil?
Saya tiada pilihan lain.
Kita ada ramai adik beradik. Kenapa dia perlu berikannya?
Ini tidak masuk akal!
Jeong Sang, saya akan letak telefon.
Kenapa dengan awak, Boon Sil?
Awak mahu melihat saya marah?
Awak hanya terseksa sahaja sejak awak berkahwin.
Perlukah kami juga mengambil hati awak?
Tidak guna. Awak langsung tidak bersalah!
Satu-satunya kesilapan awak adalah berkahwin dengan Poong Sang.
Dan, saya yang jodohkan dia dengan awak.
Awak pernah kata yang saya memikat dia.
Apabila saya melihat awak,
saya tahu awak sangat sepadan dengan dia.
Sebab itu saya berlari...
ke pejabat tempat kerja awak sebagai akauntan...
untuk suruh awak berkahwin dengan dia.
Saya yang minta awak menjadi kakak ipar saya.
Jadi, bagaimana saya boleh...
ambil hati awak juga?
Jika begitu, saya akan jadi orang seperti apa?
Bagaimana saya mahu jumpa awak lagi?
Oh Tuhan.
Saya bukan orang asing.
Ini hanya nasib saya.
Jangan bersedih kerana saya.
Boon Sil. Oh Tuhan.
Kenapa ini?
Perasaannya agak pelik.
Kami hanya berbual.
- Awak pergi berjalan-jalan? - Ya.
Hei,
saya dapat tarikh pembedahan baru.
Syukurlah, saya dapat penderma.
Saya sudah beritahu dia.
Oh Tuhan, rasanya saya ditakdirkan untuk hidup.
Tahniah.
Kenapa dengan dia?
Awak ada katakan sesuatu kepada dia?
Saya suruh dia dapatkan duit...
untuk bantu kewangan awak, dan dia merajuk.
Jangan kata begitu. Dia mungkin akan berjudi lagi.
Hwa Sang.
Apa yang berlaku kepada Poong Sang?
Pembedahan dia minggu depan.
- Boon Sil akan derma padanya. - Awak hilang akal?
Kita patut berikan kepada dia. Kenapa dia yang derma?
- Kita mahu itu, tapi keadaannya... - Lupakannya.
Mari kita lakukan...
seperti yang awak katakan. Awak dan saya.
Mari kita berdua lakukannya.
Hwa Sang kata begitu?
Ya.
Kenapa dia tiba-tiba berubah fikiran?
Saya tidak pasti tentang itu.
Dia tergesa-gesa datang dan mahu kami lakukannya.
Saya sangat bersyukur.
Walaupun dia tidak maksudkannya, saya bersyukur.
Tapi, saya patut lakukannya.
Awak sudah kahwin, dia pasti akan kahwin,
dan awak berdua pasti mahukan bayi.
Jangan kata begitu tentang perkahwinan kami.
Awak juga cakap begitu?
Hwa Sang dan saya sudah selesai bercakap.
Dan, saya juga takkan ada anak dalam masa yang terdekat.
Tidak, mari buat seperti yang saya cakap.
Boon Sil.
Memang adik-beradik dia harus lakukan ini.
Awak juga ada perkara untuk diuruskan.
Awak juga harus jaga dia.
Kami berempat,
sudah cukup rasa bersalah kerana kami tinggalkan Poong Sang...
untuk dijaga oleh awak.
Mari lakukannya, Boon Sil.
Kami sudah buat keputusan.
Saya mahu bertemu dengan Hwa Sang.
Bukan sekarang.
Saya tidak berani untuk berjumpa Poong Sang,
atau berhadapan dengan Boon Sil.
Saya rasa menyesal dengan semua perbuatan saya.
Rasanya saya memang tidak boleh berjumpa mereka sekarang.
Jika pembedahannya berjalan lancar,
Saya akan bertemu dengan mereka.
Kami berikan dia ini adalah satu rahsia, bukan?
Sudah tentu.
Jika dia tahu, dia takkan menerimanya.
Mari rahsiakannya sehingga kita mati.
Awak mahu tinggal dengan saya sehingga pembedahan itu?
Saya tidak boleh berada dalam ruang yang sama dengan awak.
Saya hampir mati ketika berada dalam rahim selama 10 bulan dengan awak.
Selamat tinggal.
- Sehingga pembedahan itu. - Saya tahu.
Saya sudah dengar semua langkah berjaga-jaga.
Cepat sedikit. Bergerak.
Apa yang dia sedang lakukan?
Oh, itu...
kerana dia tidak mahu rasa bersalah dengan awak.
Jin Sang, saya perlu bercakap dengan awak.
Apa? Awak ditolak?
Apa maksud awak?
Jeong Sang dan Hwa Sang, si kembar itu yang lakukannya.
Mereka suruh saya jangan libatkan diri.
Awak tidak perlu risau mengenainya lagi.
Oh Tuhan.
Apa yang awak berdua buat?
Awak pasti anggap yang saya seperti satu jenaka.
Tidak kisahlah jika awak memang satu jenaka.
Kita harus selamatkan Poong Sang. Kita sudah tiada masa.
Kami akan terlepas saat penting jika tunggu awak.
Awak harus berjaga-jaga. Awak ada hati yang berlemak.
Awak tidak boleh berikan hati awak kepada dia.
Jangan minta hati dari kami selepas ini...
dan berhati-hati. Saya tidak boleh berikannya kepada awak.
Awak hanya boleh lakukannya sekali sahaja.
Awak pasti rasa sangat gembira kerana bijak.
Saya seorang doktor.
Saya tahulah yang awak seorang doktor.
Awak selalu cakap, "saya seorang doktor".
Suka menunjuk.
Bagaimana awak boleh buat keputusan sedangkan awak selalu bertengkar?
Bila pembedahannya?
- Dalam masa seminggu. - Seminggu?
Saya akan pastikan,
hati saya bersih dalam masa seminggu.
Berhenti merepek.
Bagaimana awak mahu lakukannya dalam masa seminggu?
Saya boleh lakukannya.
Saya pilihan pertama.
Jika saya berikannya, saya yakin yang dia akan menerimanya.
- Oh Tuhan. - Tolong jadi realistik.
- Jangan libatkan diri awak. - Saya mahu rasa tenang.
Saya mahu hidup dengan tenang.
Bagaimana saya mahu hidup dengan bermaruah?
Jadi, jangan hidup bermaruah.
Awak bukannya pernah buat begitu.
Apa-apapun,
awak berdua jangan libatkan diri dengan ini.
Kenapa dia tidak lakukan ini sejak dari awal?
Awak rasa ya?
Awak yakin?
Pastikan yang awak tidak ubah fikiran awak.
Sebentar.
Saya perlu pergi ke satu tempat dengan awak.
Hei. Bila awak...
cakap mahu pergi ke satu tempat, saya boleh rasa hati saya menggigil.
Apa yang awak cuba lakukan sekarang?
Kenapa kita berada di sini?
Hwa Sang.
Jangan terkejut dan dengar cakap saya.
Berhenti berlengah dan cakap sahajalah.
Hei.
No comments yet. Be the first to leave one.