The first 200 lines.
Di mana primer asas saya?
Vada, kita dah lambat!
Vada.
Kawan, kita lambat sangat!
Adakah rasa kek itu berbeza,
atau cuma warna yang berbeza?
Rasa berbeza.
Apa beza rasanya?
Terus terang, ajaib kalau kita tiba tepat pada waktunya.
Kita akan berjaya.
Macam yang kita bincangkan.
Cuma saya atau kopi buat awak serta-merta sakit perut?
Ya, serta-merta.
Macam, saya terbau kopi dan tercirit di dalam seluar.
Berhenti cakap yang bukan-bukan sampai Justin Dragonas lalu.
Oh Tuhan, saya nak dia.
Kita perlu cipta kod untuk tercirit.
- Betul kata awak! - Baik, mari fikirkan.
- Okey, macam... - Contohnya boleh kata...
"Saya perlu berbincang dengan bos saya."
- Apa yang awak cakapkan? - Awak tiru idea lama saya?
Macam, "Okey, saya perlu berbincang dengan bos saya...
dan dia tengah marah."
Alamak, bos saya marah saya...
sebab saya terpaksa buang air pagi ini.
Kemudian awak boleh cakap awak sedang mesej bos awak.
- "Mesej bos awak." Saya suka. - Awak mesej bos awak.
- Kita suka itu. - Biar beragam.
Kita suka biar ia beragam, itulah yang kita buat.
Itu juga penting sebab kebanyakan air itu ialah air fosil.
Ia bermula sejak... Ya, Vada?
Adakah jenis batu mempengaruhi ketahanan akuifer...
atau kadar ia mengecas semula?
Itu soalan yang bagus...
bergantung kepada banyak faktor.
Ada sesiapa nak teka akuifer terbesar yang seterusnya?
Fikirkan pengetahuan kita tentang akuifer.
Akuifer Ogallala adalah satu daripada lapan yang terbesar...
di dunia, bukan nak... Ya?
- Maaf, boleh saya pergi ke tandas? - Boleh.
Ia bermula sejak zaman ais kebelakangan ini.
Apabila kita fikir tentang itu, kita perlu katakan...
"Ini satu daripada yang terbesar di dunia."
Awak okey?
- Tidak. - Kenapa?
Saya tak nak sesiapa dengar saya.
Beritahu sajalah, awak menakutkan saya.
Saya datang bulan.
Apa? Saya tak dengar.
Biar saya hantar mesej kepada awak.
Aduh, Amelia!
Jangan mesej 911 apabila awak datang bulan!
Awak menakutkan saya. Alamak!
Maafkan saya.
Tak apa.
Bukankah dah setahun awak tak sabar menunggu untuk datang bulan?
Saya ingatkan awak akan teruja.
Ia tak seperti jangkaan saya.
Awak maksudkan teruk? Ya, saya faham.
Awak sangat teruk. Saya letak sekarang.
Maafkan saya.
Adakah awak...
ada semua yang diperlukan?
Ya, saya curi dari bilik awak beberapa bulan lalu.
Ia di dalam beg galas saya.
Manalah tahu.
Saya baru nak beritahu awak supaya sumbat tisu tandas...
di dalam seluar awak hingga balik...
tapi itu...
Itu gaya profesional.
Tindakan yang bagus!
Alamak.
Bagaimana dengan ini?
Mari pergi makan malam, cuma kita berdua, okey?
Saya akan beri awak...
semua perincian yang sensasi.
Diam.
Saya sayang awak.
Tahniah.
Jangan ucap tahniah, si pelik.
Saya pun sayang awak.
Hari foto.
Saya perlu bersiap.
Di dalam tandas dengan Mia Reed dia bermekap untuk hari foto.
Suruh dia teg awak di Insta supaya awak pun boleh terkenal.
Mari jadi pempengaruh untuk Halloween.
Awak tak perlu bersolek.
Maaf, apa?
Saya kata, "Awak tak perlu bersolek."
Saya...
Apa itu?
Ayuh!
- Adakah itu pistol? - Tunduk!
Tanggalkan!
Semua orang, tunduk!
Tidak!
Letakkan.
Kita akan mati.
