The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
SEBELUM INI DALAM TEMPAT BAIK...
Michael buat kejiranan baharu.
Tempat Buruk pilih empat manusia baharu.
Penghuni lain ialah anak-anak Janet.
Jika kita gembleng tenaga,
kita boleh selesaikan lebih cepat.
Terima kasih.
Apabila awak gagal, empat manusia itu akan diseksa selama-lamanya.
Cuba teka siapa yang akan menyeksa mereka?
Kami bina satu sut Michael.
Saya tak boleh buat. Terlalu menakutkan.
Hai, John. Saya arkitek di sini.
Jemput masuk.
Tempat Buruk tak pilih orang yang teruk.
Mereka pilih orang yang teruk bagi kita.
Awak mesti padamkan ingatan dan but saya semula.
Hai Chidi, saya Eleanor.
Jemput masuk.
Wah, hebatnya. Cukup sempurna.
Semuanya sempurna. Saya sangat gembira!
Lega rasanya awak suka.
Aneh tapi menarik.
Suasananya selesa tapi masih indah dan luas.
Saya tak sangka betapa sempurnanya
- semua ini. - Kita teruskan.
Baiklah.
Ini rumah baru awak,
lengkap dengan rak buku sampai ke siling...
Lampu membaca! Saya suka.
Sesuai untuk membaca.
Tengok benda ini.
Hulurkan tangan dan fikirkan sebuah buku.
Saya boleh seru buku falsafah macam tukul Thor.
Inilah impian nombor satu saya.
Sebenarnya...
Sakit juga.
Saya ada banyak urusan lain.
Selamat datang ke Tempat Baik.
Terima kasih.
Maaf. Semua ini amat menyeronokkan. Saya terlupa nama awak.
- Eleanor. - Ya, Eleanor.
Eleanor. Sekarang saya takkan lupa.
Awak mungkin terlupa!
- Janganlah kita... - Eleanor.
Awak lalui sesuatu yang sukar dan saya peluk awak.
Saya takkan lepaskan awak.
Saya juga nak peluk awak
sebab hangat rasanya dan tangan saya sejuk.
Saya okey!
Sebenarnya, tak seteruk yang saya sangka.
Siapa peduli jika dia tak ingat nama saya?
Oof.
Maksud saya, "lepaklah".
Pandai awak mengelak.
Mari tumpukan kepada penduduk seterusnya,
yang akan tiba dalam enam minit.
Nanti. Saya nak cakap sesuatu.
Saya tahu agak teruk,
dan kita seperti dilaknat dan oleh itu, semua manusia juga dilaknat.
Mestikah awak sebut?
Saya percaya yang kita ditakdirkan untuk berjaya.
Walau apa pun Tempat Buruk buat, kita pasti tanganinya.
Kerana kita satu kumpulan luar biasa, berinspirasi, cemerlang yang...
Kumpulan setan yang sangat teruja.
Lihatlah sendiri!
Saya sangat berbangga dengan sifat jijik dan kejam awak semua.
Awak semua teruk.
Awak semua tak berguna.
Tahani, sangat pintar dan sofistikated.
Dia saja dapat yakini saya buang janggut.
Saya dah kalah dengan Robert Downey Jr,
takkan nak kalah dengan awak juga.
- Bambadjan, setan keji. - Terima kasih.
Siapa lagi yang lebih kejam daripada Val?
Mungkin mak awak.
Klasik.
Kita ada Janet, yang boleh buat apa sahaja.
Dia yang jadikan semua orang lain di kejiranan ini.
Bukan orang.
Kita ada saya, yang murung seketika, tapi sekarang dah okey,
tapi itu masa lampau. Kalian pun mungkin dah lupa.
Kita ada Jason, yang boleh...
Yang akan ketuai kita bertempur, ketua kita yang berani,
kebanggaan Phoenix, Arizona, Eleanor Shellstrop!
Eleanor!
Sebenarnya, Kebanggaan Phoenix ialah patung Alice Cooper saiz orang,
dibuat daripada puntung rokok.
Di luar Dewan Majlis.
Tapi, saya hargai pujian itu.
Tiada masalah yang tak dapat kita selesaikan dalam pasukan ini.
Kita mampu cipta apa saja masalah.
Percayalah, kita akan cipta beberapa masalah.
Mari kita mulakan dengan lagu rasmi Tempat Buruk kita!
1 877 Kars untuk Kanak-kanak
K-A-R-S Kars untuk Kanak-kanak
Kita menyanyi?
Diam, Glenn.
BAB 40
Awak nampak bergaya.
Profesional, serius, pemimpin kumpulan yang tepat.
