The first 200 lines.
Dia dah sampai.
PINTU MASUK PENTAS
Hei, puan-puan. Maaf. Tempat duduk penuh hari ini.
Sila kembali esok.
- Mangkuk bakar? - Yang kiri lebih simpan haba.
Bersiaran dalam dua minit. Sila duduk.
Dah dapat natrium klorida?
- Sudah. - Roma atau San Marzano?
Roma. Terima kasih, James.
Awak tak jawab soalan saya
tentang penajaan Presto. Saya tahu pendapat awak...
Saya akan mulakan rancangan dengannya, Walter.
Yakah? Awak berguraukah?
Syukurlah. Terima kasih.
Tin di atas kaunter.
Jangan lupa untuk senyum sekali sekala. Semoga berjalan lancar. Jumpa lagi.
- Garam apa yang dia mahu? - Tanpa iodin. Saya pilih kosher.
Semuanya perlu sempurna. Label di sebelah luar.
Ikut saja kad kiu.
- Jangan risau, Walter. - Dia tahu.
Selamat datang, puan-puan. Rancangan akan bermula.
Senyum lebar. Semangat. Gembira.
Semangat. Senyum lebar. Kamu semua.
Mulakan rakaman.
Kita akan berlangsung dalam lima, empat, tiga...
Selamat menonton.
Nama saya Elizabeth Zott dan ini Hidangan Pukul Enam .
Lihat ini?
Sup Presto. Boleh dihidangkan dengan pantas.
- Itu dialog saya. - Sangat menjimatkan masa.
Kerana ia penuh dengan bahan kimia yang berbahaya.
Tapi, ada kejutan.
Orang anda sayang akan mati selepas makan secukupnya,
menjimatkan masa anda sebab tak perlu beri mereka makan lagi.
Hari ini, kita akan masak hidangan kegemaran ramai, lasagna,
tapi kita akan uji pemboleh ubah baharu.
Banyak usaha untuk jaga orang tersayang.
Sangat banyak.
Mereka yang kata sebaliknya tak memasak makan malam
untuk keluarga lima orang setiap malam.
Jadi ayuh masak sesuatu yang menarik dan sedap.
Ayuh masak sesuatu yang menyihatkan keluarga kita
dengan baki makanan untuk seminggu.
Boleh kita mulakan?
BERDASARKAN BUKU OLEH BONNIE GARMUS
TUJUH TAHUN SEBELUMNYA
RATU HASTINGS CALONKAN GADIS TERBAIK!
Cik Zott?
Selamat pagi, Cik Frask.
Saya harap awak sertai Pertandingan Ratu Hastings itu.
Makmal awak tiada setiausaha
dan rakan sekerja awak perlukan peserta.
Saya bukan setiausaha.
Juruteknik makmal pun boleh turut sertai. Mana-mana kakitangan sokongan wanita.
Terima kasih, tapi saya tak suka sertai pertandingan.
Apa yang awak suka?
Baru-baru ini saya tertarik dengan archaebacteria
yang membran selnya adalah fosfolipid rangkai eter berbanding bakteria
yang membran selnya adalah fosfolipid rangkai ester.
Saya juga suka memasak.
Beritahu saya jika awak berubah fikiran.
Takkan, tapi terima kasih. Kalau awak tak kisah,
saya ada banyak kerja sebelum ahli kimia tiba.
Saya catat awak sebagai "mungkin."
Jangan ganggu saya!
Dr. Evans? Saya Dr. Donatti.
Tunggu.
Awak tak berpakaian.
Dalam sesetengah budaya, saya dianggap berpakaian berlebihan.
Awak terlepas mesyuarat bulanan lembaga pengarah lagi.
Kerana saya sibuk bekerja.
Semua orang menunggu keputusan awak dengan cemas.
Mereka perlu tunggu.
Awak boleh siapkan dan hantar cadangan awak
bagi geran Yayasan Remsen, bukan?
Geran itu penting sebagai dana untuk institusi ini.
Saya rasa tak semua jabatan layak terima dana itu.
Sekarang, tolong alihkan kaki awak.
Awak sedar saya bos awak, bukan?
Pecatlah saya.
DILARANG MASUK
JANGAN SINGGAH
Sayang, boleh bersihkan ini?
Bawakan juga bikar yang saya minta.
Sayang, saya juga perlukan secawan kopi lagi
selepas semuanya selesai.
Beri saya beberapa minit. Awak boleh ke kafeteria.
Tak sama macam bru bikar istimewa awak.
- Zott? - Ya, Dr. Powers?
Saya dah buat tiga kali. Apa kesilapan saya?
Awak tak ambil kira penukaran kumpulan karbonil kepada kumpulan imina.
Betul, saya akan...
Awak terlupa pemangkin asid.
Terima kasih. Saya dah faham.
Kamu percaya hal mengarut ini?
Saya tak faham.
Apa kelebihan Evans berbanding kita?
Pasti dia akan menang Nobel.
KOPI
Hadiah Nobel dinilai berlebihan.
Menurutnya, "Calvin Evans ialah Richard Feynman dalam bidang kimia."
Itu bukan alasan untuk dia bolot semua bekalan kita.
Berapa banyak ribosa yang dia perlukan?
Lebih baik Evans berhati-hati
sebab Boryweitz akan merebut gerannya tahun ini.