Pergi!
Oh, Tuhan.
Adakah ia sudah berakhir?
Adakah ia sudah berakhir?
Siapa di sana?
Saya bukan penembak.
Matt Corgan orangnya, saya nampak dia.
Awak tahu di mana dia sekarang?
Saya tak tahu.
Adik saya.
Mari ke sini. Datang saja.
Alamak, adakah awak ditembak?
Adik saya.
Kamu! Letakkan senjata kamu!
Letakkan senjata kamu sekarang!
Meniarap di atas lantai!
Mungkin kita perlu kejutkan dia.
Dia perlu berehat.
Saya cuma nak bercakap dengan dia.
Awak kenal dia?
Dia mengikuti awak di Instagram, jadi dia kenal awak.
Ia ada di setiap saluran.
CNN telah menemu bual kawan awak, Melody.
Gila betul.
Awak kenal sesiapa yang mati?
- Amelia. - Apa?
Adakah senarai?
Ada kalanya, saya terfikir, "Tahun berapa kita hidup?"
Saya nak beli beg galas kalis peluru di Amazon.
Amelia!
Apa?
Tolong jangan menangis, ibu.
Maafkan saya.
Maafkan saya.
Awak nak apa-apa?
Saya cuma nak mandi.
Okey.
Okey.
Okey.
Hai, saya Vada.
Hei.
Awak apa khabar?
Terus terang saya tak rasa apa-apa. Awak?
Samalah.
Ada nombor Quinton? Nak tahu kalau adik dia okey?
Saya tiada nombor dia, tapi saya dengar dia meninggal dunia.
Tak guna.
Tak guna.
Awak hadiri pengebumian dia?
Tidak.
Terus terang saya tak sanggup.
Saya sembunyi daripada keluarga sepanjang malam.
Ibu bapa saya di Jepun sekarang. Saya takut nak keluar dari bilik.
Awak seorang diri? Awak okey?
Ya, terima kasih.
Kalau awak perlu tempat untuk bersembunyi esok...
awak boleh datang ke sini bila-bila masa saja
Terima kasih.
Telefon sajalah saya kalau awak nak bersembang.
Saya pun sama. Selamat malam.
Ibu gembira awak nak jumpa Nick.
Bagaimana keadaan dia?
Rasanya dia okey.
Bagus!
Bagus.
Bagaimana dengan awak? Bagaimana perasaan awak?
Lebih baik.
Itu sangat bagus.
Ibu sangat gembira mendengarnya.
Saya ingat itu latihan...
sebab Cambie kurung kami di dalam...
sekilas pandang ada bayang di tingkap...
jadi saya fikir, "Okey, ini memang latihan."
- Betul? - Ya.
Olivia Metis cakap sesuatu yang menjengkelkan...
dan Cambie kata, "Olivia, diam."
- Tidak. - Kami semua terkejut.
Ini betul, bukan gurauan.
Ia sangat teruk.
Saya tak berhenti mendengar bunyi itu.
Malam tadi saya berfikir, "Kenapa saya selamat?
Dalam semua orang, kenapa saya?
Adakah supaya saya boleh buat sesuatu...
untuk buat hal ini takkan berulang lagi?"
Saya set Zoom dengan Everytown...
dan kami akan bercakap contohnya tentang...
cara untuk lebih reaktif, cara untuk mulakan pergerakan...
dan cara untuk dapatkan kelulusan rang undang-undang.
Awak rasa kenapa dia lakukan?
Saya tak tahu, pernahkah ada sebab?
Selepas laporan tentang penembak, pegawai mengepung kampus...
mengarahkan pemindahan ratusan pelajar dari tempat kejadian.
Saya rasa Anderson Cooper comel.
- Kita pernah berada di situ. - Betul.
Jangan terpesona sangat.
Video yang mengganggu dari telefon bimbit pelajar...
Apa khabar?
Dalam video itu, kedengaran bunyi tembakan di lorong.
Disambut oleh jeritan pelajar di dalam kelas mereka...
Saya nak pergi ke rumah Nick.
Okey.
...ketika lari, pelajar keluar dari bangunan.
No comments yet. Be the first to leave one.