Saya rasa berkuasa, macam pelakon wanita Law and Order.
"Nampak gayanya kita dah dapat satu SVU."
Saya tak tonton cerita itu.
Siapakah seterusnya?
Linda? Jemput masuk.
Linda Johannsen, awak berada di Tempat Baik.
Baguslah.
Semua ini agak luar biasa, tapi awak akan biasa nanti.
Ada soalan?
Ada pusat kecergasan?
Boleh diadakan,
dan apa saja yang awak inginkan.
Sekiranya kami tidak jelas, inilah Tempat Baik.
Tempat kebahagiaan abadi.
Syurga.
Baguslah.
Saya suka.
Mereka hantar Simone untuk mainkan Chidi,
John untuk Tahani...
Agaknya Linda untuk mainkan Jason?
Dia dari Norway. Adakah Norway lawannya Florida?
Dia memang membosankan.
Dia membuatkan Janet Neutral dah macam Janet Disko.
Dulu, Janet Disko ada di kejiranan ini.
Dia sangat hebat.
Maksud saya, aktif tapi menyeronokkan.
Sebenarnya, bagus idea itu. Mari pindahkan beban ini.
- Janet? - Hai!
Linda, ini Janet.
Kalau awak nak apa-apa, Janet akan beri. Lihat.
Janet, boleh buatkan saya anak gajah daripada cahaya
yang beritahu rahsia sebenar alam?
- Shirley Temple yang bunuh JFK. - Nampak tak?
Nak apa-apa daripada Janet?
Boleh bagi saya... gula-gula pudina?
Boleh!
Saya nak ke sana sekarang.
Stonehenge ada kaitan dengan seks.
Brent, jemput masuk.
Brent Norwalk, awak dah mati.
Sungguh? Alamak.
Mungkin elok juga.
Ada wartawan menyiasat,
telefon bekas pekerja wanita saya.
Nak bergurau pun susah.
Semuanya mesti sopan,
dan saya bukan peduli siapa pun.
Jenaka saya tentang semua.
Saya sama sekali bukan seorang rasis.
Doktor gigi saya wanita kulit hitam.
Manusia tak perlu stres sangat.
Di manakah saya, sebenarnya?
Tempat Baik.
Hebat. Baguslah.
Fail awak menyebut yang awak terlibat dalam perniagaan bahan.
Ya. Sudah tentu.
Tali, tali pintal, vinil, sintetik, getah...
Kami buat vul besar-besaran.
Logam juga. Aluminium, tembaga, dawai tembaga. Apa lagi?
- Keluli? - Tidak, bukan keluli.
Keluli amat biasa.
Polimer, salutan, dalaman...
Kalau periksa satu HVAC, semua itu bahan-bahan kami.
Ada golf? Tolonglah ada.
Apa kata awak bersiar-siar dulu sementara saya pergi jauh?
Jika awak perlukan sesuatu, sila tanya Janet.
- Janet? - Hai! Boleh saya bantu?
Seorang setiausaha. Hebat.
- Bukan setiausaha. - Baiklah. Penolong eksekutif.
Mesti belajar "istilah" baru, betul?
Naib presiden bahagian bantuan! Captain Marvel! Awak faham, bukan?
Saya tiada kena-mengena.
Saya akan tunjukkan tempat ini.
Linda mesti untuk Jason,
sebab si Brent ini mesti dihantar untuk menjengkelkan saya.
Masih ingat Matt daripada Perakaunan?
Hakim lantik dia memantau projek kita.
Saya akan pantau manusia itu.
Kita akan guna sistem mata baru untuk tingkah laku mereka,
untuk ketahui sejauh mana baik atau buruk
tingkah laku mereka berbanding semasa hidup.
Tiada siapa tahu apa terjadi dalam masa nyata.
Semoga berjaya selamatkan manusia!
Lupakan semua itu.
Untuk minggu pertama, kita cuma perlu
fikirkan apa muslihat empat manusia ini.
Oleh itu, saya buat benda ini.
Kita mulakan di sini, sebab kita seperti bertanya "Apa matlamat awak?"
Apabila kita dah kenali mereka,
motivasi mereka, kita alihkan ke sini...
Masa untuk parti!
Kita dah tahu banyak pasal Simone, maka...
Satu selesai, tinggal tiga.
Ayuh fikirkan yang lain.
Kita boleh buat.
Sama-sama. Mati kuyu, makan hati, usah kalah.
Maaf, teringat cara lama Tempat Buruk.
Janet, Derek merayau lagi.
Ya, saya tahu.
No comments yet. Be the first to leave one.