Release info

오-나의-귀신님 Oh My Ghost E07 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E08 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E09 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E10 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E11 LIMO iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-06-11
Downloads: 20
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY iQIYI

- Dah sampai. - Ya.

Sekejap.

Boleh tak jangan balik dulu?

Kita boleh duduk di sini.

Okey.

Awak suka?

Ya.

Saya suka suasana begini.

Saya dah cakap, bukan? Pegang tangan pun dah menggembirakan.

Saya nak kita lakukannya dengan perlahan-lahan.

Sesedap mana pun sesuatu hidangan, kita akan sakit perut apabila makan cepat.

Sakit hati lebih menyakitkan

daripada sakit perut, faham?

Tapi...

Masa...

Macam mana kalau saya tak cukup masa?

Kenapa pula?

Bukannya awak nak mati esok.

Awak cuma cakap begitu sebab awak dah tak tahu nak cakap apa.

Kenapa? Cef nak marah saya lagi?

Saya memang nak marah awak.

Sudahlah. Jom masuk.

Tunggulah lima minit lagi.

- Lima minit pun tak boleh. - Kalau macam itu, seminit saja.

Satu minit saja. Saya nak duduk seminit lagi di sini.

Ya.

Tak, mak tak minum langsung.

Mak cuma nak hantar roti ban krim untuk abang kamu.

Ini roti kegemarannya.

Mak tak tahu. Mungkin dia tak suka mak datang.

Mak balik lepas hantar roti ini. Okey.

Baiklah!

Sekarang ini saya pula yang takut.

Dia tak macam seorang anak pun. Macam seorang raja saja.

Kita hanya berpegangan tangan, tapi awak dah senyum sampai telinga.

Sampai begitu sekali awak suka saya?

Ya, saya suka awak.

Tangan Cef sangat hangat.

Tak, tangan saya tak hangat pun. Tangan awak yang sejuk.

Kenapa tangan awak sejuk sangat? Aliran darah awak tak betulkah?

Awak nak saya carikan teh buah goji?

Oh, Tuhan! Kenapa gelap sangat?

Tangan...

- Sun-woo. - Helo.

Kamu berdua ada di sini.

Kenapa mak datang lewat malam begini?

Mak pergi Taesungran tadi dan mak teringat yang kamu suka roti krim di sana.

Tapi kenapa Bong-sook ada di sini?

Saya Bong-sun, bukan Bong-sook.

Yakah? Tak kisahlah...

Apa kamu berdua buat di sini pada waktu begini?

Saya suruh beli barang, bukan?

Semuanya okey. Awak boleh pergi.

- Apa? - Awak boleh balik sekarang.

Oh, ya! Saya balik dulu. Selamat tinggal.

Oh, Tuhan.

Saya suruh dia beli barang dan dia tak jumpa.

Langsung tak membantu.

Kenapa pandang saya macam itu?

- Kamu terdesak sangatkah? - Apa?

Tapi mak tak faham kenapa kamu pilih dia yang pendek begitu...

Jangan cuba tipu mak.

Mak mungkin tak tahu apabila pelajar mak palsukan kedatangan mereka.

Tapi mak boleh kenal pasti siapa yang bercinta dengan siapa.

Mak pakar dalam bidang itu.

Kamu berdua ada hubungan, bukan?

Hubungan apa pula, mak? Apa mak cakap...

Aduhai, dah lama saya tak makan roti krim.

Jangan cuba ubah topik.

Kenapa dengan anjing kamu?

Kamu guna alat pencegah kehamilan, bukan?

Kamu patut gunakannya.

- Mak! - Kamu tak guna?

Biar betul.

Oh, Tuhan!

Oh, Tuhan.

Saya tak buat salah pun. Tapi kenapa jantung saya berdegup laju?

Sebab mak Cef atau sebab...

OH MY GHOST EPISOD 10

Kamu tahu tak budak-budak muda sekarang ini menakutkan?

Kalau sesuatu berlaku dengan pekerja dan dia berdendam terhadap kamu,

kamu takkan ada jalan penyelesaiannya.

Bukan begitulah, mak.

Baiklah kalau kamu cakap begitu.

Bukan sebab apa saya cakap. Tapi kami memang tak bercinta.

Mak dah cakap, okey.

Kerja kamu sangat sukar.

Mak tahu lelaki muda perlu sesuatu untuk hilangkan tekanan.

Tak bagus kalau kamu pendam saja.

Tapi nasib kamu tak baik tahun ini.

- Pastikan kamu guna pencegah hamil itu. - Mak, tolonglah!

Mak memang nak cakap semua ini dengan anak lelaki mak?

Kenapa pula tak boleh?