Semoga berjaya, kawan.
Itu cuma versi jiplak penyelidikan Vauquelin.
- Ia asas kajian saya. - Penghormatan.
Dari 1806.
Sumpah, awak lebih berpeluang memenangi Pertandingan Ratu Hastings.
- Betul. - Melainkan jika,
- Zott mahu sertainya. Setuju, semua? - Ayuh, sayang?
Saya tersilap cakap?
GERAN YAYASAN REMSEN BORANG PENDAFTARAN
ENCIK - JAWATAN
ALAMAT INSTITUSI ALAMAT TETAP
CIK ELIZA...
- Saya beritahu Robert... - Fran panggil dia Robert sekarang.
Saya beritahu Dr. Donatti yang
pertandingan ini perlu canggih dan agung. Ia perlukan "umph".
Ia perlukan bar terbuka.
- Saya tiada kuasa ajaib. - Ya, awak ada.
Tahu tak? Mungkin betul.
Sebab, saya teruja dia setuju dengan kategori gaun petang,
sebelum bakat dan pakaian renang, serta hadiah wang tunai.
Dr. Evans beli kacang setiap hari.
Cukup mengenyangkan?
Dia juga berlari.
Berlari ke mana?
Dia berlari tanpa hala tujuan. Dia sangat pelik.
Dia juga tak bercakap dengan sesiapa.
Hei. Donatti larang kerja lebih masa. Jangan balik lewat, nanti saya yang kena.
- Sekejap lagi. - Okey.
MAKMAL KIMIA
Alamak.
HAKMILIK DR. CALVIN EVANS
Cik Zott, saya menyelia lebih seratus ahli kimia terbaik negara
yang menghasilkan kajian yang revolusioner.
Mereka guna peralatan yang mahal untuk hasilkan kajian tersebut.
Apabila saya dengar juruteknik makmal menggunakan peralatan kami
selepas waktu tanpa pengawasan yang sewajarnya, saya jadi risau.
Tuan, saya boleh jelaskan. Saya ada sarjana kimia dari UCLA,
dan mempelajari metabolisme selular asid nukleik di sana.
Saya membuat eksperimen saya sendiri mengenai abiogenesis di luar waktu kerja,
tak pernah dalam waktu kerja saya.
Saya sedang mensintesis molekul kecil kepada nukleotida dan asid nukleik.
Penyelidikan saya hampir berjaya dan saya mahu hantar untuk Remsen.
Cik adik, selain daripada awak menggunakan peralatan makmal
tanpa pengawasan ahli kimia yang betul...
Saya memang ahli kimia.
Ahli kimia kita mempunyai PhD.
Saya takkan calar nama Hastings dengan cadangan oleh juruteknik makmal
yang berbangga dengan sarjana dari UCLA.
- Saya pelajar terbaik kelas saya... - Cik Zott...
...dan kajian itu akan jadi bukti.
Awak cuma tak cukup bijak.
Cik Zott, saya belum selesai.
Saya dengar awak tak mahu ambil bahagian
dalam Pertandingan Ratu Hastings.
Saya sangka ia tak wajib.
Ia memang tak wajib.
Ia sebahagian budaya di sini.
Saya sarankan awak menghayati semangat Hastings dengan lebih kuat
jika awak mahu kekal bekerja di sini.
Awak boleh pergi.
Tak salah jika tersenyum sedikit.
Cik Zott.
Cik Zott?
Khabarnya awak akan sertai pertandingan.
- Bagaimana awak... - Baguslah awak dah ubah fikiran.
Saya tak pasti jika awak dah dengar,
tapi ada kategori gaun petang tahun ini.
Bikini juga bukan mandatori.
Awak boleh pakai baju mandi sehelai jika itu lebih selesa.
Boleh bergambar sekarang?
Senyum.
Itu pun dia. Si pencuri.
Maafkan saya?
Saya soal siasat setiap jabatan dan berpuluh-puluh ahli kimia...
termasuk dari makmal ini sendiri...
Mereka kata awak, Cik Zott, suka menyusahkan orang.
Mungkin ini lebih relevan,
mempunyai sikap sombong mementingkan diri sendiri.
Boleh cermin diri sendiri?
Jadi awak tak nafikannya?
Kenapa seorang setiausaha perlukan ribosa jika bukan untuk jualnya di pasaran gelap?
- Saya ahli kimia. - Ada tambahan.
Ya. Memang ada permintaan tinggi untuk monosakarida di pasaran gelap!
Hal ini sangat mengecewakan! Sangat... Saya kecewa.
Pertama: Makmal saya diceroboh malam tadi,
jadi tolong beritahu petugas kebersihan untuk pasang kunci pintu baharu.
Kedua: Saya dah kira kos ribosa yang hilang
dan saya ingin jelaskan, jangan guna peruntukan saya.
Ketiga: Saya mahu lantai saya disterilkan.
Sekurang-kurangnya seorang masuk tanpa kebenaran saya.
Saya ada alahan dan tak mahu risiko sebarang bahan cemar. Awak faham?
Saya akan uruskan, Dr. Evans.
Akhir sekali, saya mahu tindakan ke atas setiausaha tersebut.
Saya akan minta dia dipecat.
Teguran rasmi pun dah memadai.
No comments yet. Be the first to leave one.