The first 200 lines.
Hei! Maaf kerana awak terpaksa menunggu lama.
Saya pegang skalpel kedua dalam pembedahan artroplasi pinggul
apabila Bovie memasuki sirkumfleks lateral.
Penuh dengan darah.
Maaf.
Jargon pembedahan.
Saya faham. Jangan risau!
Sementara saya menunggu,
saya berjaya buat double fakie hardflip dan juga frontside overcrook
dan kemudian saya gabungkan reverse gingersnap dan old-school ho-ho .
Saya macam tak percaya?
Jargon meluncur.
Saya tak kisah menunggu.
Awak tahu saya sanggup tunggu awak sepanjang hari.
Terima kasih.
Bagus kalau boleh buat benda normal,
macam jumpa krew luncur saya hari Sabtu ini?
Tapi saya faham. Awak seorang doktor.
Waktu kerja awak tak menentu dan awak hanya buat kerja awak.
Seperti Big Mo.
Dia tak benarkan saya guna bilik air melainkan buku lali saya terseliuh.
Tak apa! Walter ialah teman lelaki saya!
Saya hormatinya, saudara!
Saya perlu bekerja pada hari Sabtu, tapi saya milik awak selama...
Lima puluh dua minit?
Awak nak pergi bersiar-siar?
Beri kucing liar makan?
Hanya jika kita boleh cipta kisah untuknya.
Tak guna!
Kod Biru, pesakit saya tiada nadi!
-Itu jargon untuk... -Saya rasa saya tahu apa maksudnya.
-Pergi! -Okey.
Pesakit THR awak dari pagi tadi. Umur dia 83 tahun, bukan?
84 tahun. Kemungkinan DVT lepas pembedahan atau embolus pulmonari. Atau ada PJI.
Orang tua itu sedang berbulan madu.
Bonnie, kita ada ramai penonton!
Oksimeter nadi awak tercabut.
Kami semua fikir jantung awak terhenti.
Maaf. Kami baru berkahwin.
Kami tak boleh jauhkan diri daripada satu sama lain!
Sebenarnya, itu bukan cara yang teruk untuk habiskan hidup awak.
BUDAK BERUSIA ENAM TAHUN DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN SAT
BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH TINGGI DALAM TEMPOH 9 MINGGU
BUDAK BERBAKAT LUAR BIASA BERUSIA 10 TAHUN TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI HAWAII
BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH PERUBATAN PADA USIA 14 TAHUN
BERDASARKAN SIRI TV, DOOGIE HOWSER M.D.
Itu macam melihat nenek dan datuk bermesra dengan rapat.
Kita dah halang mereka!
Saya rasa ia manis yang mereka berdua bertemu.
Ia memberi inspirasi untuk tahu erti cinta masih membuak-buak
walaupun nyawa hampir tamat.
Aduhai.
Saya harap Walter dan saya begitu ketika kami berusia 80 tahun.
Kasihan Walter. Dia mengingatkan saya kepada teman lelaki pertama saya.
Maksud saya, Doogie, awak 16 tahun. Awak masih budak-budak.
Percayalah, awak akan jumpa lelaki yang lebih serasi.
Kami serasi.
Dia cinta pertama saya.
Pedulikan perempuan tak guna ini yang bersedih disebabkan kena tinggal
dan percaya pada cinta, sayang.
Seperti saya dan Trent.
Hubungan kami masih tak menentu,
tapi kami ditakdirkan bersama.
Bekas kekasih awak? Di Chicago?
Siapa yang baru berpindah masuk dengan lelaki lain?
Saya kata, hubungan tak menentu!
Hubungan Walter dan saya hebat.
Saya cuma harap saya dapat jumpa dia lebih kerap.
Dia suruh saya jumpa kawan-kawannya pada hari Sabtu,
tapi saya kena bekerja.
Apa kata kita tukar? Awak ambil Isnin, saya ambil Sabtu.
Tak ada masalah.
Yakah?
Terima kasih!
Trent dan Todd akan memetik epal dan paparkannya di Instagram.
Saya tak sanggup tengok Trent petik epal dengan orang lain.
Berapa lama lagi ayah akan ambil masa?
Selama-lamanya?
PINTU MASUK FARMLOVERS
-Hei, Ono Ken, aloha ! -Helo, kawan!
-Guava! A hui hou ! -Hei, Benny!
Macam mana dengan keluarga Kamealoha?
Benny jumpa sesuatu di gerai makadamia Mama Keona!
Ia memang... hebat!
Bunyi apa itu?
Brownie kentang carob!
Mama K jual hanya $7 untuk setiap satu!
Awak dan pasar tani.
Awak selalu berjanji untuk pergi sekejap saja
tapi akhirnya habiskan masa berjam-jam.
Ia seperti Narnia tapi dengan jem buah ara yang mahal.
Tolonglah. Inilah peluang saya untuk bercakap dengan semua orang!
Guava Nohea, Ono Ken, Smart Ken... semua Ken!
Tak sedap langsung!
Sampah.
Kek biskut saya lebih sedap dari apa yang mereka jual!
Kai! Ayah bayar tujuh dolar untuk biskut ini.