Lebih baik cakap sekarang sebelum apa-apa berlaku.

Baliklah, mak. Mak buat saya sakit kepala saja.

Ya, mak balik. Mak akan balik walaupun kamu halang mak.

Janganlah buat andaian sendiri.

Okey, baiklah!

Sekarang ini kamu dan Eun-hee asyik membebel saja.

Kamu berdua tak banyak bercakap semasa kecil.

Selamat malam, budak tak guna.

Selamat jalan.

Mak balik. Mak balik sekarang!

Mak dah masuk!

BONG-SUN

Pecut?

Sejak bila dia comel begini?

Cef!

Terkejut saya!

Maaf.

Macam mana dengan mak Cef? Dia anggap kita pelikkah?

Mestilah, dia rasa pelik sangat.

Awak sentiasa pelik dan semua orang boleh nampak.

Saya dah cakap dengan dia. Jangan risau sangatlah.

Leganya.

Jom masuk dan rehat sekarang.

Awak mesti penat berparti dengan mereka tadi.

Saya dah tidur di motel tadi, jadi saya tak mengantuk.

Tiba-tiba saya marah semula.

Mulai sekarang, jangan sebut "mo" depan saya lagi.

- Okey... Motel. - Hei!

Bangunlah! Saya hantar awak balik.

Awak tinggal di mana?

- Di sana. - Okey.

- Cef nak hantar saya? - Ya.

Di sini.

Kita dah sampai.

- Selamat tinggal. - Saya hantar Cef pula.

Tak, lelaki yang sepatutnya hantar perempuan balik rumah.

- Saya nak hantar juga. - Tolonglah.

Awak nak berjaga sepanjang malamkah?

Turun balik.

Begini, kita kira sehingga tiga dan masuk dalam, okey?

- Okey. - Apa ini?

Satu, dua, tiga.

Hei, tengoklah awak.

Okey... Satu, dua, tiga.

- Selamat malam! - Baiklah.

Comel.

Selamat malam, Na Bong-sun.

- Mak dah balik. - Awalnya mak balik.

Abang suruh mak balik?

Kamu ingat dia suka mak ke sana?

- Aduhai. - Abang sukalah.

Dia bersikap begitu sebab tak biasa diberi perhatian.

Mak tahu. Dia tetap anak mak.

- Oh, ya. Eun-hee. - Ya?

Kamu kenal tak budak yang jadi pembantu dapur di restoran...

Bong-sook atau apa namanya, ya?

- Bong-sun. - Tak kisahlah.

Orangnya macam mana?

Dia selalu keluar janji temu tak?

Tak! Dia bukan jenis yang macam itu.

Dia sopan, tak macam yang lain.

Sopan?

Dengan terlebih sopan itulah dia boleh dapatkan semua lelaki.

Kamu kena lebih teliti dalam menilai orang.

Jangan selalu lihat yang baik saja.

Mak nak mandi.

Kenapa semua orang nak tahu tentang Bong-sun?

Apa yang saya buat ini? Saya suka dia sedangkan saya hantu.

Saya pasti dah gila.

Nampaknya

saya dah rasa perasaan ketika bercinta.

Bolehkah saya rasainya?

Apa awak buat di sana?

Saya bosan. Jadi saya jalan di sekitar sini.

Okey.

Kenapa? Awak tak boleh tidur?

Tak, saya dahaga.

Dah beberapa hari saya tak nampak hantu.

Jadi saya dah boleh tidur.

- Yakah? - Ya.

Semuanya disebabkan kakak.

Awak buat saya rasa pelik apabila awak panggil saya kakak.

Betul, bukan? Saya pun sama.

Tak sangka saya akan panggil hantu dengan gelaran kakak.

Kenapa awak bercakap seorang diri lewat malam begini?

Apa?

Taklah.

- Awak tak boleh tidur? - Apa?

- Sebab panas sangat? - Apa? Ya.

Nampaknya saya tiada pilihan lain. Tunggu sekejap.

Mari sini.

- Apa? - Masuk dalam.

- Okey, duduk. - Okey.

Okey. Nasib baik saya tak buang. Ada juga kebaikannya.

Aduhai.

Awak akan tidur lebih selesa dengan kipas ini.

Okey.

Pastikan pintu terbuka apabila awak tidur.

Kalau tak, awak akan sesak nafas.

Baik, Cef.

Okey, dah siap.

- Kita cuba hidupkan, ya? - Ya.

Anginnya tak sejuk pun. Apa masalahnya?

Kenapa macam pelik saja?

Kenapa?

Saya rasa bilahnya terbalik.

More Malay subtitles for Oh My Ghostess

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left