The first 155 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Awak tak ada pilihan.
Dia tahu apa akibatnya kalau kerja begini.
Kita dah selesai.
Kita langsung belum buat apa-apa. Silco masih bebas.
Awak tak faham lagi? Saya dah terlibat dalam pembunuhan ini!
Nanti lebih ramai ibu bapa yang dapat tahu anaknya tak balik…
Apa saya nak jawab nanti?
Takkan nak biarkan saja?
Dari dulu lagi awak dah terlibat.
Awak cuma tak tengok betul-betul. Seorang budak mati?
Ada ramai lagi yang mati disebabkan Silco
dan juga sebab orang macam awak yang tak peduli langsung.
- Ini dah berakhir. - Bukan bagi saya.
Tanggalkannya.
Cubalah paksa kalau boleh.
Awak tak boleh ambil begitu saja.
Mungkin awak terpaksa bunuh seorang lagi selain dia.
Awak takkan berjaya.
Dah lama Bahagian Atas tak bertindak seberani begini.
Kutuklah mendiang Syerif semahu awak. Dia berguna juga.
Sayangnya Jinx tak fikir begitu.
Kita akan beli yang lain.
Jadi awak tak nak ambil kisah
tentang si celaka yang bunuh anak saya?
Biar saya teka. "Jinx akan uruskannya", betul tak?
Sama macam dia uruskan benda-benda lain.
Kami bersimpati atas kehilangan anak awak, Renni.
Setidaknya kita tahu dia mati demi menegakkan perjuangan kita,
bukannya sebab pergaduhan remeh yang selalu ada di sini.
Awak tak layak cakap pasal pengorbanan demi perjuangan kita.
Mana Jinx?
Tolong dia uruskan mayat itu.
Viktor, saya tahu orang takkan tengok benda ini,
tapi melihat awak bekerja tanpa henti untuk jadikan dunia lebih baik…
Saya tak boleh maafkan diri saya kalau saya tak cuba.
Semua orang ada tanggungjawab, bukan?
Okey.
Wain Noxus sangat kuat rasanya.
Anggurnya tahan lama disebabkan iklim.
Sama macam semua makhluk yang berjaya hidup di Noxus.
Mel, kamu nak…
Pergi.
Jangan dekati Jayce!
Kamu memang sangat sukakan dia.
Lebih baik mak naik kapal mak dan pergi dari bandar saya.
Jangan nak biadab. Mak tak ajar kamu begini.
Kita ada masalah, Mel.
Orang yang bunuh abang kamu masih belum dihukum
dan sumber dia melebihi kita.
Kalau Hextech boleh jadi senjata, kita kena dapatkannya.
Piltover bukan tempat ujian mak.
Mak cuma mempercepatkan proses yang kamu mulakan.
Saya nak lindungi bandar ini daripada orang macam mak.
Saya tak sangka mak nak cetuskan perang semata-mata demi lindungi diri.
Mak sanggup bakar seluruh dunia demi melindungi keluarga kita.
Tolonglah.
Saya bukan lagi ahli keluarga ini sejak mak halau saya.
Kenapa? Kenapa mak buang saya?
Sebab kamu melemahkan mak!
Mak tak dapat tahan tengok wajah kamu setiap kali mak buat keputusan,
keputusan penting untuk pastikan kita selamat!
Kita perlukan senjata itu, Mel.
Biarkan perang tercetus.
Kamu baliklah ke rumah.
Ambil tempat kamu di sisi mak.
Itulah selayaknya.
Maafkan saya.
Saya tak tahu tempat mana yang awak lebih suka.
Maafkan saya.
Saya mengganggukah?
Ingat tak pertandingan Pencipta Terunggul dulu?
Saya masih ingat awak sambungkan gear dalam gerabak.
Ia mula hidupkan enjin dan semuanya bergegar.
Saya ingatkan akan ada orang yang cedera.
Setidaknya, awak tak muntah.
Waktu itu, semuanya masuk akal.
Awak perlu musnahkannya.
Saya tahu.
Hexcore itu.
Saya tak mampu buat.
Awak mesti hancurkannya. Tolonglah.
Macam mana dengan penyakit awak? Tanpa Hexcore itu…
Janji dengan saya.
Okey.
Saya janji.
Kita dah hilang identiti diri dan impian kita.
Dalam mengejar impian yang besar, kita gagal buat perkara baik.
Kita perlu betulkan keadaan.
Saya sibuk.
Semasa awak bunuh Vander, saya fikir,
"Inilah orang yang memang faham cara untuk jalankan urus niaga."
Sikapnya, naluri dan kepekaan.
Awak sempurna dalam segalanya.
Sentiasa lebih maju daripada yang lain.
Tapi masa awak dah berlalu, wahai orang tua.
Awak bersama dia, bukan?
Awak yang buat silap, Silco.
Awak terlalu muda untuk ingat keadaan Undercity
sebelum ia menjadi sebuah "urus niaga".
Kita papa kedana.
Awak tahu apa yang kita ada waktu itu?
Kesetiaan.
Setiap penduduk kekal bersama hadapi apa saja cabaran yang ada.
Sekarang saya terpaksa berkongsi udara dengan parasit macam kamu
yang mempergunakan legasi terdahulu.
Hari ini awak akan mati, Silco.
Itulah risiko yang saya cakna sepanjang hidup.
Tapi saya masih percayakan kesetiaan.
Kalau tahulah, dah lama saya bunuh anak awak.
Tapi itulah, dia pun dah mati.
Berambus.
Nak raikan?
Bukan untuk orang tak guna macam dia.
Tapi dia juga bukan yang terakhir.
Sesuai untuk serang hendap.
Awak datang tanpa penukul.
Saya teringat sesuatu yang menemukan kita.
Ugutan di sebalik tembok kita.
Bandar ini mudah lupa.
"Kemajuan."
Saya langsung tak menghalangnya.
Laluan perdagangan percuma, pengampunan kerajaan,
akses tanpa had kepada Hexgates, peluang kedaulatan.
Awak ingat awak layak untuk minta semua ini?
Saya puji tindakan awak.
Tak sangka awak berani.
Pegang jawatan besar bermaksud ada banyak permintaan,
sampai awak perlu dedahkan diri.
Awak takut.
Ya, saya takut.
Hari ini, saya nampak apa akan berlaku kalau kita berperang.
Orang awak takkan menang.
Pentadbiran bukan kisah pun.
Saya cuba selamatkan awak daripada kemusnahan.
Amboi.
Budak hingusan Akademi dah matang, ya?
Kalau mahukan keamanan, tanggunglah akibat.
Boleh hentikan pengeluaran Shimmer?
Separuh dah pun terhenti.
Pulangkan Batu Permata.
Saya perlukan Jinx.
Dia perlu terima balasannya.
Semua ini bukan salah dia. Dia bekerja untuk saya.
Percayalah, kalau ikutkan hati saya, awak dah mereput di Stillwater.
Tapi susahlah nak berunding kalau orangnya mati dulu.
Kita berdua ada tugas sendiri.
Berikan saya Jinx, barulah awak dapat negara Zaun itu.
Menarik.
Ini yang awak kata tercipta dalam waktu yang sekejap saja?
Macam mana awak boleh capai begitu banyak dengan cepat?
Awak sendiri akan terkejut dengan kemampuan diri apabila terdesak.
Kenapa nak kena naik benda ini?
Pasti ada pengangkutan yang lebih efisien dan selamat.
Hidup Firelight!
No comments yet. Be the first to leave one.