Dengan kemahiran memasak awak dan skil perniagaan saya,
kita boleh jadi kaya disebabkan orang macam ayah!
Betul! Pulau ini penuh dengan orang sebegitu!
Saya setuju.
Saya perlukan duit lebih.
Tapi saya tak nak buat matematik atau duit.
Jangan risau, budak kacak. Saya akan uruskan hal duit.
Lembaga pengarah mahu saranan pekerja
untuk pencarian Ketua Kakitangan,
yang bagus untuk pesaing saya, Dr. Lee.
Pakar bedah jantung yang susun pasangan semua orang ikut kedudukan?
Dia buat saya hilang akal, tapi dia benar-benar boleh bekerja.
Macam Bill Clinton...
kalau Bill Clinton separuh Melayu, pakai seluar pendek untuk kerja,
dan boleh baca keseluruhan skrip Cool Runnings berdasarkan memori.
Saya suka lagu Cool Runnings , John Candy.
Saya suka hospital!
Saya juga tahu saya boleh buat lebih baik jika saya jadi ketua.
Tapi saya perlu berkempen untuk itu?
Itulah lumrahnya.
Salah satu sebab kenapa saya tinggalkan perdagangan.
Saya buat semua perkara mengarut yang tiada siapa mahu buat
dan saya fokus untuk menguruskan hospital.
Tapi saya tak pandai bermuka-muka.
Saya pekerja, bukan penghibur.
Penghibur bukan dilahirkan, ia dicipta.
Awak mesti jadi pekerja yang pandai menghibur!
Saya ada idea.
Ambil buah-buahan di pasar dan letak di tempat kerja dengan papan tanda.
"Ihsan daripada Dr. Hannon. "Bakal Ketua Aloha Anda."
Itu idea yang bagus.
Kalau begitu, awak patut menyanyi untuk mereka. Dari hati.
Tapi kita mula dengan buah dulu.
Ya.
Awak pasti awak tak melebih-lebih?
Steph, saya nak beri tanggapan yang baik
pada krew meluncur Walter.
Dengan papan tanda shnark-noodle-ree ?
Papan tanda charcuterie !
Saya guna daging dan keju daripada enam benua.
Ia sedap dan boleh dijadikan topik perbualan.
Kenapa baunya macam bilik lokar walaupun kita berada di luar?
Saya sukakannya.
Bau macam lelaki.
-Apa khabar? -Hei.
Lahela, Steph, ini kawan-kawan saya!
-Ini Spyder. -Apa khabar?
-Goofy J. -Apa khabar?
-Serta Carl. -Daging nampak sedap.
Saya sangat gembira awak ada di sini. Ayuh!
Hei, lihatlah budak-budak nerda ini!
Skuter tak hebat langsung!
Hei, itu bukan hobi, tapi gaya hidup sahaja!
Mereka menjerit pada kanak-kanak.
Ya.
Berambus, Fisher-Price!
Tak, saya pegang awak!
-Ya, bagus. -Ayuh!
Itu dia.
-Selamat datang ke kelab ini. -Ya.
-Hei. -Awak patut datang ke sini selalu.
AIS BATU CAMPUR DAN BUNGA BENNY
Okey, awak tertinggal buah yang enak di bilik rehat...
Sekaranglah masanya untuk bertindak.
Ya.
Pergi dapatkan undian pekerja-pekerja itu.
Oi, Gail!
Baiklah, itu...
Saya tak pasti jika awak nampak tapi saya ada letak makanan di bilik rehat.
Sedapnya.
Okey.
-Hei, Joannie! Apa khabar? -Bagus.
Awak dah jadi jururawat di sini selama tujuh tahun, bukan?
Oh, 12 tahun dan sebenarnya nama saya Jenny.
Oh, Tuhanku. Saya minta maaf!
Selamat tinggal.
Saya perlukan ais batu campur.
Beri perisa pelangi berganda.
Apa yang berlaku?
Rakan sekerja saya takkan sarankan saya.
Tidak, mereka sayangkan awak!
Saya baru panggil Jenny, seorang jururawat di sini, Joannie!
Maksud saya, pakailah tanda nama di kampus, tapi masih...
Saya kena beli hadiah untuk majlis sambut bayi dia.
Dia kata tak perlu bagi hadiah tapi saya bukan orang gasar.
Awak dijemput ke majlis sambut bayi dia dan saya tak dijemput?
Saya memang tak pandai berkawan.
Sekarang, saya akan kehilangan jawatan Ketua Kakitangan.
Hei!
Isteri awak masih nombor satu dalam senarai.
Oh, Gail yang disanjungi!
Saya ikut akaun Instagram awak.
Dear Tabby? Ya, sukakannya! Saya sukakannya.
Jenny! Harap-harap orang tak fikir bayi itu anak saya!
Saya bergurau saja. Jangan telefon Sumber Manusia.
Saya akan tewaskan awak.
Faham tak?
Dalam pengesyoran itu.
Boom!
"Rasakan rentaknya! Rasakan rimanya! Cepatlah, masa untuk beraksi!
Ya! Ya!
Dr. Lee adalah bintang.
Patutlah Joannie tak jemput saya.
No comments yet. Be the first to leave one.